Saturday, December 06, 2008

GSM-UPM DAN UKM-GSB,TAHNIAH!

INTERNATIONAL BUSINESS POSTGRADUATE COLLOQUIUM, 2ND DECEMBER 2008 AND LAUNCHING OF MALAYSIA’S TOP BUSINESS SCHOOL

ALHAMDULILLAH...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penat jerih kami selama 2 minggu telah pun berakhir dengan jayanya. Aku juga turut menumpang rasa bangga dan gembira bila tempat aku mencari rezeki diiktiraf sebagai top business school bersama dengan UKM. Walaupun sebenarnya terlalu banyak kesulitan dan duka yang dilalui, namun pahit berubah menjadi manis tatkala melihat semuanya beroperasi dengan baik.
Pertama kali menguruskan acara begitu mencabar. Masing-masing tiada atau kurang berpengalaman. Dimarah, diherdik atau dipersalahkan semuanya menjadi agenda harian. Inilah yang dikatakan belajar dari pengalaman. Aku sendiri pun agak sangsi bila ditugaskan menjaga rombongan dan kebajikan peserta dari Indonesia seramai 33 orang. Namun begitu, aku sangat bertuah kerana mereka sangat memahami dan memberikan kerjasama dengan baik sekali. Paling bertuah kerana aku berpeluang menghabiskan masa bersama seorang naib canselor yang sangat ‘humble’ yang kami panggil Pak Tony. Beliau tidak kisah berjalan kaki,menaiki bas mengikuti acara. Aku juga tak menyangka yang aku akan berasa sedih bila mereka berangkat pulang.
Buat teman-teman sekalian, terima kasih tidak terhingga atas kerjasama yang dicurahkan demi menjayakan acara yang julung-julung kalinya. Semoga penat lelah kita terbayar suatu hari kelak.
Buat rombongan dari STEKPI,Perbanas ABFI Institute,USNI,UI,STIAMI dan LP3I-terima kasih atas kerjasama kalian. Semoga Allah merahmati kita semua dan moga ketemu lagi di lain masa.
Salam kasih semuanya...