Sunday, December 31, 2006

(sambungan)

Pandangan mata kami tiba-tiba terpaku dengan panorama lembah kehijauan. Saujana mata memandang, rupanya kami sudah tiba di kawasan ladang teh yang sangat luas.Cameron Valley Bharat Tea Plantation diberi nama. Di sisi kiri dan kanan penuh dengan kereta. Apa lagi,kami pun mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan di tempat yang damai ini. Pengunjung agak ramai, maklumlah cuti sekolah ditambah pula dengan cuti umum Krismas. Mujurlah hari cerah dan tanah kering. Kalau lecah,susah juga dibuatnya. Dahlah masing-masing pakai sandal. Mahu terbenam kaki dalam selut. Turut tersedia sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis teh untuk dinikmati oleh pengunjung. Harga yang ditawarkan agak mahal bagi aku. Ah, bergambar saja sudah memadai.

Kami meneruskan perjalanan hinggalah ke Tanah Rata. Sukar sungguh untuk mendapatkan parkir kereta. Pekannya agak kecil dan dipenuhi dengan kenderaan yang bertali arus. Perut masing-masing sudah berkeroncong minta diisi. Kami bertiga memilih sebuah kedai makan yang agak kecil untuk menjamu selera. Bagaikan berjanji,semuanya sepakat memesan nasi goreng kampung. Bagaikan nak terkeluar biji mata aku melihat harga yang tertera di menu yang sudah usang di di dinding kedai.Nasi goreng USA RM6.00?Biar betul?Kalah harga makanan kat KL. Sementara menanti pesanan tiba,kami berbincang tentang rancangan seterusnya. Kalau boleh,biarlah bermalam sehari di sini,tidaklah nanti terkejar-kejar. Yang boleh memandu Cik Siti seorang,yang lagi dua harap ada lesen je. Sekadar hiasan di dalam dompet.Heheh..Sempat juga mata aku melilau di sekeliling. Sana sini penuh dengan kelibat manusia. Semuanya mencari tempat makan. Padanlah jam dah pukul 12 lebih,detik hati kecilku.

“Mahal jugalah harga makanan kat sini. Nasi goreng biasa je dah RM3.50,”

“Tu la,kalau sedap aku boleh tahan lagi. Berbaloilah juga bayar mahal,”

“Tak apa,kita tunggu dan lihat je macam mana rupa nasi goreng kampung ala Cameron,”

Setelah lama juga menanti (muka masing-masing tahap jual kat pasar malam pun tak laku),tibalah hidangan yang dinanti-nanti. Aku terkedu. Masing-masing saling berbalas pandang. Dalam hati berdetik persoalan yang sama.Inikah nasinya?Nak tak nak belasah je la. Perut dah lapar sangat,jangan terlalu memilih walaupun terserlah di raut wajah ketidak puasan hati. Betul-betul cekik darah.kalau kedai makan tahap restoran tak apalah jugak,ini standard kedai kat tepi jalan je. Bak kata orang ibarat hidup segan mati tak mahu. Licin jugalah aku makan sebab dah lapar sungguh. Nak tahu macam mana rupanya?Selesai makan tengah hari,kami bergegas ke Tourist Centre untuk mendapatkan info mengenai kemudahan penginapan yang terdapat di sini. Kami mengajukan pertanyaan di kaunter .
“Excuse me, hotel mana yang paling dekat kat sini?”
“Century Pines Resort,”
“Berapa ye rate harga untuk satu malam?”
“3 star hotel rate.”
Aduhai, tertelan air liur aku dibuatnya. Namun ekspresi wajah perempaun Cina tu cukup menjengkelkan. Tahulah kitorang ni bukannya bergaji besar,tak payahlah nak tunjuk muka. At least give us some suggestion about other place of accomodation. Nasib menyebelahi kami apabila ada bilik kosong di Hotel Brinchang. Satu hal lain lagi,hanya walk in sahaja dibenarkan. Dengan kelam kabut kami bertanyakan arah pada seorang auntie di tempat yang sama.
“Auntie,Hotel Brinchang kat mana ye?”
“Where are you coming from?”Blur,kenapa soalan tu pulak yang dia tanya?
“Where are u from?Ringlet or Simpang Pulai?”tanya auntie tu lagi. Pantas kami menjawab Ringlet.
“So,if Ringlet, Brinchang is 2 miles from here. If you are from Simpang Pulai, you will meet Brinchang first,”laaa..yang tu kami tau la..orang nak tahu tempatnya kat mana,argh! Nak tunjuk ek lah tu,ingat aku tak tahu BI ke?
Finally we managed to find the Brinchang’s hotel. It was exclusive from the outside view, but it seems affordable inside.Hehehe..oklah tu. Melayang sorang RM50. The room was quite convenient. We have tv, water heater and thick blanket (the most important things to be consider here). Mula-mula pelik juga apasal xde aircond? Tapi bila bukak je pili,fuh air macam ais. Berlaga gigi menahan ketar. Tilam tebal dah tersedia, badan pun agak letih,apa lagi..mestilah korang boleh bayangkan apa yang kitorang buat kan? Lepas solat Zohor, kami menerukan trip ke tempat-tempat menarik seterusnya.
(bersambung)

Tuesday, December 26, 2006

Cameron Highland

22 Disember 2006

“Nak ikut tak kitorang ke Cameron Highland?”
“Nak!”

Itulah jawapan muktamad yang aku putuskan sewaktu aku diajukan soalan berikut. Sebelumnya memang aku menolak kerana mengikut perancangan,aku terpaksa pergi ke Taiping pada hari itu. Tiba-tiba rancangan terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Lantas pelawaan rakanku disambut dengan senang hati. Ya lah,aku sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Sekadar mendengar cerita teman-teman ataupun melalui bahan bacaan. Jadi tiada salahnya kan aku ingin merasai sendiri.

24 Disember 2006
Rakanku Siti dan Linda menjemputku pada jam 7.30 pagi. Konon nak datang ambil pukul 6.30.Hahah..terlambat bangun punya pasal. Tak kisahlah,jangan diorang tak datang ambik aku sudah. Kami menempuh perjalanan lebih kurang 5 jam untuk sampai ke Cameron Highland.

Rajah 1-Cameron Highland 50 meter.:p

Jalan yang kami tempuhi untuk sampai ke puncak cukup mencabar. Selekoh bahaya sentiasa membayangi perjalanan. Mujurlah kami bertiga (syabas buat driver kami Cik Siti),kalau tidak gerun dan bosan juga. Satu jam setengah terpaksa berhadapan dengan jalan bengkang-bengkok cukup meletihkan. Hampir-hampir juga kereta disondol dari belakang oleh lori kecil yang tak kenal erti sabar. Buta ke, nak memotong tapi kan ada kenderaan dari arah bertentangan. Mentang-mentanglah kawasan dia. Sakit hati kami dibuatnya. Untuk mengelakkan lori itu terus-terusan menyusahkan kami, kereta kami berhenti di bahu jalan untuk memberi laluan. Nah,lalulah,nak sangat lalu! Tak padan dengan lori buruk. Terus melekat gelaran ‘lori kurang ajar’ tatkala pandangan kami terarah pada jenis lori tersebut di sini. Tak sempat aku nak menangkap gambarnya. Panas jugalah hati ini bila teringatkan lori kecik tu.


Rajah 2- Kat sinilah berlaku insiden lori pikap tu.Rugi tak ambik gambar.

Pandangan mata kami tiba-tiba terpaku dengan panorama lembah kehijauan. Saujana mata memandang, rupanya kami sudah tiba di kawasan ladang teh yang sangat luas.Cameron Valley Bharat Tea Plantation diberi nama. Di sisi kiri dan kanan penuh dengan kereta. Apa lagi,kami pun mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan di tempat yang damai ini. Pengunjung agak ramai, maklumlah cuti sekolah ditambah pula dengan cuti umum Krismas. Mujurlah hari cerah dan tanah kering. Kalau lecah,susah juga dibuatnya. Dahlah masing-masing pakai sandal. Mahu terbenam kaki dalam selut. Turut tersedia sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis teh untuk dinikmati oleh pengunjung. Harga yang ditawarkan agak mahal bagi aku.Pelbagai pose kami cuba gayakan.Tapi aku bukannya pandai bergambar,tak fotogenik.Tegak je la macam tiang lampu.Hahah.

(bersambung..)

Thursday, December 21, 2006

Bengang

Salam sejahtera buat semua.Seperti biasa aku menyambung semula tugas mengira statistik yang aku sangka sudah selesai.Rupanya ada banyak lagi !!!! Terpaksalah aku buat cepat-cepat.Ni pun aku nak rest sekejap sebelum sambung.Naik berpinar biji mata aku nak cek data.Nak sambung cerita pun dah takde mood mengenangkan statistik.Aku harap idea2 yang sempat bertandang kat minda aku sebelum ni akan kembali semula.

Sebenarnya hati aku ni tengah dalam dilema.Dalam rasa sakit hati, aku cuba untuk berlagak rasional.Tak baik terburu-buru membuta tuli.Kenapalah dia tak balas walau satu mesej aku?Susah sangat ke?Aku rasa sms tak adalah semahal mana.Aku ni tak ada harga langsung ke kat hati dia?Semuanya bercampur aduk.Kalau dah jemu just say it out to me.Don't keep me awaiting like statue.Astaghfirullah...apa yang aku dah buat ni...aku betul2 sedih.Aku sendiri dah tak kuasa nak berfikir.Kita redha sajalah.Betul kan?

Mungkin ada yang kata aku ni mengada-ngada,manja sangat..entahlah..Semua orang ada pendapat masing-masing.Walaupun aku belum pernah dengar lagi orang cakap camtu (harap2 xdela).Cuma aku mmg pantang kalau mesej tak berbalas.Heheheh..

Monday, December 18, 2006

Tahniah and Takziah

TAKZIAH...
Semalam seorang sahabat lama aku mengirim khabar duka mengenai ayahnya yang telah kembali ke rahmatullah Sabtu lalu.Tersentak aku sebab hari sudah jauh malam sewaktu mesej sedih itu sampai ke pengetahuanku.Zubaidi,atau lebih mesra dengan panggilan 'ustadz' semasa di IMP UPM, merupakan salah seorang rakanku yang cukup galak menyakat aku.Namun, ada juga masa kami berkongsi kisah suka,duka.Pendek kata, dia seorang yang cukup menghiburkan lantaran sikapnya yang suka membuat aku ketawa.Tapi kini pasti dia bersedih hati.Aku harap ustadz akan sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian Allah.Ingin aku katakan sesuatu buat temanku ini seandai dia membaca tulisanku di sini:
"Kalau ustad perlukan seseorang untuk mendengar keluhan hati,saya sentiasa ada untuk meminjamkan sepasang telinga saya untuk mendengarnya"

TAHNIAH..
Sekalung tahniah aku ucapkan buat sepupuku, Noor Faizah dan suaminya Asril Helmi kerana kalian selamat diijabkabulkan semalam.Suri perempuan cantik laksana puteri kayangan,si teruna pula kacak ibarat putera mahkota,itulah yang boleh aku ibaratkan sebenarnya.Dengan persalinan berwarna ungu menjadi pilihan,kehadiran teman-teman cukup memeriahkan majlis.Aku doakan pasangan mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat.Jauh di sudut hati aku sedih sebab selepas ini pasti hubungan kami bertambah renggang.Kerenggangan ini sudah aku rasai sejak kami masing-masing melanjutkan pelajaran ke universiti.Maklumlah,keduanya mempunyai komitmen sebagai pelajar yang harus diselesaikan.Satu persatu layar memoriku mengimbas semula kenangan sewaktu kami kecil-kecil dahulu.Mandi pun bersama (masa kecik la),ke mana pun bersama.Ikut naik motosikal pakcik ke kedai.Pantang ada cuti sekolah,aku pasti menghabiskan masa baik di kampung atau pun di rumahnya.Namun semua itu makin pudar bila kedewasaan mengambil alih kehidupan kanak-kanak.Aku tak tahu sama ada dia masih ingatkan semua ini,tapi aku akan sentiasa menghargai kenangan kami bersama dari dulu,kini dan selamanya kerana tiada sepupu lain yang lebih aku rapat selain dia.

Buat sepupuku,Ija:
Tahniah kerana dipertemukan kebahagiaan yang boleh aku baca dari raut wajahmu yang ceria.Selamat Pengantin Baru.

Ikhlas,
Me..

Thursday, December 14, 2006

Tension

Warghhhh!!! Kenapalah aku rasa tertekan tiba-tiba ni?Rasa macam tak ada hala tuju je hidup ni.Apa yang aku nak sebenarnya?Agaknya sebab kelparan yang mengundang membuatkan aku rasa nak marah orang jek.Hahahah!! Habit buruk aku ni aku tak sukalah orang kacau aku masa buat kerja.Aku memang selalu akan membantu kalau perlu.Tapi kalau kena ganggu tu yang ase nak..ishhh..minta maaflah kat sesiapa yang terkena tempiasnya.Aku minta ampun banyak2.

Nasiblah esok aku minta cuti.Aku kena balik kampung sempena majlis perkahwinan sepupu aku.Ikutkan hati malas nak balik.Hahahh! Sounds like kurang ajar punya cousin.Aku ni masih mampu berfikiran logik dan mampu menilai lagi.Takkanlah saudara punya majlis tak nak pegi.Mak aku kata kalau kita tak hadir majlis orang,nanti orang tak datang ke majlis kita pula.Aku segan sebenarnya dengan dia tu.Sebaya aku dah kahwin,dapat suami hebat,lawyer.Dia pun Insya allah akan menjadi lawyer juga.She just graduated and yet getting married.Bertuah kan?Aku ni kerja pun tunggang langgang.Sampai bilalah nak jadi macam ni...

Tapi jauh di sudut hati aku bersyukur.AKu tetap ada something yang boleh aku banggakan.Dan setiap manusia pun pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Tak guna nak merungut atau membandingkan diri kta dengan orang lain kerana setiap kejadian itu ada ketentuan yang Allah tetapkan.Terimalah seadanya..

Tuesday, December 12, 2006

Bermulanya sebuah kisah

BAB 1
Langkah Arina dan Mazni terhenti di hadapan pintu masuk restoran Mc Donald. Menerusi dinding kaca yang jernih,mereka melihat ada dua tiga orang pelanggan berada di dalam menunggu giliran untuk diambil pesanan mereka di kaunter. Pukul sebelas pagi keadaan masih lengang. Namun situasi di sini pasti berbeza tatkala masa menginjak ke waktu puncak yakni jam dua belas tengah hari . Waktu begini restoran makanan segera ini pasti sesak dengan pengunjung sementelahan lagi lokasinya yang strategik berhampiran kawasan kediaman dan pusat pengajian tinggi awam.
“Macam mana Ina? Nak cuba tak?”Mazni beralih pandang pada sahabat yang berdiri tegak di sisinya.
“Entahla Maz.Aku pun tak tahu.” Balas Arina. Nada suaranya jelas menunjukkan keraguan. Pada mula perancangan, memang dia bersemangat untuk mencuba nasib mengintai peluang kerja di sini. Entah kenapa dia terasa cuak pula.
“Jomlah kita try. Alang-alang dah sampai,kalau tidak sia-sia saja perjalanan kita. Lagipun kau nak ke duduk melepak je kat rumah dalam masa 3 bulan ni? Tengok,baru seminggu kita cuti dah terasa bosan. Kalau kita kerja, dapat juga duit saku. Dapat menimba pengalaman.” Arina diam mendengar hujah Mazni. Tidak mampu dia menangkis kerana kebenaran memang terserlah dalam kata-katanya. Rutin di rumah sejak tamat matrikulasi sama sahaja. Bangun bila matahari sudah tinggi menggalah, lena apabila subuh hampir menyapa. Melayan siaran televisyen yang sememangnya menjanjikan hiburan yang menarik. Tapi semua keseronokan itu hanya mampu bertahan selama tujuh hari. Sudahnya, dia terasa jemu.
“Aku seganlah nak tanya. Kau berani tak?”Arina pula mengajukan soalan.
“Berani tak berani kita masuk dulu. Takkan nak tercegat kat sini,” Seiring dengan itu Mazni menarik tangan Arina.Arina hanya menurut biarpun hatinya berkocak. Pintu kaca ditolak perlahan. Mereka berdua berjalan menghampiri kaunter. Hanya satu kaunter sahaja dibuka dan ada seorang pelanggan yang sedang membuat pesanan. Sementara menanti pelanggan di hadapan mereka selesai dengan urusannya, Arina sempat meninjau keadaan di dalam dapur restoran. Walaupun sedikit terhalang dengan mesin air berkarbonat dan ruang meletak pesanan yang sudah sedia, dia dapat melihat aktiviti para pekerja yang sedang sibuk menjalankan tugas masing-masing. Macam manalah agaknya keadaan aku jika bekerja di sini? Sempat dia membayangkan dirinya menjadi salah seorang krew di situ.
“Selamat datang ke Mc Donald. Nak pesan apa dik?” seorang gadis menyapa mereka sebaik sahaja pelanggan tadi beredar. Tersentak, Arina cuba tersenyum bagi menutup debar di dada.
“Kak, sebenarnya kami datang ni nak tanya. Kat sini ada kerja kosong tak? Kalau ada macam mana nak apply?” Mazni menyoal tanpa rasa sangsi.
“Oh,sekejap ya. Kak Meera!Wanted at the counter!” gadis itu melaungkan nama seseorang bagi membantu menjawab pertanyaan mereka. Mazni sempat menncuit tangan Arina. Menandakan bahawa kemungkinan besar peluang terbuka untuk mereka. Arina mengangguk tanda membalas. Tidak berapa lama kemudian, muncul seorang wanita bertudung biru tua memakai uniform yang berbeza daripada para krew. Segaris senyuman dilemparkan buat mereka.
“Ya,adik ada apa-apa masalah?”soal wanita yang dipanggil Kak Meera. Tutur suara yang lembut menyingkirkan terus rasa malu dan segan yang bersarang di hati Mazni dan Arina.
“Begini kak. Kami datang ni nak tanya kalau ada kerja kosong kat sini,”Arina pula mengambil alih tugas mengajukan soalan daripada Mazni.
“Oh,memang kami sekarang sedang mencari pekerja. Kalau adik-adik ni berminat,bolehlah isi borang ni. Sila lampirkan salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport. Bila dah siap,hantar pada akak semula.” Kak Meera mengunjukkan 2 helai borang permohonan kerja buat mereka berdua.Penjelasan yang jelas diberikan Kak Meera memudahkan urusan mereka seterusnya.
“Kena hantar hari ni juga ke kak?”Tanya Mazni inginkan kepastian.
“Kalau boleh hari ini lagi bagus. Boleh akak teruskan dengan proses temuduga pula. Kalau lepas, esok dah boleh mula training,” jawapan Kak Meera mengundang sedikit getar di hati masing-masing. Temuduga?
“Jangan risau. Soalan biasa saja. Sekadar prosedur. Tak payah baca buku pun boleh jawab,” ujar Kak Meera yang dapat menilai apa yang tersirat di lubuk hati kedua gadis ini. Mazni dan Arina tersipu malu dengan kenyataan Kak Meera. Pasti dia perasan ekspresi wajah mereka yang keruh tatkala diberitahu ada sesi temuduga.
“Kalau macam tu kami minta diri dulu. Terima kasih kak,”Mazni dan Arina meminta izin mengundur diri. Sebelum beredar mereka mengucapkan terima kasih juga kepada gadis kaunter yang membantu awal tadi. Azlina namanya.

Urusan mengisi borang dan menyediakan dokumen yang diperlukan berjaya disiapkan mereka pada hari yang sama. Selesai urusan temuduga, mereka berdua diberi sedikit penerangan tentang latihan yang bakal mereka lalui selama 3 hari berturut-turut. Kemudian mereka dibawa ke ruang kerja untuk menonton video tentang manual tugas di kaunter dan juga di ruang memasak. Sebelum pulang, mereka juga diberi sepasang uniform dan manual tugas.
“Esok datang pukul 10 pagi,okey? Jangan lambat. Awal tak apa. Kalau lewat,buang kerja!” ugut Kak Meera dalam nada bergurau.
“Baik bos. Esok sebelum Subuh kitorang sampai!” Arina membalas mengajuk stail watak Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapuk.
“Sebelum Subuh nak buat apa. Tak payah solat ke? Kedai pun tak buka lagi. Nak tunjuk rajin tu biar berpada ya. Ini awal-awal je bersemangat,baru susah sikit dah nak berhenti”bebel kak Meera lantas disambut deraian tawa mereka berdua. Kak Meera turut tergelak mengenangkan leterannya. Mengalahkan mak nenek meleteri cucu.
“Okey la akak. Kami pulang dulu. Kita jumpa esok” mereka berdua melambai pada Kak Meera lalu beredar. Di luar, kereta abah Arina sudah menanti. Pasti abahnya tidak percaya yang dia akan mula bekerja esok. Sedangkan dia tidak memberitahu hasratnya secara khusus untuk bekerja sepanjang cuti sementara menanti keputusan untuk kemasukan ke universiti. Bimbang jika keinginannya itu tidak dipersetujui.
“Okeylah Ina. Bapa kau pun dah datang tu. Aku pun nak tunggu mak aku. Kita jumpa esok ya”Mazni meminta diri. Perbualan mereka terganggu seketika dengan deringan telefon bimbit milik Mazni. Tertera nombor telefon ibunya di skrin.
“Mak aku call. Rasanya mesti dia dah tunggu aku kat bus stop. Esok 10 pagi ya!”
“Okey. 10 pagi kita jumpa. Assalammualaikum,”Arina bergegas meninggalkan Mazni yang sedang menjawab panggilan. Dia membuka pintu kereta lantas melabuhkan punggung.
“Mazni balik dengan siapa?” abahnya menyoal sebaik sahaja dia menutup pintu kereta semula.
“Mak dia datang ambil,”jawabnya ringkas. Dia meletakkan bungkusan uniform yang diperolehinya di tempat duduk bahagian belakang.
“Esok Along dah mula kerja kat Mc Donald. Pukul 10 pagi.”Arina memulakan bicara.
“Kerja?”soal abah terkejut.
“A’ah. Dengan Mazni. Esok mula pukul 10 pagi.” Balas Arina. Dia membisu menanti reaksi abah terhadap keputusan yang diambilnya. Jika abah tidak bersetuju, dia akan cuba memujuk. Tak mungkin dia menarik balik keputusannya.
“Esok nak pergi macam mana?” Arina tersenyum gembira. Abah tidak menghalang. Pasti abah faham kehendak hatinya untuk menimba pengalaman. Sekurang-kurangnya dia melakukan sesuatu yang berfaedah dan mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalam meningkatkan ekonomi keluarga mereka.
“Along naik bas saja la.”dia menjawab. Niat di hati tidak mahu menyusahkan. Dia maklum yang abahnya bekerja. Mana mungkin ada masa untuk menghantarnya.
“Naik bas?Bahaya nak melintas ke perhentian bas tu. Jalan sibuk. Tak apalah,abah hantar.” Tawaran abah disambut dalam keharuan. Abah selalu risaukan keselamatannya walaupun dia telah menjangkau usia 20 tahun. Mungkin kerana dia anak sulung perempuan, berbanding 2 adik lelakinya yang lebih bebas dan tidak terkongkong berlebihan sepertinya. Keadaan menjadi sepi semula. Arina mula membayangkan apa yang bakal dihadapinya esok. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, detik hati kecilnya.

BAB 2
Arina mundar-mandir di hadapan restoran Mc Donald dengan jiwa yang resah. Mazni masih belum nampak batang hidungnya. Tinggal 15 minit sahaja lagi waktu akan bergerak ke pukul 10 pagi. Sebelum bertolak, dia ada menghubungi sahabatnya namun tidak berjawab. Ingatkan Mazni telah sampai lebih dahulu.
Tunggulah sekejap. Lagi 5 minit dia tak sampai,aku masuk, Arina membuat keputusan. Dia menyandarkan tubuhnya ke dinding. Malam tadi mereka sudah berjanji untuk menunggu di sini. Sudah lupakah Mazni? Arina merungut lagi. Kalau boleh dia tidak mahu lewat di hari pertama gara-gara menunggu.
“Hai,baru ye?”seorang lelaki menegurnya. Terkelu lidahnya untuk menjawab lantaran terkejut dengan sapaan yang tidak disangka. Arina hanya menganggukkan kepala sebagai mengiyakan pertanyaannya. Daripada pakaian yang dipakainya, Arina maklum yang lelaki ini merupakan bakal rakan sekerjanya.
“Kenapa berdiri kat sini?Tak nak masuk ke?Shif pukul berapa?” banyaknya soalan mamat ni, getus Arina dalam hati.
“Bukan tak nak masuk,Azlan. Saya tengah tunggu kawan saya. Shif kami pukul 10,”Arina menjawab sambil matanya melirik ke arah jam tangan yang tersemat di pergelangan tangan kirinya.Kurang 10 minit lagi pukul 10 pagi.
“Eh,mana tau nama saya?”Pelik apabila gadis yang baru pertama kali bertemu mengenali dirinya.
“Tu,kat baju awak tu” Jari telunjuk Arina menuding pada tag nama yang dipakai Azlan. Mata Azlan menghala ke arah yang ditunjukkan. Lantas dia menepuk dahi.
“La, terlupa pula saya. Haha. Tak sempat nak kenalkan diri awak dah tau. Jadi giliran saya pula nak tahu nama awak.”
“Saya Arina,”pendek jawapan Arina. Azlan baru hendak menyambung perbualan apabila telinganya menangkap sayup-sayup suara memanggil nama Arina dari kejauhan. Azlan menoleh. Seorang lagi gadis yang tidak dikenali berpakaian seragam sepertinya menghampiri mereka berdua.
“Aduh,sorry lah Ina. Traffic jam tadi. Lepas tu pakcik teksi tu berhenti jauh pulak. Terpaksa aku menapak dari pasar ke sini,” Mazni memberi penjelasan tanpa dipinta. Awa-awall lagi dia sudah keluar dari rumahnya. Malangnya kesesakan jalan raya yang tidak pernah surut di kawasan perumahannya membantutkan kelancaran perjalanannya. Pemandu teksi yang dinaikinya pula tidak betah lagi menunggu lantas bertindak menurukan dia agak jauh dari destinasi sebenar. Walaupun sebal dengan tindakan pemandu tersebut,namun fikirnya itu lebih baik daripada dia terus-terusan tersangkut di dalam teksi. Sekurang-kurangnya dapat juga dia berusaha berlari daripada duduk menyumpah situasi yang membuat hatinya tidak keruan.Simpati pula Arina pada temannya. Terus hilang rasa tidak puas hati yang menyelubungi hatinya sebentar tadi. Tiba-tiba Mazni baru tersedar ada orang lain bersama mereka. Terbit rasa malu mengenangkan tingkahnya tadi. Hari pertama dah jatuh saham.mesti dia ingat aku ni buruk perangai. Terpekik-pekik macam orang gila, Mazni mengeluh.
“Hai,saya Azlan,”Azlan menghulurkan salam perkenalan buat Mazni.
“Saya Mazni. Selamat berkenalan,”salam persahabatan disambut seikhlas mungkin.
“Jomlah kita masuk,dah nak dekat pukul 10 ni. Azlan tak masuk sekali?”Arina bertanya apabila dia melihat Azlan tidak ikut serta bersama mereka.
“Saya lagi setengah jam. Tak apalah, you two masuk dulu. Jumpa nanti,” cepat-cepat Mazni dan Arina melangkah masuk ke lobi restoran. Demi ternampak kelibat Kak Meera,langkah diatur lebih pantas.
“Morning Kak Meera,” Tanpa dirancang, kedua-dua mereka serentak mengucapkan selamat pagi.
“Morning. Kata semalam sebelum Subuh nak datang?”perli Kak Meera. Mereka berdua hanya tunduk membisu. Tidak tahu apa yang wajar diperkatakan memandangkan raut wajah Kak Meera yang serius. Mereka sampai tepat pada waktu,tidak lebih dan tidak kurang. Gelisah mereka dibuatnya. Apa salah mereka?
“La,awat kelu je ni?Akak bukan marah la. Gurau je. Korang takut eh?Haha.”Kak Meera meletuskan tawanya. Lega sungguh hati Arina dan Mazni. Maklumlah hari pertama bekerja, belum bijak mentafsir perilaku dan personaliti krew di sini.
“Ikut akak,”mereka mengangguk tanpa bantahan. Mazni dan Arina membontoti Kak Meera ke ruang kecil tempat mereka menonton video semalam. Mereka difahamkan ia juga merupakan ruang rehat untuk para pekerja. Lebih kepada ruang untuk menjamu selera. Beberapa orang krew yang memulakan shif pagi melemparkan seyuman. Dengan senang hati mereka turut membalasnya.
“Pertama sekali akak nak ucapkan selamat datang ke restoran ni dan menjadi sebahagian daripada krew di sini. Nama akak Ameera, just call me Kak Meera. Akak memegang jawatan sebagai penolong pengurus restoran Mc Donald cawangan Serdang.Akak nak ingatkan tentang peraturan. Mengenai kehadiran,mesti sampai tepat pada waktu. Syabas kerana anda berjaya menghadirkan diri pada waktu yang ditetapkan.” Mazni dan Arina berpandangan sesama sendiri sambil mengulum senyum bangga.
“ Hanya alasan yang munasabah saja kita terima seandainya datang lewat. Kalau ada kecemasan,terpaksa cuti,beritahu kami. Supaya senang kami nak cari pengganti­----“
“Pagi Kak Meera!Ops!” amanat Kak Meera terhenti apabila muncul satu suara menyapanya.
“Pagi,Shamsul. Kau shif pagi ke? Akak ingat kau closing?”ujar kak Meera kehairanan. Yakin benar dia bahawa nama Shamsul tersenarai dalam kategori shif malam. Mana mungkin dia tersilap sedangkan dia yang bertanggungjawab menyusun jadual pekerja bawahannya.
“Saya tukar shif dengan Ogy. Dia ada hal sikit katanya. Urgent,”jelas Shamsul. Kak Meera mengangguk tanda faham. Pandangan Shamsul terarah pada kedua orang gadis yang mengambil tempat di hadapan Kak Meera. Pekerja baru agaknya,desis Shamsul dalam hati. Setelah meletakkan beg dan jaket di tempat yang disediakan, dia lantas menjalankan rutin.
“Okey,kita sambung semula. Memandangkan kita bertanggungjawab menghidangkan makanan kepada pelanggan, kebersihan merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan. Sebelum mula kerja, pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu menggunakan sanitizer yang disediakan. Prosedur ini akan diteruskan setiap 30 minit selepas basuhan pertama. Asalkan jaga kebersihan,itu dah memadai. Kalau rasa baru lagi cuci tangan tu, tak apalah tak perlu ikut sangat prosedur tu. Jangan lupa pakai sarung tangan. Ini yang paling penting untuk mengelakkan makanan yang disediakan terdedah pada bakteria dan mengelakkan keracunan” satu persatu pesanan Kak Meera mereka pahatkan di dalam ingatan masing-masing.
“Sekarang kita akan mula latihan. Mazni akak aturkan latihan di kaunter dan Arina akak aturkan bekerja di ruang kitchen. Selamat menjalankan tugas. Akan ada orang yang akan melatih kamu berdua. Mari akak kenalkan krew-krew di sini ” Mazni dan Arina bangun lalu mengekori langkah Kak Meera.
“Okey,krew. Akak nak kenalkan ahli baru kita sekejap,” semua pekerja yang ada di situ menghentikan seketika tugas masing-masing. Semua mata kini menghala ke arah Mazni dan Arina. Timbul pula rasa gemuruh apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Berhadapan dengan wajah-wajah yang tidak dikenali, Arina tertanya-tanya dapatkah dia menyesuaikan diri di sini? Dapatkah mereka menerima kehadirannya untuk menjadi sebahagian daripada krew? Berbanding Arina,Mazni lebih relaks dan tenang.
“Boleh kenalkan diri masing-masing?” pertanyaan kak Meera sekaligus mematikan lamunan Arina. Arina menoleh ke arah Mazni. Mazni cukup faham dengan sikap pemalu temannya itu. Lalu dia memulakan sesi perkenalan yang diatur Kak Meera buat mereka.
“Pagi semua, saya Mazni dan ini rakan saya,Arina,”
“Hai,”perlahan kata yang terbit dari bibir mungilnya. Seakan suaranya tersekat di kerongkong. Para krew turut membalas dengan respon yang sama.
“Shamsul,akak minta tolong kau train Arina bahagian kitchen. Biasakan dia dengan rutin harian kita. Boleh kau pikul tugas ni?”


yeah,di sinilah idea aku terkandas.Sukar rasanya aku nak menumpukan perhatian kat pejabat ni.Mungkin lagi 2-3 hari aku akan sambung.Saat ni kan best kalau ada laptop.Boleh bawak gi mana-mana.Saat-saat camnila kan best ada banyak duit,leh beli apa yang kita nak.Nak laptop!!!

Sunday, December 10, 2006

Movie Minggu Ini


CINTA..SEBUAH KISAH TENTANG KASIH
Aku dah tengok movie ni jumaat lepas.Thumbs up untuk para pelakonnya yang bersungguh memainkan peranan masing-masing.Aku suka part Rubiah (lakonan Fatimah Abu Bakar).Terserlah sifat penyayang dan keibuannya.Amani dan Pierre Andre?Memang sempoi.Aku suka juga kisah diorang.Semualah aku suka.Cuma bab Fasha dengan Eizlan tu kurang sikit.Masa Rashidi dapat tahu Rita curang,aku sedih sebab muzik latar lagu Anuar Zain tu memang kena.Lebih-lebih lagi bila Shidee peluk anak dia.Syahdu beb! Suami baik camtu pun kena tipu.Tapi ni lah hakikat kehidupan.Buat apa nak teruskan kalau tiada lagi perasaan sayang.
Keseluruhan,memang aku puas hati.Abang aku mula-mula aku tengok dia macam berat hati je nak tengok.Akhirnya dia sendiri mengaku best.Ha,tau takpe.

Disebabkan aku minat giler dah kat lagu dendangan Anuar Zain bertajuk Perpisahan, aku cipta satu layout khas untuk aku kongsi dengan korang semua yang datang ke sini.hayati liriknya,fahami maksudnya.Inilah situasi yang pernah aku lalui dahulu..

Friday, December 08, 2006

Where are everybody?

Hello,anybody home?ops,no..I mean in the office?Lengang.Sunyi.Sepi.Gambaran yang boleh aku berikan buat korang tentang pejabat aku sekarang.Biasalah,hujung-hujung tahun ni.Yang nak menghabiskan cuti,kalau kerja kontrak macam ni la nasib.Kalau tak habiskan cuti terbuang macam tu je.Bukan boleh dibawa kedepan. Macam akaun tu baki bawa ke depan.Hahahha.Apa yang aku merepek ni?

Semalam aku ambil kesempatan meneliti satu persatu komen dari seseorang.Siapa lagi kan kalau bukan akak aku.Heheh.Ada yang buruk ada yang baik.Yang buruk jadikan pengajaran untuk bekalan di masa depan.Bila baca komen tu sebenarnya aku rasa bersemangat nak sambung.Terus aku create satu bab baru untuk mengubahsuai semula bab permulaan.Namun kerajinan aku terganggu dek tugas yang diberi secara tiba-tiba oleh bos aku.Mengira je keje aku semalam.Entah nak buat apa la dengan data banyak-banyak tu.Tapi nasib baik mengira,okay lagi.

Hmmm..susah juga nak memenuhi hasrat orang yang berkedudukan tinggi ni.Apa pun mesti nak high taste.Tak boleh ke nak bersederhana sikit?Yang susahnya staf juga kena handle.Ahahah..biasalah manusia kalau dah biasa diulit kemewahan.Macam manalah perasaan jadi orang kaya ni kan?Bagi aku lebih suka bersederhana dalam semua segi.Tak berlebih,tak berkurang.lain orang lain perangai.rambut sama hitam hati lain-lain.Tapi macam dah tak boleh pakai je peribahasa ni.Rambut pun dah ada macam2 warna.Wahahha.

Hari ni aku akan berjumpa seseorang.Lama sangat aku tak jumpa dia.Rindu.Okaylah,aku sebenarnya tengah buat design tadi.Sekarang aku akan letakkan semua cover novel yang telah aku baca dan akan aku suai padankan dengan lagu tema.Hehhe..saja nak mengisi masa lapang.Jumpa lagi ya!Salam sayang..nashrin arlina

Tuesday, December 05, 2006

Aku Cinta Kamu


“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
“Marsya ke?”
“Saya.”
“Sya, kau kenal tak siapa yang cakap ni?” duga pemanggil di hujung talian yang membuat panggilan kepada Marsya Qistina.
“Huumm... Kalau tak silap, buaya tembaga kot?” balas Marsya Qistina selamba. Sememangnya dia dapat menduga siapa yang membuat panggilan itu. Pemuda ini juga sudah masuk ke dalam perangkap yang dipasang. Tidak lama lagi dia juga akan terjerat.
“Sampai hati kau Sya, cakap aku buaya tembaga...” ada nada rajuk dalam suara itu.

Di sini aku selitkan fragmen novel AKU CINTA KAMU hasil karya kak ebriza.Buku ni aku beli masa hari Jumaat lepas di MPH,Alamanda. Million of appreciation to my friend Shukri,for bringing me there.Ah,memang sahabatku nan sorang ni sentiasa bersedia kalau aku memerlukan pertolongannya. Bertuah awek dia.Hahaha!
Sebaik sahaja aku sampai di MPH,memang karya Ebriza Aminnudin yang aku cari.Sebabnya?Aku belum pernah baca lagi biarpun setakat ini aku mula mengenali penulisnya yang aku dah anggap macam kakak sendiri.Sebelum ni aku hanya dapat baca bab 8 dan bab 9.Now, I have the book itself and finished reading it.Memang kelakar bila ada babak yang lucu,terutama bila Marsya cuba melarikan diri dari dijumpai oleh musuh ketatnya yang paling dicintainya.Dalam benci ada rindu yang tersimpan.Dalam marah ada sendu yang menyinggah.
Memang kalau nak dibandingkan dengan tulisan aku,jauh panggang dari api.Editor baru baca 2-3 ayat dah campak masuk dalam bakul sampah.Hahahah!!Bila ya aku nak sambung?Aku sendiri susah nak mengatakan bila.Walaupun ramai sangat kawan-kawan aku yang dah lama menunggu aku mengatur langkah.Kadang-kadang rasa nak menangis pun ada.Hmmm..harapan orang-orang yang banyak membantu aku akan aku cuba capaikan biar sesusah mana setinggi mana.
Hari ni aku kena balik lambat.Malam tadi dah la tido awal giler,malam ni tak tahulah aku.Esok ada pot luck,pagi-pagi buta la aku kena bangun menggoreng nugget.Malasnya!!Esok jimat duitla,tak payah aku pening kepala nak pikir makan apa untuk lunch.Heheheh..
Buat Mofaz 120,seronoknya dia pergi bercuti.Maklumla.Dah seminggu tak mandi yek?Jangan lupa ye projek web tu.Boleh saya tolong tukar2 link tu.Ahahhaha!

Friday, December 01, 2006

Pelabuhan Kasih


Assalammualaikum,selamat pagi semua.Aduh,mengantuk pulak hari ni.Malam tadi inilah kerja aku depan pc.Saja melakukan eksplorasi perisian Adobe Photoshop yang sudah lama aku tinggalkan.Aku minat juga bab mereka bentuk ni.dari kecil memang aku suka bertemankan pensel warna dan kertas.Bila dah dewasa,seiring dengan kemodenan arus teknologi.Lebih-lebih lagi bila melihatkan cover novel hasil creative enterprise.Illustrasinya hidup,amat menakjubkan bagi aku.Aku pula sekadar biasa-biasa.Kalau kartun tu bolehlah.Dah lama juga aku tak melukis kan?Sejak kerja ni kebanyakan hobi terpaksa ditinggalkan buat sementara.

Cuma untuk mengarang..kadang-kadang aku curi-curi juga buat di pejabat.Selalunya hari aku tidak sibuk kecuali pada minggu pendaftaran.Ataupun jika aku diarahkan untuk menyertai program di luar untuk promosi MBA.Selain itu,aku akan melakukan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Novel Pelabuhan Kasih karya Lily Suriani (tak silap) memang menarik dan aku suka jalan ceritanya.Ada unsur kelakar dan sedih.Aku seperti terbayang watak Fazil dalam cerita ini.Alangkah bertuahnya kan punya seseorang yang setia begitu.Akan ketemukah aku dengan insan yang mampu memandangnya hati menjadi tenang,bertutur dengannya jiwa terasa aman?Terlalu tinggi rasanya permintaan ini kan?Aku sendiri harus berubah,menjadi seorang yang tenang apabila diamuk masalah,pasrah diduga cubaan dan ujian.Pendek kata,aku sendiri harus menjadi yang terbaik untuk bertemu dengan yang baik.Seperti watak Fatin Nabilah yang dicipta penulis ini.

Memang adakalanya watak-watak dalam novel memberi aku semangat dan membuka minda untuk kita berfikir ke arah yang lebih baik.Jadi,janganlah anggap pembaca novel adalah seseorang yang sentiasa hanyut dalam alam khayalan.Banyak yang boleh kita pelajari melaui pembacaan.Sebab itu peranan penulis amat berat dalam melahirkan karya yang berkualiti dan memberi manfaat kepada pembaca.

Kepada penulis di luar sana,moga kalian berjaya memartabatkan bahasa kita dan melahirkan karya yang mampu berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan karya antarabangsa.Salam perjuangan.

Buat kakak kesayangan,Kak Eb..
Warkah Berlagu Pilu saya nantikan kehadirannya.Senyum selalu ya!