Monday, December 31, 2007

Wedding 2007 in memories

Ini kad kawan aku masa sekolah rendah. Sekelas dari darjah satu hingga tiga. Satu asrama sekejap je pastu dia pun blah. Jumpa balik masa reunion ex-AYSK kat PD. Tau-tau dapat kad kahwin. Yang ni den tak pagi sebab apa ye?Oooo….xde geng…hehe


Ridhuan atau Wan ni aku kenal masa kat IMP. Time tu praktikal,aku satu kumpulan dengan dia. First impression aku ingat dia ni garang dan serius sebab dia jarang bercakap dengan aku. Tapi sejak dia rajin tarik kerusi aku setiap kali dia lalu belakang aku, memang title tu dah tak sesuai dengan dia lagi. Hahaah!! Aku tak datang juga yang ni pasal aku terlupa. Hahah!!

Ini kad jemputan kawan sewaktu menuntut di kolej matrikulasi negeri sembilan.Satu praktikum dengan aku.Aku pun tak sangka yang aku akan menghadiri wedding dia ni.Kebetulan hati aku tergerak dan ada kawan nak bawak,aku on aje.You are so pretty on that day,Ila.

Ini pula kawan aku masa sekolah menengah.Lebih tepat lagi masa zaman aku tinggal di Asrama Yayasan Selangor Klang.Sewaktu di Tingkatan 4 kami berpisah memandangkan dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di MRSM.Masa ni aku frust tak dapat tawaran.Aku tak pergi wedding ni sebab tak ada transport.Sorry Baby,may you lived happily ever after.

Wahaha!Ini wedding paling hangat ni.Wedding bos aku.Masa Kelantan tengah kecoh dilanda banjir.Mujurlah rombongan 'Cik Kiah' kami tak menghadapi apa-apa masalah sepanjang perjalanan.Cuma bagi aku yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kelantan terasa lamanya duduk dalam bas.10 jam! Naik kematu semuanya.Kononnya sambil menyelam minum air,nak pergi membeli belah.Alih-alih banyak kawasan yang terpaksa ditutup akibat dinaiki air.Sudahnya kami singgah di Terengganu.Sampai KL dalam pukul 1 pagi,esoknya pakat ramai-ramai tak mai opis.Letih punya pasal.





Antara gift yang aku dapat.Banyak sebenarnya tapi ni je yang sempat aku rakamkan.


AKU PUNYA KAD?HAHAHAH!!!!Bak kata Laila Isabella:
"Kalau ada..ada la...kalau tak ada,nak buat macam mana,itukan kerja Tuhan"

SELAMAT TINGGAL 2007




Tuesday, December 25, 2007

Unfinished Sakura

I just try to draw this character from Naruto anime and used Illustrator as a medium of colouring.Suddenly it triggered me to learn in depth about manga art.It is awesome when I see the talented artist doing such a remarkable art (i watched it from Youtube). And yet this anime inspired me to deal with my life. There is a way to surpass our weakness and you got to seek the courage inside you and the people around you.

"Sakura,i'll try to make u better...hahah!"

I will try to finish this...will I?hehehe...hope so.

Sunday, December 09, 2007

No Komen

Aku sedikit sakit hati dengan tindakan dia yang suka menyepikan diri tiba-tiba. Walaupun aku cuba untuk faham, namun aku sebenarnya terluka Aku cuba untuk tak terlalu memikirkan hal ini.Setiap kali aku akan cuba memujuk hati sendiri.Inikah namanya cinta?Entah, aku sendiri dah tak faham makna sebenar perkataan itu. Dan malas nak faham.Kalau aku yang buat endah tak endah macam mana?

Mujurlah hari ini aku dan kawan aku akan menghadiri majlis perkahwinan seorang teman kami, Norfazila Ramli di Taman Dato' Harun.Sekurang-kurangnya terubat sedikit hati yang bengkak ni jumpa kawan seperjuangan sewaktu di kolej matrikulasi dulu. Aku ni susah sikit nak attend wedding siapa2. Maklumlah,payah nak bergerak ke sana sini, nak drive takut. Lagipun kereta pun xde. So,faham-faham je la.Kalau aku pergi tu maknanya ada la org yg sudi nak bawakkan. Rasa x sedap juga tak dapat hadir. Nanti xde sapa pulak nak dt bila majlis aku nanti.Heheh..ada ke?Entahlah,no komen.

Sunday, December 02, 2007

Erk...am I?

Serasa sudah lama tak pos apa2 entri kat sini.Kat opis memang dah x boleh bukak,kat rumah pula xde hati nak update.Hari ni baru tergerak hati.

Semalam aku dapat mesej daripada dia.Katanya mak dia bertanya pasal aku?Biar betul!Seram,takut,gembira,terharu semua ada.Aku sendiri belum berbicara soal ni dengan keluarga aku.Bagi aku biarlah bila keadaan dah mengizinkan, baru aku bersedia nak mengulas lanjut tentang hubungan ni.Lagipun,banyak hal boleh berlaku.Kita hanya merancang,Allah yang menentukan.

Hari ni juga tiba-tiba je aku tergerak hati nak memasak (mesti korang heran).Hahahha!!Aku memulakan perubahan ini daripada hati aku sdr,tiada paksaan.Bukan senang aku nak turun dapur tapi kali ni aku yg sediakan bahan2 dan masak sdr smbil mak tolong2 tengokkan.Hehehe,maklumlah anak dara dia ni banyak no yg tak tahu.Nama resepi aku tu ialah Daging Bistik.Adik aku kata ok tp pedas!Aku pulak bila dah masak,x lalu nak makan.So aku x tau rasa dia camne.Heheheh..

Sunday, November 11, 2007

Jamuan Raya GSM

Ramadhan...lebih sebulan meninggalkan kita,begitu juga Syawal baru sahaja melabuhkan layar. Open House GSM juga baru saja berakhir hari Rabu lepas.Ramai juga hadirin yang datang.Masing-masing memang memperuntukkan perut yg separuh kosong semata-mata untuk majlis ni termasuk aku.hahah..tapi tak semua juadah aku sempat dan lalu makan.Maklumlah storage perut aku kecik.Jom kita intai2 menu yang sempat 'ditangkap' pada hari itu.Jom jamu mata,hehe..




Haa...ini juadah mihun sup yang sempat aku cilok kuahnya dari mangkuk opis mate aku.Pedas!!Favourite aku la kalau pedas-pedas ni.Tapi aku x sempat nak ambik pun sebab dah kenyang.Lagipun diorang kata pedas sangat sampai bos aku sakit perut.heheh.

Menu kedua, nasi ayam.Buat pengetahuan semua, inilah menu pertama yang masuk dalam perut aku sebab masa tu aku memang lapar nasi.Sedap,cuma sambalnya cair macam sup.Sampai aku lupa yang aku belum tuang sup pun atas nasi aku.Gasaklah.Sebab makan nasilah aku rasa kenyang nak jamah benda-benda lain.


Wah,sate ayam ni pun fav dish aku jugak ni.Adui,terliur pulak aku nengok sebab masa tu aku just makan 2 cucuk je kot.Itu pun sebab kawan ambik lebih.Sedap korang, kira puas hatilah.Daging banyak,besar memang sesuai.Tapi masa jamuan ni berakhir,aku bawak balik lebihan satay ni untuk family.Sikit je pun,bagi diorang merasa.Lagipun x baik membazir.

Friday, November 09, 2007

Ingkar:BUNGA CITRA LESTARI

Di saat cinta tercipta
Semestinya aku merasa
Di kala hasrat mendalam
Semestinya aku berbalas
Ho..oh.. Ho.. ohh..

Dari hati kini ku sadari
Tak semestinya aku berkasih
Di kala hati tak dapat berbagi
Baiknya rasa itu tersimpan dalam

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yang kuberikan.... untukmu

Dari hati kini kusadari
Tak semestinya aku berkasih
Dikala hati tak dapat berbagi
Baiknya rasa itu tersimpan dalam...

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yg kuberikan... untukmu

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yg kuberikan.. untukmu

Tuesday, November 06, 2007

Bengang

Spoil…
Itulah yanh boleh aku gambarkan keadaannya untuk hari ini. Penat nak melayan kerenah pelajar yang tak tahu nak bersabar. Yang diorang tahu komplen…komplen…pantang terlewat sikit mulalah nak menuduh yang bukan-bukan. Please la…jangan nak fikir tentang diri sendiri saja. Tolong fikir tentang kepentingan orang lain. Setiap orang ada kesulitannya masing-masing. Bawak-bawaklah bersabar. Jangan sebab u all bayar lebih, kitorang ni cam kuli u all boleh buat sesuka hati.

Kalau lagi lamalah aku dok kat depan ni,x taula apa nak jadi lagi lepas ni. Makin hari kesabaran makin terhakis. Mujurlah ada yang faham kalau tak boleh jadi gila. Mujur jugak ada YM boleh gak bercerita.

Sunday, November 04, 2007

Goldheart

I got this gift last week from...ermmm...what should I address him eh?Hahahah!!Ops,don't misunderstood guys,this is not cincin tunang ke apa,cuma hadiah daripada seseorang dan ini merupakan penghargaan aku padanya. Seumur hidup ni la pertama kali org hadiahkan cincin. Diri sendiri pun tak tergerak nak beli. Aku bukan jenis yang suka sangat pakai jewellery ni. Sempat jugalah aku main tarik-tarik baju depan kedai cincin tu, tak nak bagi dia belikan untuk aku. Mahal tu, paling koman mesti seratus lebey punya. Tapi dia nak jugak bagi,kononnya dah niat. Nak tak nak,dengan perasaan malu aku ikut jugak. Rasa nak menyorok je bawah meja. Nak angkat muka pun aku segan. Dengan jurujual dia pun aku tak sanggup nak tengok.Yang aku tau aku main sarung je cincin yang diorang suggest untuk aku. Dalam hati rasa geram juga dengan dia ni,suka-suka hati jek. Tapi bila dah tersarung kat jari, macam cantik pulak.Hahaha,tak malunya aku nih.Bukan apa, bagi aku cincin ni sesuatu yang simbolik dan people don't simply give this kind of jewel to anyone unless with one intention...i think u guyz out there understand what I mean by this.Afraid?Worried?Happy?Excited?Wonderful?Donno how to describe my feeling right now.

Friday, November 02, 2007

Masih ingat dengan trademark "Betul..betul" atau "Boleh..boleh"?
Masih ingat dengan 2 budak botak yang menceriakan waktu kita berbuka puasa di TV9?
Comel kan Upin and Ipin...animasi Malaysia yang paling mencuit hati aku.Apa lagi bila mendengar suara mereka yang sangat 'cute' tu.Dengan telatah yang menghiburkan,padat dengan mesej.Les Copaque Production-Congratulations for creating such an interesting and eye catching anime.

Thursday, November 01, 2007

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Khamis …1 Nov 07

Bila dihitung sudah genap sebulan aku mengenalinya. Satu tempoh yang singkat namun meninggalkan kesan yang mendalam. Kesan apa? Korang tak payah tahu la,biar aku je yang tahu. Hikhik! Minggu ni keadaan agak serabut memandangkan minggu pendaftaran pelajar bermula dari Isnin hingga Jumaat. Walau sesibuk manapun, aktiviti YM aku tetap diteruskan sekiranya ada kelapangan. Macam jadi kewajipan pulak eh.

Dan selama itulah perasaan aku berbolak-balik berperang dengan emosi yang adakalanya stabil,adakalanya tidak. Dengan soal peribadi dan soal lain, semuanya menuntut pengamatan yang bukan sedikit. Naik lelah memikirkan. Fikiran sentiasa berputar. Yang diharapkan ketenangan sentiasa menyelimuti jiwa yang resah diamuk badai.

Semalam aku mendapat khabar tidak baik mengenai kakak angkatku. Aku harap dia sentiasa tabah dalam menghadapi kemelut keluarganya. Aku yakin dia sememangnya manusia cekal. Seperti yang digambarkan dalam watak-watak lewat hasil karyanya. Entah bila mampu aku merealisasikan hasratnya melihat karya aku pula yang terpampang dan dibukukan.

Dan dia…masih lagi belum sembuh dari sakitnya. Aku tak semena-mena jadi resah juga memikirkan keadaan kesihatannya. Tidur malam pun terganggu sedikit. Ikutkan hati ingin saja aku menghubunginya, namun aku enggan mengganggu. Aku tahu dia perlu rehat. Tiba-tiba saja aku diasak rindu. Serasa ingin menangis pun ada. Hebat betul aku ni.hahahah..dapat tengok gambar pun jadilah.

So aku ni dah masuk kategori apa sekarang? Angau ke sengal? :p

Tuesday, October 30, 2007

Sensitip!

Hanya kerana satu perkataan, aku sudah mula terasa hati. Kenapa? Argh,aku sendiri pun kurang mengerti dengan hati ini. Jika diikutkan akal fikiran yang logik, tak perlu nak tersinggung pun. Tapi dengan dia, cepat saja hati ini terguris.

Ini yang kadang-kadang buat aku lemah semangat ni.Membuatkan aku terfikir mampu ke aku lalui hidup ini dengan status aku sekarang?Mujur ada yang memujuk,kira aku ni sensitif ya amatlah ni.Aduh,susah juga ya bila dah berdua ni.Hati kena jaga,mulut pun kena kawal. Betul-betul tak sangka semua ni akan jadi kat aku.

Nampaknya kena kikis la sifat sensitip aku yg amat sangat ni.Heheh...sorry ye wak,tak sengaja!

Friday, October 26, 2007

Permata Ayah Bonda

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa

Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda....

Mahligai Kasih

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hati ku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan ketulusan cinta ini
Hingga terbina mahligai bahagia

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Thursday, October 25, 2007

Bila Terasa Rindu

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

Tuesday, October 23, 2007

Hasrat

Assalammualaikum…

Kedinginan menjalar serasa ke tulang hitam saat ini. Sendirian di sini, walau hakikatnya ada beberapa orang pelajar yang tekun menelaah. Demikianlah suasana lazim tatkala tiba musim peperiksaan. Terkenang sewaktu aku masih bergelar pelajar, tak ubah seperti mereka juga. Makan tak kenyang, nak tidur pun tak lena mengenangkan soalan apa yang bakal disuakan nanti. Alhamdulillah, aku berjaya juga meraih segulung ijazah dan beroleh keputusan yang baik. Meskipun kerja aku kini tidak setimpal dengan kelulusan,namun aku yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Siapa yang tidak cemburu melihat teman-teman memperoleh kerja yang baik? Tapi apa yang aku dapat kalau aku asyik dihurung rasa kecewa dan dengki? Syaitan akan bersorak sorai dan akan membisikkan suara halus yang jika tidak dikawal akan mendorong aku melakukan sesuatu yang akan aku kesali seumur hidup. Percubaan demi percubaan masih belum menampakkan hasil. Rezeki itu ada dalam pelbagai bentuk, itulah peganganku sekarang. Setiap kali ada resah menampar dada, aku tekad mengusirnya jauh.

Apa yang aku perlu buat sekarang ialah menamatkan apa yang telah aku mulakan. Sukar sebenarnya bagiku tetapi aku harus berhijrah. Meminjam kata sahabatku. Dia sendiri telah melakukan satu penghijrahan yang berani. Aku mendoakan dia berjaya dengan karier barunya. Bukan mudah memulakan perniagaan. Tapi itu bukan alasan untuk tidak mencuba. Gagal kerana mencuba lebih baik dari duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Orang yang terlalu memikirkan risiko akibat sesuatu perbuatan takkan pernah berjaya. Bukan mudah untuk memulakan langkah pertama.

Keberanian masih belum bertunas di hati namun ada hasrat yang bertamu ingin sekali aku lunaskan. Impianku ini mungkin kecil pada pandangan mata orang lain, namun bagi diri ini ia amat besar dan amat bererti. Ada yang mengetahui seringkali memberi sokongan padu. Sokongan inilah yang membuat aku rasa bersalah jika aku tidak berjaya merealisasikan mimpiku menjadi sebuah kenyataan. Biarlah mereka berjaya sebagai doctor, pegawai, pensyarah, pelajar master,pelajar PhD….aku masih akan tetap memburu cita-citaku yang satu ini…

Di Atas Sajadah Cinta

“Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarikan wajah dan suaranya.Ya Ilahi,berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu.” Esak Zahid merayu kepada Tuhan sang Pencipta Hati, cinta dan segala keindahan semesta.
Zahid terus meratap hiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus dipaksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin dia meratap embun-embun cinta itu, semakin deras air matanya mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azabNya. Rasa cinta dan rindunya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya.


Petikan yang terhias di belakang kulit novel kompilasi inilah yang menggamit hatiku untuk memiliki buku ‘Di Atas Sajadah Cinta’. Cinta kepada Allah cinta yang pasti akan mendapat balasan. Kepada mereka yang terluka hatinya kerana cinta, jangan putus asa. Renungkanlah segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Tidak terhitung banyaknya. Supaya kita tidak merasa terlalu hiba dan kecewa kerana kepedihan hati yang tersangat amat akan mendorong kita terpesong dari landasan kebenaran.
Oleh itu, buat semua sahabatku dan pengunjung laman sederhana ini, semoga kita semua mendapat keredhaan Ilahi.
Buat teman-teman yang sudi meminjamkan telinga dan masa untuk mendengar masalahku, ku doakan kalian sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Wallahu a’lam.

Thursday, October 11, 2007

Surprise!!Oh My...:p

"Hello, office awak kat mana ye?"
"Tingkat 2,atas sekali.Kenapa?"
"Kiranya kalau saya kat lobi ni,macam mana nak pergi?"
"Eh,awak ada kat sini ke?"

Heheh..begitulah lebih kurang perbualanku dengan dia. Bila ku teliti semula handphone, rupanya ada mesej."Kalau saya tersampai ke pejabat awak camne?"-itulah bunyi mesejnya.Rupanya betul dia datang! Cepat-cepat aku mengatur langkah menuruni anak tangga. Bunyi sepatuku yang kuat tak kuhiraukan lagi.Malas nak control.Mesti dia ingat aku pakai terompah kayu.Hahah!!

Sampai saja di bawah, terlihatlah kelibat dia yang sedang merenung 'glass display' yang memaparkan keratan akhbar mengenai fakulti tempat aku bekerja.Dia ku sapa,senyuman berbalas.Setelah berbicara ringkas,dia memberikanku sebuah beg plastik yang berisi hamper kuih raya.Ya Allah...tak sangkanya dapat hamper,hatiku berbisik.Dalam kekalutan menerima hadiah yang tak terjangka, aku mempelawanya naik ke pejabat.Sekadar mahu dia melihat ruang kerjaku yang sebenar.Sungguh aku sedikit panik untuk melayannya di pejabat.Mana tahu ada rakan-rakan yang nakal menjenguk.Heheh..lantas kuberikan handout yang tak seberapa untuknya.Sekadar informasi.Terdetik rasa bersalah kerana ku rasa aku tidak melayan tamuku sebaiknya.Salam maaf ku hulurkan dan dia mengatakan tiada apa-apa.Berserta pemberian,terselit sekeping kad raya berwarna silver metalik.Aku membukanya perlahan."Putriku Sayang",lirik nasyid yang dipopualrkan oleh kumpulan Hijjaz jika aku tidak salah.Tanpa sedar segaris senyuman terukir di bibirku.Ada rasa tercuit di hati.Dia melukis bunga sebagai bingkai di sudut paling bawah.Cantik,tertera namaku di situ.

Aku belum dan mungkin tidak mampu menjadi seperti puteri yang dialunkan di dalam nasyid ini...



"Yummy...!!Thank you"

Bicara Hati

Assalammualaikum

Agak lama juga aku tidak menitipkan apa-apa di sini. Kesibukan menghambat diri? Tidak juga. Tetapi tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Perjalanan novel pun seakan terencat di bulan Ramadhan ini. Entahlah, sebaik sahaja selepas Maghrib, sepasang mata ini seakan mahu tertutup. Mudah sekali aku dibuai mimpi. Badan terasa letih sekali walhal hanya bekerja di pejabat,bukannya mengangkat barang atau pun menjadi buruh paksa. Meskipun begitu, ketenangan menyusuri hatiku di kala ini. Setenang air yang mengalir di kali.

Hati yang terluka telah beransur sembuh. Yang tinggal hanya parut dan kenangan yang indah. Biarlah aku simpan semua kenangan itu di dalam memori. Aku amat berterima kasih dan bersyukur kerana pengaduanku kepadaNya diterima. Itu semua akan menjadi pelajaran berharga untuk meniti hidup yang penuh liku. Supaya diri ini senantiasa tabah dan redha menghadapi dugaan yang tidak akan pernah henti.

Tanpa disangka, ada seseorang yang menghulurkan salam perkenalan. Pada mulanya, aku hanya bertindak sambil lewa. Maklumlah, jiwa ini baru saja ingin aman, tak mahu aku menempah bala lagi. Ibarat luka yang baru sahaja kering tak sanggup ku biarkan ia berdarah lagi. Tapi entah kenapa aku menerima huluran perkenalan itu. Aku sendiri gusar dengan tindakanku. Ah,dia sama sahaja seperti insan lain,ingin menambah kenalan. Seperti biasa aku menyedapkan hati sendiri walaupun perasaanku cukup gentar. Adakah sejarah mungkin berulang? Ya Allah, jauhkan aku daripada semua itu.

Usia perkenalan baru seminggu,menginjak ke 2 minggu sekarang. Dia tidak henti-henti menyuarakan keikhlasan niatnya. Bila aku mempertikaikan,dia ingin sekali membuktikan dengan mengatakan sanggup melamarku. Ah, kita masih punya waktu yang panjang untuk membicarakan soal itu. Yang menentukan masa depanku. Aku sendiri belum yakin mahu menempuh alam rumahtangga tanpa ilmu. Aku ada matlamat yang harus ku capai sebelum aku menyerahkan hidupku pada insan yang bergelar.....suami.

Pasti yang membaca mengatakan, aku terlalu pantas melupakan hal lama. Ya, aku sendiri berfikiran begitu sebenarnya. Tapi untuk apa dikenang hal yang dah berlalu? Hidup mesti diteruskan. Hargai orang yang menghargai kita. Kerana kita tidak akan tahu betapa bernilainya sesuatu itu hinggalah kita kehilangannya. Untuk itu, aku memberi peluang kepadanya dan juga diriku. Aku tidak menyandarkan harapan yang tinggi. Apa yang aku harap hanyalah restu Ilahi. Hanya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Melaui riak wajahnya yang tenang, tutur kata yang lembut, aku tahu dia berniat baik. Sebagai hamba yang tak punya kuasa, aku menyerahkan untung nasib perhubungan ini kepadaNya. Bertemu dan berpisah keranaNya.




"Kompilasi kisah islamik yang mendamaikan jiwa"



"Pink rose...lovely"




Tuesday, September 18, 2007

Renungkanlah

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu... si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.....Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...

ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg...lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak....si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta... Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa....si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu....segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

I am 25!Believe it or not?

Hahahha...agak lewat aku membuat entri ini, namun aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat teman-teman yang masih mengingati hari lahirku.Thanks a lot guys!Especially for my UUM friend, Nik Nor Azura yang memang saban tahun tak pernah lupa,begitu juga Nashrul yang selalu wish lewat sehari atau dua.Hahahah!!Ada ramai lagi nama-nama yang tak aku sebutkan di sini tapi tu tak bermakna aku tidak menghargai kalian.Kalian sangat penting dalam hidupku.



Bila umur sudah menginjak ke satu anak tangga lagi, pemikiran juga harus meningkat seiring dengan kematangan usia.Harus belajar menjadi insan yang punya semangat dan jati diri yang kuat,bukan insan yang hanya tahu merembeskan air mata duka.Cita-cita harus didahulukan daripada cinta.Cinta? Biarlah ia hadir,tumbuh dan bercambah di saat yang tepat.Cinta kepada Allah dan Rasul?Itulah sepatutnya yang didambakan setiap makhluk Allah kerana kepadaNyalah kita akan kembali.Kita kecewa kali ini kerana Allah telah menyediakan sesuatu yang sangat hebat untuk kita kecapi kemudian.No pain,no gain.



Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah ini,mohon diampunkan segala kesalahanku terhadap semua,moga kita dirahmati Allah sentiasa.


p/s:e-card special yang aku terima.thanx,fauzi.:p

Wednesday, September 12, 2007

Putaran Kehidupan



Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang menimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia oh pasti kan kau ketemu

Thursday, September 06, 2007

I'm getting tired...God,pleasee help me heal this pain :(

I always needed time on my own I never thought I'd need you there when I cry

And the days feel like years when I'm aloneAnd the bed where U lieis made up on your side

When u walk away,I count the steps that u take,do u see how much I need u right now?

When you're gone

The pieces of my heart are missing u

When you're gone

The face I came to know is missing too

When you're gone

The words I need to hear to always get me through the day

And make it OK,I miss You

I haven't felt this way before Everything that I do reminds me of you And the clothes you left are lyin' on the floor And they smell just like you I love the things that you do

When you walk away I count the steps that you take Do you see how much I need you right now?

When you're gone

The pieces of my heart are missing you

When you're gone

The face I came to know is missing too

When you're gone

The words I need to hear to always get me through the day

And make it OK

I miss you

Out here forever

I know we were Oh oh oh oh oh

All I ever wanted was for you to know

Everything I do

I give my heart and soul

I can hardly breathe

I need to feel you here with me

Yeah

When you're gone The pieces of my heart are missing you When you're gone The face I came to know is missing too When you're gone The words I need to hear to always get me through the day And make it OK I miss you


Wednesday, September 05, 2007

Urgh!


Assalammualaikum ,

Salam mesra ,

Nasib baik belum bersawang lagi ‘rumah’ kedua aku ni. Aku memang dah bersiap sedia dengan penyapu sawang ni. Nampaknya keadaan masih bersih.hehehhe..

Saja aku nak selitkan ‘workstation’ aku yang taklah semeriah mana. Sesungguhnya memang tiada ‘privacy’ langsung pun. Mata aku kena meliar memerhati kalau ada orang meluru masuk. Walaupun ada masa aku buat-buat tak nampak sebab dari ekor mata aku aku boleh agak tu mesti staf dalam ni. Hahahah!! Kalau yang buka pintu dalam gerak perlahan dan termangu-mangu,itu barulah orang luar. Hihi..bukan sibuk apa,sibuk YM. Yelah,duduk 24 jam kat kaunter ni ingat tak bosan ke? Sesekali ada juga bos aku suruh taip dokumen, cuma jarang jarang. Bila urgent je baru bagi aku.

Tadi pun baru kena sound (takla direct) kononnya staf x cukup lembut menjawab panggilan. Sah-sah aku la tu yang kena. Sebenarnya aku dah lali dengan teguran tu. Dan aku sendiri dah tak tau nak lembut macam mana. Ikutkan hati memang aku nak berhenti. Bukan aku tak ada kelulusan (ops,maaf…bukan berniat nak bongkak tapi geram). Mengenangkan betapa susahnya nak cari kerja,telan sajalah. Inilah nasib jadi kuli. Aku harap suatu hari nanti nasib aku akan jadi lebih baik. Siapa tahu aku akan dapat kerja lain jugak nanti.

Sunday, August 26, 2007

Pergilah duka

Salam...
Secara tak sengaja aku tersinggah di blog seorang kawan. Wah,ada posting baru setelah sekian lama. Bila membacanya,aku semacam terasa kata-katanya ditujukan buat aku. Aku membaca dari awal hingga akhir. Ah, kawan ku ini memang sentiasa punya idea kreatif di mindanya. Itulah istimewanya dia di mataku.
Namun secara tiba-tiba hatiku merusuh membaca ayat paling akhir. Seketika mukaku panas,dadaku sesak seakan mahu memuntahkan sesuatu. Apa, benarkah dia...?? air mata seperti mahu mengalir tapi segera kutahankan. Tidak mungkin aku akan menangis lagi. Bukankah aku sudah berjanji padanya,pada Tuhan juga untuk merelakan apa pun yang terjadi? Hatiku seakan tidak mahu mengerti. Untuk mengelakkan aku terus diasak kesedihan,aku lantas melarikan diri ke kamar mandi,menyucikan wajah dengan wudhu’ supaya perasaanku sedikit tenteram.Kenapa aku sering begini?
Aku selalu berlagak seolah-olah aku tabah dan mampu meranduk segala halangan yang diciptakan di depanku. Biarpun sebenarnya jiwa ini tidaklah sekukuh besi melainkan selembut kapas jua halnya. Namun, aku tetap akan terus berpura-pura seolah semuanya akan menjadi baik dan aku tidak mahu lagi membebankan perasaanku dengan cerita-cerita duka. Walaupun kedukaan itu selalu datang menyinggah akan aku sanggah dengan senyuman ceria di bibirku. Seulas bibir ciptaan Allah ini biarlah sentiasa basah dengan senyuman,bukan dengan kata-kata menyakitkan jiwa. Sedarlah wahai insan,kedukaan yang hadir dalam hidupmu tidak selamanya kan menemanimu.
Ya,kita akan selalu dihubungkan dengan ikatan sebagai sahabat,kawan dan teman. Usahlah diulit rasa bersalah dengan kejadian yang telah berlaku. Sememangnya aku cukup terluka namun aku yakin kelukaan ini akan berlalu seiring dengan peredaran masa. Anggap saja aku teman seperti dahulu. Anggap saja Tuhan menghukumku di atas segala dosaku yang banyaknya seumpama buih di lautan,tingginya umpama langit di angkasa. Kifarahkah ini Ya Allah?
Titipkan kesabaran dan kasih sayangMu agar aku tidak tersesat di lembah duka.

Aku mahu gembira!
Duka,tinggalkan aku sendiri!

Friday, August 17, 2007

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini


Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta ku dapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang...
Tanpa dendam..
Ku terima kekalahanku...
Aku pulang...Tanpa dendam...Ku salutkan kemenanganmu..

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita...

Aku pulang... Tanpa dendam... Ku terima kekalahanku...
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti...semua

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta ku dapat

Thursday, August 16, 2007

Di Hentian Ini

Hari ini...15 Ogos...
Akhirnya satu pengakuan yang agak lama ku tunggu.Walaupun aku sudah menjangka,namun hati aku masih pedih dan sedih.Semalamam aku berendam air mata,sampai mata pun tak boleh nak buka.Macam nak demam pun ada.Sabarlah wahai hati.Biar hancur luluh hati ini,namun inilah takdir yang harus aku lalui.Hingga ke detik aku terbangun dari tidur pun,air mata ini tak mahu berhenti.Kini jam menunjukkkan waktu sudah menginjak ke jam 5 pagi.
Untuk kembali menjadi aku yang dulu,itu agak mustahil.Kerana aku sendiri tidak mahu kembali seperti itu.Aku yang lemah,aku yang mudah percaya,hanyut dan tertipu dengan layanan baik insan bernama lelaki.Mungkn sudah termaktub dalam diari hidup ini bahawa lelaki yang singgah dalam hidupku hanyalahbertujuan untuk menghancurkan hati saja.Tak lebih daripada itu.Mereka datang,membelai hati dan perasaan kemudian dengan kejam merentapnya pergi.Kemudian menyusun kata maaf bertali-tali dan untuk entah yang ke berapa kali aku juga akan memaafkan kesalahan yang mereka tidak niatkan.Ya,siapa yang berniat untuk melukakan hati orang lain kan?Seperti juga aku.
Aku tidak tahu kenapa semua ini berlaku. Sukar untukku menerima semua ketentuan tetapi aku telah berjanji dengan Allah bahawa aku akan bersediamenerima apa saja keputusannya.Aku bukan malaikat,aku cuma manusia biasa yang punya naluri ingin disayangi seperti orang lain.Dalam pencariankuberkelana mencari cinta,aku masih belum menemuinya.Yang ku temui hanyalah sisa penyesalan dan kekecewaan yang makin menyeksakan dari hari ke hari.Berkali-kali aku cuba untuk meniupkan semangat untuk diri ini agar sentiasa tabah dan positif.Perjalanan hidup ini masih panjang.Insya Allah.Sebetulnya,aku bukan mencari cinta,cuma kadang-kadang ia hadir tanpa kita sedar.Dan beruntunglah bagi mereka yang menemui teman yang salingmenyukai dan menyenangkan.Aku?Aku bukanlah teman yang menyenangkan barangkali.Lantaran itulah semuanya berlaku kejam merobek hati dan perasaanku.
Di saat aku meluahkan perasaanku di ruang siber ini,air mataku masih mengalir menemani.Entah bila mahu berhenti.Dalam mimpi pun semuanya yangburuk-buruk sahaja.Hingga aku terjaga dari pembaringan.Sampai bila semua ini akan berakhir?Aku serasa ingin menjerit sekuat hati.
oleh itu,untuk tidak menjebakkan lagi diri ini dalam lembah kekecewaan,aku harus berubah.Menjadi insan keras hati dan tiada perasaan.Menjauhkan diri dari insan bernama lelaki.Mengorak langkah baru menjadi insan yang lebih positif,capai cita-cita.Mendekatkan diri pada Allah.Dan aku memohon padaMu,jauhkan aku dari perasaan cintakan manusia selagi dia bukan untukku.Aku tidak mahu lagi menjadi NASH.....NASH....yang dikatakan comel,baik,punya hati lembut,lemah serba serbi....untuk dipijak-pijak dan dipermainkan?Tidak lagi.Aku tidak mahu lagi menjadi NASH yang ini.BENCI.Kerana yang lemah itu akan sentiasa diperkotak-katikkan dan ditinggalkan.Akan tiada lagi air mata,yang ada hanyalah azam yang membara.Akan tiada lagi tangisan merawankan, yang ada hanyalah kata-kata bermakna.Akan tiada lagi raut comel dan manja,yang ada hanyalah ketegasan seorang wanita berhati waja.
Salam akhir dariku...aku akan kembali semula dengan wajah baru.UntuK mereka yang telah menghadiahkan kelukaan,terima kasih kerana kalian semua memang berhak memilih yang terbaik,dan menyedarkanbahawa aku hanyalah perempuan yang punya 1001 kelemahan untuk diatasi sebelum dikurniakan 1001 kebahagiaan.
Aku memang tak berhati besar
Untuk memahami hatimu di sana
Aku memang tak berlapang dada
Untuk menyedari kau bukan milikku lagi
DENGAR,DENGARKAN AKU
AKU AKAN BERTAHAN
SAMPAI KAPAN PUN
SAMPAI KAPAN PUN
Maafkan aku yang tak sempurna untuk dirimu
Usailah sudah kisah yang tak sempurna
Untuk kita kenang
SELAMAT TINGGAL SEMUA....ADIOS....SAYOUNARA...
ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....

Wednesday, August 08, 2007

Mulakan Hidup Baru 2

Assalammualaikum,

Perasaan aku hari ini seperti biasa bercampur baur. Berperang antara kehendak hati dan kewarasan akal. Andai ditakdirkan aku ini tiada pegangan, nescaya aku sudah tiada lagi di muka bumi ini. Syukurku tak terhingga kerana dilahirkan sebagai umat Allah yang dikasihi.

Hari ini kami menghadiri kelas Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh tempat aku bekerja. Pelajaran hari ini: kami semua diminta untuk membuat satu pengumuman mengenai kehilangan kanak-kanak di pasar raya. Kelakar sungguh, masing-masing punya stail tersendiri. Semuanya berlaku dalam keadaan santai, gelak ketawa, sekurang-kurangnya hilang seketika masalah yang membuat hidup aku tak keruan. Entahlah, tak tahu kenapa hatiku sekali ini terlalu liat untuk melupakan segalanya. Aku masih berharap agar masih ada sinar kebahagiaan sudi memancarkan cahaya. Aku tidak menuding jari pada sesiapa. Yang buruk itu semestinya datang dari aku. Akulah yang memusnahkan segalanya dan tidak mungkin keadaan akan kembali seperti dulu. Hanya kenangan silam penuh kemanisan dan kegembiraan akan mencuit hati di kala fikiran menerawang.

Usai solat maghrib, hatiku terasa lebih tenang. Jauh di sudut hatiku, sentiasa bergema perkataan ‘maaf’ buatnya yang aku sayangi. Aku telah menyusahkan dia Ya Allah, adakah aku telah melukai hatinya dengan meluahkan apa yang aku rasai? Adakah dia terbeban Ya Allah? Jika benar, ampunkan aku Ya Allah…aku terlalu mementingkan diri tanpa pernah memikirkan keadaannya. Biarpun keadaan kini tidak memihak kepadaku,namun aku yakin, ini dugaan Allah untuk menguji sejauh mana aku bersabar sebelum dia mengurniakan kebahagiaan untukku supaya aku sentiasa beringat dan bersyukur.

Kini, aku mampu mengukir senyuman…ikhlas kerana diri ini mengerti tiada apa yang lebih berharga selain mendapat ketenangan jiwa…

Hatiku masih di sini…setia menanti hingga tiba saat bersemi…

Tuesday, August 07, 2007

Mulakan Hidup Baru

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikannya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS.AL-HADID: 22-23)
Kadang kita tak sedar ‘memaksa’ Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ‘memaksa’ Allah: kita berkata jodoh kita harus dia Ya Allah...harus dia kerana aku sangat mencintainya. Seakan kita yang jadi menentukan segalanya. Kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalaupun Allah memberikan maka tak selalu itu yang terbaik.
Apabila mataku terbaca seuntai kata yang termuat dalam Blues Selamanya keluaran isu 26 ini, hatiku diburu kebimbangan dan ketakutan yang amat sangat. Serta-merta aku terasa malu kepada Pencipta-ku. Adakah selama ini aku memaksa? Alhamdulillah,seingat aku tidak. Ya,pernah juga sesekali. Sebenarnya aku malu memohon pada Allah bila tiba soal ini apa lagi untuk meminta ditemukan jodoh dengan orang tertentu. Ya,aku akui aku menyenangi seseorang,tetapi setiap kali aku ingin memohon,aku pasti akan bertanya pada Tuhanku,”Bolehkah aku memohon ini Ya Allah?” kerana setiap kali dahiku menyentuh sejadah, akan terbit satu perasaan rendah diri. Membuatkan aku bagaikan tidak berhak untuk memohon apa pun dari Allah lantaran kepincanganku menjalankan tanggungjawab sebagai hambanya. Allah sentiasa bersamaku walaupun dalam keadaan aku susah dan senang. Tetapi aku? Bagaimana aku mengingatiNya?
Sebenarnya hari ini aku telah melakukan sesuatu di luar dugaan. Meluahkan sesuatu yang dipanggil perasaan kepada insan berlawanan jenis, memalukan bukan? Seorang gadis yang punya satu perasaan halus menyelinap di segenap hatinya. Sekalipun gadis itu tahu yang kasihnya tidak akan bersambut. Sesungguhnya aku redha dan berserah dengan ketentuan Ilahi. Aku tidak mahu terus dibelenggu resah dan berduka lara. Aku yakin, Allah akan sentiasa tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Dunia hanya sementara, jika tidak bersatu di dunia, pasti kita akan bertemu di akhirat yang kekal abadi. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan payung Ar-Rahman.
Aku hanya berpegang pada satu untaian kata: Jika engkau menyayangi seseorang,lepaskanlah dia. Seandainya dia ditakdirkan menjadi milikmu, dia akan kembali. Tapi jika tidak,anggaplah dia tidak pernah menjadi milikmu sejak awal lagi (aku lupa sambungannya tapi rasanya macam ni la lebih kurang...:P) Sama sekali aku tidak akan berdendam pada sesiapa. Walaupun aku harus melalui kekecewaan ini untuk keberapa kali lagi, apa yang ku harapkan Allah akan sentiasa meniupkan semangat dan kekuatan hati untuk aku terus mengharungi lembah kecewa yang selalu terhampar di depanku.
Buat si dia, semoga Allah merahmati kehidupanmu...semoga kita mendapat keredhaanNya.
Salam kasih,
ct_munawirah82@yahoo.com

Wednesday, August 01, 2007

KASIH TERCIPTA

Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara

Bisiklah kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cinta ku jujur selama ini …oooo…

* Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu oooo
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Ooo… Kasih tercipta …Ooo… Carilah ku sayang

Mesra suaramu …kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu oooo
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Pabila bersamamu, debaran darah arus mengalir,
cinta,Lahir selamanya
Berilah…kucupan sayang
Biar terukir wajah …kasih tercipta …
Berilah…kucupan sayang
Biar terukir wajah …kasih tercipta …

Ooo…Kasih tercipta …Kini ku mengerti
Walau berbisa …Ku rela kiranya kau bahgia …

Soundtrack filem "WARIS JARI HANTU"

Haruskah?

Hi semua,apa aku nak cerita hari ni ye?Oh ya.Dah beberapa hari aku saja nak tukar imej pulak.Saja nak pakai lense (even aku rasa tak selesa sangat).Mungkin sebab terasa kering dan aku pun dah lama tak pakai.Setiap kali ada org masuk,cam terkejut.Sampai lecturer pun tegur.Adoi,malu la pulak.Siap bagi pendapat bagai.Banding pulak masa aku pakai cermin mata dengan tak.Huhu.Ada yg kata lainlah,x kenallah.Normal la tu kan.Saja aku nak mengubah penampilan sekejap.Semua aku nak ubah lepas ni.Hihi.

Semua aktiviti opis berjalan macam biasa.Aktiviti 'hati' aku pun masih running,even tak berapa jelas di wajah.Masih dalam mood blur and depress but under control.Bila terasa sedih atau rindu,aku tahu pada siapa harus aku mengadu dan selepas tu aku akan jadi tenang.Walaupun tak sepenuhnya,mungkin aku perlukan masa untuk lupakan semua tu (masalahnya aku x nak lupa...aku nak ingat semuanya).Aku bersyukur sebab aku tak buat perkara2 bodoh yang akan merugikan diri aku sdr (ada juga tapi x efek sangat).Lebih baik aku berkawan dengan semua orang dan maintain ceria gitu.Hilang segala tekanan yang aku hadapi.

Cuma bila malam menjelang,aku masih belum dapat menghilangkan rasa rinduku pada dia.Sometimes I cried during my sleep,and sometimes I met him in my dream.Gila kan?Tak tahulah sampai bila tapi aku tahu hanya Allah tahu apa yang terbaik untukku.Aku hanya boleh berdoa mengharapkan yang terbaik.

Kawan aku kata "kalau kau sayang dia,lepaskanlah dia.Kalau dia kembali,maknanya dia memang ditakdirkan untuk kau".Masa dengar kalimah tu aku terasa mata aku basah,muka aku merah.Tapi aku buat bodo (giler nak ternangis kat kaunter opis pe citer?).Aku baca post member aku,dia pun baru melepaskan seseorg yg dia sayang.Kita sama kan beb,sama-sama merasai lukanya kehilangan ...

Berhenti Berharap?Haruskah?

Thursday, July 26, 2007

Akhir Rasa Ini

Terlarut aku
Dalam bersendirian
Saat aku menyedari
Tiada lagi dirimu kini

Sampai kapankah
Aku mampu bertahan
Tetapi aku jalani
Semua kisah hidupku ini

Tak akan terganti
Setiap kenangan yang telah terukir
Yang terendap indah dan melekat di hati

Akankah berakhir
Semua rasa (kisah) yang telah tercipta
Di dalam benakku dan di dalam asaku

**lagu ini menerangkan dengan tepat apa yang aku lalui skg.aku akan tetap bertahan selagi aku mampu walaupun hati ni lukanya makin dalam.Aku rindu...:(

Jom Ke Karnival Kerjaya UPM

Assalammualaikum,

Apa khabar kalian semua?Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya.Jangan jadi cam aku monyok je 24 jam.Hahahha!! Hari ni pun keadaan di opis macam biasa.Sibuk jugak memandangkan UPM menjadi host untuk Karnival Kerjaya Kebangsaan.Semalam aku sempat jengah booth2 yang terlibat dengan bos aku dan kawan aku.Aku pun kenalah ambik tau lokasi sebab aku pun diarahkan bertugas Sabtu ni.Dengar cerita Pak Lah tak dapat datang untuk merasmikan event yang julung-julung kali diadakan di sini.Yang menggantikan tempat beliau ialah TPM kita dan diiringi Menteri Pengajian Tinggi.Tak tahu siapa?G lah cek kat website http://www.mohe.gov.my/. Hahhaha!! Aku tahu pun sebab bos aku mintak tolong tambah ayat dia yang tak sempat nak ditambah dalam kertas kerja.Maklumlah,aku tengok dia sat terkejar sana sini.Sampai paper untuk meeting kul 12 tghari tadi pun ada yang tak lengkap (buat meeting time tghari,ntah pape jek).

Mula-mula keadaan lengang.So untuk menyibukkan diri (lebih kepada nak mengelakkan diri aku dilanda blues),aku pun menawarkan diri nak menolong kerja-kerja kawan aku yang menimbun.Ni yang maleh ni,bila aku dah offer diri,org pulak dtg berduyun.Geram betul aku.Kadang2 nak je aku mengamuk kat kaunter ni sebab dah tak tahan.Letih.Tambah pulak badan aku rasa cam tak best jek,sakit pinggang lagi.Bila dah tak selesa,mulalah aku buat muka toya je kat kaunter.Nak senyum pun malas.Lagi pulak tgk list YM yang tak memberangsangkan (sempat lagi tu).Sejak 'dia' dah x muncul lagi dalam list YM aku,aku jadi tak tentu arah sekejap.Aku sedih sangat.Sedih sebab aku x boleh buat apa-apa.Aku tanya diri aku,apa salah aku sebenarnya?Aku sendiri tak tahu.Kalaulah aku boleh putar balik masa...mujurlah ada yang sudi nak dengar luahan bodoh aku tiap2 hari.Malu tu mmglah,tapi aku tak daya nak simpan sorang2.Sudahnya lepas ni aku nak jadikan hidup aku paling sibuk di opis aku sampai aku exhausted.

Ada kawan aku kata aku dah lain.Dulu aku diam,skg dah pandai loyar buruk.Maklumlah,aku ni sebenarnya diajar menjadi loyar buruk oleh sseseorang.Hahah!Tapi dalam ayat je la,bersemuka belum tentu.Aku masih Nash yang dulu.Ada yang kata aku bertambah comel.Part ni aku tak tahan.Tang manalah yang comeynye.

Okla guys, jumpa di Karnival Kerjaya Kebangsaan UPM.Sapa nak jumpa aku,dtg hari Sabtu ye.Aku duty hari tu dari pagi smp tghari (shift based..:P)

Sunday, July 22, 2007

Ops! No Comment

Semalam aku lepak dengan kawan aku yang dah lama jugak la aku tak jumpa lantaran kesibukan menghambat diri masing-masing.Kebetulan semalam dia bebas dari sebarang tugas rasmi,terus aku setuju saja bila dia ajak aku ke rumahnya.Saja,bosan lak dok umah.

Lepas dia ambik aku kat rumah,kitorang bertolak ke Bangi.Nak pergi menjengah pasar malam,namun sampai je kat sana hujan mula turun agak lebat.Tapi kitorang redah jugak memandangkan kawan aku tu dah lapar (maklumlah x makan lagi).Aku pun lapar gak time tu.Walaupun ada payung tapi sama cam tak pakai payung.Basah jugak.Lepas beli makanan,kitorang gerak ke Warta pulak.Cuci-cuci mata dan sempat jugak aku sambar satu baju.Hihi.Tiba-tiba aku terserempak dengan kawan baik aku masa kat matrik.Wah,makin berisi sikit,okla.Kalau tak kurus kering je aku nengok(wah,sesedap rasa je aku kata dia).Dia kata dia nak kahwin hujung tahun ni.Tak sangka hubungan yang terjalin dari matrik bertahan sampai skg.Aku doakan kalian bahagia.

Teringat pulak soalan cepu emas yang keluar daripada mak long tadi "Bila kamu nak ada apa-apa?"Aduh,aku lemas betul kena soal camni lebih-lebih lagi depan mak aku.Malu beb.Aku bukan jenis yang suka cakap hal ni depan parents.Mak long aku siap suruh solat hajat,solat tahajud minta ditemukan dengan jodoh yang soleh.Aku pulak hanya mampu tersengih je la.Saya muda lagi,mak endon.Tak fikir lagi...ahaks! Mahu kena sembur ngan dia kalau aku cakap camtu.Tak sedar diri betul dah nak masuk 25 dah bulan 9 nanti.Nasib dia tak kenenkan aku dengan sesiapa.Fuh,nahas kalau ada.Siapa tak nak menyulam bahagia dengan insan yang kita sayang kan?

Alahai,rileks je la.Kalau ada,adalah.Janganlah tanya lagi wei,aku seganlah orang tanya pasal hal camni.Aku belum layak lagi wei,aku budak-budak lagi tau! (wahahahahah!!!!)Kalau sapa nak calon isteri dia tak pandai masak,ha bolehlah.Hahahah!Gurau jek ok,buat apa nak serius kan?

Thursday, July 19, 2007

Temuduga dan Mimpi

Hai,salam semua....

Dah lama jugak tak masukkan entri kat sini kan.Keadaan makin serba tak kena di pejabat.Banyak sangat kerenah yang perlu ditangani.Tapi pagi tadi release jugak la tension ni (even sekejap) sempena bulan kemerdekaan.Setiap fakulti dan pusat kena buat gimik persembahan sempena 50 tahun merdeka.Terhibur jugak aku tengok.Siap laungkan kata keramat "Merdeka!" (lebih kepada nak keluarkan apa yang terperosok di hati).Fakulti aku je tak hantar wakil.Huh!

Rabu lepas aku menghadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat di SPA,Putrajaya.Hati aku berdebar-debar bila aku menjejakkan kaki melangkah masuk ke bangunan yang tersergam indah.Inilah pertama kali aku tiba di sini.Menjadi orang pertama yang tiba (pukul 7 pagi aku dah sampai!) membuatkan aku sedikit tak tentu arah.Setengah jam kemudian aku menaiki lif menuju ke aras 6.Ada beberapa orang kakitangan di situ sibuk bercerita tentang nahas pesawat Nuri yang kisahnya mendapat tempat di media cetak dan elektronik.Tanpa sedar aku pun ikut pasang telinga.Sempat aku mendapat ucapan semoga berjaya daripada salah seorang staf yang sama-sama menaiki lif dengan aku tadi.Terima kasih,kak.

Aku merupakan calon kedua selepas calon pertama yang berasal dari Terengganu.Berdasarkan no giliran aku adalah calon ke-1102.Fuh, ramai sungguh!Bila nombor aku tertera di skrin bilik L,aku mula cuak.Bibirku terkumat-kamit berzikir mencari ruang untuk bertenang.2 ahli panel wanita bertindak sebagai penemuduga.Pada mula perbualan,mereka mewujudkan suasana santai.Aku terasa lega sedikit.Namun sekali lagi keyakinan aku tergugat bila soalan pertama muncul dari salah seorang daripada mereka?
"What do you understand about integrity?"
Mak datok,apa ke menatang tuh?Silapnya aku p jawab aku paham,rupanya aku salah paham
Aku main tibai (aku pun tak paham apa aku cakap time tu!)Bengongnya,frust tul aku time tuh.Kantoi dah part English.Terus dia tukar bahasa ibunda.Macam-macamla aku kena agaknya nak dekat setengah jam jugak kot lebih kurang.Masa tu aku dah tahu peluang aku tipis dan apa yang aku nak time tu,cepatlah aku keluar dari bilik yang menyesakkan ini.

Aku terus balik opis (thanks Aini sebab hantarkan).Semua macam terkejut aku balik,diorang ingat aku cuti (mmg aku apply sbb ingat habis lambat).Diorang semua pun ternganga dengar soalan pertama aku,tapi ada yang tahu jugak.Silap aku x fokus,aku tak nak salahkan keadaan aku yang sejak akhir-akhir ni kejap OK kejap KO.Sebab kalau aku OK sekalipun,tak semestinya aku leh jawab.Bukak je website,tu dia terang2 dok ada Pelan Integriti Nasional.Bencinya aku!!!Habis seharian tu org tanya aku pasal interview.Tapi aku lega sikit pasal debaran aku dah habis.Bos aku pulak dok usik2 "Terpaksalah cari staf baru pulak lepas ni".Ceh,aku baru p interview la.Ada pulak yang doa supaya aku x dapat, hampeh tul! Tak nak aku blah konon,x nak jaga kaunter la tu,x sanggup kan?Hahahah!!

Hari tu aku balik malam,penatnyeee...dan malam tu aku termimpikan seseorang yang sangat aku rindu...akhirnya aku dapat jumpa dia walaupun dalam mimpi saja.Dan dalam mimpi tu jugak dia tersenyum padaku.Malangnya hanya dalam mimpi saja.Kelakarnya,dalam mimpi tu mula-mula aku marah dia giler2,pastu dengan tenang dia bukak wallet dia dan tunjuk isinya...ada RM100.Eh,pe motif tunjuk duit neh?Aku marah dia pasal apa,bukan pasal duit.Mimpi kan bukan betul.Merepek jek.Nak tergelak pulak aku.Hahahah!!Setahu aku,aku yang hutang dia duit tiket hari tu x bayar2 lagi.Kahkahkah!Tiketnya pun aku simpan lagi,sayang nak buang.Itu je la 'harta' yang tinggal utk aku kenang.

Eh best la lagu Samson-Akhir Rasa Ini.Nanti aku publish liriknya di sini.Destinasi Cinta pun best,rancak,buat aku terlompat2 kat dalam bilik.Hahahah!!!

Jumpa lagi!!!

Monday, July 16, 2007

Ampuni aku

Aku terbaca satu artikel yang aku lupa di mana aku mendapatnya.Memang malu menyerbu ke muka apabila penulis mengajukan tajuk "Pada siapa harus diberi cinta".Cinta kepada Allah,itu yang paling utama.Ya,aku akur dangan kenyataan itu.Cintaku pada Rabbul Izzati masih belum utuh.Ampunkan aku,Tuhan!

Aku semakin larut dalam perasaan kecewa,sedangkan aku masih boleh meminta pada Allah.Allah takkan mengecewakan hambaNya.Mintalah sesuatu dengan Allah,nescaya akan dimakbulkan.Itulah pegangan yang aku sematkan dalam hatiku kini dan selamanya.

Oleh itu,aku takkan berputus asa memohon agar kami dipertemukan dengan izin Allah dan tiada yang lebih membahagiakan jika Allah menemukan aku kembali dengannya berlandaskan syariat dan restunya.Aku memohon restumu Allah,tautkan hatinya dengan hatiku seandainya dia diciptakan untukku.Jangan biar kami menderita dan terpesong Ya Allah.Tunjukkanlah kami jalan yang benar,jalan yang lurus.

Ya Allah,aku sangat menyayangi dirinya...ampunkan dosanya,rahmati dia Ya Allah...

LOVE is CINTA



Ucapkanlah kasih satu kata yg ku nantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu


Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu


Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan
Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam
Hening malam
Cinta terasa ada

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Saturday, July 14, 2007

Kisah Tak Sempurna

Hari ini...tak ada satu ketika pun yang aku tak terfikir pasal dia.Agaknya dia terfikir tak keadaan aku?Hihi..x mungkin kan.Pasti dia sibuk,kemudian meluangkan masa dengan kawan-kawan,pergi sana sini.Bebas,tak ada siapa yang melarang.
Aku terbaca blog miliknya.Dan apa yang dia rasa sebenarnya turut dirasai oleh aku.Aku juga takut untuk jatuh hati kerana seingat aku tak ada satu pun kisah cinta aku yang berjaya.Membuatkan aku serik untuk memberikan sekeping hati milikku yang telah banyak kali dirobek.Sungguh,aku takut tapi sampai bila?Aku cuba untuk menahan dan menangkis sebarang perasaan tapi aku tak berdaya.Perasaan kurniaan Allah terlalu halus,menyelinap ke dalam jiwa tanpa kita sedari.Namun malangnya,sekali lagi kasih tidak bersambut malah ditinggalkan sahaja begitu tanpa pesan.Apakah aku sememangnya ditakdirkan untuk bertemu kemudian kecewa?Berapa banyak lagi perlu kuberikan hati ini semata-mata untuk dihancurkan atau ditinggalkan begitu saja?
Ya Allah,aku pernah meminta pada Mu jangan hadirkan perasaan itu seandainya dia bukan ditakdirkan untukku tetapi kenapa ia masih hadir?Kenapa aku harus melalui episod luka ini sekali lagi?Ya Allah,maafkan aku...seolahnya aku tidak mensyukuri nikmat yang engkau berikan.Aku takut Ya Allah kehilangan dia...
Namun,aku sedar kini...siapalah aku insan tak seberapa bukan menjadi dambaan.Bukan seorang gadis jelita yang lembut bersopan,punya keyakinan diri,mempesona dan memikat.Aku hanya seorang gadis cilik yang suka merajuk,kecil hati,keras kepala dan degil.Mana mungkin dia memilih aku.Aku betul-betul tak sedar diri,Ya Allah...sepatutnya aku memikirkan semua ini sebelum aku menyimpan perasaan.Maaf kerana aku lupa asal usulku.
Ya Allah, aku mohon tabahkan hati ini.Seandainya dia pergi dariku, tolong berada di sisiku Ya Allah...dia memang insan terbaik dan pasti kau juga telah mengirimkan teman yang paling baik untuknya.Sedangkan aku hambamu yang kerdil dan masih perlukan bimbinganmu.
Limpahkan kebahagiaan untuknya Ya Allah...
Amin ya rabbal alamin....

Thursday, June 21, 2007

Atas Nama Cinta:Lily Suriani


Atas Nama Cinta
Tagline:"Akulah penunggu cinta yang tegar...menanti di mana-mana sampai bila-bila"

Ardini...
Aku sangat menyintaimu Dini,tapi kenapa saat kita berdua ada tembok yang memisahkan kemesraan kita?Mengapa tindakanku berbeza daripada naluriku? Mengapa aku begitu tega mengasarimu sayang sedangkanhatiku menghalang?Gugurnya air matamu ibarat belati yang menghiris nipis-nipis hati ini.Aku bingungdengan apa yang terjadi antara kita?Bagaimana harus aku menanganinya,kasih?Dini...hanya engkau permaisuri yang kekal bersemayam di persada hati insan bernama Firas...

Firas...
Menjadi insan kesayanganmu merupakan perkara paling indah pernah terjadi dalam hidupku.Gurauanmukerap kali membuat aku tersenyum.Pujianmu menjadikan aku insan paling bahagia.Kata-kata manisyang tidak pernah lekang dari bibirmu menjadikan aku sanggup berkorban walaupun nyawa menjadi galangganti.Namun,mengapa engkau tidak pernah menghargainya,suamiku?Apakah lelaki hanya pandai menanam tebudi pinggir bibir?Firas...walau aku dilempar cercaan seluruh dunia,namun meninggalkanmu tidak akanpernah wujud dalam kamus hidupku...kerana aku isteri yang akan sentiasa membela nasibmu.

Membaca novel tulisan Lily Suriani sememangnya membuat aku tenggelam dalam suasana yang diciptakan dalam setiap bab.Bahasanya mudah,namun tetap mempunyai nilai tersendiri.Unsur humor yang diterapkan dalam perbualan cukup membuat aku ketawa sendiri.Sesekali aku membayangkan situasi yang cuba digambarkan oleh penulis dalam ayat-ayatnya.Seperti Pelabuhan Kasih,Lily Suriani tidak akan lupa untuk menerapkan peri pentingnya wanita Islam menjaga peribadi dan tingkahlaku.Pada pandangan aku,ini secara tidak langsung memberikan panduan kepada pembaca yang rata-ratanya golongan remaja yang sering kita dengar acapkali tewas dalam perangkap perasaan juga pengaruh rakan.
Buat teman yang inginkan bahan bacaan yang santai namun sarat dengan pengajaran,silalah dapatkan novel kesayanganku ini.Pasti tidak mengecewakan.Nampaknya hasil karya Lily Suriani menepati citarasaku yang menjadikan novel sebagai salah satu sumber hiburan dan pembekal ilmu pengetahuan.

Sampai ketemu lagi...salam sayang

Saturday, June 16, 2007

Aya & Asou



Aya comel! Inilah pelakon yang memainkan watak sebagai Ikeuchi Aya dalam cerita 1 Litre of Tears.Erika Sawajiri is her real name.Based on true story of a girl who has incurable disease.


"Okaasan, would I be able to get married?"(huk..sob..sob..)

Ryo Nishihiro memegang watak sebagai teman lelaki Aya yang bernama Asou.Sikap dingin yang dipamerkan pada awal perkenalan menyebabkan Aya menyifatkannya sebagai lelaki yang pelik.Namun keegoannya pudar apabila melihatkan penderitaan yang dialami Aya yang pada masa itu merupakan teman sekelasnya.Perasaan simpati akhirnya membuahkan perasaan cinta di lubuk hati Asou dan sikapnya berubah dari tidak peduli kepada lebih mempedulikan kehidupan.Mengambil jurusan perubatan selepas tamat sekolah tinggi,dia bertekad ingin mengkaji tentang penyakit yang dideritai gadis kesayangannya dan tidak lagi bersikap negatif terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.Ganbatte ne.
"Asou,thank you for saying that u like me,even the way that I am right now.For all the things that u've done for me,ARIGATOU.."
konayuki mau kisetsu wa itsumo surechigai
hitogomi ni magiretemo onaji sora miteru noni
kaze ni fukarete nitayou ni kogoeru noni
boku wa kimi no subete nado shittewa inai darou
soredemo ichiokunin kara kimi wo mitsuketayo
konkyo wa naikedo honki de omotterunda
sasai na iiai mo nakute onaji jikan wo ikitenado ikenai
sunao ni narenai nara yorokobi mo kanashimi mo munashiidake
konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
futari no kodoku wo wakeau koto ga dekitano kai?
boku wa kimi no kokoro ni mimi wo oshiatete
sono koe no suru hou e sutto fukaku made
orite yukitai soko de mou ichido aou
wakari aitai nante uwabe wo nadeteita nowa boku no hou
kimi no kajikanda te mo nigiri shimeru koto dakede tsunagatteitanoni
konayuki nee eien wo mae ni amarini moroku
zaratsuku asufaruto no ue shimi ni natte yukuyo
konayuki nee toki ni tayori naku kokoro wa yureru
soredemo boku wa kimi no koto mamori tsuzuketai
konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
futari no kodoku wo tsutsunde sora ni kaesu kara
(rujuk video Konayuki)

Thursday, June 14, 2007

Konayuki



Klip video dari drama 1 Litre of Tears.Siapa yang belum tengok,silalah tengok.Tak rugi,tapi sediakan lebih dari satu kotak tisu ye. Setiap cd nangis ooo...sob..sob..

Sunday, June 10, 2007

Cinta Platonik?

Cinta Platonik- aku sebenarnya tertarik dengan artikel yang dipaparkan dalam majalah In Trend yang aku baca di rumah. Pada mulanya aku sekadar ingin tahu,tapi apabila aku mambacanya ternyata terkena batang hidung sendiri! Macam tahu-tahu saja majalah ini,munculnya secara tiba-tiba sahaja di rumah.
Ia merupakan definisi bagi melambangkan hubungan akrab lelaki dan perempuan yang terjalin atas dasar sahabat karib. Perhubungan tanpa cinta ini dapat dirasa apabila keduanya begitu selesa untuk berkongsi rahsia, meluahkan perasaan, bercerita apa sahaja dan sentiasa bersama sahaja. Dinyatakan juga di sini, sukar untuk melawan perasaan yang berputik seandainya salah seorang daripadanya tidak mustahil akan berputik cinta dalam hatinya.

5 cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka yang mempunyai sahabat karib yang berlainan jantina:
*DEFINISI PERHUBUNGAN- kenal pasti apakah bentuk serta niat hubungan kamu berdua. Sekiranya hanya sekadar teman rapat,bertindak sebagai teman rapat dan jangan melebihi batasan kerana salah seorang daripada kamu mungkin akan merasakan kelainan dalam perhubungan itu.
*ATASI TARIKAN-pandai-pandai mengawal emosi atau perasaan dalam menjalinkan hubungan,jauhi daripada melakukan sesuatu yang dapat menarik daya seksual dalam perhubungan. Sekiranya kamu hanya berkawan baik sahaja,elakkan memegang tangan atau membelai rambut dan wajah pasangan agar tidak tercetus sebarang perasaan di antara kamu.
*KRITIKAN-sudah menjadi lumrah alam,manusia akan mengeluarkan kritikan sekiranya melihat pasangan karib yang berlainan jantina bermesra-mesra. Nak atau tak,terpaksalah pekakkan telinga.
*TEKANAN PERASAAN-berteka-teki tentang perhubungan. Adakah suatu persahabatan jujur atau cinta sudah berputik. Namun tidak mampu menyuarakannya kerana takut hanya bertepuk sebelah tangan.
*BERTUKAR CINTA-hati dan perasaan tidak dapat disekat dengan jendela besi untuk tidak menerima cinta. Ia lahir dari dalam. Kemungkinan cinta seorang kawan mampu berubah menjadi cinta sejati. Itulah kuasa cinta.
Artikel ini membuatkan aku berfikir...apa yang sedang aku alami sebenarnya?Apa yang aku cari dalam hidup ini?Ya Allah,kenapa harus terjadi lagi perkara yang membuat jiwa menjadi keliru...

Friday, June 08, 2007

Sentuhan Kreatif

Melakar garis senyuman di bibir
Membawa 2 tafsiran berbeza
Senyum...menggambarkan jiwa berbunga mekar berbingkai bahagia
Atau senyum...sekadar menutup resah hati dan pedihnya luka dicalari kekecewaan
Walau apa pun ertinya,tersenyumlah,kerana senyuman mampu merawat hati yg duka beransur gembira,meriangkan jiwa yang rawan.

Suntingan gambar:Fawz,my dear friend
Thanks babe! Really appreciate your awesome touch.:p

Wednesday, May 23, 2007

Monday, May 14, 2007

Abadikan Kenangan

Antara foto yang sempat teman aku rakamkan semasa pertemuan aku dengan Kak Ebriza Aminnudin.Keep in touch!Ada terselit Ahadiat Akashah dan Ujang kat pic tu.Heheh!

Saturday, May 12, 2007

Bagaikan Puteri


Salam buat semua,
Pesta Buku KLIBF yang penuh gilang-gemilang telah pun berakhir, yang tinggal dalam diriku hanyalah kenangan yang akan aku semadikan dalam sanubariku hingga akhir hayat. Semoga tahun berikutnya aku masih berpeluang menghadirkan diri dan melihat-lihat karya terbaru yang dihasilkan penulis tanah air.
Buat pertama kalinya aku mula memberanikan diri beralih ke karya Ramlee Awang Murshid yang kerap kali aku pinggirkan dari koleksiku. Mungkin kerana title novelis thriller yang disandangnya membuat aku seakan tidak berminat. Mungkin juga kerana aku rasa kurang sesuai dengan citarasa. Namun, aku ada terbaca di salah sebuah blog yang mengatakan novel ‘Bagaikan Puteri’ sangat istimewa. Lalu aku mengambil keputusan untuk memilikinya dan merasai sendiri pengalaman yang digambarkan blogger yang aku sendiri tidak ingat namanya. Ternyata telahanku meleset. Sememangnya aku dibawa meredah ke dalam 2 alam yang berbeza keadaan, terjerat di antara realiti dan fantasi. Cukup mempesonakan. Aku mengambil masa beberapa jam dari pagi hingga tengahari untuk menamatkan cerita yang cukup lain daripada novel yang pernah membuai perasaan. Masih menyelitkan soal kasih dan sayang dan lenggggok bahasa yang dikarang ringkas dan tidak meleret dan masih manis untuk dibaca. Tidak rugi aku membelanjakan wangku untuk novel ini. Sudah tiba masa untuk aku keluar dari kepompong dunia air mata duka kehilangan cinta dan kasih dan membuka minda untuk bahan bacaan yang lebih mencabar akal fikiran.
‘Bagaikan Puteri’ mengisahkan seorang gadis bernama Haryani yang melangkah ke dimensi di luar jangkaan manusia setelah disahkan koma akibat diragut manusia berhati haiwan. Beridentitikan puteri Majapahit lantaran hilang ingatan akan status diri. Dipertemukan dengan seorang jejaka berpersonaliti menawan dan berhati waja,Laksamana Sunan yang tidak gentar berjihad melawan kebatilan yang dicetuskan mereka yang bersekongkol dengan iblis. Dicintai Laksamana Sunan serta Dani yang menanti di alam nyata,Haryani harus membuat pilihan.Walaupun cintanya pada Laksamana Sunan cukup tebal hingga dia rela untuk terus berada di kurun ke-15,namun keadaan tidak menyebelahi cinta suci ini apabila Laksamana Sunan terpaksa ‘mematikan’ Haryani supaya dia boleh pulang menemui keluarganya dan menjalani kehidupan sebenarnya di abad ke-21.
Novel ini membuatkan aku teruja untuk memiliki novel ‘Cinta Sang Ratu’.Bulan depanlah,bulan ni dah kayap belanja kat book fair.Heheheh...


Wednesday, May 09, 2007

PWTC-KL International Book Fair 07


Jeng..jeng..inilah pic aku bersama denga penulis novel Ebriza Aminnudin atau lebih mesra dengan panggilan Kak Eb.Melalui Kak Eb aku mula terasa ingin untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan.Banyak membantu dan memberi pendapat, semangat aku semakin berkobar-kobar untuk memulakan perjuangan.Walaupun selalu sangat impianku ini dihalang dengan halangan ciptaan aku sendiri.
Pertemuan pertama...hanya bertukar tawa dan senyum.Sempat Kak Eb menitipkan buah tangan hasil karyanya yang terbaru berjudul 'Hati Ini Milik Siapa'.Cover cantik, tambahan pula aku memang minat hasil-hasil seni illustrasi.Aku bertembung dengan Kak Eb secara tak sengaja di booth Creative (CESB) di kala penulis tersebut sedang bingung memikirkan tentang tempat duduknya yang dicuri orang.Hahahah!Mujur kami saling mengenali walaupun sebelum ini hanya melihat gambar sahaja.Tidak ketinggalan aku membeli sebuah lagi novel terbaru hasil nukilannya terbitan CESB berjudul 'Kau Yang Tak Mengerti'.Hingga ke saat ini aku masih belum lagi berkesempatan meluangkan masa membacanya.
Buat Kak Eb, terima kasih di atas pertemuan pertama.Sentiasa akan menjadi kenangan terindah.Salam sayang..

Friday, April 27, 2007

Atas Nama Cinta

aku wanita yang punya cinta dihati
ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
mengapa terlambat cintamu t'lah termiliki
sedang diriku dengan dia tak begitu cinta
* mengapa yang lain bisa
mendua dengan mudahnya
namun kita terbelenggu
dalam ikatan tanpa cinta
reff:
atas nama cinta
hati ini tak mungkin terbagi
sampai nanti hingga aku mati
cinta ini hanya untuk engkau
atas nama cinta
kurelakan jalanku merana
asal engkau akhirnya denganku
ku bersumpah atas nama cinta

Baru-baru ini aku beli cd lagu Rossa-Yang terpilih.Lagu-lagunya boleh tahan juga best.Lagu ni dengan lagu Terlalu Cinta memang aku minat sangat.Syahdu.Hahaha!Tak tahu kenapa,tapi sejak akhir-akhir ni terbit satu perasaan yang aneh sikit dalam hati ni.Tapi aku tak mahu menzahirkannya.Aku cukup sangsi dengan apa yang aku alami.Selebihnya aku juga terlalu takut nak melalui waktu-waktu malang seperti dulu.Dan aku yakin tak mungkin dia menyukai aku.Jadi lebih baik aku simpan sendiri.Heheh.Tak semestinya berdua lebih baik kan?
So,here I wanna share this song.Klik kat player bwh tu eh.

Wednesday, April 25, 2007

Kawan aku yg dah berubah

These two guys are my old friends, since I was in primary school (sek. ren.keb. sri serdang).Dari kiri,namanya Ikhlas Zainal bekerja di MTU,syarikat perkapalan yang tersohor (yeke?).Sebelah tu,yang konon macho tu namanya Azmil, masih belajar (final sem,tgh final exam pun).Aku dan Nadhira yang menganjurkan pertemuan ni di Delifrance.Saja,sementara ada masa dan kawan-kawan aku pun tengah free.Bukan senang nak jumpa,kalau diikutkan dah 13 tahun aku tak jumpa mamat berdua ni.Sehari sebelum tu aku menghadiri perkahwinan kawan sekolah rendah aku jugak.Tak sempat nak upload kat sini,lagipun tak dpt lagi gambarnya.
Sempat jugak kami mengimbas kembali kenangan yang manis-manis masa kecik2 dulu.Tergelak aku dibuatnya.Diorang kata aku tak berubah.Heheh..maintain kecik cam budak sekolah.Aku jadi kelu juga depan diorg ni,lebih2 lagi aku segan sebenarnya.Memang dari kecik aku pendiam.Dalam report card pun mmg dah tertulis laporan aku seorang yang pendiam.Kah3!Tapi kalau jumpa geng,haa....mesti kepoh!Ada je aku nak sakat orang,atau dalam keadaan aku geram pun akan terkeluar ayat2 yg akan wat org ternganga.Hahahah!
Melihatkan kawan lain berjaya,terlintas satu perasaan malu di sudut hati ini.Berbanding kawan lain,rasanya aku je yang kerja paling biasa.Walaupun aku lepasan universiti.Mendengar pengalaman sahabat-sahabat lain, aku merasa terpinggir dan jauh ketinggalan sama sekali.Namun aku takkan sesekali putus asa dengan hidup ini sekaligus mencapai cita-cita yang sangat aku impikan.Aku tahu ada seseorang yang ingin melihat kejayaan aku dalam bidang tersebut dan aku harus pastikan aku mampu mencapainya.Moga aku dikurniakan idea yang menarik untuk menyambung novel aku yang baru mencecah 57 m/s tu.Harus dikerjakan sehabis baik.Akhir-akhir ini tidak mampu aku memberi kosentrasi lantaran sibuk dengan aktiviti perbarisan.
Ok,sampai sini dulu.Babai!

Thursday, April 12, 2007

Eh,kawan lama akulah!

Semalam aku balik lambat dari pejabat. OT la punya pasal. Sampai je rumah,rilek2 dulu sebelum membersihkan diri yang serba tak selesa. Bayangkanlah keje dari pukul 8 pagi sampai 9 malam. Macam nak termuntah aku rasa duduk kat kaunter. Habis jaga kaunter atas,kena pulak jaga kaunter bawah. Muka kaunter betullah. Kerja lain pulak macam tak nak dekat je dengan aku. Tak kuasa aku nak mengenang nasib yang tak pernah berubah ni. Cukuplah aku bersyukur je dengan apa yang aku ada sekarang. Orang lain yang tak ada kerja lagi kesian. Sekurang- kurangnya aku punya punca rezeki meskipun tak layak dengan kelayakan aku. Alhamdulillah..

Lepas selesai solat,aku merebahkan diri. Meluruskan tulang-tulang aku yang bengkok sebab duduk je keje. Tension tul. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan mesej dari nombor yang tidak aku kenali. Pada mulanya dia tidak memberitahu identity diri. Aku memang pantang orang nak rahsia2 konon. Bagitau je la nama,susah sangat ke? Rupanya mesej tersebut daripada kawan sekolah rendah aku…namanya Kamal Aizuddin. Nak tergelak aku bila mengingatkan kenangan masa sekolah rendah. Sekarang semuanya dah berjaya dengan kehidupan masing-masing. Kamal kata aku comel dulu. Hahahha! Terperasan sekejap. Sekarang dah tak comel pun. Masa zaman kanak-kanak memanglah. Semua cute. Kami saling bertukar cerita. Dan yang pasti soalan cepu emas ,tak lain tak bukan tentang status aku. Bila aku kata single,mulalah tak percaya. Boleh ke dia kata ajaib pasal aku xde sesapa. Katanya sebab aku comel,xkan xde. Hai, soal hati dan perasaan bukannya diukur dari segi paras rupa tapi keserasian antara dua insan. Dah takdir aku susah nak dapat seseorang yang boleh memahami aku. Sebab kadang2 aku pun tak faham apa aku nak. Hahahah! Kawan tu memanglah ramai. Berjuta-juta lemon. Tapi dalam berjuta tu tak ada pulak yang menyuarakan isi hati. Kalau sebelum ni aku yang mula dulu,sekarang aku tak nak dah. Aku suka pun aku nak diam je. Belum bersedia untuk menghadapi kegagalan lagi. Nak break kejap dari soal hati dan perasaan yang selalu bikin jiwa aku kacau.

So,for Mr Kamal Aizuddin, semoga persahabatan kita terjalin semula begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Miss u guys a lot!

Thursday, April 05, 2007

Sayangilah dia

Sayangi dia dengan hati, bukan
dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagalkerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke
semasa.
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dias ememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
Sayangi dia sepenuh hati.Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangansesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting.Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerahi tu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.