Monday, November 27, 2017

Rest In Peace...My Kittens

Daripada Dia kita datang
Kepada Dia juga kita kembali

Tak pernah rasa sesedih ini bila menerima perkhabaran duka anak kucing mati dilanggar kereta. Yang seekor ditimpa malang sewaktu aku ke Kedah. Anak kucing kedua pula baru sahaja dikhabarkan oleh jiran sebelah rumah dilanggar juga dan anaknya telah pun membantu menguburkan si kecil. Sungguh, baru saja semalam aku ambil Tam untuk tidur dengan aku. Tak sangka, itulah kali terakhir kenangan aku dengan Tam.
Tam dan Baby,
Terima kasih sebab pernah membawa keceriaan walaupun seketika.
Kasihan Big Baby kehilangan semua anak-anaknya.
Yang pasti,si comel berdua telah bahagia di sisi PenciptaNya.

Jangan lupakan aku ye Tam dan Baby.


Always be my baby...