Wednesday, January 31, 2007

Corat-coret hari Rabu

Assalammualaikum dan selamat pagi semua!!

Pagi-pagi lagi aku sudah menjenguk rumah kedua aku. Heheh…saja nak cek siapa yang mungkin meninggalkan jejak di blog aku. Wah,aku dapat kawan baru. Tak sia-sia aku bukak. Buat Fysal dan Meera,thanks guys! Have a frequent visit after this. Kalau ada apa-apa artikel yang menarik,bolehlah dikongsi bersama.

Ahahah...kawan aku komplen apasal semua cerita sedih je. Lawaklah pulak,kata diorang. Masalahnya belum ada peristiwa lawak yang berlaku dalam hidup aku sekarang. Lain dengan mereka yang semuanya sedang berbahagia menunggu hari masing-masing. Hanya mereka yang faham saja mungkin takkan sesekali mengatakan begitu. Hahah...nantilah. kalau ada peristiwa yang mencuit hati,pasti akan aku gembar-gemburkan di blog kesayangan aku ni.

Ah,bercakap tentang peristiwa lawak,ada satu yang berlaku semalam. Masa tu kami bertiga (aku,ija,ct) bersiap untuk membeli makanan tengah hari. Memandangkan jarak kafe dengan opis tak berapa jauh, kawan aku yang sorang ni pun pakailah selipar sahaja. Tapi sopan sikitlah daripada selipar jepun. Nak dijadikan cerita, setibanya kami di kafe...hanya bekas-bekas kosong yang mengalu-alukan kedatangan kami. Argh! Mesti student yang perabih semua lauk ni. Bengangnya. Lantas kami memutuskan untuk menapak ke kafe pentadbiran yang agak jauh dari opis. Tapi...mata kami melurut pada selipar yang tersarung di kaki CT. Biar benar CT,kau nak pakai selipar pergi bangunan admin? Bukan apa,sana kan main office,orang-orang berpangkat kan ramai,kot terserempak ngan sapa-sapa tak ke naya tengok staf pakai selipar? Rosak personaliti. Namun itu semua ditolak tepi bila perut dah mula berbunyi mintak diisi. Ah,redah jela.
Nasib baik kami tak terserempak dengan sesiapa,Cuma students je. tapi nampak je pegawai keselamatan,cepat-cepat kami mengubah haluan. Tak nak kena saman. Ahaks! Kawan aku Ija pulak sempat tanya soalan membunuh,”Kalau selipar ni putus camne?” kalau masin kang jadi keje pulak nak patah balik opis cari kasut lain.

Hari ni 2 jam kami dok dalam gelap. Opis black out. Dah berapa kali asyik on off je. ingat nak blah balik je.hahahha!!

Esok cuti,nak beli belah. Kalau jadi. Heheh.. tak sedar diri duit nak habis. Ah,yang penting,enjoy!

Tuesday, January 30, 2007

Dugaan..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Bagaimana kalian semua? Semoga sihat walafiat hendaknya. Tak sakit-sakit macam aku sekarang. Aduh...tension beb. Kesakitan di belakang makin membuat aku tak betah nak duduk lama-lama kat pejabat. Aku mengadu pada teman sepejabat,diorang mengesyorkan aku berurut. Urut?Takutnya. Aku ni dahla kering,camne diorang nak urut? Silap-silap patah lak tulang aku. Buat lawak pulak aku ni.

Tapi memang sakit ni mempengaruhi produktiviti aku. Nak layan orang pun tak ada hati. Sudahlah kerja aku hari-hari mengadap kerenah orang. Nak senyum pun tak larat. Lagi nak melayan fi’il orang yang buat aku bertambah-tambah sakit hati. Bosannya hidup ni. Entah bila akan ada jalur keceriaan menghiasai perjalanan hidup aku yang kian lama kian suram.

Oh,ya...semalam kawan lama aku menghantar sms bertanyakan khabar. Dah lama kami tak berhubung. Masing-masing sibuk dengan urusan peribadi. Terkejut namun aku gembira mendengar khabar darinya. Rupanya dia menghubungi aku setelah terbaca coretan aku di blog ni. Terasa darah meruap ke muka menahan malu yang datang bertandang. Ah, masa dirundung duka apa saja yang kita rasa kita akan luahkan. Hidup terasa kelam. Kekecewaan menyebabkan kita tak mampu untuk menimbang antara baik dan buruk,logik dan khayalan. Kita tenggelam dalam lautan duka yang kita sendiri cipta. Memang benar aku pernah kecewa. Semua orang akan melalui musim luruh di hati bila harapan hanya tinggal impian. Tapi tak semudah itu aku mengalah. Lebih-lebih lagi aku ditikam dengan kata-kata yang mencarik perasaan,namun ada kebenaran di sebalik pedasnya ayat yang dilemparkan pada aku. Siapa lagi kalau bukan teman-teman seperjuangan yang berusaha mengembalikan aku ke dunia nyata.

Sekarang perasaan sedih itu beransur hilang ditelan masa. Walaupun ada kalanya pilu datang menghampiri lubuk hati, sekurang-kurangnya aku berupaya menepis. Dan aku dapat melihat dengan jelas kekurangan yang perlu aku perbaiki. Aku cuba bersikap optimis. Aku juga bertekad untuk merealisasikan impian yang aku amat harapkan akan tercapai satu hari nanti. Tidak kira cepat atau lambat.

Buat kawanku (u know who u are),terima kasih atas kata-kata perangsang yang awak titipkan buat saya. Nanti kalau ada book fair kita pergi ye. Ahaks!

Sunday, January 28, 2007

Coming soon punya nasi minyak


 
Walimatul urus Fahmi and Aisyah

Kepada sesiapa budak AYSK yang belum tahu lagi tu, kawan kita Fahmi akan melangsungkan perkahwinan dengan cinta hatinya (ewaah) pada..(lupalah,jap aku semak kad..heheh)...
Haaa....pada hari Ahad 18 Februari kat Sepang.Aku dapat kad ni masa majlis Azri hari tu.Aku rasa dia tak kenal aku pun.Hahahha!!Aku pun sekadar kenal melalui nama dia saja.Maklumlah,time sekolah aku pemalu,low profile,nampak budak laki cam nampak hantu.Takut!Tapi aku ingat diorang semua.Cuma tak pernah berbicara.:P.Kebetulan majlis ni sama pulak dengan amjlis seorang lagi kawan AYSK aku,Syakila namanya tapi aku tak dapat kad nya lagi.Minah tu boleh lupa nak bawa kad jemputan,kalau tidak kan senang boleh terus edarkan saja masa g kawin Azri tu.Dah tak sabar sangatlah tu,sampai tertinggal.

Lepas seorang,seorang kahwin.Aku?Wahahah!!Lawaklah kalau aku pulak.Takkannya dalam masa terdekat ni.Aku masih akan memegang status single aku.Sempoilah beb.

Gantung-Melly

Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau telah berakhir

Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa?Ku harus bagaimana?
Kasih...

Sampai kapan kau gantung cerita cintaku
Memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

 Sampai kapan kau gantung cerita cintaku
Memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Gantungnya hubungan cinta denganmu
Membuatku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu


>>Am I feeling this way?Only God knows why.I found this lovely song by Melly from Hello Bebeh blog.Hehehhe..<<

Saturday, January 27, 2007

Photo Collection 1

My Vacation at Cameron Highland


Nak strawberry?

Depan pintu gerbang Bharat Tea Plantation.Pose senget sebelah :p


With my office mate a.k.a Linda


Also with my office mate,Siti


Cepat ambil gambar ber-3.Slek,mata terpejam.Panas!


Senyum seindah suria...happy sangat waktu ni.


Panas la wei,cepat sikit shoot gambar aku!




Sweet Girls































































































































































































































































































































































































Wednesday, January 24, 2007

Selamat Pengantin Baru..Azri dan Ina

Gambar 1:Bersama kawan-kawan AYSK
Gambar 2: Lebih kurang je dengan atas.Who's missing?:P
Gambar 3: Semua rapat sikit.Ambil berkat.Hahah!


Gambar 4: Azri dan Ina



Hahahh...lagi seorang kawan sekolah aku kahwin.Azri namanya.Dulu masa kat AYSK,aku langsung tak pernah bercakap dengan dia.Hihi...dulu aku takut sikit dengan dia sebab dia jahat masa kecik2.Ahaks!Gurau ye Azri,jangan marah.Biasalah time budak-budak,belum matang.Dah jadi suami orang dah sekarang.Aku doakan kau bahagia sampai ke anak cucu.Jaga isteri baik-baik tau.Teringat aku kantoi dengan dia masa kat Alamanda.Wahahah!!!Adegan yang paling dramatik pernah aku lalui.Camne leh kantoi ngan mamat ni?Ahaks!Masa ni lah baru aku tau dia dah bertunang.Sikit punya berahsia.






Apa pun Azri,tahniah di atas perkahwinan anda.Lepas ni siapa pula yang akan menyusul?






High contrast


My convocation picture after using high contrast effect.Hehehh...silau kan?Saja buat perubahan sambil xplore photoshop.Nantikan hasil-hasil seterusnya.

Saturday, January 20, 2007

Plan kensel!

Alamak,rancangan nak menghadiri kursus pra perkahwinan tu terpaksa dibatalkan atas alasan tiada vacancy lagi.Huh, sambutan di luar jangkaan.Tak apa,bulan 5 akan datang kami akan pastikan ada tempat untuk kitorang.Hahah!Aku ada mengusulkan rancangan aku dan kawan2 aku ni kat mak aku.Dia kata bukan nak kawin lagi.Ala,tu yang aku malas nak cerita apa-apa pun.Tak ada feedback positif,semua negatif.Baik aku simpan sorang-sorang.Bukan kalau nak kahwin tahun ni,tahun ni baru nak terhegeh-hegeh.Sekadar nak belajar,apa salahnya kan?Bukannya budak hingusan lagi.Lepas ni aku nak buat apa yang aku tak boleh buat selagi aku sendiri tahu buruk baiknya.

Soal jodoh ni...malaslah aku nak fikir sangat.Kata kawan aku,cinta tu macam rama-rama.Makin dikejar,makin jauh dia meninggalkan kita.Cuba kita duduk diam,sabar.Mesti dia yang akan datang sendiri,kan?Mungkin ada yang tak setuju.Tapi aku setuju sebab selama ini aku dah penat mengejarnya.Dan sekarang,aku nak duduk diam-diam.Ceriakan hidup,belajar apa yang patut.Kumpul duit banyak-banyak.Dan cuba sedaya upaya merealisasikan impian.Aku tak nak harapan hanya tinggal impian.Lagipun...ek eleh...aku ni tak layak ah nak dapat semua tu lagi.Tak sedar diri tul lah aku ni.

Jadi,sempena Awal Muharam,ada baiknya kita muhasabah diri,menilai apa yang masih kurang.Aku kurang hubungan dengan Allah.Aku harap aku akan berjaya menjadi hambanya yang bertakwa dan beriman.Amiinnn...

Thursday, January 18, 2007

Semuanya baru

Aku sedang ralit membalas mesej teman di yahoo messenger bila tiba-tiba sahaja teman sepejabatku meletakkan sehelai kertas bercetak di hadapanku.Ku sangkakan memo,rupanya:

"Kursus Pra Perkahwinan-3 dan 4 Februari"

Aku sedikit terkejut.Cepat-cepat aku menoleh pada teman yang mengukir senyum simpul.Apa maksudnya?
"Nak pergi tak?"

Aku membaca lagi penerangan yang diperolehi dari email itu.Hmmm...kalau ada kawan yang pergi,boleh juga,aku membalas.Ya,apa salahnya kan?Tak semestinya mereka yang dah nak kahwin je pergi,hatiku berdetik. temanku yang seorang lagi terus menghubungi Pusat Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus.Tiba-tiba aku teringat kata-kata seorang sahabat di universiti bahawa sijil kursus perkahwinan ini ada tarikh luput.Ye ke?Baik bertanya.Lantas kami menyuruh teman yang sedang menelefon untuk bertanyakan kemusykilan yang melanda.Alhamdulillah,ianya sah untuk seumur hidup.Bayangkanlah,kalau hanya sah untuk setahun,mana pulak aku nak cari calon.Tak ke kes naya?Dan berapa kali pula harus aku sertai kursus?Nanti sijilnya saja yang banyak,tapi diri masih sendiri.Ain,akak pun samalah macam awak.Tak sangka pulak kita akan pergi kursus yang sama di tempat yang berbeza kan?Dalam pada itu,sempat kami bergurau untuk bertaruh siapa yang akan kahwin dahulu.Sudah pasti bukan aku.Aku tak mungkin memikirkan hal yang tidak pasti begini.

Oh,ya...aku punyai teman baru.Diperkenalkan oleh salah seorang adik angkatku yang nakal. Namanya?Tak perlu barangkali.Cuma aku boleh gambarkan dia seorang yang sangat pandai menyusun kata (buat puisi pasti hebat).Kata-katanya sungguh memberi ilham pada aku yang sememangnya gemar menulis.Kerdil ku rasa seketika.Dia menghargai kenalan melalui bahasanya dan lenggok bicara yang boleh membuai perasaan.Bahaya kan?Tapi aku yakin,dia seorang yang tulus.Insan yang tulus..nasibnya ku kirakan sama seprti aku.Ya,aku tidak percaya lelaki yang pandai menguntai madah ini acapkali dikecewakan.Melalui gambarnya,aku pasti dia tidak menghadapi masalah untuk mencari calon isteri.Heheh...

Aku semakin tenang menghadapi hidup ini.Yakin yang aku kini tidak akan bersedih lagi.Aku harus kuat,perjalanan hidup masih jauh.Jadi kenapa harus aku persiakan dengan persoalan yang mencalar jiwa?Akan tiba masanya janji Allah sampai kepadaku.Jodoh,ajal maut,pertemuan di tanganNya.Ya Allah,aku mohon kau jauhkanlah aku dari kekecewaan dan kemusnahan.Temukan aku dengan takdirku bila sampai waktu.

Afandy-salam perkenalan saya hulurkan,titian persahabatan ini kita bajai dengan kejujuran dan keikhlasan.

Mofaz120-thanks for the jokes.kelakarlah!Ahaks!

Ojai-agaknyalah blog awak banyak viewer sampai xleh nak bukak.Hahahah...doakan saya cukup duit nak sambar laptop.

ija & Ct-cam tak caya jek wei kita nak join kursus tu?hahah!

Wednesday, January 17, 2007

Misi bantuan 13 Jan 07


Gambar masa misi bantuan banjir ke Pagoh. Kepada siapa yang aku tertutupkan wajahnya tu,minta maaf yek.Camera man pun bukan nak inform.Ceh!Masa tu pun kelam kabut cari tempat,mana nak menyelit.Hahahah!Kalau tak masuk kang cakap x sporting pulak eh.Belasah je la! Depan sekolah tu ada sungai tau,lebarlah jugak.Masa kami sampai,kawasan tu dah surut dan kerja pembersihan giat dijalankan.Tak merasalah kami meranduk banjir.Seram juga aku tengok paras air sunagi tu.Macam nak melimpah ke jalan je.Ada setengah kawasan kat situ masih ditenggelami air lagi.Dah macam kampung terapung.Hujan turun renyai-renyai tapi berterusan.Harap-harap bencana bah ini akan reda dan penduduk Johor kembali menjalani rutin harian masing-masing.Kepada mereka yang terlibat dalam usaha kebajikan ini.teruskan usaha anda dan bantulah dengan ikhlas kerana Allah.Bukan suka-suka main banjir tau.Bahaya!

Tuesday, January 16, 2007

My personality




You Are An ISFJ


The Nurturer



You have a strong need to belong, and you very loyal.

A good listener, you excell at helping others in practical ways.

In your spare time, you enjoy engaging your senses through art, cooking, and music.

You find it easy to be devoted to one person, who you do special things for.



You would make a good interior designer, chef, or child psychologist.

Monday, January 15, 2007

Tercipta untukku..

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku
banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu
reff:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku sepanjang hidupku
aku ingin engkau
slalu hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu memanggil
seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu

Lagu ini aku curi dari link kat blog member aku,ojai.Heheheh...tiba-tiba macam best.Kalau ada orang bagi aku lagu ni,mesti best kan?Kat sini boleh share lirik je dengan korang semua.Siapa nak tau,roger aku.Bair aku nyanyikan spesel.Ahaks!

Rahsia hati

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada
Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh
*Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama
Usahlah Hanyut terus terlena
Kerana dunia
Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

Sunday, January 14, 2007

Realiti,Hadapilah

Aku tak mengerti, apa yang kurasa
rindu yang tak pernah begitu hebatnya
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau
aku persembahkan hidupku untukmu
telah ku relakan, hatiku padamu
namun kau masih bisu, diam seribu bahasa
dan hati kecilku bicara
baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk seluruh hatiku

semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban hingga akhirnya kaupun mau
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau

Baiknya jika cinta ini boleh bersemi
Mengharung resah dengan ria senyum manismu
Saat yang indah bersamamu aku syukuri
Dalam senyuman kau alihkan perhatianku
Tak kuharapkan ada insan lain sebagai pengganti

Andai terputus di pertengahan
Tiap katamu aku agungkan
Sepahit mana ku kenang jua
Asalkan engkau kecap bahagia

Air mata ini kan mengalir sendiri
Bila ku lewati tempat yang kita susuri
Terkumpul di situ semua kenanganmu
Baikmu terasa walau kau tiada
Selebar dunia takkan pernah ada serupa denganmu
Engkau yang ku cinta
Mungkinkah tercipta bukannya untukku

Friday, January 12, 2007

Mengharap sinar



Sungguh Ya Allah..tak terhan rasanya hati ini menanggung duka yang terpendam. Aku sendiri tidak tahu kenapa lemah sekali aku untuk menghadapi ujian ini.Bukan kali pertama,bahkan berkali-kali tapi yang berkali-kali itulah tak tertanggung beban.Mulanya aku mampu mengorak senyum,bicara sambil tertawa bersama teman.

Tapi,di kamar ini...sekali lagi aku bertarung dengan emosi. Kepedihan tiba-tiba menyerangku. Aku merayu di dalam solat dengan air mata bercucuran. Teresak-esak menahan tangis yang menggila.Seolah-olah ingin kurangkul Allah,seolah-olah Dia yang Maha penyayang berada di hadapanku.Hinanya aku Ya Allah,aku tahu aku ini hambaMu yang berdosa,tidak layak memohon apa-apa.Namun aku benar-benar tidak tahu kepada siapa lagi harus aku mengadu dan ku lepaskan semua duka yang tergalas di bahuku.Berikan aku petunjukMu Ya Allah,Ya Rahman,agar aku tidak terpesong dari landasan kebenaran.Tidak sama sekali aku ingin termasuk dalam kesesatan yang nyata. Aku merintih.Seduku terasa jelas di pendengaran.

Selesai solat Maghrib,aku menyambung kembali dengan bacaan Yasin.Pastinya dia juga sedang membaca kalimah-kalimah suci ini juga,sempat hatiku memikirkan.Tradisi Khamis malam Jumaat yang seringkali aku culas melakukannya.Pandanganku berbalam dikaburi dengan genangan air mata yang menanti saat untuk tumpah.Kesakitan mula mencucuk mataku yang sedikit bengkak.Agaknya terlalu banyak aku menangis.Raut wajah juga sembab.Tampak muram sekali.Tak mungkin aku akan menayangkan wajah tidak bermaya ini di hadapan keluargaku.Biarlah keperitan ini menjadi milikku yang abadi.

Teman,

Aku mohon maaf pada kalian,kerana sepertinya aku masih belum mampu melepaskan diri dari lembah sepi ini.Belum mampu menjadi insan yang tabah dan kuat sepertimana kalain harapkan.Jangan pernah meninggalkan aku,aku amat memerlukan nasihat dan pandangan kalian.Beri aku kesempatan merawat sebuah luka.Luka kerana meninggalkan...

Wednesday, January 10, 2007

Januari 07

Semalam..hari paling bermakna pernah berlaku dalam hidup.Setelah lebih setahun aku tertanya-tanya status aku,akhirnya..nasib masih tidak berpihak pada aku.Rasa bersalah?Aku teringat saat pertama aku mempertaruhkan harga diri sebagai seorang perempuan.Malunya Ya Allah..salah aku juga kerana dia tidak pernah memberi apa-apa kata putus.Yang dia pesan pada aku..doalah untuk kebaikan bersama..sepatutnya darisitu aku dah boleh tangkap.Tapi aku tak perasan dan tak sedar.

Setelah apa yang dia beritahu semalam,rasanya aku kena putuskan sesuatu.Sampai bila aku nak jadi orang mamai setiap hari?Macam nak gila dan pecah kepala.Walaupun keputusan aku sebenarnya ibarat membunuh diriku sendiri (ibarat ok?)Masa kami berjumpa empat mata,perbualan atau perbincangan kami masih disulami gelak ketawa.Bergurau,walaupun aku sedikit nakal menyindirnya.Heheh..namun di dalam hati aku bergolak.

Hinggalah dia ingin menghantarku pulang,hati aku seakan menjerit,kenapalah cepat sangat masa berlalu..kenapa cepat sangat seolah belum puas lagi jumpa..hati aku menangis..tapi air mataku tidak ingin keluar,jadi aku beranggapan aku kuat untuk menghadapi segalanya.Bila sampai sahaja di rumah dan aku membuka pintu kereta,aku tahu inilah pertemuan terakhir kami.Masih ada senyuman di bibir masing-masing sebelum berbalas selamat tinggal.Dia berpesan sesuatu,tetapi aku menyatakan..apa kata kalau kita jangan msg dulu?Dia tidak mendengarnya..lantas aku mengatakan tiada apa-apa.

Selesai mandi dan solat,aku terasa lega sebentar.Terlalu letih,lalu aku mengambil keputusan untuk tidur sahaja.Sebelum tidur aku mencapai telefon bimbit lantas aku kirimkan pesanan buat dia.Dan malam itulah aku memutuskan untuk berundur dari hidupnya barang seketika.Air mataku tak henti mengalir saat aku menaip kata-kata itu.Sungguh,aku terpaksa untuk kebaikan 2 pihak.Mutiara jernih mengalir lalu aku tak dapat menahan tangis yang mengasak dadaku.Kulepaskan segalanya pada malam 9 Januari.

Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...
Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita
Reff:Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda
Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan kati ini
Kisah kita berakhir
di Januari
Selamat tinggal
kisah sejatiku
Wow....pergilah

Monday, January 08, 2007

Ku Tak Bisa

Pernah terfikir untuk pergi
Dan terlintas tinggalkan kau sendiri
Sempat ingin sudahi sampai di sini
Cuba lari dari kenyataan
Tapi ku tak bisa..jauh..jauh darimu
Ku tak bisa jauh..jauh darimu

Lalu mau apa lagi
Bila kita sudah tak saling mengerti
Sampai kapan bertahan seperti ini
2 hati bercampur emosi
Tapi ku tak bisa jauh..jauh darimu
Ku tak bisa jauh darimu

Sabar sabar aku cuba sabar
Sadar sadar seharusnya kita sadar
Kau dan aku tercipta
Tak boleh terpisah