Friday, June 20, 2008

Kasihku

Aku mencapai telefon bimbit di atas meja. Tergerak untuk menghantar mesej.

(arlina) Tdo ke?
(yob) Ada. x larat.
(arlina) Sakit eh.xpela.tdolah.

Aku termangu sendirian. Kasihan dia demam. Esok ada test pulak. Boleh ke pegi? Tak apalah. Aku kejut je macam mana dia suruh aku. Aku tak boleh dengar dia sakit. Hati aku jadi sakit amat. Harap biarlah dia kahwin cepat. Aku tahu kenyataan ini mmg melukakan tapi....biarlah ada org jaga dia bila dia sakit. Aku? Teruskan hidup aku yang telah Allah gariskan laluannya.

Mungkin Tuhan tak izinkan sekarang
Kau dan Aku bahagia

Ya Rabb, rahmati dia dan berilah aku kekuatanMu

Thursday, June 19, 2008

Hanya Kau Yang Mampu

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini hanya tinggal kenangan
Kau abadi dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuatku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta...oooo
Aku cinta...oooo

Wednesday, June 18, 2008

Harus bagaimana ini

Menghindarkah atau masih mendampingi?
Harus bagaimanakah aku Tuhan
Bila setiap keputusan yang dimeterai pasti membawa kelukaan
Sama ada meninggalkan atau ditinggalkan
Aku harus bersedia siap dengan pelbagai kemungkinan
Hati ini tidak tega melukakan hati seorang sahabat
Malangnya ada satu perasaan halus yang terlarang wujud di antaranya
Yang membuat aku makin sesak dan penasaran dalam mengharungi hidup
Bantulah aku Tuhan
Bila mana aku terpaksa membuat satu keputusan yang memang nyata tidak memihak diriku
Tapi sangat penting demi menjaga sebuah perhubungan
Dan juga untuk mengelak dari luka ini bertambah dalam

aA + bB memang best sangat

Hahaha.....aku senyum sorang-sorang sewaktu membaca karya Hlovate berjudul aA + bB. Tajuknya unik kan? Sebenarnya 2 huruf tersebut mewakili pangkal nama hero dan heroin dalam novel tu. Mula-mula aku pun pelik sebab setahu akulah, yang ada cantuman macam tu kan kromosom XX + XY? Heheh.

Bahasa yang digarap penulis simple dan santai buat aku tak boleh nak berhenti membaca. Sentiasa nak tahu what will happen next. Bila Addin kahwin dengan Benz, aku rasa frust. Sebabnya aku rasa dia cocok dengan Aie. Tapi di akhir cerita ini barulah terjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya. Nak tahu lebih lanjut belilah novel ni. Aku yakin korang tak rugi dan puas hati.

Dan hari ini aku mula tak sabar nak baca karya Hlovate lagi. Kat sini aku nak share antara part yang buat aku minat sangat nak tau ending cerita ni.

salam doc

wa’alaikumussalam IR

<>eheh...besarnya mandat aku. Amacam ? dah 2 minggu housemanship?

<>huh! Penat petala kelapan

<>ala, kesiannya. Nak aku tolong cure?

<>kau tu reti cure drawings aje. Serius Aie...aku rasa boleh mati berdiri macam ni.

<>apasalnya? Tu la...kau jaga orang sakit nanti kau pulak yang sakit. Lepas tu aku pulak sakit sekali.

<>apa yang kait-mengait dengan kau pulak ni...

<>betulla..bila kau sakit kau tak boleh nak emel aku. Bila kau tak boleh emel aku, aku pun berjanggut tunggu depan komputer ni. Sakit rindu la aku kat kau macam tu.

Addin ketawa. Putus fius betul Aie ni.



Lebih lanjut, sila dapatkan buku terbitan Jemari Seni.Chow!