Saturday, October 29, 2011

Terpaksa Melangkah

Emosi terganggu. Tekanan.
Seperti biasa kat sinilah aku meluahkan segalanya.
Tahun 2011 tak lama lagi nak melabuhkan tirai. Tapi perkhidmatan aku di GSM telah pun melabuhkan tirai lebih awal.Mulai Isnin depan, aku akan menjadi staf Fakulti Sains pula.Kena bermula sekali lagi.Cari kawan baru (the most difficult part sebab PEMALU hahahahah!!), belajar task baru (harap-harap bos ok & office mate ringan tulang) dan menyesuaikan diri dengan tempat baru. Semuanya mengundang debaran yang agak hebat jugak.
Dalam masa yang sama, kesedihan meninggalkan teman-teman lama sangat terkesan di hati. Perit. Selama ni even seberat mana pun kerja kita, ada kawan yang saling memahami dan menyokong.Walaupun  mungkin ada marah-marah, salah faham tapi masih boleh spend time together like we did not have any argument before.Aku harap aku akan beroleh teman baru yang juga seperti mereka.Gonna miss u guys.
Kuatkah aku?
Terasa kosong sangat jiwa ni.Sunyi.Seakan keadaan dah tak sama macam dulu.Aku mohon pada Allah supaya keadaan ini tidak berpanjangan.Jika kesibukan boleh buat aku tak merasa seperti ini, aku akan sedaya upaya membizikan diri (senyum).Biarlah...apa pun terima kasih sbb pernah buat aku merasa sangat gembira dan rasa dihargai walaupun cuma seketika. Aku tetap aku...ada kelemahan dan kelebihan tersendiri yang menjadikan kita setiap ciptaanNya adalah unik dan berbeza.

I feel like I don't have any function at all.Should I distance myself ?
I AM A DAMN GOOD ACTRESS.

Wednesday, October 26, 2011

Projek masa cuti Diwali



Akhirnya!!
Phew!!
Boleh siap dalam masa separuh hari.Walaupun ada sedikit kecacatan yang sebaik mungkin aku cuba cover (hahaha).Mungkin sebab dah fikir layout dan material siap-siap.So menjimatkan masa aku nak menyudahkannya sebelum dateline (mcm projek apa je kan). Harap-harap si penerima puas hati.

p/s: untungla dapat hadiah drp boypren.

Thursday, October 20, 2011

Pujuk hati


Kenapalah Scrap N Crop tak reply lagi ni? Aku ada tanggungjawab ‘besar’ ni (poyo gile ayat). Harap-harap barang tu sampai cepat. Bolehlah memulakan aktiviti mengkreatifkan diri. Yelah, teman pun tak ada di sisi (cheewaahh). Nak luahkan pun tak ada sapa nak dengar. Baik jugak aku layan benda-benda macam ni supaya fikiran aku ni taklah tertumpu kepada hal yang buat aku sakit hati dan sakit otak. Urgh!

So lonely inside, so busy out there.
All I need is just somebody who cares T_T

Kadang-kadang (ke selalu??) jeles je tengok orang lain. Senang je dapat pengganti. Ada yang dah clash pastu boleh sambung balik. Ada yang tak payah nak tempuh kecewa banyak-banyak jumpa je sorang terus you are the one. Aku? Tak sebertuah tu. Bila perasaan dah berputiklah kekecewaan akan singgah. Tak sempat nak bercambah langsung pun. Huwaaaa!! Hahahah!!! Bila family pun macam ala2 nak kondem je lagilah frust. Lagilah rasa nak gi hujung dunia. Tapi bila orang nak kenalkan,serta-merta rasa takut dan seram tu wujud. Kelirunya! Ya Allah berilah aku petunjuk. Aku cuma harap aku tak jatuh hati lagi dengan orang yang bukan untuk aku. Rasa macam dah tak mampu nak hadap semua tu lagi. Rasa kehilangan….rasa macam mati lagi bagus daripada hidup….rasa macam hilang arah….tidur pun terganggu asyik mimpi bukan-bukan. I really don’t want to go through that again. Tak nak jadi bodoh + setia-nak-mati + relaku menunggu 1000 tahun lagi + I do everything for you. Sangat letih !

Hidup single sekarang pun taklah teruk sangat kan?

Ye memanglah society masih memandang kami-kami ni dengan pandangan skeptical. Dah nak senja bagai kan? Peduliklah! Bukan diorang tu pun yang bagi aku rezeki. Memanglah best kan ada teman,kalau ada masalah boleh share, g mana-mana ada orang teman. Ye ke? Tak semestinya kan. Ada jugak yang masalahnya bermula setelah berumahtangga. Duit tak cukuplah, laki tak tolong jaga anaklah, masalah mak bapak mertua,ipar duai. Haish.

Oleh itu, tanamkan rasa syukur anda dengan hidup anda sekarang.

Jangan terlalu angankan masa depan yang masih ragu. Hiduplah dengan apa yang anda ada sekarang.
Sentiasa percaya Allah ada perancangan yang lebih baik.
Dunia ini fana. Akhirat itu kekal. Selamanya.

Best of Me?


Tuesday, October 18, 2011

Pening

Adui makin lama makin pening memikirkan.Cubalah beritahu cepat-cepat penempatan ni.Tak larat nak dengar rumours.Kalau 1 Nov kuatkuasa, kenapalah sampai sekarang tak dapat.Rasanya dah banyak minggu aku dengar surat minggu depan.Dah 3 kali minggu depan kot.Sedih nak pergi,tapi dah orang tak nak baiklah pergi.Apa lagi yang perlu ditunggu.
Adik aku apa khabar ek?Macam serba salah je rasa nak contact.Aku rasa macam dia de masalah.Tak sedap hati.Tapi tau dia sibuk takutlah pulak mengganggu.Kang semak lak hidup dia aku asyik kacau je.Mmm...takpelah.Jadi student memang bz.Macamlah aku tak pernah jadi student kan.Cuma bezanya aku tak aktif, dia aktif.Heee...haish rindula zaman jadi student.Kawan-kawan close macam siblings.Tapi sekarang...apa pun situasi kita tak boleh selalu bergantung kepada orang lain.
Mohon diberikan kekuatan hati dan ketajaman minda.

Friday, October 14, 2011

Perkongsian

Maksiat halang tekun beribadat

Oleh Hashim bin Ahmad
rencana@hmetro.com.my
APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?
Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.
Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?
Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.
Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.
Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.
Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?
Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.
Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.
Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.
Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.
Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.
Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?
Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.
Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.
Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.
Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.
Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.
Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.
Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.
Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Tuesday, October 11, 2011

Aku Redha

Pertemuan yang sangat memberi erti dan menyentuh hati.

Sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menentukan tiap-tiap sesuatu. Dia juga yang membolak-balikkan hati.

Maha Suci Allah. Aku sendiri tidak menyangka akan berperasaan seperti ini.  Sebaik melihat wajah si comel perasaan kecewa, marah dan dendam luruh begitu sahaja. Bila aku lihat wajah sahabatku, aku rasa tenang. Tiada lagi rasa duka dalam hati. Buat pertama kalinya aku ikhlas dengan perasaanku. Aku gembira melihat dia melalui fasa baru dalam hidupnya walaupun sebelum ini perasaan aku berkecamuk. Terima kasih Tuhan. Hatiku yang keras telah Kau lembutkan. Aku telah meredhai segala yang berlaku dan aku anggap semua ini adalah pengajaran termahal dalam hidup. Betapa setelah bertahun-tahun aku cuba meringankan beban hati. Akhirnya dimakbulkan.

Seperti selalu, air mata ini pasti menitis tapi kali ini bukan kerana duka, tapi gembira yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata. Aku akan tanamkan dalam-dalam dalam hatiku, apa jua yang berlaku selepas ini akan aku harungi dengan penuh ikhlas dan sabar. Andainya aku terlupa, ingatkanlah aku ya Allah.

Walau macam mana saya marah, awak tetap bertahan.
Walau macam mana saya benci, awak masih di sini.
Kita akan setia sebagai sahabat sampai bila-bila.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn di tangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi.. (petikan daripada laman web www.akuislam.com)

Monday, October 10, 2011

Cintai Sang Pemberi Cinta

Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yang membentang..
Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah  yang mengatur segalanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.
Hati ini begitu mudah terbolak-balik maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga.

Who Is - Bruno Mars

Oh, i was perfect
For the circus
if she did me, i do it
Love makes you stupid
i gave it up, But i guess it was not enough
Cause she never seemed satisfied
(Oohh)
i Know i'm not perfect
But at the end of the day
Who is ?
(Oohh)
sHe wanted someone thats perfect
Well Okay
But can you tell me Who is ?
(Oohh x2)
she set the bar
Just above the stars
A rocket could'nt reach it
But i still kept on reaching
she watched me try
At least a thousand times
If she loved me, She'd stop me But noo
(Oohh)


I know i'm not perfect
But at the end of the day
Who is ?
(Oohh)
she wanted someone thats perfect
Well Okay
But can you tell me Who is ?
I saw something worth my future
So wrong So wrong
In my mind i was.....
But i guess i wasn't wrong
(Oohh)
i Know i'm not perfect
But at the end of the day
Who is ?
(Oohh)
she wanted someone thats perfect
Well Okay
But can you tell me Who is ?
(Oohh x2)

Friday, October 07, 2011

Doa Pembuka 12 Pintu


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,pintu-pintu keselamatan,pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu nikmat,pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang,pintu-pintu rezeki,pintu-pintu ilmu,pintu-pintu keampunan dan pintu syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Thursday, October 06, 2011

Enough !


Bila aku dikhabarkan ‘berita gembira’ itu, perasaan aku jadi berkecamuk.
Kenapa??
Aku kan dah lama lupakan dia. Aku dah lama buang dia jauh-jauh dari episode hidup aku. Aku dah tak nak ingat kata-kata manis yang dia pernah cakap sebab aku tau dia tak pernah ingat pun apa yang dia pernah janji dan cakap. But why do I still feel this way??
He hurt me. He did.
But he is happy. I’m not.
I don’t want to feel like this anymore.
It really makes me feel like an idiot.
He is leading a happy life now. And I will ensure I deserve to be happy too.

Wednesday, October 05, 2011

Berkongsi Ilmu

Di petik dari facebook Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood : Slm semua yg dsygi.Mlm ni ustzh & ustz crmh d Klj Unvrsiti Islm,Mlka.Esok pg reunion d Mktab Mhmud.Mlm esok crmah d krnval sg dua.dtglah ye.Brikut doa2 yg ustzh & ustz brikn d tv smlm.
1.Doa mdpt jodoh & keturunn yg baik.al-anbiya’ ayt 89.
2.Doa agr tenang akibt putus cnta/tunang/kasih. ar-raa’d ayt 39.
3.Doa pdinding dir…i dr sihir/ilmu hitm.albaqarah ayt 285-286.
4.Doa utk mbatalkn sihir/ilmu hitm. yunus ayat 81-82.

Marry You Bruno Mars lyrics and download

Hey baby, I think I wanna marry you !

Tekad


Walaupun setiap kali hati ini terguris bila membacanya
Apatah lagi mengetahui tentang hakikatnya
Aku sama sekali tidak akan berputus asa
Biar aku harus menanti dan menanti
Hingga ke akhir hayat ini
Kerana janji Allah itu pasti
Aku akan selalu mengingatkan diri ini
Bahagia itu datangnya dari hati
Bukan pada siapa di sisi

Tuesday, October 04, 2011

Settle

First task da settle.Alhamdulillah.Harap-harap tak kena 'redo'. Sekarang yang tinggal nak buat 'filing' tapi ni la yang paling malas nak buat.Nak tak nak kena buat jugak kan.Hati pun tak senang dan mata pun naik rimas dengan surat-surat yang tak tersusun. Haish!
Aku akan berazam untuk sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.Cuba kuatkan semangat untuk sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan.Mungkin perjalanan hidup aku jauh berbeza dengan orang lain.Mungkin inilah dugaan aku di dunia bila 'flow' hidup aku tak selancar orang lain.Walau bagaimanapun, semua ini telah ditentukan.Walau hancur hati ini...walau terguris perasaan...aku akan sentiasa mengingatkan diri ini yang Allah Maha Mengetahui untung nasib hambaNYA.
Kadang-kadang kesunyian itu terlalu indah walaupun pahit untuk menelan.
Semoga temanku yang satu itu akan sentiasa tenang menghadapi tekanan.Ya Tuhan, mohon tunjukkan jalan penyelesaian dan ketenangan buat dia ya.Berilah dia kesihatan agar tidak terganggu urusannya sebagai pelajar. Berilah dia keazaman yang kuat dan semangat yang kental agar dia bisa menjadi pemimpin yag dihormati.Amin...

Sunday, October 02, 2011

Finally

Mula-mula plan nak karok.Tapi memandangkan semua member yang terlibat ada hal masing-masing,Perancangan terpaksa ditunda ke hari lain.

Tapi tak sangka benda yang tak dirancang pulak terjadi.

Akhirnya aku keluar dengan Fiza.Hehe.Terus tau.Memang elok sangat la masing-masing tengah bosan.Kira Fiza penyelamat aku la ni di kala bosan kat umah.Hahaha.Tapi benci betul la karok kat Mines tu.Mahal dan tak banyak lagu.Belasah je la kan.Dah lama tak nyanyi rasa macam hampeh lak bila dengar suara sendiri.Haha.Nak bawak lagu tinggi pun pikir 10 kali.

Apa pun akhirnya aku berjaya jugak spend time dengan ko Fiza. :p Lepas ni leh la plan lain.Memang hot la ko weh,slim gile.Kalau aku ni tak kenal ko mesti ingat ko bujang.Hahahaha!!!

Kepada anda-anda yang dah kawen tapi tak berjaya nak kurus,silalah refer cik fiza kita.Hihi.

Saturday, October 01, 2011

Have U Ever

No activities today.
Seharian melayan Bruno Mars.
Have u ever feel like u miss someone so deep?


I have...

BRUNO MARS - WHEN YOU'RE LONELY w/ LYRICS

It Will Rain - Bruno Mars

If you ever leave me, baby,
Leave some morphine at my door
'Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don't have it anymore.

There's no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor
So keep in mind all the sacrifices I'm makin'
Will keep you by my side
Will keep you from walkin' out the door.

Cause there'll be no sunlight
If I lose you, baby
There'll be no clear skies
If I lose you, baby
Just let the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/b/bruno+mars/it+will+rain_20984444.html ]
I'll never be your mother's favorite
Your daddy can't even look me in the eye
Oooh if I was in their shoes, I'd be doing the same thing
Sayin there goes my little girl
Walkin' with that troublesome guy

But they're just afraid of something they can't understand
Oooh well but little darlin' watch me change their minds
Yea for you I'll try I'll try I'll try I'll try
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
That'll make you mine

Cause there'll be no sunlight
If I lose you, baby
There'll be no clear skies
If I lose you, baby
Just let the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain

Don't you say, Goodbye,
Don't you say, goodbye
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
That'll make it right

Cause there'll be no sunlight
If I lose you, baby
There'll be no clear skies
If I lose you, baby
Just let the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain