Tuesday, June 29, 2010

Minggu itu bakal menghantuiku


Tadi kat pejabat de meeting untuk sesi pendaftaran pelajar baru. Seperti biasalah, briefing kepada semua yang terlibat semoga proses berjalan lancar. Risau gak aku ni. Dah nak mula dah zaman di mana 110 % of my life kena devoted kat kerja. Paling koman aku kena balik lewat selama 3 minggu sampailah semua masalah berkenaan kelas clean and clear. Zaman di mana keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Harap-harap x gelap masa depan.Hahahah!

Harap-harap jugak tak jadi macam gambo kat sebelah ni.

Posting semalam yang aku buat konon nak trigger idea nak mengarang tapi collapse langsung. HATOI!

Monday, June 28, 2010

Ku Merindukanmu

Allahu Akbar!

Aku meraup wajah dengan sejuta rasa berbaur di dada. Wajah itu datang menghiasi mimpiku. Terbit rasa sayu di tangkai hati. Menggigit ngilu hingga menerbitkan air mata di tubir mata. Pantas kuseka. Aku tahu rasa rindu yang tak bertepi membuatkan syaitan bijak memanipulasi perasaanku. Hingga membuai aku dalam sutera angan yang tak akan pernah menjadi nyata.

Aku menggapai telefon bimbit yang terletak di atas meja. Pukul 4 pagi. Fikiranku terawang-awang. Enggan terus-terusan dihanyutkan perasaan, aku menggagahkan diri bangkit menuju ke bilik air. Ku basahi setiap anggota dengan kedinginan air wudhu’. Bermula dengan niat hinggalah menyuci kedua belah kaki. Sedikit ketenangan mula menempati ruang hati yang diamuk resah sebentar tadi.

Dalam solatku, aku tidak dapat mengawal rasa sebak yang datang tanpa diundang. Dalam sujudku, amatlah kerdil diri ini tatkala berhadapan dengan kuasa Maha Besar. Dalam rintihanku, serasa DIA membelai hati meminta supaya jangan bersedih atas musibah yang menimpa. Menitip seribu harapan bahawa suatu hari nanti pasti aku akan merasa hikmah di sebalik ujian hati. Hikmah bagi Allah itu luas. Tidak tercapai dek akal cetek manusia di dunia.

Di kala kesunyian ini, aku hanya mampu berdoa agar diberikan jalan yang terbaik. Diberikan kekuatan dan kecekalan hati yang maha tinggi supaya aku masih bisa tersenyum walaupun badai menghempas di sudut hati yang paling dalam.


p/s: nak carik idea.nak carik idea.haish.

Sunday, June 27, 2010

Nak jugak HP baru!


Amacam? Lawa tak handphone? Tapi not mine, a friend of mine a.k.a pakcik.Hahahah!! Mesti sekarang ni dia tengah feeling2 dengan hp baru dia. Aku yang nak tukar hp, dia pulak yang beli dulu. Mana aci macam ni! Bila aku tengok condition hp aku yang macam...erk....kesian pun ada, cam x sampai hati aku nak trade in. Hakhak!

Jeles jugak tengok pakcik beli hp baru.Tapi sendiri fikirla ye.Mana mampu lagi nak beli hp baru. Huhu. Hp aku ni pun rasa2 dah 4 tahun kot pakai.Selagi tak rosak,selagi boleh aku pakai.But, sesekali nak juga merasa pakai hp lain kan.Nantilah.Kumpul duit.Lagi 2 bulan kot.So,kenalah menyimpan dari sekarang (sebab gua bukan pegawai yang bergaji besar,hanyalah bergaji cukup-cukup makan)

p/s: mau aku kena ngan pakcik kalau dia baca n3 neh.hakhak!

Thursday, June 24, 2010

MARI BERSABAR.AHAHAHAH

Assalammualaikum...

Ok, hari ini kena tanamkan sifat kesabaran yang 'TINGGI' sebab berpuasa. Dah masuk hari ke-5, alhamdulillah.Jadi, lebih kurang lagi 2-3 hari (buat xtra 1 hari).Mengenangkan kerja-kerja yang 'pending' (walaupun nanti mesti aku yg kena blame lambat padahal....) memang buat otak dengan jiwa aku sesak.Hidup hari-hari macam ni macam tak ada perubahan.Terasa kadang-kadang macam sengal juga.Huh.

Tak lama lagi minggu pendaftaran akan bermula. Minggu yang paling stress + sabar tahap nipis kulit bawang + bertukar menjadi singa jadian + kena balik lambat + kena layan kerenah student yang macam *****. Tak tahulah kalau sem ni aku boleh 'HADAPI DENGAN SENYUMAN' pulak kan. I know myself which means... I CANNOT! HAHAHAHA!!!!

Wednesday, June 23, 2010

Hijab Sang Pencinta



"Awan...kalau dapat kucapai...maka saktilah hamba"

Sebuah lagi novel telah berjaya aku habiskan dalam masa beberapa hari ni. Sebuah karya epik Thriller karya Ramlee Awang Murshid berlatarkan kurun ke-15.Peperangan antara kebaikan menentang kebatilan. Memang aku sangat-sangat kagum dengan imaginasi Ramlee Awang Murshid.

'Hijab Sang Pencinta' merupakan siri akhir akan kisah Laksamana Sunan atau Saifudin setelah 'Bagaikan Puteri' dan 'Cinta Sang Ratu'. Membaca buku ini memang membuatkan kita termasuk dalam adegan-adegan yang penulis ciptakan. Aku rasa kalau buat movie ni boleh tahan. Saifudin merupakan orang yang penuh dengan karamah dan berpegang taat dengan ajaran Islam.Demi memerangi Taghut, Saifudin berusaha memantapkan ilmu dan seringkali menawarkan kedamaian buat musuhnya dahulu sebelum terpaksa melawan seandainya musuh menolak perdamaian.

"Sebagai manusia, kita sayang padamu"

Cerita ni pun ada adegan macam ala-ala Back to the Future.Pada siri 1, Haryani 'termasuk' dalam dunia Laksamana Sunan pada kurun ke-15.Tapi dalam buku ini, Laksamana Sunan yang 'termasuk' dalam abad ke-21.Kalau nak tahu lebih lanjut carilah buku ni.Memang bagus.Thumbs up untuk Ramlee Awang Murshid sebab berjaya membuatkan aku baca genre epik thriller untuk novel Melayu.

Monday, June 21, 2010

Doaku

21 Jun 2010

Permulaan hari yang ku mohon bermula dengan baik

Aku mohon pada-Mu titipkan kesabaran buatku agar ibadahku tidak terjejas

Aku mohon pada-Mu jauhkanlah aku dari permusuhan

Aku mohon pada-Mu dekatkanlah aku dengan cinta

Aku mohon pada-Mu ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, adik-adikku, keluargaku dan seluruh umat Islam

Rahmati mereka yang berbuat baik kepadaku

Ampunilah mereka yang berbuat atau berniat jahat kepadaku

Kurniakan aku kekuatan untuk memulakan tugasku pada hari yang damai ini.

Amin, ya rabbal a’lamin.

Sunday, June 20, 2010

Versus: Minn and AO

“I nak jumpa you.” Lambat-lambat suara itu memecah gegendang telinga.
Minn bisu seketika. Tanpa sedar senyum berbunga di bibir. Cuba ditahan tapi tak mampu.
“Minn?”
Here.” Suaranya datar namun senyum di bibirnya masih belum padam.
You are smiling?
Senyum di bibirnya mati. “Tak.” Minn bersuara tanpa perasaan. Namun darah terasa menyerbu ke muka. Ni dah rasa macam komunikasi telepati dah ni.
Can sense it somehow.” AO menggaru pelipis. “Kan?”
“Tak.”
Senyap lagi.
So, is there anything yang you nak dari Sydney?”
Geleng. “I just nak you selamat sampai Malaysia.” Rendah Minn bersuara. “That’s all.”
AO terdiam. “Kalau tak dapat…”
Heaven forbid.” Minn terlebih dahulu memotong.

“Anything else?”
Diam sejenak. “I miss Malaysia.
Minn merenung bracelet di tangan. “I miss Australia too. Somehow.” Salam bersambut dan talian dimatikan.
Keletuk!!! Minn mengetuk kepala dengan gagang telefon. Keletuk!! Lagi sekali. Aiseh…macam mana pulak boleh tercakap macam tu? I miss Australia too?? Aku tengah high on apa ni? Dahinya ditekan ke dinding. Get a grip!
“Tu apahal sampai ketuk-ketuk kepala dengan phone tu?”

*************************************************************************************
Hahahah. Aku memang tak boleh tahan baca scene ni. Minn betul-betul ego dengan perasannya. Boleh dia buat dek je dengan AO padahal hari-hari dok mengadap Soft Toy Bugs Bunny pemberian daripada AO. Ada certain dialog yang aku tak letak di sini. Apa pun cerita ni memang best.Kalau nak tahu lebih lanjut, dapatkan di kedai buku berhampiran anda.

Padanla dengan penulis blog ni pun.Kahkahkah!

Saturday, June 19, 2010

Exhausted Week


Letih!

That’s how I describe my life within this week. Haru + huru-hara + hangin =Singa Jadian mengamuk. Walaupun aku selalu cakap kat diri sendiri jangan marah. Tapi selalunya tindakan aku tak obey apa yang aku cuba pahat dalam hati. Benda-benda kecik pun boleh trigger kemarahan. Apa lagi kalau kes berat . Belum lagi yang melibatkan hati dan perasaan yang boleh buat orang genius pun jatuh tahap IQ nya. Apa lag yang bukan genius macam aku. Cuba berlagak ‘macho’ sentiasa walaupun berat menafikan realiti. Bila semua hal dah bergabung,meletuplah jadinya biarpun tak sehebat ledakan Hiroshima.

Hari ni aku layan novel karya Hlovate bertajuk ‘Versus’. Mula-mula aku baca agak memeningkan sebab banyak jargon pasal skateboarding dengan b-boyz. Adalah sikit-sikit yang aku faham sebab tengok Showdown 2010 kat 8tv tu. Novel ni mengisahkan tentang tansformasi seorang skaterz. Yang terpaksa meninggalkan dunianya kerana wasiat arwah atuknya. Skaterz ni nama Minn Edina. Gaya penceritaan memang menarik macam biasa sebab aku ada 3 novel Hlovate. Yang aku kagum, penulis punya banyak info tentang duniawi dan ukhrawi juga. Balance. Buat aku jadi malu pada diri sendiri. Sebab aku masih di takuk lama. Tak berubah menjadi baik mengikut acuan Islam. Tapi aku memang takkan putus berusaha. Allah tengok usaha, bukan natijah. Memang pahit nak tinggalkan benda yg memang dah biasa buat.

Berubah dari posisi duduk. Then baring. Then meniarap. Then menangis. Then ketawa. Then excited. Then berangankan seseorang (shuuhhh!!). Akhirnya aku berjaya menghabiskan novel ini tak sampai satu hari.

Ada banyak ayat-ayat best yang aku nak share dengan korang semua tapi nanti dulu ye sebab dah nak masuk Maghrib.