Wednesday, May 23, 2007

Monday, May 14, 2007

Abadikan Kenangan

Antara foto yang sempat teman aku rakamkan semasa pertemuan aku dengan Kak Ebriza Aminnudin.Keep in touch!Ada terselit Ahadiat Akashah dan Ujang kat pic tu.Heheh!

Saturday, May 12, 2007

Bagaikan Puteri


Salam buat semua,
Pesta Buku KLIBF yang penuh gilang-gemilang telah pun berakhir, yang tinggal dalam diriku hanyalah kenangan yang akan aku semadikan dalam sanubariku hingga akhir hayat. Semoga tahun berikutnya aku masih berpeluang menghadirkan diri dan melihat-lihat karya terbaru yang dihasilkan penulis tanah air.
Buat pertama kalinya aku mula memberanikan diri beralih ke karya Ramlee Awang Murshid yang kerap kali aku pinggirkan dari koleksiku. Mungkin kerana title novelis thriller yang disandangnya membuat aku seakan tidak berminat. Mungkin juga kerana aku rasa kurang sesuai dengan citarasa. Namun, aku ada terbaca di salah sebuah blog yang mengatakan novel ‘Bagaikan Puteri’ sangat istimewa. Lalu aku mengambil keputusan untuk memilikinya dan merasai sendiri pengalaman yang digambarkan blogger yang aku sendiri tidak ingat namanya. Ternyata telahanku meleset. Sememangnya aku dibawa meredah ke dalam 2 alam yang berbeza keadaan, terjerat di antara realiti dan fantasi. Cukup mempesonakan. Aku mengambil masa beberapa jam dari pagi hingga tengahari untuk menamatkan cerita yang cukup lain daripada novel yang pernah membuai perasaan. Masih menyelitkan soal kasih dan sayang dan lenggggok bahasa yang dikarang ringkas dan tidak meleret dan masih manis untuk dibaca. Tidak rugi aku membelanjakan wangku untuk novel ini. Sudah tiba masa untuk aku keluar dari kepompong dunia air mata duka kehilangan cinta dan kasih dan membuka minda untuk bahan bacaan yang lebih mencabar akal fikiran.
‘Bagaikan Puteri’ mengisahkan seorang gadis bernama Haryani yang melangkah ke dimensi di luar jangkaan manusia setelah disahkan koma akibat diragut manusia berhati haiwan. Beridentitikan puteri Majapahit lantaran hilang ingatan akan status diri. Dipertemukan dengan seorang jejaka berpersonaliti menawan dan berhati waja,Laksamana Sunan yang tidak gentar berjihad melawan kebatilan yang dicetuskan mereka yang bersekongkol dengan iblis. Dicintai Laksamana Sunan serta Dani yang menanti di alam nyata,Haryani harus membuat pilihan.Walaupun cintanya pada Laksamana Sunan cukup tebal hingga dia rela untuk terus berada di kurun ke-15,namun keadaan tidak menyebelahi cinta suci ini apabila Laksamana Sunan terpaksa ‘mematikan’ Haryani supaya dia boleh pulang menemui keluarganya dan menjalani kehidupan sebenarnya di abad ke-21.
Novel ini membuatkan aku teruja untuk memiliki novel ‘Cinta Sang Ratu’.Bulan depanlah,bulan ni dah kayap belanja kat book fair.Heheheh...


Wednesday, May 09, 2007

PWTC-KL International Book Fair 07


Jeng..jeng..inilah pic aku bersama denga penulis novel Ebriza Aminnudin atau lebih mesra dengan panggilan Kak Eb.Melalui Kak Eb aku mula terasa ingin untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan.Banyak membantu dan memberi pendapat, semangat aku semakin berkobar-kobar untuk memulakan perjuangan.Walaupun selalu sangat impianku ini dihalang dengan halangan ciptaan aku sendiri.
Pertemuan pertama...hanya bertukar tawa dan senyum.Sempat Kak Eb menitipkan buah tangan hasil karyanya yang terbaru berjudul 'Hati Ini Milik Siapa'.Cover cantik, tambahan pula aku memang minat hasil-hasil seni illustrasi.Aku bertembung dengan Kak Eb secara tak sengaja di booth Creative (CESB) di kala penulis tersebut sedang bingung memikirkan tentang tempat duduknya yang dicuri orang.Hahahah!Mujur kami saling mengenali walaupun sebelum ini hanya melihat gambar sahaja.Tidak ketinggalan aku membeli sebuah lagi novel terbaru hasil nukilannya terbitan CESB berjudul 'Kau Yang Tak Mengerti'.Hingga ke saat ini aku masih belum lagi berkesempatan meluangkan masa membacanya.
Buat Kak Eb, terima kasih di atas pertemuan pertama.Sentiasa akan menjadi kenangan terindah.Salam sayang..