Tuesday, October 30, 2007

Sensitip!

Hanya kerana satu perkataan, aku sudah mula terasa hati. Kenapa? Argh,aku sendiri pun kurang mengerti dengan hati ini. Jika diikutkan akal fikiran yang logik, tak perlu nak tersinggung pun. Tapi dengan dia, cepat saja hati ini terguris.

Ini yang kadang-kadang buat aku lemah semangat ni.Membuatkan aku terfikir mampu ke aku lalui hidup ini dengan status aku sekarang?Mujur ada yang memujuk,kira aku ni sensitif ya amatlah ni.Aduh,susah juga ya bila dah berdua ni.Hati kena jaga,mulut pun kena kawal. Betul-betul tak sangka semua ni akan jadi kat aku.

Nampaknya kena kikis la sifat sensitip aku yg amat sangat ni.Heheh...sorry ye wak,tak sengaja!

Friday, October 26, 2007

Permata Ayah Bonda

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa

Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda....

Mahligai Kasih

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hati ku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan ketulusan cinta ini
Hingga terbina mahligai bahagia

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Thursday, October 25, 2007

Bila Terasa Rindu

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

Tuesday, October 23, 2007

Hasrat

Assalammualaikum…

Kedinginan menjalar serasa ke tulang hitam saat ini. Sendirian di sini, walau hakikatnya ada beberapa orang pelajar yang tekun menelaah. Demikianlah suasana lazim tatkala tiba musim peperiksaan. Terkenang sewaktu aku masih bergelar pelajar, tak ubah seperti mereka juga. Makan tak kenyang, nak tidur pun tak lena mengenangkan soalan apa yang bakal disuakan nanti. Alhamdulillah, aku berjaya juga meraih segulung ijazah dan beroleh keputusan yang baik. Meskipun kerja aku kini tidak setimpal dengan kelulusan,namun aku yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Siapa yang tidak cemburu melihat teman-teman memperoleh kerja yang baik? Tapi apa yang aku dapat kalau aku asyik dihurung rasa kecewa dan dengki? Syaitan akan bersorak sorai dan akan membisikkan suara halus yang jika tidak dikawal akan mendorong aku melakukan sesuatu yang akan aku kesali seumur hidup. Percubaan demi percubaan masih belum menampakkan hasil. Rezeki itu ada dalam pelbagai bentuk, itulah peganganku sekarang. Setiap kali ada resah menampar dada, aku tekad mengusirnya jauh.

Apa yang aku perlu buat sekarang ialah menamatkan apa yang telah aku mulakan. Sukar sebenarnya bagiku tetapi aku harus berhijrah. Meminjam kata sahabatku. Dia sendiri telah melakukan satu penghijrahan yang berani. Aku mendoakan dia berjaya dengan karier barunya. Bukan mudah memulakan perniagaan. Tapi itu bukan alasan untuk tidak mencuba. Gagal kerana mencuba lebih baik dari duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Orang yang terlalu memikirkan risiko akibat sesuatu perbuatan takkan pernah berjaya. Bukan mudah untuk memulakan langkah pertama.

Keberanian masih belum bertunas di hati namun ada hasrat yang bertamu ingin sekali aku lunaskan. Impianku ini mungkin kecil pada pandangan mata orang lain, namun bagi diri ini ia amat besar dan amat bererti. Ada yang mengetahui seringkali memberi sokongan padu. Sokongan inilah yang membuat aku rasa bersalah jika aku tidak berjaya merealisasikan mimpiku menjadi sebuah kenyataan. Biarlah mereka berjaya sebagai doctor, pegawai, pensyarah, pelajar master,pelajar PhD….aku masih akan tetap memburu cita-citaku yang satu ini…

Di Atas Sajadah Cinta

“Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarikan wajah dan suaranya.Ya Ilahi,berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu.” Esak Zahid merayu kepada Tuhan sang Pencipta Hati, cinta dan segala keindahan semesta.
Zahid terus meratap hiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus dipaksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin dia meratap embun-embun cinta itu, semakin deras air matanya mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azabNya. Rasa cinta dan rindunya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya.


Petikan yang terhias di belakang kulit novel kompilasi inilah yang menggamit hatiku untuk memiliki buku ‘Di Atas Sajadah Cinta’. Cinta kepada Allah cinta yang pasti akan mendapat balasan. Kepada mereka yang terluka hatinya kerana cinta, jangan putus asa. Renungkanlah segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Tidak terhitung banyaknya. Supaya kita tidak merasa terlalu hiba dan kecewa kerana kepedihan hati yang tersangat amat akan mendorong kita terpesong dari landasan kebenaran.
Oleh itu, buat semua sahabatku dan pengunjung laman sederhana ini, semoga kita semua mendapat keredhaan Ilahi.
Buat teman-teman yang sudi meminjamkan telinga dan masa untuk mendengar masalahku, ku doakan kalian sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Wallahu a’lam.

Thursday, October 11, 2007

Surprise!!Oh My...:p

"Hello, office awak kat mana ye?"
"Tingkat 2,atas sekali.Kenapa?"
"Kiranya kalau saya kat lobi ni,macam mana nak pergi?"
"Eh,awak ada kat sini ke?"

Heheh..begitulah lebih kurang perbualanku dengan dia. Bila ku teliti semula handphone, rupanya ada mesej."Kalau saya tersampai ke pejabat awak camne?"-itulah bunyi mesejnya.Rupanya betul dia datang! Cepat-cepat aku mengatur langkah menuruni anak tangga. Bunyi sepatuku yang kuat tak kuhiraukan lagi.Malas nak control.Mesti dia ingat aku pakai terompah kayu.Hahah!!

Sampai saja di bawah, terlihatlah kelibat dia yang sedang merenung 'glass display' yang memaparkan keratan akhbar mengenai fakulti tempat aku bekerja.Dia ku sapa,senyuman berbalas.Setelah berbicara ringkas,dia memberikanku sebuah beg plastik yang berisi hamper kuih raya.Ya Allah...tak sangkanya dapat hamper,hatiku berbisik.Dalam kekalutan menerima hadiah yang tak terjangka, aku mempelawanya naik ke pejabat.Sekadar mahu dia melihat ruang kerjaku yang sebenar.Sungguh aku sedikit panik untuk melayannya di pejabat.Mana tahu ada rakan-rakan yang nakal menjenguk.Heheh..lantas kuberikan handout yang tak seberapa untuknya.Sekadar informasi.Terdetik rasa bersalah kerana ku rasa aku tidak melayan tamuku sebaiknya.Salam maaf ku hulurkan dan dia mengatakan tiada apa-apa.Berserta pemberian,terselit sekeping kad raya berwarna silver metalik.Aku membukanya perlahan."Putriku Sayang",lirik nasyid yang dipopualrkan oleh kumpulan Hijjaz jika aku tidak salah.Tanpa sedar segaris senyuman terukir di bibirku.Ada rasa tercuit di hati.Dia melukis bunga sebagai bingkai di sudut paling bawah.Cantik,tertera namaku di situ.

Aku belum dan mungkin tidak mampu menjadi seperti puteri yang dialunkan di dalam nasyid ini...



"Yummy...!!Thank you"

Bicara Hati

Assalammualaikum

Agak lama juga aku tidak menitipkan apa-apa di sini. Kesibukan menghambat diri? Tidak juga. Tetapi tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Perjalanan novel pun seakan terencat di bulan Ramadhan ini. Entahlah, sebaik sahaja selepas Maghrib, sepasang mata ini seakan mahu tertutup. Mudah sekali aku dibuai mimpi. Badan terasa letih sekali walhal hanya bekerja di pejabat,bukannya mengangkat barang atau pun menjadi buruh paksa. Meskipun begitu, ketenangan menyusuri hatiku di kala ini. Setenang air yang mengalir di kali.

Hati yang terluka telah beransur sembuh. Yang tinggal hanya parut dan kenangan yang indah. Biarlah aku simpan semua kenangan itu di dalam memori. Aku amat berterima kasih dan bersyukur kerana pengaduanku kepadaNya diterima. Itu semua akan menjadi pelajaran berharga untuk meniti hidup yang penuh liku. Supaya diri ini senantiasa tabah dan redha menghadapi dugaan yang tidak akan pernah henti.

Tanpa disangka, ada seseorang yang menghulurkan salam perkenalan. Pada mulanya, aku hanya bertindak sambil lewa. Maklumlah, jiwa ini baru saja ingin aman, tak mahu aku menempah bala lagi. Ibarat luka yang baru sahaja kering tak sanggup ku biarkan ia berdarah lagi. Tapi entah kenapa aku menerima huluran perkenalan itu. Aku sendiri gusar dengan tindakanku. Ah,dia sama sahaja seperti insan lain,ingin menambah kenalan. Seperti biasa aku menyedapkan hati sendiri walaupun perasaanku cukup gentar. Adakah sejarah mungkin berulang? Ya Allah, jauhkan aku daripada semua itu.

Usia perkenalan baru seminggu,menginjak ke 2 minggu sekarang. Dia tidak henti-henti menyuarakan keikhlasan niatnya. Bila aku mempertikaikan,dia ingin sekali membuktikan dengan mengatakan sanggup melamarku. Ah, kita masih punya waktu yang panjang untuk membicarakan soal itu. Yang menentukan masa depanku. Aku sendiri belum yakin mahu menempuh alam rumahtangga tanpa ilmu. Aku ada matlamat yang harus ku capai sebelum aku menyerahkan hidupku pada insan yang bergelar.....suami.

Pasti yang membaca mengatakan, aku terlalu pantas melupakan hal lama. Ya, aku sendiri berfikiran begitu sebenarnya. Tapi untuk apa dikenang hal yang dah berlalu? Hidup mesti diteruskan. Hargai orang yang menghargai kita. Kerana kita tidak akan tahu betapa bernilainya sesuatu itu hinggalah kita kehilangannya. Untuk itu, aku memberi peluang kepadanya dan juga diriku. Aku tidak menyandarkan harapan yang tinggi. Apa yang aku harap hanyalah restu Ilahi. Hanya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Melaui riak wajahnya yang tenang, tutur kata yang lembut, aku tahu dia berniat baik. Sebagai hamba yang tak punya kuasa, aku menyerahkan untung nasib perhubungan ini kepadaNya. Bertemu dan berpisah keranaNya.




"Kompilasi kisah islamik yang mendamaikan jiwa"



"Pink rose...lovely"