Monday, January 24, 2011

KENAPA AKU MASIH SOLO ( I lurve this article)


Kenapa Aku Masih Solo www.iluvislam.com oleh: afdhal87
editor: deynarashid

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wa
nita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. 
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta
yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Saturday, January 22, 2011

Luahan

Alhamdulillah, album dah hampir siap.Mungkin tak sehebat orang lain, tapi inilah hasil pertama aku. Aku mintak maaf sangat-sangat kalau diorang tak puas hati ke apa.Tapi aku dah cuba buat yang terbaik yang boleh aku curahkan.
Cakap pasal cinta dan kahwin ni...memang bayak sangat isu yang dipersoalkan.Lebih-lebih lagi dengan soalan "Bila lagi dah nak masuk 30 dah?" (aku la yang kena tu) "Lupakan je la kisah lama,cari balak baru sudah.Dia cuma nak gunakan kau je " (betul jugak) "Kenapalah kita tak jumpa dulu?" Tu semua ayat-ayat yang pernah aku alami sendiri.Yup, pahit sebab setiap kali pun kita akan melepaskan sama ada secara rela atau terpaksa semata-mata sebab tak nak ada yang terluka dan dituduh penghancur kebahagiaan orang.Tak kisahlah walaupun kita dah letakkan pendinding setebal mana sekalipun, perasaan tu hadir tanpa kita sendiri mintak dan paksa.Yang jadi mangsa selalunya perempuan sebab lelaki akan ambil advantage atas kelemahan hati dan sikap ambil berat kaum ni.
Setakat ni memang dah banyak pengalaman pahit yang aku lalui.Cinta tak kesampaian dan kadang-kadang rasa macam terkena sumpahan je pulak (Nauzubillahi min zalik mohon dijauhkan).Nampak je macam kuat,tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu derita.Sakit.Tapi aku tahu, ni semua dugaan untuk aku.Mungkin balasan banyak sangat dosa yang aku dah buat sepanjang aku hidup kat muka bumi ni.Setakat ni kasih dan sayang yang pernah wujud dalam hati ni sebelum ni tak ada makna pun bagi dia.Takpelah.Biarlah orang memainkan hati dan perasaan kita,ambil kesempatan,beri harapan kemudian dihancurkan asalkan kita janganlah tegerak nak buat macam tu.Doa orang yang teraniaya itu makbul.

Ampuniku
Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia

Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima

Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku

Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku

Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan

Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan

Notes: Mood unstable

Sunday, January 16, 2011

Serabut

Aku telah diamanahkan untuk design satu wedding album.Which I haven't started anything yet.

Serabut sangat. Sebabnya?
  1. Memang aku akui aku minat bab ni, tapi selama ni aku just suka-suka.Untuk kawan-kawan.Not for client!
  2. My level of confidence has reached the bottom part of the scale.Tapi orang lain yang yakin aku boleh.Camne tu?
  3. Sebelum ni I have my 24-hours fren yg akan online and guide me.But not anymore.I have to be independent.Explore anything by myself.
  4. My ideas has become NUMB sejak 'hari bodoh' itu.
Setakat ni aku merujuk pada hasil kerja mereka yang pakar ( rujuk kat internet ) yang buatkan aku lagi rasa makin kecik.Dahla memang kecik.Rasa nak nanges pun ada.Feel so alone and depressed.
Hurmmm....
Bila la agaknya boleh siap ni?Kena siap sebelum minggu peperiksaan kalau tak lagi kelam kabut hidup aku.

HORROR SATURDAY ! SCREAMED!

MEMANG TAK AHHHH!! SERAM SEH!




Hahahaha!!
Semalam aku dengan opis mate layan movie Khurafat.Takdelah excited mula-mula tu tapi bila tengok trailer macam seram je.So nak test skala ketakutan ketika layan movie seram,aku pun ajak la member2 kesayangan aku layan cerita ni.Sambutan menggalakkan daripada diorang,aku pun minta tolong Ema yang dah sampai dulu untuk beli 5 keping tiket memandangkan kami yang dok area Serdang Raya ni telah stuck dalam jem yang menyeksakan zahir dan batinku. Eh aku je dok area yang maha jem tu.Sara yang baik hati pick up aku.Mujurlah Sara ni berani jugak nak selit-selit.Cuba aku yang drive??Selit-selit pun sejam baru sampai Mines walhal kalau line clear 10-15 minit dah sampai.Huh!
Sampai je Sara dah lapar,so kami gerak ke McD pulak.Bantai Prosperity Burger yang perasa utamanya lada hitam. Tapi tak habis pun.So kami pun borak-borak lu sementara menunggu waktu tayangan.Lepak-lepak camni barulah hilang rasa stress masa kat opis memasing.Masa ni je la pun leh borak panjangnya.Nak borak time keje?Boleh tapi atas talian la.Tapi kang ada gak mata-mata kepoci yang jeling-jeling tak pun kantoi dengan bos sendiri.Hakhak.Nak jaga periuk nasi kenala pada-pada.
Okay, dah pukul 5 pm.Satu row tepi kami conquer.Biasalah aku la kena duduk paling tepi sebab paling 'berani' sekali ahaks (kena gak aku ni). Panggung masa tu FULL HOUSE.Dan bermulalah episod jerit-menjerit,gelak-gelak dan aksi menutup muka dengan tangan dan sehelai shawl yang dikongsi oleh 3 orang manusia yang belum apa-apa lagi dah seram.Aku?Mula-mula mcm ok lag tapi bila scene si Johan (lakonan Syamsul Yusof) tarik mayat daripada peti mayat tu aku dah mula tutup muka dengan tangan.Hahahah!!Terjerit jugak aku akhirnya.Horror dowh muka hantu tu!Haish.Dahla banyak kali scene terkejut-mengejut ni.Hospital tu pun agaknya tak bayar bil.Gelap je.Yela kalau terang kan bukanla horror movie kan.Sedangkan Hantu Kak Limah pun gelap jugak lighting.
Tapi apa pun not bad la citer ni.Satu panggung jerit.Ada gak aku dengar suara garau jerit.HakHak!Cik abang pun takut ye??Hahahahahahh!!!

Wednesday, January 12, 2011

Geramnya!

Bengang untuk kesekian kali.

Kena panggil dengan Big Boss.

Aku pelik kenapa student susah sangat nak follow rules and regulations. Dah terang-terang dah tulis panduan subjek apa yang patut diambil setiap trimester. Adakah semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka semakin sempit akal  dan lemahnya tindakan? Ye memang salah aku tak teliti dan missed out certain things. I admit. Tak kisah aku akan improve. But can’t you student just follow everything and make yourself and me out of this mess??

Sekarang aku dah start cek sorang-sorang dan masih ada lagi malaun yang buat perangai register tak ikut apa yang sepatutnya. Saja je nak menguji kesabaran aku kan. Ke memang suka tengok aku mengamuk setiap kali minggu pendaftaran? Kalaulah aku boleh bertukar jadi werewolf setiap kali naik angin,baru time tu kot diorang nak mengikut arahan dan peraturan. Jangan sebab korang jawatan tinggi, kaya banyak duit korang buat perangai. Student is student. Jangan nak bawak jawatan kolar putih ko kat sini. Aku nak buat kerja dengan senang hati. Kalau mati pun bukan boleh bawak benda tu semua.

Huh,masalah tul kalau aku dah start membebel.

Monday, January 10, 2011

AJL 25 Rock!

Akhirnya AJL 25 telah menoktahkan pemenangnya. Juara bagi Anugerah Juara Lagu 25 kali ini adalah milik gadis bertuah Ana Rafali.Beliaulah penyanyi, composer merangkap penulis lirik. Nyata lagu berjudul “Tolong Ingatkan Aku” membawa tuah kepada penyanyi muda ini. Walaupun sebenarnya lagu ini tak termasuk dalam ramalan aku (target Yuna tapi mungkin bukan rezeki beliau). Drama King berjaya merangkul kedudukan naib juara. Memang aku target lagu ni mampu menang dan sebenarnya target juara. Lagu Hanyut – my all time favourite menang kategori persembahan terbaik pun aku dah cukup puas hati. Faizal Tahir bagi aku sangat menghayati setiap bait lagu tu dari mula sampailah habis. Penonton pun turut hanyut. Aku pun touching. Tabik ah Faizal! Kalau ikutkan sejarah, aku bukanlah peminat Faizal Tahir masa awal kemunculannya. Tapi aku jatuh cinta dengan dia bila aku dengar lagu Sampai Syurga. Dan aku terus jadi fan FT hingga kini. Bagi aku lagu dia simple,catchy dan ada makna tersendiri. Mungkin banyak yang ada kaitan dengan jalan hidup aku kot.

Persembahan terbaik AJL 25



Juara Lagu AJL 25

Sunday, January 09, 2011

Photo editing:Beginner

Ihsan gambar : adiputragraphy.com
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah sifoo tolong tunjukkan

"Tunjuk ajarku SIFOO"

2 DSLR + 1 On the way

Hurm...plan asal aku nak beli kamera rasanya tak perlulah difikirkan lagi memandangkan adik-adik aku masing-masing dah punya Canon EOS 7D.Pinjam ajelah, ye tak?Cuma mahal tu aku pun seriau nak pinjam.Buatnya jadi apa-apa camne pulak aku nak menggantinya??Beli 2nd sudah.Back up."Kita tunggu sini, kita back up" Eh, apahal lak dialog Usop Kak Limah lak nih?

www.canon.co.uk

Sempatlah belajar sedikit ilmu daripada my bro.Testing ambil gambar.Kat dalam rumah, luar rumah.Sampai Indon yang tengah buat siling rumah aku pun aku capture tapi aku seganlah nak gi dekat-dekat.Tak memasal jatuh lak plaster siling atas kamera adik aku yang baru berusia 'ONE DAY OLD' tu.Indon tu pun dah nervous2 dah aku capture gambar diorang.Selama ni aasyik bergambar je kan.Apa kata belajar ilmu amik gambo lak lepas ni? Wink!

Notes: Baru belajar sikit teori kepala aku dah pening dah.Hahah.

Saturday, January 08, 2011

Finally , new hair done!

Buat pertama kali dalam hidup aku telah melakukan sesuatu pada rambutku. Siap buat research lagi tu.Akhirnya aku telah membuat keputusan untuk melakukan teknik:


Rebonding with short bob style.Macam gambar Christina Ricci ni. Selama ni aku tengok + dengar je tapi kali ini aku merasai sendiri.Memanglah lama.Siap Auntie tu ter 'iron' lak kulit aku.Wakakaka.Gerun gak aku memula.Yelah anak rambut kan halus gitu kat tengkuk aku.So terkena la sikit.Melayang duit akak dik.Tapi xpela sesekali gatal.Asalkan senang aku nak urus rambut ni.Rimas lak panjang-panjang.Ringan sikit kepala.
Bak kata Eja, "Sudah-sudahlah tengok cermin tu"
Hahahahaha, sengal!

Thursday, January 06, 2011

Hantu Kak Limah Lawak Gile

Hahahahahahahahhahah!!
Alamak kuatnya gelak.Tapi memang tak boleh nak kawal gelak dalam panggung Selasa lepas bila tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah.Member pun siap tengok untuk kali kedua. Salute kat Mamat Khalid yang berjaya buat penonton pecah perut. Jalan cerita memang simple.Syabas jugak kepada mereka yang memainkan watak dalam cerita ni.




                                                                "Ce citer, ce citer"



Monday, January 03, 2011

Di sebalik tabir Inikah Ertinya Cinta

Patutnya sekarang aku menulis cerita Sampai Syurga,tapi disebabkan info yang aku nak tu sampai sekarang tak dapat-dapat, terpaksalah aku dahulukan cerita yang memang dah lama aku peram.Silap-silap dah boleh jadi tapai pun.Cerita ni memang aku buat khas 'tribute' kepada kawan-kawan masa aku kat UUM dulu.Masa taip cerita ni pun macam terbayang-bayang keadaan masa tu.Best sangat.Rindu sangat.Maaflah geng,sampai skg aku tak siapkan lagi.Tolong doakan aku sihat walafiat untuk sambung hingga ke garisan penamat.Amiinn.

Khas buat : Ija, P-nat, Intan, Nashrul, Azizi, Syaharin, Fendi, Nik....terima kasih kerana hadir dalam hidupku sewaktu bergelar siswi UUM.Kenangan pahit manis suka duka akan sentiasa tersemat dalam hati aku.

Sunday, January 02, 2011

Azam?

Masuk tahun baru je mesti orang tanya pasal azam.

Azam aku? Ada satu je.Memang ini paling payah nak capai.Dah bertahun dah aku repeat.

Apa dia? Takyahla bgtau nanti tak jadi.

Bukan kahwin ok.

Ada la.

Announcement

Sesiapa yang sudi nak membaca hasil karya aku,bolehla jenguk di sini: (http://menantisinarcahaya.blogspot.com)

Sokongan dan idea anda semua adalah dialu-alukan.

Peace!

Memorable Day:GSM End of 2010 Celebration

"We are SISTERS"

"Makanlah puding keluaran kami. Pasti anda akan tertawan dengan kemanisannya.Erk...kalau kena potong kaki kami tak provide insurance"

"Alamak bos!"

"Me and Nadia yang sudah slim"

"Eja,behave.Tengok sape yang pandang kat sebelah awak tu"

"Sweet ladies - orang paling kuat di GSM?Hahahhaha"

HAPPY NEW YEAR 2011

ADOIIIIYAIIII!

Setelah bertungkus lumus barulah boleh on balik blog ni.Miss u guys.Akan kembali semula ke sini yah!