Friday, July 23, 2010

Hampa

Minggu-minggu yang aku lalui cukup memeritkan. Umpama layang-layang putus talinya, aku seolah terawang tanpa tujuan. Aku bukan manusia sempurna, tapi aku cuba melakukan sehabis baik jika berkaitan dengan tugas di tempat kerja. Entahlah, sebaik mana aku mencuba,pasti ada saja kesilapan di mana-mana. Acuan pemikiran tidak sama. Ya, mungkin seorang lepasan ijazah sarjana muda yang hanya menjawat jawatan pembantu tadbir memang sama sekali tidak berhak membuat keputusan. Sama sekali tidak boleh biarpun itulah yang aku fikirkan logik di kala itu. Niat ingin meringankan beban disalah erti, sebaliknya dipersalahkan kerana melangkau kuasa. Melangkaukah?

Namun aku cuba memahat reaksi positif dalam diri biarpun hanya Allah yang tahu betapa aku sudah penat dengan semua ini. Pasti selepas ini kesalahan sahaja yang orang akan ingati. Biar sebanyak mana kita pernah menabur budi menyiram bakti berkorban diri. Kesilapan juga yang dikenang orang. Lantaran ketegangan yang aku alami memberi impak negative pada suasana sekelilingku. Maaf ku pinta kepada teman-teman yang aku kasari sama ada dalam sedar atau tidak. Bukan aku tidak cuba melalui keadaan tersebut secara tenang, malangnya aku gagal meladeni emosi di samping tubuh badan yang sudah letih dihambat bekerja lebih 8 jam sehari.

Sendirian menanggung derita…memang pahit. Teman ketawa senang dicari, bila menangis sendirian mengubati.

Aku tak tahu apa lagi harus ku perbuat.

Ya Allah bantulah hamba-Mu ini yang khilaf dan ku mohon masalah dapat diatasi dengan berhemah dan sabar. Lembutkan hati mereka Ya Allah…

Saturday, July 17, 2010

Penat + Takde Mood

Sabtu....memang hari yang aku nantikan dalam minggu ini setelah aku rasa satu badan aku seolah-olah dah tak mampu nak berfungsi dengan baik. Emosi pun dah tak terkawal. Mungkin sebab dah terlalu letih.Kerja sampai 12 jam setiap hari.Timbang berat pun dah jadi 37 kg. Bak kata sorang student yang selalu email aku..."Angin taufan tiup je you dah melayang".Hahahah! Tak payah tunggu angin taufan Angeline, angin biasa pun rasanya dah boleh terbang biarpun tak pernah ada sayap!Tapi rasanya sejak aku kerja memang berat aku dah tak pernah cecah sampai 40 kg. Tak macam masa aku jadi student. Siap 42 kg lagi hahahahah!So, sape-sape nak kurus bolehlah take over job aku sekarang.Bukan takat badan je kurus, kesabaran pun sama.

Jadinya, aku bantai tidur je hari ni. Overslept terus.Nak study pun tak ada mood.Baru buka 1 page dah menguap.Malam ni la aku cuba study.Dah lama tak buat aktiviti mcm ni. Rindu jugak nak bergelar student :P (poyo!)

Dah lama tak dengar cerita pakcik. Mana pakcik pegi ek? :( Sibuklah tu kan. Takpelah. Gunakan jika perlu adalah tepat untuk aku selama ni. So, dok je diam-diam. Study. Exam lagi 2 minggu okay! :-s

Sunday, July 11, 2010

My Best Friend's Wedding


Dah lama nak upload tapi tak menyempat.Sorang lagi kawan aku yang telah pun menamatkan zaman bujangnya.Heheheh.Tahniah sekali lagi.Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Aku jugak yang single.Ahaks!Nanti aku cuba upload gambar-gambar lain.La ni nak p opis dulu. Huh!

Thursday, July 08, 2010

Charming Lady


I met this beautiful lady while I was accompanying my friend not so long ago. Fira, nama semanis pemiliknya. Mula-mula diajak shoot, dia macam segan. Mungkin tak yakin. Tapi bila tengok hasil gambar yang diambil, not bad. Natural, simple gesture. Kalau orang dah cantik kan buat apa pun nampak ok je. Si photographer pun tumpang sekaki cuci mata. Sekali tengok macam model Korea pun ada. Bolehla jadi cover novel akak ek? Ahahahah!

Wednesday, July 07, 2010

My oh My

Semalam aku rasa keadaan memang mencabar keimanan semua staf. Semua dah ada tanduk kat kepala masing-masing. Kalau agaknya tanduk tu boleh keluar terjulur dari sebalik tudung, memang tiap-tiap hari la kena beli tudung. Dah semuanya koyak berlubang dua atas kepala. Hahahah!!! Tu belum ada suara menjerit-jerit lagi. Come on la babe. Be professional, not emotional. That time has not reached yet. Takhta emo tu bukan ke aku permaisurinya?
Hahahah!! Tak perlulah nak rampas ‘crown’ yang tak membawa apa-apa makna tu. Useless!


Tapi semalam juga rasanya aku masih boleh mengawal emosi. Walaupun semalam rasa sebak sangat, air mata pun dah bergenang, tapi cepat-cepat aku tukar ‘tune’ suara semanis mungkin bila jawab call (macam gitar lak nak buat ‘tuning’). Tapi ada juga masa-masa tu tergelincir juga. Nama pun manusia yang kaya dengan perasaan. Kaya duit memang idak le.Even rasa macam zombie je semalam.

Penat? Memang. Penat badan dan penat otak juga hati. I wish ada handsome angel like Edward yang boleh heal kesedihan aku ( poyo ) sebab angel yang aku tunggu selama ni terpaksa dilepaskan. Hahaha, he didn’t care anyway about me. I’m nothing. Live in denial all this while. Perlu ke nak mode jiwang pagi-pagi di pejabat yang hanya aku sorang je sekarang????

I am stupid.
Takpelah, hidup mesti diteruskan.
It's me, I'm a Freak.
What the hell I’m talking about??
Keje-keje. Fail kat tepi ni berlambak lagi.

Tuesday, July 06, 2010

TIME FOR MIRACLES



miracle...is all I ever asked

What do u want from me



Adam Lambert

Adam Lambert

Adam Lambert

Adam Lambert

Adam Lambert

Adam Lambert







Hahahah!!

Recently aku memang suka sangat layan lagu Adam Lambert. Tak tahulah kenapa. Aku bukan follow sangat American Idol (aku pun tak ingat kurun keberapa aku last tengok). Cuma aku tahu dia gay. Kenapalah orang-orang hensem mesti memilih jalan songsang tu? Buat frust aku jek. KahkahKah! Takpelah nak buat camne kalau dah tuan punya diri dah pilih jalan tu. Aku cuma sukakan suara dia masa nyanyi lagu What Do You Want From Me. First time dengar masa 'pakcik' nyanyi. Tapi tak boleh nak capture camne la rentak lagu ni (hahahahha..sori pakcik!).Memang sesuai. Buatkan aku nak dengar lagu-lagu lain yang dia nyanyi.





Lyrics | Adam Lambert lyrics - Whataya Want From Me lyrics

Friday, July 02, 2010

Get Involved in Twilight

TWILIGHT

Aku sendiri tak sangka yang aku akan tengok cerita ni. Yelah, orang asyik bercerita je kan. Tak puas hati, aku layan kat You Tube. Memang best dan aku nak cari pulak siri New Moon. Hero Jacob dengan Edward pun hensem. Dah lama gua tak layan cerita romantik gitu. Hahhahah! Hormon romantis dah kembali ke? Ahaks! Tapi aku memang suka tengok citer genre seram tapi rasanya movie ni okayla. Mixture of genre. I Like!

Thursday, July 01, 2010

Beware !

Checklist Minggu Pendaftaran Pelajar:

1. Jadual kuliah Excel (Ada)

2. Kupon Buku Teks (Ada)

3. Jadual Kuliah IGIMS (Ada)

4. Kemaskini Trimester Julai ( Sudah )

5. Kestabilan emosi ( Sekejap ada , Sekejap Takde)

6. Persediaan menghadapi kerenah pelajar ( Zero )

7. Persediaan untuk ‘stayback’ setiap hari selama 2 minggu ( None to Zero )

8. Kebarangkalian untuk bertukar menjadi singa jadian ( 110 %)

Amaran : Jangan sesekali cuba trigger suis kemarahan UNIT kami sepanjang minggu ‘penyeksaan’ ini. Harap Maklum


Pesanan khas daripada : AUMMMMMM!!!!