Monday, March 26, 2007

Kena tag lagi

Adik merangkap junior aku dulu,si Ain dah tag aku pulak ni.Hmmm...u wanna know am i a big eater or not, see the list below:

a) Teh ais-Huh,memang favourite.Tak taula kenapa.Kekadang pagi pun boleh minum air ni.Tak baik sebenarnya minum ais ni tapi tu la....susah ah nak tahan.

b) Mihun sup-Kat upm ni ada satu tempat yg mihun sup dia best sangat.Puas hati tul bila makan.Sampai bibir jadi merah sebab pedas.So,takyah susah2 pakai lipstik.

c) Murtabak- Baru-baru ni beli kat pasar malam.Sedap gak,sampai berulang kali aku buka tutup tudung saji.hehheh...

d) Sandwich- Aku makan untuk breakfast tadi dan rasanya akan aku teruskan amalan ni.Tak naklah makan berat-berat lagi pagi-pagi.nanti gemuk pulak.Pipi pun dah tembam cam tomato.

e)Epal-Hahahha!! Semalam aku makan epal masa nak breakfast.Tak pernah dibuat selama aku hidup.Konon nak amalkan gaya hidup sihat.Sudahnya tak lama lepas aku makan epal,aku sebat lak roti canai yang mak aku goreng pagi tu.Ala,yg kita beli siap2 pastu goreng sdr kat umah.

f)Air suam-Ini jangan dilupa.Walaupun aku ni malas minum air,tapi disebabkan aku dah tau kepentingannya,aku merajinkan gak diri ni minum sebanyak mungkin.Lagipun,kulit jadi cantik kalau minum air bayak.Takdela kering.Kan?Kan?

Sebenarnya Ain banyak sangatlah yang akak makan tapi tak tersenarai kat sini.Akhir-akhir ni memang selera naik.Risau tuh!Sebab pipi akan jadi tembam setembamnya.Tapi tak kisahlah,tembam,asal happy!!!!

Saturday, March 17, 2007

Design hari ini

Inilah benda yang aku buat pagi tadi dengan perisian Photoshop CS 2.Sekarang aku nak tahu macam mana nak bawak design ni dalam dreamweaver.Ada sapa-sapa leh tunjukkan caranya?Aku dah lupalah.Heheh..maklumlah,lama tinggal.

Berpoya di opis

Hai, salam penuh kasih sayang daripada saya editor untuk blog nasharlina.Wahahha, cam dalam majalah la pulak kan. Pic ni aku suruh member tangkap.Kebetulan hari tu aku bawak kamera.Sempat lagi main-main dlm opis.Aku tangkap gambar dia,dia tangkap gambar aku.Ni aku tumpang jap meja dia ni.Tempat aku kat kaunter,saja lari jap masuk kat dalam ni.Tu,tengoklah borang permohonan budak2 MBA.Tu sikit je korang nampak,kat bawah meja ada lagi.Tray member aku pun dah senget tu.Tak balance.

Hari Jumaat tu memang keadaan tak berapa nak eloklah.Suasana tegang terasa di mana-mana.Semua tension pasal nak mengadap kerenah student yang mintak macam-macam sampai semua pakat naik angin.Aku pun dah jad berani menjawab.Hahaha!Marah nye pasal.Yela,orang pertama diorang ajukan masalah sudah semestinya aku yang tercongok kat kaunter tu.Kemudian tugas aku menyampaikan masalah diorang yang ntah apa-apa tu pada orang yang berkenaan.Pastu kadang-kadang org yg kita sampaikan tu pulak dah tensen,lepaskan kat aku pulak.Aku pun sama la naik sekali.Dalam nak kontrol marah tu terlepas jugak.Aku sendiri tak tau berapa lama lagi aku nak bertahan jadi tunggul kat depan tu.Sabar jela.

Semoga hari Isnin nanti keadaan beransur tenang dan normal.Bila nak dapat gaji ni?

Friday, March 09, 2007

My Best Buddies

Assalammualaikum semua,di sini aku nak mengucapkan jutaan terima kasih buat 3 member kamceng aku ni yang selalu menceriakan hidup aku dan sentiasa bersama aku dalam suka dan duka.Hehehe..sekadar ingin memberi penghargaan buat mereka yang akrab denganku.Meh aku kenalkan korang siapa budak bertiga ni:

Arin,kawan opis aku.Selalu kami lunch sama-sama.Sebab time lunch je la kitorang leh jumpa pasal dia di tingkat bawah,aku di tingkat atas.Pelanggan tetap aku utk beli prepaid.Aku kagum dengan dia ni sebab dia berani dan boleh menyesuaikan diri juga becok!
Kedua pulak..jeng..jeng..Cik Siti Wan Kembang!Ahahhah...xdela..gurau2.Aku panggil dia Siti.Ni pun sama spesies gak ngan Arin.Peramah.Dia pun selalu juga jadi mangsa aku kalau aku nak pegi mana-mana pasal dia ada keta.Aku ada lesen je.HAHAAH!Yang ni pulak suka suruh aku edit gambar dia.Aku memang tak kisah pasal aku memang suka bab-bab design dan 'merosakkan' gambar orang.Kalau masa kat opis aku bosan kat kaunter,aku akan mengacau dia di tempatnya tak kira dia suka atau tak.Heheh.Bila nak holiday lagi beb?
Last but not least..mamat YM dan SMS aku,Mofazx.Hahahah!Aku lagi kagum dengan dia pasal dia akan balas mesej aku walaupun kadang-kadang tu aku merepek tak tentu hala.Adalah 2-3 kali aku jumpa dia ni sepanjang perkenalan kitorang.Selalunya yang best bila kitrg boleh bertukar cerita pasal benda yang kami minat.Arts,music and entertainment.He's cool, although sometimes he likes to 'sakat' me a lot until I couldn't take it.Tapi yang pelik aku becok dengan dia ni masa dalam YM,SMS atau call jek.Sampai tak hengat dibuatnya.But bila berdepan...err...takde idea.One of the 6 weird things about me?
Tak semestinya kawan-kawan lain tu tak main peranan dalam hidup aku.Ada je,walaupun aku tak letak gambarnya di sini.Sebab utama...aku tak ada pic diorang so x dapek la den nak paste kat sini.Tunggu ya kawan-kawan yang lain.Next posting,okay?

Sunday, March 04, 2007

I've been tagged!

Assalammualaikum…heheh..terasa lamanya tak update blog ni. Oh ya,dah jadi satu fenomena baru pulak main tagged orang ni ye.Hmm..apa 6 perkara pelik tentang aku?

1. Pendiam tapi becok

Pelik tak? Hahahah…(alamak,kuatnya gelak). Aku ni pendiam sangat di alam maya ni. Aku suka bersendirian tapi ada masa aku suka lepak dengan kawan-kawan kamceng aku. Aku becok bila menulis, main YM atau di telefon. But when it comes to face the people itself, I’ll end up like ‘mmm’, ‘aaaa’..sampai ada kawan YM yang pernah jumpa aku kata aku ni brutal di YM tapi senyap dan lemah-lembut bila bersua. Ahahah! Fauzi, saya pinjam phrase awak. Tapi selalunya aku akan rapat dengan orang yang suka menyakat dan mengusik aku sampai aku menjerit atau pun sampai diorang kena pukul dengan aku. Sebabnya aku akan hilang perasaan malu tu sedikit demi sedikit bila ditegur dengan cara tu. Ada sorang mamat yang suka sangat kacau aku masa praktikal sampaikan dia guna id ym menyamar YM dengan aku. Masalahnya semua budak dah tahu kecuali aku. Apalagi,bila dah dapat tahu empunya badan, satu lab tu aku kejar dia! Ahaha! Kenangan yang memang aku simpan sampai bila-bila kan Shuk? Mamat paling kuat menyakat di IMP.

2. Mood berubah-ubah

Sangat sinonim dengan aku dan sedang berusaha mengubahnya. Aku boleh jadi sangat baik sampai apa pun orang buat aku tak kisah. Cepat naik darah juga aku ni. Sat elok,sat moody,tapi rasanya sekarang dah beransur OK. Kalau aku nak marah ke aku akan cuba kawal diri aku walaupun kadang2 tu terlepas. Lebih-lebih lagi kerja aku yang berhadapan dengan kerenah manusia yang pelbagai,manlah tak mudah aku naik angin.

3. Sayang orang melampau

Ini boleh jadi kelemahan atau kelebihan. Kalau dengan family itu satu kebaikan. Masalahnya kalau aku jatuh cinta kat orang, aku akan jadi sangat sayang sampai setiap masa asyik ingat dia. Kalau dengar dia sakit ke,susah ke,rasa cam nak terbang time tu jugaklah pegi tolong. Huhu..malangnya semua tak kesampaian. Sampai ke hari ini aku belum pernah couple dengan sesiapa. Agaknya memang aku ni selalu sangat dijadikan sandaran. Diberi harapan mula-mula lepas tu ditinggalkan macam tu saja. Sakit bila difikirkan,namun pasti ada hikmah yang tersembunyi. Jadi sekarang,aku sudah serik dan takut dengan cinta. Sebab aku rasa semuanya palsu. Agaknya aku yang teruk sangat,yelah aku bukannya perfect. Tak layak jadi milik sesiapa.

4. Penakut dan segan tak bertempat

Penakut? Memang,dari aku sekolah perangai aku ni. Segan dengan orang,kurang keyakinan diri. Serangga pun aku takut macam lipas ke lebah ke. Tikus pun aku takut. Nak drive pun takut tapi ada lesen. Entah macam mana aku boleh lulus pulak,hahah. Sekali je pulak tu. Tapi aku akan berusaha jugak nak drive nanti,terasa susah nak pegi mana-mana. Aku ni spesies kena paksa diri sendiri atau orang yang paksa aku buat benda yang aku takut. Tapi selalunya aku yang mendorong diri aku sendiri tuk buat benda yang aku takut.

5. Lembab!

Ni satu hal pulak. Memang aku ni slow sangat buat kerja ,teliti sangat. Hahaha! Semua aspek aku nak ambik kira. Makan pun slow jugak. Ish,selalu jugak kena marah ngan mak bapak aku. Sebab tu kalau ada janji nak keluar ke mesti inform aku sejam lebih awal. Boleh aku siap awal-awal.Heheh..

6. Kuat berangan dan berfikir

Wahahah…ini memanglah selalu sangat dibuat. Macam-macam berlegar dalam minda aku ni. Selalu berangan ni bila aku nak menulis. Kenalah berangan kalau tak macam mana pulak nak dapat idea dan menjiwai watak. Selalu resah dengan masa depan.