Sunday, August 26, 2007

Pergilah duka

Salam...
Secara tak sengaja aku tersinggah di blog seorang kawan. Wah,ada posting baru setelah sekian lama. Bila membacanya,aku semacam terasa kata-katanya ditujukan buat aku. Aku membaca dari awal hingga akhir. Ah, kawan ku ini memang sentiasa punya idea kreatif di mindanya. Itulah istimewanya dia di mataku.
Namun secara tiba-tiba hatiku merusuh membaca ayat paling akhir. Seketika mukaku panas,dadaku sesak seakan mahu memuntahkan sesuatu. Apa, benarkah dia...?? air mata seperti mahu mengalir tapi segera kutahankan. Tidak mungkin aku akan menangis lagi. Bukankah aku sudah berjanji padanya,pada Tuhan juga untuk merelakan apa pun yang terjadi? Hatiku seakan tidak mahu mengerti. Untuk mengelakkan aku terus diasak kesedihan,aku lantas melarikan diri ke kamar mandi,menyucikan wajah dengan wudhu’ supaya perasaanku sedikit tenteram.Kenapa aku sering begini?
Aku selalu berlagak seolah-olah aku tabah dan mampu meranduk segala halangan yang diciptakan di depanku. Biarpun sebenarnya jiwa ini tidaklah sekukuh besi melainkan selembut kapas jua halnya. Namun, aku tetap akan terus berpura-pura seolah semuanya akan menjadi baik dan aku tidak mahu lagi membebankan perasaanku dengan cerita-cerita duka. Walaupun kedukaan itu selalu datang menyinggah akan aku sanggah dengan senyuman ceria di bibirku. Seulas bibir ciptaan Allah ini biarlah sentiasa basah dengan senyuman,bukan dengan kata-kata menyakitkan jiwa. Sedarlah wahai insan,kedukaan yang hadir dalam hidupmu tidak selamanya kan menemanimu.
Ya,kita akan selalu dihubungkan dengan ikatan sebagai sahabat,kawan dan teman. Usahlah diulit rasa bersalah dengan kejadian yang telah berlaku. Sememangnya aku cukup terluka namun aku yakin kelukaan ini akan berlalu seiring dengan peredaran masa. Anggap saja aku teman seperti dahulu. Anggap saja Tuhan menghukumku di atas segala dosaku yang banyaknya seumpama buih di lautan,tingginya umpama langit di angkasa. Kifarahkah ini Ya Allah?
Titipkan kesabaran dan kasih sayangMu agar aku tidak tersesat di lembah duka.

Aku mahu gembira!
Duka,tinggalkan aku sendiri!

Friday, August 17, 2007

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini


Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta ku dapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang...
Tanpa dendam..
Ku terima kekalahanku...
Aku pulang...Tanpa dendam...Ku salutkan kemenanganmu..

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita...

Aku pulang... Tanpa dendam... Ku terima kekalahanku...
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti...semua

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta ku dapat

Thursday, August 16, 2007

Di Hentian Ini

Hari ini...15 Ogos...
Akhirnya satu pengakuan yang agak lama ku tunggu.Walaupun aku sudah menjangka,namun hati aku masih pedih dan sedih.Semalamam aku berendam air mata,sampai mata pun tak boleh nak buka.Macam nak demam pun ada.Sabarlah wahai hati.Biar hancur luluh hati ini,namun inilah takdir yang harus aku lalui.Hingga ke detik aku terbangun dari tidur pun,air mata ini tak mahu berhenti.Kini jam menunjukkkan waktu sudah menginjak ke jam 5 pagi.
Untuk kembali menjadi aku yang dulu,itu agak mustahil.Kerana aku sendiri tidak mahu kembali seperti itu.Aku yang lemah,aku yang mudah percaya,hanyut dan tertipu dengan layanan baik insan bernama lelaki.Mungkn sudah termaktub dalam diari hidup ini bahawa lelaki yang singgah dalam hidupku hanyalahbertujuan untuk menghancurkan hati saja.Tak lebih daripada itu.Mereka datang,membelai hati dan perasaan kemudian dengan kejam merentapnya pergi.Kemudian menyusun kata maaf bertali-tali dan untuk entah yang ke berapa kali aku juga akan memaafkan kesalahan yang mereka tidak niatkan.Ya,siapa yang berniat untuk melukakan hati orang lain kan?Seperti juga aku.
Aku tidak tahu kenapa semua ini berlaku. Sukar untukku menerima semua ketentuan tetapi aku telah berjanji dengan Allah bahawa aku akan bersediamenerima apa saja keputusannya.Aku bukan malaikat,aku cuma manusia biasa yang punya naluri ingin disayangi seperti orang lain.Dalam pencariankuberkelana mencari cinta,aku masih belum menemuinya.Yang ku temui hanyalah sisa penyesalan dan kekecewaan yang makin menyeksakan dari hari ke hari.Berkali-kali aku cuba untuk meniupkan semangat untuk diri ini agar sentiasa tabah dan positif.Perjalanan hidup ini masih panjang.Insya Allah.Sebetulnya,aku bukan mencari cinta,cuma kadang-kadang ia hadir tanpa kita sedar.Dan beruntunglah bagi mereka yang menemui teman yang salingmenyukai dan menyenangkan.Aku?Aku bukanlah teman yang menyenangkan barangkali.Lantaran itulah semuanya berlaku kejam merobek hati dan perasaanku.
Di saat aku meluahkan perasaanku di ruang siber ini,air mataku masih mengalir menemani.Entah bila mahu berhenti.Dalam mimpi pun semuanya yangburuk-buruk sahaja.Hingga aku terjaga dari pembaringan.Sampai bila semua ini akan berakhir?Aku serasa ingin menjerit sekuat hati.
oleh itu,untuk tidak menjebakkan lagi diri ini dalam lembah kekecewaan,aku harus berubah.Menjadi insan keras hati dan tiada perasaan.Menjauhkan diri dari insan bernama lelaki.Mengorak langkah baru menjadi insan yang lebih positif,capai cita-cita.Mendekatkan diri pada Allah.Dan aku memohon padaMu,jauhkan aku dari perasaan cintakan manusia selagi dia bukan untukku.Aku tidak mahu lagi menjadi NASH.....NASH....yang dikatakan comel,baik,punya hati lembut,lemah serba serbi....untuk dipijak-pijak dan dipermainkan?Tidak lagi.Aku tidak mahu lagi menjadi NASH yang ini.BENCI.Kerana yang lemah itu akan sentiasa diperkotak-katikkan dan ditinggalkan.Akan tiada lagi air mata,yang ada hanyalah azam yang membara.Akan tiada lagi tangisan merawankan, yang ada hanyalah kata-kata bermakna.Akan tiada lagi raut comel dan manja,yang ada hanyalah ketegasan seorang wanita berhati waja.
Salam akhir dariku...aku akan kembali semula dengan wajah baru.UntuK mereka yang telah menghadiahkan kelukaan,terima kasih kerana kalian semua memang berhak memilih yang terbaik,dan menyedarkanbahawa aku hanyalah perempuan yang punya 1001 kelemahan untuk diatasi sebelum dikurniakan 1001 kebahagiaan.
Aku memang tak berhati besar
Untuk memahami hatimu di sana
Aku memang tak berlapang dada
Untuk menyedari kau bukan milikku lagi
DENGAR,DENGARKAN AKU
AKU AKAN BERTAHAN
SAMPAI KAPAN PUN
SAMPAI KAPAN PUN
Maafkan aku yang tak sempurna untuk dirimu
Usailah sudah kisah yang tak sempurna
Untuk kita kenang
SELAMAT TINGGAL SEMUA....ADIOS....SAYOUNARA...
ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....

Wednesday, August 08, 2007

Mulakan Hidup Baru 2

Assalammualaikum,

Perasaan aku hari ini seperti biasa bercampur baur. Berperang antara kehendak hati dan kewarasan akal. Andai ditakdirkan aku ini tiada pegangan, nescaya aku sudah tiada lagi di muka bumi ini. Syukurku tak terhingga kerana dilahirkan sebagai umat Allah yang dikasihi.

Hari ini kami menghadiri kelas Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh tempat aku bekerja. Pelajaran hari ini: kami semua diminta untuk membuat satu pengumuman mengenai kehilangan kanak-kanak di pasar raya. Kelakar sungguh, masing-masing punya stail tersendiri. Semuanya berlaku dalam keadaan santai, gelak ketawa, sekurang-kurangnya hilang seketika masalah yang membuat hidup aku tak keruan. Entahlah, tak tahu kenapa hatiku sekali ini terlalu liat untuk melupakan segalanya. Aku masih berharap agar masih ada sinar kebahagiaan sudi memancarkan cahaya. Aku tidak menuding jari pada sesiapa. Yang buruk itu semestinya datang dari aku. Akulah yang memusnahkan segalanya dan tidak mungkin keadaan akan kembali seperti dulu. Hanya kenangan silam penuh kemanisan dan kegembiraan akan mencuit hati di kala fikiran menerawang.

Usai solat maghrib, hatiku terasa lebih tenang. Jauh di sudut hatiku, sentiasa bergema perkataan ‘maaf’ buatnya yang aku sayangi. Aku telah menyusahkan dia Ya Allah, adakah aku telah melukai hatinya dengan meluahkan apa yang aku rasai? Adakah dia terbeban Ya Allah? Jika benar, ampunkan aku Ya Allah…aku terlalu mementingkan diri tanpa pernah memikirkan keadaannya. Biarpun keadaan kini tidak memihak kepadaku,namun aku yakin, ini dugaan Allah untuk menguji sejauh mana aku bersabar sebelum dia mengurniakan kebahagiaan untukku supaya aku sentiasa beringat dan bersyukur.

Kini, aku mampu mengukir senyuman…ikhlas kerana diri ini mengerti tiada apa yang lebih berharga selain mendapat ketenangan jiwa…

Hatiku masih di sini…setia menanti hingga tiba saat bersemi…

Tuesday, August 07, 2007

Mulakan Hidup Baru

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikannya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS.AL-HADID: 22-23)
Kadang kita tak sedar ‘memaksa’ Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ‘memaksa’ Allah: kita berkata jodoh kita harus dia Ya Allah...harus dia kerana aku sangat mencintainya. Seakan kita yang jadi menentukan segalanya. Kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalaupun Allah memberikan maka tak selalu itu yang terbaik.
Apabila mataku terbaca seuntai kata yang termuat dalam Blues Selamanya keluaran isu 26 ini, hatiku diburu kebimbangan dan ketakutan yang amat sangat. Serta-merta aku terasa malu kepada Pencipta-ku. Adakah selama ini aku memaksa? Alhamdulillah,seingat aku tidak. Ya,pernah juga sesekali. Sebenarnya aku malu memohon pada Allah bila tiba soal ini apa lagi untuk meminta ditemukan jodoh dengan orang tertentu. Ya,aku akui aku menyenangi seseorang,tetapi setiap kali aku ingin memohon,aku pasti akan bertanya pada Tuhanku,”Bolehkah aku memohon ini Ya Allah?” kerana setiap kali dahiku menyentuh sejadah, akan terbit satu perasaan rendah diri. Membuatkan aku bagaikan tidak berhak untuk memohon apa pun dari Allah lantaran kepincanganku menjalankan tanggungjawab sebagai hambanya. Allah sentiasa bersamaku walaupun dalam keadaan aku susah dan senang. Tetapi aku? Bagaimana aku mengingatiNya?
Sebenarnya hari ini aku telah melakukan sesuatu di luar dugaan. Meluahkan sesuatu yang dipanggil perasaan kepada insan berlawanan jenis, memalukan bukan? Seorang gadis yang punya satu perasaan halus menyelinap di segenap hatinya. Sekalipun gadis itu tahu yang kasihnya tidak akan bersambut. Sesungguhnya aku redha dan berserah dengan ketentuan Ilahi. Aku tidak mahu terus dibelenggu resah dan berduka lara. Aku yakin, Allah akan sentiasa tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Dunia hanya sementara, jika tidak bersatu di dunia, pasti kita akan bertemu di akhirat yang kekal abadi. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan payung Ar-Rahman.
Aku hanya berpegang pada satu untaian kata: Jika engkau menyayangi seseorang,lepaskanlah dia. Seandainya dia ditakdirkan menjadi milikmu, dia akan kembali. Tapi jika tidak,anggaplah dia tidak pernah menjadi milikmu sejak awal lagi (aku lupa sambungannya tapi rasanya macam ni la lebih kurang...:P) Sama sekali aku tidak akan berdendam pada sesiapa. Walaupun aku harus melalui kekecewaan ini untuk keberapa kali lagi, apa yang ku harapkan Allah akan sentiasa meniupkan semangat dan kekuatan hati untuk aku terus mengharungi lembah kecewa yang selalu terhampar di depanku.
Buat si dia, semoga Allah merahmati kehidupanmu...semoga kita mendapat keredhaanNya.
Salam kasih,
ct_munawirah82@yahoo.com

Wednesday, August 01, 2007

KASIH TERCIPTA

Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara

Bisiklah kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cinta ku jujur selama ini …oooo…

* Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu oooo
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Ooo… Kasih tercipta …Ooo… Carilah ku sayang

Mesra suaramu …kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu oooo
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Pabila bersamamu, debaran darah arus mengalir,
cinta,Lahir selamanya
Berilah…kucupan sayang
Biar terukir wajah …kasih tercipta …
Berilah…kucupan sayang
Biar terukir wajah …kasih tercipta …

Ooo…Kasih tercipta …Kini ku mengerti
Walau berbisa …Ku rela kiranya kau bahgia …

Soundtrack filem "WARIS JARI HANTU"

Haruskah?

Hi semua,apa aku nak cerita hari ni ye?Oh ya.Dah beberapa hari aku saja nak tukar imej pulak.Saja nak pakai lense (even aku rasa tak selesa sangat).Mungkin sebab terasa kering dan aku pun dah lama tak pakai.Setiap kali ada org masuk,cam terkejut.Sampai lecturer pun tegur.Adoi,malu la pulak.Siap bagi pendapat bagai.Banding pulak masa aku pakai cermin mata dengan tak.Huhu.Ada yg kata lainlah,x kenallah.Normal la tu kan.Saja aku nak mengubah penampilan sekejap.Semua aku nak ubah lepas ni.Hihi.

Semua aktiviti opis berjalan macam biasa.Aktiviti 'hati' aku pun masih running,even tak berapa jelas di wajah.Masih dalam mood blur and depress but under control.Bila terasa sedih atau rindu,aku tahu pada siapa harus aku mengadu dan selepas tu aku akan jadi tenang.Walaupun tak sepenuhnya,mungkin aku perlukan masa untuk lupakan semua tu (masalahnya aku x nak lupa...aku nak ingat semuanya).Aku bersyukur sebab aku tak buat perkara2 bodoh yang akan merugikan diri aku sdr (ada juga tapi x efek sangat).Lebih baik aku berkawan dengan semua orang dan maintain ceria gitu.Hilang segala tekanan yang aku hadapi.

Cuma bila malam menjelang,aku masih belum dapat menghilangkan rasa rinduku pada dia.Sometimes I cried during my sleep,and sometimes I met him in my dream.Gila kan?Tak tahulah sampai bila tapi aku tahu hanya Allah tahu apa yang terbaik untukku.Aku hanya boleh berdoa mengharapkan yang terbaik.

Kawan aku kata "kalau kau sayang dia,lepaskanlah dia.Kalau dia kembali,maknanya dia memang ditakdirkan untuk kau".Masa dengar kalimah tu aku terasa mata aku basah,muka aku merah.Tapi aku buat bodo (giler nak ternangis kat kaunter opis pe citer?).Aku baca post member aku,dia pun baru melepaskan seseorg yg dia sayang.Kita sama kan beb,sama-sama merasai lukanya kehilangan ...

Berhenti Berharap?Haruskah?