Tuesday, July 22, 2008

Matahari-Agnes Monica

Agnes Monica - Matahariku

Tertutup sudah pintu
pintu hati ku
yang pernah dibuka waktu
hanya untuk mu
Kini kau pergi,dari hidup ku
ku harus relakan mu
walau aku tak mau.

[#:]
Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.

[Reff:]
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,t
entang ku,
yang tak mampu,menaklukkan waktu.

Oh [#]
[Interlude]

Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
[Reff]
Tag:

Sunday, July 20, 2008

I have to let u go

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku
Asal kau pun bahagia
Dalam hidupmu...dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Mencintaimu pun bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu
Kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia
Untuk sekejap saja

Saturday, July 19, 2008

New shirt



Hai guys!Aku memang kaku kalau orang yang snap pic aku.Argh!



Tangkap gambar sendiri..hahahah!! New outfit. Nasibla Cina tu bagi aku tkar size.Kalau idak cam balut nangka je rupa shirt aku nih.Pengajaran,walaupun baju tu size S tapi x semestinya badan aku muat.Hahahahahah!!!!Jangan perasan kecik!

Thursday, July 17, 2008

Semoga Bahagia Ein & Along

Haiza @ Along & Aizad, Sabtu 9 ogos 2008


Nurzairin & Shukri, 17 ogos 2008

My Old Days

Budak baru bangun tdo....sememehnya muka
Haip! Apa intai-intai?
Wahahaha!!Mau cari gaduh meh aa..
Kena tinggal.Hahhaha!!

Sunday, July 13, 2008

RaTaToUiLLe:Anyone Can Cook

Memeterai persahabatan dengan Linguini, pewaris sah restoran Guesteau

Seekor tikus bernama Remy yang menyimpan cita-cita untuk menjadi chef terkemuka di Paris

Menunjukkan kepakarannya menyediakan sarapan pagi buat teman barunya.Takut pulak aku kalau benda ni berlaku di alam realiti.Hahahah!!



Walaupun cerita ni dah lama (sorry kalau aku ketinggalan zaman) tapi aku masih nak tengok jugak.Sesekali layan animasi ni best jugak.Jangan dikirakan logik akal,sebab memanglah tak logik langsung kalau tikus jadi chef kan?Tapi sebenarnya movie ni mengajak kita untuk berfikir dan menerima sesuatu yang di luar jangkaan.Tikus yang secara fizikalnya hidup dalam suasana kotor dan dipandang hina.Bolehlah kita ibaratkan dalam dunia nyata ini sebagai orang yang pada pandangan mata kasar kita tak mampu nak buat sesuatu yang menakjubkan.Jangan sesekali memperlekehkan orang lain, itulah mesej yang cuba disampaikan.Kerana hidup kita ibarat roda, adakala kita di bawah dan adakala kita di atas.Tak selamanya orang yang 'bawah' akan sentiasa di bawah. Akan ada waktu, dia akan berada di puncak.Dan selalunya orang yang acapkali menerima kutukan akan berjaya dan pada masa tu akan tebal la kulit muka manusia yang tak menjaga lidahnya.

Oleh itu, sesekali jangan merendahkan orang lain kerana kita tidak tahu bahawa suatu hari nanti orang yang kita pandang sebelah mata mampu memberi kejutan yang menyebabkan berpuluh-puluh pasang mata memandangnya dengan takjub.

"ANYONE CAN COOK"

Renungkan.

Thought Of The Day

Wednesday, July 09, 2008

AYAT-AYAT CINTA

Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Rossa - Ayat Ayat Cinta
rizkyonline.com - Jul 09, 2008 at 07:41 AM

Berbaloi atau Tidak?Fikirkan

Hari kedua taklimat staf lantikan baru. Bersama Seksyen Kaunseling,seksyen yang sering disalah anggap sebagai tempat bagi orang bermasalah atau sakit jiwa.Itulah yang diutarakan oleh kaunselor di situ.Aku berpuas hati dan seronok dengan cara penyampaian mereka.Tak terasa sudah 2 jam berlalu.Semuanya sporting dari ketua sampailah ke peringkat anak buah.Memang tak kering gusi.Dan yang pasti, pendekatan yang dilakukan adalah informal walaupun hal yang dibincangkan adalah serius.

Aku sengaja ingin berkongsi salah satu topik yang disampaikan pada hari itu.

Pn R : Siapa kat sini yang pernah mengalami putus cinta?Hmm...abang-abang kat sini nampak macam bujang tak bujang je ni (satu Bilik Seri Amar gamat dengan ketawa para staf.Muka aku dah panas.Sensitif)

Dia menyambung lagi...

Pn R : Kalau tanya pompuan ni dia mcm shy2 sikit kan.Kang meleleh air mata.Kita tanya abanglah.Oklah,macam mana?Pernah ditinggalkan?
(Lelaki 'A' menjadi mangsa soalan maut.Nasib tak tanya aku. Dengan wajah selamba tapi malu-malu asam dia membalas)

Lelaki A: Pernah
Pn R: Camne rasanya ditinggalkan?Kalau kita meninggalkan xde hal kan,syok,dapat org baru ye tak?
Lelaki A: Frust berlipat (ketawa lagi)
Pn R:Wah, pertama kali saya dengar term frust berlipat ni.Apa efeknya paa tingkah laku anda?Ada tak yang lain dari kebiasaan?
Lelaki A:Kalau selalu makan teratur,sekali makan x tentu masa.
Pn R : Makan je la tak ikut masa.Yang lain?Setengah orang kecewa tak lalu makan,tapi ada yang makin berselera kan?(gelak lagi.kalau aku kurang selera kot.sebab tu kurus melidi)
Pn R :Kenapa kita rasa macam tu?Apa yang menyebabkan perasaan kita tak tenang,buat semua serba tak kena?Semuanya tak lain tak bukan adalah disebabkan oleh KOGNITIF dan pemikiran kita sendiri.Cuba berhujah dengan pemikiran.Kita terlalu mengharapkan yang orang ini akan jadi suami atau isteri kita.Sedangkan siapa yang tentukan macam tu?Pak Lah pun tak cakap macam tu kan?Undang-undang mana yang kata dia akan sayang kita sampai mati?Undang-undang negara mana?Lagi satu,tanya pemikiran....BERBALOIKAH KITA SIMPAN PERASAAN ITU?

Rasa pijar je muka dengar kenyataan tu.Macam tersimbah dengan air pun ye.Tiba-tiba macam tersedar.Betul jugak.Berbaloi ke? Aku sedih-sedih pun aku dapat apa?Dia terus bahagia.tak berbaloi beb,langsung tak berbaloi,hatiku berbisik.

Nampaknya matlamat kena tukar secepat mungkin.

  1. Nak ada lesen-dah ada tapi takut nak drive.kelemahan yang akan diatasi secepat mungkin
  2. Nak ada kereta sendiri-tujuannya x nak menyusahkan orang kena hantar aku sana sini.tapi tak tau bila aku boleh capai.
  3. Nak ada kerja tetap-alhamdulillah,baru je dapat.
  4. Nak jadi novelis-masih dlm pembikinan.adussss....aku kena capai KPI ni.
  5. Nak jadi cool-aku nak kurangkan panas baran aku,cuba pupuk agar lebih sabar.
  6. Nak tambah amal ibadat-tambah yg sunat,maintain yg wajib.dalam usaha.
  7. Nak berbakti pada family-aku akan cuba buat yang terbaik untuk family aku.
  8. Nak jadi staf yang rajin dan tak berkira
JODOH?
"TIDAK AKAN BERLAKU SESUATU PERKARA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH"

Monday, July 07, 2008

Trip to Sabak Bernam

Hari Sabtu lepas aku dan keluarga bertolak ke Sabak Bernam.Sebab esknya adik aku akan mendaftar di Politeknik Sultan Idris Shah (POLISIS).Jauh jugak perjalanan ke sana.Sampai je kami check in dekat Resort House. Tapi kondisi kat sini agak tidak memuaskan.Lain kali kena dok kat chalet.Bayar lebih sikit pun xpe asal selesa. Lokasi poli pun agak jauh ke dalam.Kiri kanan jalan dibarisi pokok kelapa.Sepanjang jalan banyak juga penjaja yang terdiri drp penduduk kampung menjual hasil-hasil seperti buah-buahan,bahulu,kerepek dan sebagainya.Cuma ada benda yang dijual tu dipanggil Mentarang.Apa tu eh?Aku just nampak sign dia je tulis macam tu.-2 heroes-"Budak ni pantang nampak tilam"