Sunday, February 27, 2011

My weekend


Aktiviti kedua kelab LSCC: Main Bowling
Akhirnya lepas jugaklah aku bawak kete ke Mines tu. Nasib baiklah kereta taklah tersusun dekat-dekat so bolehlah aku mencelah. Kalau muncung ke bontot kete tu dah bercium alamat memang tak lepaslah aku driver yang sangat amatur ni. Tapi tadi aku langgar apa ek? Hish. Pening ah.
Mula-mula memang rasa tak yakin langsung nak main. Apa pun tak boleh. Hahah! Bila round ke-2 kena main belasah je la wat2 reti main. Bola pun memang suka nak ke longkang je kan. Tapi taklah sampai masuk lane orang kan Black?? Hahahhaha!!!
Dan hari ni juga hari bertuah buat girlfriend member kami yang menyambut hari lahirnya yang ke-25. Hai muda lagi kan. Ce compare ngan aku yg dah nak masuk 30 ni. Huish. Seram. Masih kebudak-budakan. Belum ada talent nak jadi isteri sesapa atau mak orang. Hahahah!! Terasa tu memangla terasa. Gi mana-mana orang bawak partner, aku bawak apa? Beg? Hahahah!! Simpan je la semua perasaan sedih tu dalam hati. Kalau boleh jangan tunjuk langsung kat orang. Biarlah orang nak kata hipokrit ke. Diorang bukan rasa pun apa kita rasa.

Sunday, February 20, 2011

EXPRESSION: MANGA SISTERS

http://nayzak.deviantart.com
Aku suka sangat 'manga art' yang aku jumpa kat deviant art.Sangat kagum! Teringin nak melukis macam ni. So Adorable.Aku tau benda ni pun dari blog Cerita Bulan.Suka jugak jengah blog tu sebab macam-macam ada.Nampak sangat aku ni takde keje lain ek?Sekurang-kurangnya ada jugak yang berusaha nak menyampaikan info tentang Islam melalui art.Takdelah asyik manga pasal cerita yang kadang-kadang tak masuk akal dan boleh memesongkan akidah kalau tidak dipantau.Anak-anak muda sekarang kan cepat terpengaruh.

p/s: turun naik iman dalam dada

Saturday, February 19, 2011

Sutera Kasih

In-Team

Sutera Kasih


Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Sumbangan Nazira Aidah
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)

Sunday, February 13, 2011

Love Yourself More

Myspace Love Graphics Quotes

Myspace Quotes Graphics
"BOLEH TAK KALAU NAK BLAH TU BGTAU DULU"

Aku dah rasa macam dipergunakan pun ada.



Janganlah ambil kesempatan bila aku kata 'Ya'.



Adakah kau memang begitu?


Please...or am I just a 'worker' for you?


Jangan sampai kesabaran yang aku patrikan sejak hari itu lebur dalam sekelip mata.

Saturday, February 12, 2011

150 JUTA KALI





Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

Thursday, February 10, 2011

Bersabarlah...

Ya Allah...
Berikan kami darjah ketabahan yang paling tinggi

Hari ini aku agak sedih dan sayu.Tak sangka ada juga yang akan melalui pengalaman yang sama macam aku dulu.Ditinggal pergi.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Sebagai orang yang pernah melalui situasi yang sama, aku sangat mengerti penderitaannya.
Siapalah yang mahu ditinggalkan orang tersayang.Siapalah yang mahu ditipu.Siapalah yang mahu hanya dijadikan sandaran.Namun sebagai manusia yang dikurniakan perasaan, ada masa kita tergelincir dengan rasa hati kita hingga tidak dapat melakukan apa yang seharusnya dilakukan.Walau seperit mana pun kita dikhianati,dipermainkan namun kita masih juga menghormatinya sebagai insan.Kita masih menganggapnya seperti dulu.Walaupun sedia maklum...kita sudah tidak penting baginya lagi.
Biarlah...
Do the right things even when no one is looking.

Sunday, February 06, 2011

EOS 7D CANON + PHOTOSHOP EDITING



Semua gambar di atas diambil oleh adik aku yang sebenarnya mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi.Mungkin untuk permulaan ni hanya suka-suka sebab komitmen sebagai pelajar harus diutamakan.Me, as a sister just jadi subjek ujikaji je la ni.Nasib tak jadi bahan ujikaji kat makmal.Aku minat gak 'alam' ni tapi tak 'passion' macam dia sebab aku memang tak suka bab teknikal.Haish.

Tuesday, February 01, 2011

Sungai Pinang Best!

Last week memang best sangat sebab setelah dah lama tak berkelah (since sekolah rendah) kelab menganjurkan sesi perkelahan di Sg. Pinang.Mula-mula aku ragu-ragu jugak sebab...yelah, kan aku kureng sikit aktiviti 'basah-membasahi pun' ni.Ahaks (sah aku dah kena sampuk ngan Johan Raja Lawak).Sampai rasa nak tarik diri tak nak pergi.Tapi bila tengok member lain macam excited je, aku pun berusaha jugak nak excited.

Tapi bila sampai, memang excited la weh.Bila tengok air menderu-deru.Rasa damainya.Apa lagi bila kaki dah mencecah air.Mak aih sejuknya.Disebabkan tak pandai berenang, aku pun mandi gitu-gitu je la.Cukup syarat.Geng-geng pompuan dah tak ingat apa dah.Terus masuk dalam air.Hahaha! Tinggal hero-hero jadi tukang masak dulu.Layan betul bila dah keluar dari air yang sejuk terus makan nasi.Haish.Sambal tu memang terbaik.Lapo gile lak jadiknya.

Apa pun aku puas hati jugak dengan aktiviti pertama kelab ni.At least hilang jugak masalah aku sekejap.Terisi jugakla masa terluang so tidaklah aku mengingati kisah duka aku buat sementara.Sahabat-sahabatku, korang memang best lah!Terbaik!