Tuesday, January 31, 2012

Love Note


Ya Allah
Atas semua yang aku lakukan,aku tahu aku tak berhak menerima anugerahMU. Namun kerana sifatMU yang Maha Pengasih,nikmat yang aku perolehi ini masih lagi dipinjamkan.
Ya Allah
Walaupun berkali-kali aku tewas dan tersungkur,Kau tetap di situ…tidak pernah membiarkan aku sendiri. Cuma aku yang tidak merasa…
Ya Allah
Aku juga tahu cinta dan kasih itu anugerah dariMU. Alangkah bertuah jika dicintai olehMU. Mengapa sukar menggapainya Tuhan?
Ya Allah
Aku tahu aku tak mampu membuat dia bahagia,walaupun dia selalu buat aku tersenyum gembira. Aku tahu kehadiran dan kata-kataku tidak pernah membuat dia merasa senang. Aku tahu ada duka di hatinya. Namun aku mohon padaMU,jangan tinggalkan dia Tuhan. Tetapkanlah dia di landasanMU. Sama ada meninggalkan atau ditinggalkan,dia tetap anugerah terhebat pernah singgah di pelabuhan hati. Moga kami berada di bawah lembayungMU dan akhirnya menjadi teman bahagia di alam kekal abadi…

Sunday, January 29, 2012

No Strength

Bismillahirrahmanirrahim...
Entah kenapa semangat nak bekerja makin merudum.Tak tahu mana salahnya.Adakah aku sudah bosan berada di tahap yang sama lalu hati ini meronta inginkan satu pembaharuan?Sungguh aku berasa tertekan dengan situasi ini.I feel lost.But yet I do not want to give up.
Ada seorang teman ingin memperkenalkan kawannya dengan aku.Niatnya aku sambut dengan bersahaja.Seadanya.Bukan sombong, tapi hati ini tidak lagi tertarik dengan rasa yang aku sangat takuti.Namun tidak salah rasanya menerima sebuah salam perkenalan dan siapa tahu akan bertambah bilangan sahabat setia.Untuk cinta?Hanya pada DIA aku berserah kerana semuanya telah ditentukan di Luh Mahfuz.
Semoga aku dapat mengharungi segalanya dengan tabah.

Monday, January 23, 2012

Badai

Hai blog aku yang dah lama aku tak singgah..
Mmm...macam-macam perasaan yang aku rasa sekarang.
Manis,sedih,pahit,gembira...
Aku gembira kerana kawan-kawan aku semuanya sedang menuju alam bahagia.What a nice story behind it.Pertemuan yang dirancang oleh keluarga.Sapa kata zaman sekarang perempuan tak meminang lelaki?Itulah yang terjadi pada kawan baik aku ni.Lambang kebesaran Allah,jika dia menghendaki sesuatu itu terjadi,sesiapa pun tak berupaya menolaknya.Siapa sangka pertemuan akhir bulan 10 akhirnya dimeteri dengan perkahwinan pada bulan 2 nanti.Pantas kan?Yang tengah hangat bercinta pun nampaknya akan menghangatkan lagi cinta dengan tali pertunangan.Harap-harap akan sampai ke gerbang perkahwinan.
Aku?
Hurm...nampak macam hangit je.Hahahha.Malu pun ada.Tapi buat-buat macam tak ada apa yang berlaku.Dalam hati Tuhan saja tahu.Terasa berat dugaan yang tersimpan dalam hati.Menyimpan perasaan dalam-dalam...selagi aku boleh tersenyum,selagi itu aku akan terus melangkah.Badai perasaan biarlah hanya aku yang merasa.
Mungkinkah aku harus mempertimbangkan rancangan untuk sambung belajar?
Ya Rabb,tunjukkanlah aku jalan....Aminnn

The Best Life Quote


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, January 08, 2012

Warna

Dalam hidup ni memang ada pelbagai warna.Setiap warna bagiku melambangkan perasaan.Suka,duka,marah,teruja dan sebagainya.

Tapi mungkinkah dalam hidupku hanya punya 2 pilihan warna.Hitam atau putih.

Aku menanti jika ada warna lain yang dapat memperindahkan hidup ini.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, January 03, 2012

Dialah di hati 2

Tidur Hafeeza terganggu bila terdengar suara orang berbual-bual di luar biliknya. Kepalanya masih sakit tapi sudah mula berkurangan. Dia tak tahu apa yang terjadi sehinggalah dia dibawa ke klinik. Setelah mendapat rawatan, doktor memberikan cuti sakit bagi membolehkannya berehat. Cikgu Shafiq selaku guru bertugas minggu ini yang menghantarnya pulang.
“Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam,” Hafeeza menjawab salam. Asri tersengih di muka pintu.
“Aku datang nak buat kunjungan sosial ni. Boleh?” ada-ada je si Ayie ni.
“Masuklah Ayie. Kalau aku tak bagi masuk pun kau akan tetap masuk kan.” Balas Hafeeza. Masak benar dengan perangai temannya itu. Rumahnya ibarat rumah kedua Asri. Segala selok-belok dan ceruk rumah ini Asri sudah biasa. Hafeeza cuba bangun.
“Eh, kau tu sakit tak payahla bangun. Rehat. Aku nak tengok kau tu okay ke tak. Tu je.” Asri menghalang Hafeeza daripada bangkit. Pantas dia membetulkan bantal Hafeeza di kepala katil. Hafeeza menyandarkan kepalanya.
“Kau ni aku bukan sakit kronik tau. Hidup lagilah. Layan aku macamlah aku ni dah nak mati.” Serentak dengan itu satu cubitan singgah di lengannya. Menjerit kesakitan Hafeeza dibuatnya. Dia menggosok tempat cubitan sambil memuncungkan mulutnya. Pedih!
“Mulut tu tak reti nak berlapik ke bila bercakap. Tu baru kena cubit tau. Kalau cakap bukan-bukan lagi aku cium kau terus.” Asri memberi amaran. Hafeeza mengetap bibir. Gila ke apa budak Ayie ni. Ingat aku ni siapa boleh cium sesuka hati?
“Apa bising-bising ni Feeza?Ayie? Sampai ke dapur dengar suara kamu.” Sudah, mak dah masuk campur.
“Feeza ni makcik. Dia degil. Nak bangun dari katil. Kan doktor dah pesan suruh berehat.”Hafeeza mengecilkan matanya tanda geram dengan penjelasan Asri. Mak tersenyum kecil tatkala mendengar penjelasan Asri. Dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air diletakkan di atas meja belajar Hafeeza.
“Kamu berdua ni kalau sehari tak bertegang urat tak sah. Feeza, sakit lagi kepala tu?” tanya mak.
“Dah kurang sikit mak. Mak jangan risau. Feeza okay.”
“Kalau macam tu baguslah. Makan bubur tu. Mak nak ke dapur. Ayie tolong tengokkan Feeza ye.”
“Baik makcik. Perintah makcik akan saya patuhi.” Mak memukul bahu Asri sambil ketawa. Rasanya mak pun dah mati akal nak melayan kerenah Asri.
“Doktor cakap kau sakit apa?” Asri menarik kerusi lalu duduk di sisi Hafeeza.
“Doktor cakap aku kurang rehat. Stress. So, dia suruh aku rehat hari ni. Tak ada apa-apa yang serius pun.” Jawab Hafeeza.
“Nasib baik tak jadi apa-apa.”
“Itulah. Alhamdulillah. Panik jugak aku. Ye la mana pernah pengsan. Tau-tau aku dah sampai klinik. Eh, siapa angkat aku ye? Takkan Cikgu Shafiq kot?” tanya Hafeeza. Kalau Cikgu Shafiq alahai malunya. Sudahlah wajah boleh tahan kacak. Macam manalah kau boleh pengsan,Feeza oi ! sempat Hafeeza menggerutu di dalam hati.
“Tak ada maknanya Cikgu Shafiq. Aku yang angkat kau pergi bilik sakit. Berat jugak kau ni kan. Kampit beras Cap Rambutan tu pun lagi ringan. Lenguh tangan aku dibuatnya.” Ujar Asri sambil menggosok lengannya yang konon terasa lenguh. Serentak dengan itu bertubi-tubi cubitan singgah di peha Asri. Fairand square. Tidak cukup dengan itu kepala Asri diluku.Terjerit-jerit Asri mengaduh kesakitan.Hafeeza pengsan betul-betul di hadapan mejanya pagi tadi. Disebabkan terkejut bukan kepalang, dia terus mencempung tubuh Hafeeza dan bergegas ke bilik sakit yang terletak selang dua kelas dari kelas mereka. Waktu itu fikirannya memang tertumpu pada keadaan Hafeeza. Wajah pucat Hafeeza menyuntik kebimbangan yang bukan sedikit dalam hatinya.
“Oi!Beras sekampit baru 10 kg memangla ringan bagi kau. Aku ni manusia,apa kejadahnya berat aku sama dengan sekampit beras. Agak-agakla nak buat perbandingan pun. Cuba bijak sikit. Kata ambik Add Math.” Sekali lagi Asri ketawa. Wajah Hafeeza masam mencuka. Bengang betul aku dengan mamat ni. Aku yang baru 42 kg ni dia kata berat?
“Alolo. Dah tak boleh gurau dah sekarang. Okay, aku minta maaf ya Cik Hafeeza sayang.” ujar Asri sambil menahan ketawa. Apa kaitan ambil subjek Add Math dengan berat badan ni? Budak ni kalau dah marah suka hati je nak cakap apa. Entah apa-apa ayat meluncur dari mulut tu.
“Apa senyum-senyum? Kutuk aku dalam hatilah tu.” Hafeeza merenung muka Asri. Tajam. Kalaulah mata Hafeeza tu macam mata pisau, alamat dah calar-balar wajahnya.
“Dah,jangan nak marah-marah. Macam mana tak stress asyik nak mengamuk je. Meh sini, aku suapkan bubur yang mak kau masak ni. Hurmm…sedapnya bau,” Asri mendekatkan mangkuk bubur ke hidungnya. Menusuk kalbu,apatah lagi perut. Asri mengacau bubur sebelum disuakan ke mulut Hafeeza.
“Bak sini. Aku boleh makan sendiri. Yang sakit kepala, bukan tangan.” Hafeeza mahu mengambil mangkuk bubur dari pegangan Asri namun dihalang.
“Tak apalah. Aku bagi layanan kelas pertama ni kat kau. Tak kena caj. Cepat nganga, aaaaaa…..”
“Weh, kau tak payahlah nak suruh aku nganga sampai macam tu sekali. Ingat aku budak kecik ke.”
“Jangan membantah boleh? Makan cepat!” terpaksa Hafeeza membuka mulut kerana tidak sanggup mendengar temannya itu membebel. Kenapalah aku selalu sangat dengar cakap mamat ni? Pelik betul.
“Hurm, sedap.” Pendek penjelasan Hafeeza tatkala bubur yang ditelan melepasi kerongkong. Mata terpejam  menikmati air tangan mak yang baginya tiada tolok banding. Asri hanya memandang aksi Hafeeza dengan wajah keliru. Seketika kemudian Hafeeza membuka mata. Pandangan mereka bertembung.
“Kenapa?” soal Hafeeza.
“Sampai macam tu sekali ekspresi. Sedap eh mak kau masak? Tu kira ekspresi tak terkatalah ya?” Hafeeza ketawa kecil.
“Okay, beta mahu lagi. Sila suapkan beta.” Ujar Hafeeza sambil mengangakan mulutnya. Asri menyuakan sudu tetapi….
“Mmmmmm….lazatnya tidak terperi..”
“Ayie!” tanpa mempedulikan jeritan Hafeeza, Asri menyuap bubur untuk kali kedua…ketiga…keempat untuk dirinya.
“Ni siapa yang sakit ni?” sindir Hafeeza sambil berpeluk tubuh. Geram sungguh dengan tingkah Asri.
“Aku pun nak juga merasa kenikmatan bubur ni. Mana aci kan.”
“Aci tak aci. Bagila aku makan sendiri. Harapkan pagar,pagar makan bubur.”
“Okay,okay. Ala mucuk,meh abang suapkan ye.” Asri ketawa besar melihatkan Hafeeza yang sudah menarik muka masam.
“Apa kecoh-kecoh ni Ayie? Sampai luar mak dengar.” Tidak semena-mena wajah Makcik Rakina, ibu Asri tersembul di muka pintu. Apa saja yang dibuat budak-budak berdua ni.
“Tak ada apa-apa mak. Feeza ni degil tak nak makan. Mengada-ngada.” Asri memberi penjelasan yang pastinya adalah sangat tidak jujur pada pendengaran Hafeeza. Ingin sekali dia membela diri namun mengenangkan Asri yang semestinya tidak akan mengalah,dia hanya melemparkan senyuman pada Makcik Rakina.
“Iyelah tu. Tu tak lain tak bukan Ayie menyakat Feeza lah tu. Dah, balik rumah. Jangan ganggu Feeza nak berehat.”
“Tapi mak…”
“Ayie,sekarang.” Hafeeza menjelirkan lidah tanda kemenangan berpihak padanya. Makcik Rakina memang penyelamat. Kalau tak bukan makin sembuh, mahu makin sakit aku dibuatnya selagi Asri tidak beredar. Perlahan Asri menghulurkan mangkuk bubur kepada Hafeeza dengan wajah kelat. Kalau ibunya sudah berkeras,baik dia menurut.
Asri mengikuti langkah ibunya keluar dari bilik. Sempat dia menoleh pada Hafeeza. Hafeeza melambai-lambai tangannya mengucapkan selamat tinggal. Asri mendecit geram.

Sunday, January 01, 2012

Ku pohon dariMu

Ya Allah,ku mohon padamu kau berikan padaku akal yang tinggi dalam menyelesaikan masalah,kesabaran yang tinggi dalam mengharungi dugaan,hati yang cekal tatkala ditinggalkan,kasih sayang dari mereka yang ku kasihi dan mengasihi,wajah yang manis ketika berurusan dan sentiasa mengharapkan rahmat dariMu.


Published with Blogger-droid v2.0.1