Wednesday, April 30, 2008

Tahniah Murnira and Zulkifli


Ujian-Nya berseni, kasih sayang-Nya abstrak.
Zahirnya manusia memandang apa yang nikmat sebagai reward dan yang menyakitkan sebagai punishment. Dalam Islam,kadangkala apa yang dilihat sebagai menyakitkan itulah reward dan yang nikmat itulah punishment. (Tautan Hati.Fatimah Syarha Mohd Noordin)

Alhamdulilah,masih berkesempatan untuk diri ini mencoretkan luahan kata yang tercetus di minda dan bersarang di hatiku yang berstatus qalbun maridh. Ku katakan begitu kerana aku merasakan aku berada di persimpangan antara kebaikan dan keburukan. Antara bisikan suci atau bisikan laknatullah yang sentiasa mencuri ruang anak-anak Adam untuk membuat pilihan yang bijak.

Semalam aku dipelawa teman baikku sewaktu zaman persekolahan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan antara kawan kami di alam yang sama. Zaman di mana yang menyelubungi kami di kala itu hanyalah gurauan dan kenakalan. Tiada masalah yang terbeban di bahu. Katanya dia ingin memandu dan aku sedikit cemas apabila dia memberitahu yang dia sudah lama tidak memegang stering. Kebimbangan ku suarakan namun dia berharap agar aku meyakininya. Ya, sudah pasti aku risau kerana aku sendiri sudah lama tidak memandu sejak mendapat lesen 3 tahun lalu. Sudahnya lesen P aku sendiri sudah hampir tamat tempohnya.
Ternyata temanku itu tidaklah kekok sepertimana yang aku bayangkan. Jauh bedanya dari aku yang sentiasa kalut. Sesampai sahaja di Dewan Ideal bersebelahan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, kami terus melangkah masuk ke dewan setelah memarkirkan kereta. Orang ramai sudah memenuhi meja-meja bulat yang disediakan untuk para tetamu menikmati juadah. Sedang aku dan teman berkira-kira untuk memilih tempat yang sesuai, mataku tertangkap susuk tubuh sahabat yang sangat aku kenali. Lantas aku mengusulkan agar kami menyertai sahabatku itu. Ternyata dugaanku tepat. Kami saling bertukar cerita sambil menikmati hidangan. Aku suka melihat anaknya Afif yang pada pandangan mataku sangat comel. Hensem pulak walaupu kecil lagi. Malang bagi sahabatku kerana dia baru sahaja kehilangan anak kedua sewaktu dilahirkan. Rata-rata bercerita tentang cincin merisik,pertunangan manakala aku dan temanku hanya diam sebab masing-masing masih single. Hahahah!! Tapi yang malangnya akulah sebab masih tiada teman. Sekurang-kurangnya temanku yg lag seorang ini sudah pun merancang ke arah itu. Oleh sebab itu bila rakan-rakan bertanya aku cuma senyum sahaja. Dikata single aku pulak dituduh menipu. Kami merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pengantin yang cukup manis dan sinar kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya. Bila agaknya aku pula berseri-seri macam tu kan? Hehehe...

Sempat juga kami membeli-belah dahulu sebelum pulang. Dalam hati sedih sebenarnya bila melihat sahabat sudah punya keluarga sendiri sedang aku masih terkapai-kapai mencari haluan hidup. Namun aku memadamkan rasa itu bilamana aku teringat cerita-cerita bagaimana jerih payah mereka setelah berumahtangga. Bukan semuanya manis, ada masa bahtera dipukul ribut juga. Oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang ada dan anggaplah ujian-ujian ini sebagai tiket untuk mendapat nikmat yang lebih baik. Lagi besar dugaan, lagi besar hikmah yang menanti.

Sekian. Salam sayang buat kalian.


Tautan Hati-Monolog Asiah Yusra

"Aku quote dari novel dakwah karya Fatimah Syahra"
Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang , dalam Islam ada taaruf dalam tempoh
RISIK

Dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam megajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta Al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasannya tidak boleh dipermainkan.

Tuesday, April 22, 2008

Yeaaahaa!!

ASSALAMMUALAIKUM….

Kembali menyinggah di rumah kedua aku yang makin sepi dan sunyi tanpa posting. Sebetulnya aku sekarang ni tak punya banyak masa nak post entry kat sini. Dan agak lama jugak aku tak melawat blog2 yang selalu menjadi tempat persinggahan aku dulu. Bukan apa, baru-baru ni sibuk sangat menerima borang permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Sampai tak menang tangan dibuatnya. Inilah padah kalau dibuat secara manual. Berapa banyak kertas menimbun kat bilik meeting tu. Tak larat mata aku nak meniti setiap satu. Apa lagi kawan2 aku yang bertugas di bahagian kemasukan. Lagilah terasa nak termuntah.

Terlintas di fikiran ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Bagi aku, orang-orang yang begini mempunyai matlamat yang besar dalam hidup. Bukan calang-calang. Mujurlah seimbang jugak nisbah antara pelajar Melayu dan Bukan Melayu. Sekurang-kurangnya aku turut menumpang bangga ada juga anak bangsaku yang berfikiran jauh.

Semoga kalian diberkatiNya dan dapat merubah nasib bangsa juga merubah tanggapan memperlekehkan bangsa Melayu di persada dunia.

Salam kasih

Monday, April 21, 2008

Picture of Me

Ini namanya tak ada keje cari keje. Patchwork design.Cakk!!


EKSPRESI : BOSAN


Selalunya terpapar bila tibanya hari Rabu setiap minggu.Hahahah!!Orang lain bersukaria balik, tapi aku kena stay sampai pukul 9 malam.Lebih hangat lagi bila kena tunggu sampai pukul 9.30.Balik rumah terus tdo tak ingat apa.



Tuesday, April 08, 2008

SERIBU PENIPUANMU

Tarikh 7 April 2008 merupakan tarikh yang tidak mungkin dapat aku lupuskan dari ingatan. Pada hari itulah, aku mendapat kepastian tentang apa yang berlaku dalam hidupku selama ini. Tidak kusangka aku mendapat berita insane yang pernah menggantungkan harapan rupanya sedang menyulam bahagia dengan insan lain. Sekali lagi aku tertipu dengan raut wajah yang mulus, tutur kata yang sopan rupanya terselit seribu penipuan yang tidak dapat aku kesan. Sudah tak tertanggung beban hati dan hanya air mata penyesalan sahaja yang mampu aku alirkan membasahi pipi.

Namun untuk membenci spesies ini adalah suatu yang sia-sia kerana mengikut temanku, aku melanggar fitrah. Ya, aku tahu semua itu tetapi acapkali hanya yang aku dapati hanyalah kelukaan demi kelukaan yang tak pernah sempat sembuh. Ikutkan hati memang dendam kesumat membara di jiwaku. Ingin sahaja aku mendoakan agar mereka yang terlibat merasai juga apa yang aku rasa. Tapi aku sedar, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.

Berpegang dengan iltizam dan keyakinan, akan ku hapuskan air mata ini daripada berladung lagi di pengkalan mataku. Buat kaum Adam yang dijadikan Allah untuk membimbing kaum Hawa, aku berharap aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian perosak jiwa dan penghancur kepercayaan wanita.

Friday, April 04, 2008

Muhasabah Diri

ASSALAMMUALAIKUM

Lamanya tak menyinggah di rumah sendiri. Hehehe…seperti biasa selalunya pasti ada masalah yang menekan atau mengganggu ketenangan. Sekarang ini terlalu banyak ura-ura mengenai kedudukan kami di pejabat. Entahlah, kalau ada rezeki masihlah boleh menyumbang tenaga tetapi jika tidak, carilah mana-mana sumber rezeki di bumi Allah ini.

Aku juga harus menunaikan tanggungjawab aku kepada diri sendiri dan juga orang-orang penting di sekelilingku. Cita-cita masih belum tercapai, impian murni masih belum mampu digapai kerana niat dan usaha seolah longlai. Aku semestinya perlu membentuk disiplin diri supaya apa yang aku hajatkan dikabulkan DIA.

Keyakinan diri semakin pupus ditelan waktu. Umur bukannya semakin berkurang malahan makin bertambah angkanya. Sebelum hayat berakhir, izinkanlah aku meneruskan cita-cita dan impian supaya aku tidak kesal setelah meninggalkan dunia ini. Biar berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah, restui dan bimbinglah aku….hambamu yang dhaif…