Thursday, May 22, 2014

I am a normal person

Berat...
Bukan mudah membuat keputusan bila melibatkan hati dan perasaan.

Persoalannya...
Dalam berkasih sayang, apa yang perlu diutamakan?Mengasihi atau dikasihi?

Jika ada seseorang yang meminatimu sekian lama,tetapi kamu tidak mempunyai sebarang perasaan.Si dia juga langsung tidak berani memulakan langkah pertama.Yang kamu dengar hanyalah melalui 'wartawan bergerak' atau 'orang tengah' yang menyampaikan hasrat hati.Sedangkan kamu sendiri sebenarnya merasakan seorang lelaki itu sepatutnya berani melangkah ke hadapan dan berani juga mengambil risiko berhadapan dengan kekecewaan.

Seperti mana kamu yang pernah memulakan langkah pertama dan berhadapan dengan kegagalan.Ya,sangat menyeksakan hati dan perasaan malah mencalar maruah wanita saja lagaknya,tapi itu sahaja tindakan yang mampu kamu lakukan demi mencari sebuah kepastian.

Dan kamu dikecam seolah-olah tidak tahu menghargai orang yang ikhlas dengan kamu.Terlalu memilih, itu ayat cliche.Sekiranya perkongsian dua insan itu tidak perlu didasari dengan perasaan,hanya kerana dia sahaja yang suka dan kamu menerima kerana keadaan sekeliling,pasti sudah lama kamu punya teman,bukan begitu?Lantas sudahnya apa?

Ya, aku memang sendiri tapi salahkah jika aku juga menyimpan impian aku sendiri seperti mana kalian?Aku juga punya hasrat yang hanya Allah saja yang tahu dan hanya pada dia aku bersandar.Dan Allah pastinya punya perancangan juga dan mungkin rancangan kami tidak sama.Dan dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Sampai bila?
Ya..sampai bila juga aku tidak tahu...
Bagiku, adalah lebih baik berusaha memperbaiki diri sendiri dan berusaha mengejar impianku kerana aku tidak tahu adakah maut yang datang menjemputku dahulu sebelum datangnya jodoh.Adalah lebih bermakna jika kita menyiapkan diri menghadapi sesuatu yang pasti daripada mengharapkan sesuatu yang entahkan ada entahkan tidak.

Maaf jika coretan ini menyentuh hati sesiapa....tiada yang salah dan tiada yang benar...sekadar luahan dari sekeping hati seorang wanita...
https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif