Sunday, May 14, 2017

Syurga Yang Tak Dirindukan

Impian kecilku jadi kenyataan tatkala aku berhasil mendapatkan dua buah novel yang telah lama aku cari;Syurga Yang Tak Dirindukan (1 dan 2). Alhamdulillah, rezekiku bertemu ‘jodoh’ dengan hasil karya Asma Nadia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,PWTC 2017.

Yeay!

Seperti novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman, karya Asma Nadia atau umumnya karya novelis Indonesia sering membuat aku kagum kerana penulisannya dipersembahkan dengan gaya bahasa yang puitis, bermakna dan ada kelembutan. Meskipun ada banyak perkataan Indonesia yang tidak aku fahami,namun itu tidak menghalang aku membacanya sehingga akhir.

Rasanya umum semua tahu novel ini mengisahkan tentang apa kan? Isu besar yang selalu menimbulkan ketegangan antara lelaki dan wanita. Poligami, halal di sisi agama namun sukar juga untuk diterima oleh golongan wanita secara peribadi. Ya,aku juga turut mengakui. Walau sesabar dan sesolihah mana pun wanita pasti akan terganggu dengan isu yang satu ini. Untuk SYTD siri 1 mengisahkan bagaimana rumahtangga bahagia yang terbina antara Arini dan Prasetya tergugat apabila Arini mengesyaki pangeran cinta lewat kisah dongengnya punya wanita lain selain dirinya. Namun dia tidak kuat untuk berhadapan dengan suaminya yang masih melayan dia dengan baik dan tidak pernah berubah sedikitpun. Rahsia yang dipendam akhirnya terbuka apabila dia melihat sendiri kemesraan Prasetya bersama wanita yang bernama Mei Rose. Namun untuk siri 2, Arini ikhlas menerima Mei Rose. Namun siri 2 ini agak berbeda apabila Mei Rose mengambil keputusan meninggalkan lelaki yang telah menyelamatkan maruah dan agamanya demi kebahagiaan rumahtangga Arini dan Prasetya. Untuk tahu lebih lanjut kenalah dapatkan novelnya ya.


Hasil tangan Asma Nadia ini wajar dijadikan koleksi untuk pencinta novel di luar sana. Bagi aku,’thumbs up’ untuk kedua-dua novel ini.


"Jika cinta bisa membuat seorang perempuan setia pada satu lelaki,kenapa cinta tidak cukup membuat lelaki bertahan dengan satu perempuan?"

No More Trail Run For Me


Sebenarnya dah lama aku nak share pengalaman join trail run tapi tak berkesempatan. Tapi apa yang aku boleh katakan,memang azab sangat nak habiskan!
Selalunya aku join larian waktu siang, tapi ada kawan mintak temankan join larian di malam hari. Aku pun tanpa fikir panjang setuju je. Langsung tak menjangkakan apa-apa yang lain. Kami berjanji dengan dua orang kawan yang lain untuk berjumpa di Alamanda,Putrajaya. Memandangkan larian akan bermula pada jam 8.30 malam, kami berempat mengambil keputusan untuk lepak dan makan dahulu di Food Court seterusnya menunaikan solat Maghrib.
Maghrib tu hujan lebat. Nampak macam lama nak berhenti. Dalam hati aku dah terdetik mungkin tak jadi. Ikutkan aku nak balik je tapi yang lain masih mahu menunggu. Kami pergi juga ke tempat larian (aku dah tak ingat pulak nama tempat tu). Hujan masih lebat semasa kami sampai. Jadi kami mengambil keputusan untuk menunggu hujan teduh dalam kereta. Banyak juga kenderaan yang telah diparkir sepanjang jalan menunjukkan ramai juga peserta yang ‘join’.

Agak-agak macam boleh redah je hujan kami berempat pun mengatur langkah. Wah,dah ramai rupanya! Tengah bersenam tari lagi masa kami sampai di tempat berkumpul. Alamak, macam segan pulak bila tengok peserta-peserta lain. Gaya macam atlit professional. Badan pun solid. Larian ini terbahagi kepada 2 kategori: 10 km dan 5 km. Kami? Memang taklah 10 km tu kan.

Permulaan larian agak baik. Masih di jalan tar. Masih tiada apa-apa yang lain daripada biasa. Cuma tidak lama selepas itu kami terpaksa menaiki bukit yang agak tinggi juga meskipun masih di jalan rata. Lelah mula terasa di saat ini namun digagahi. Makin lama makin tinggi. Dan akhirnya menuruni bukit . Dugaan bermula ketika kami tidak sangka akan memasuki hutan dan menuruni lereng yang agak licin dan curam. Apatah lagi baru lepas hujan. Suara jeritan mula bertingkah dalam kegelapan. Mana tidaknya,keadaan tanah yang mendap dan licin membuatkan segelintir peserta tergelincir menuruni lereng. Tidak cukup dengan itu,kami meredah pula sungai dan selut. Tuhan saja yang mengerti betapa perit. Ditambah pula kasut yang kupakai bukanlah kasut yang sesuai. Aku memakai snickers yang sesuai untuk bersantai,bukannya masuk hutan. Aku juga salah seorang mangsa yang jatuh tergelincir dan terduduk di atas tanah yang basah. Semua ini kami harungi lebih daripada satu jam. Memang terasa nak menangis tapi setitik air mata pun tak mampu nak keluar. Paling sakit hati bila tiap kali sampai check point secretariat akan cakap sikit lagi dah nak sampai. Sikit lagi hapenye! Bikin panas tau.

                                                           "lawa tak kasut kami?"
                                           Yang paling tak nampak rupa kasut tu aku punya

Walaupun terseksa,kami berjaya jugak menamatkan larian ini. Pengajaran lepas ini sebelum mendaftar cek dulu jenis larian.

Okaylah. Selamat malam.


Sunday, March 26, 2017

Bila DIVAS join larian

Tahun 2016 adalah beberapa kali join event lari-lari beramai-ramai bersama kawan-kawan. Untuk tahun 2017 ni bulan Mac baru aku memulakan kembali aktiviti ini. Itu pun sebab ada kawan yang mengajak,kalau harap aku sorang memang nan hado orang kata.

Bila aku tengok kawan aku update t-shirt DIVA MALAYSIA kat FB,aku terus bagi komen:
“Baju akak ada tak?”
“Akak tak ada baju.”

Ok. Blur kejap. Awat aku tak dapat baju? Setelah diterangkan oleh kawan ni barulah aku ingat kenapa. Dah kau yang tak nak bayar untuk baju lagi mau tanya dapat ke tak kan? Sila ketuk kepala sendiri.

Pukul 4.15 pagi aku dah bangun sebab nak ambik kawan aku kat rumah dia. Pukul 5.10 aku dah keluar membelah keheningan pagi. Agak lama juga aku tak pergi rumah kawan ni dan tiba-tiba aku hilang ingatan sekejap lorong yang manakah letaknya rumah dia ni sebab keadaan keliling gelap gelita. Cuak sekejaplah aku masa tu. Tapi sekejap je la sebab alhamdulillah ingatan aku kembali berfungsi setelah beberapa minit.Lepas dah ambik Shida,kami bergerak pula ke Bangi untuk ke rumah Ajim pulak.Kalau aku lah nak pergi sendiri ke Putrajaya tu alamat tak sampailah jawabnya.

Selesai solat Subuh,kami bertiga bergerak ke Putrajaya. Kereta pun ikut tema diva,warna ala-ala pink. Dalam gelap subuh dingin tu Ajim pasang lagu-lagu favourite dia yang semuanya bertemakan rindu. Alahai,luka parah pulak mendengarkannya lebih-lebih lagi dalam fasa move on ni. Luka parah pun tapi still gelak sakan , maklumlah bila jumpa geng baik ni memang tak sempat nak sedih. Ada je benda yang lawak. Lagu sedih pun dah jadi bahan lawak bila jumpa diorang ni.

Lokasi larian ni bermula di Heriot-Watt kampus Putrajaya. Selain kami bertiga,ada lagi 2 orang kawan yang join jugak larian ni. Pasangan ‘duo’ merangkap husband-and-wife merangkap ex-officemate. Kami parking jauh jugak sebab dah banyak kereta mula parking di tepi-tepi jalan. Memang luar biasa sambutan larian kali ni. Dressing sesetengah peserta larian pun agak ‘diva’-ada yang pakai skirt,ada yang pakai crown atas kepala,ada yang bawak belon…haih,macam-macam style ada. Yang bawak anak-anak pun ramai. Kami join yang 3km je,tak mampu nak join yang 10km.Yang 3km ni pun lebih banyak berjalan dan selfie daripada berlari. Hahahah!!

Pertemuan yang tak disangka,kami bertemu dengan ex-officemate yang dah beberapa tahun kami tak jumpa. Aku blur kejap bila nampak seorang gadis cantik tiba-tiba menerpa dan memeluk aku kuat-kuat. Nasib tak terbalik akak dik! Dulu dengan Sima ni la aku selalu lepak-lepak dan makan-makan selepas waktu pejabat. Sambil meluahkan rasa hati kan,tak gitu? Walaupun sekejap sangat pertemuan tu,tapi dah cukup puas hati. Unexpected. Yet excited.

Dah kutip medal yang cantic seperti belahan jiwa tu perut masing-masing pun dah main lagu dangdut,moh ler kita pi makan. Singgah pulak mamak kat Ayer 8 makan Maggi Goreng + Telur Mata. Seperti sia-sia aja sis berjalan kaki sambal berlari-lari kekanak tadi selama 3 km hahahahah!! Kat sini la kita sambung kembali berborak sakan sampai tak ingat orang keliling. Memang kalau jumpa tak sah kalau tak memekak dan tak buat onar.

Tapi apa pun,diorang ni la yang memeriahkan kehidupan aku. Hilang sekejap segala duka dan masalah. Ini pun masih tak cukup korum. Kalau cukup, aku rasa kasihan sangat dengan nasib tokey kedai mamak tu hahahah!!
Okaylah. Sampai sini dulu.

Never underestimate the power of love.

 Photo Booth yang sangat menarik perhatian.Mana boleh tak ambik kan?



https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif
Shah-Shida-Me-Ili-Ajim : Geng Berlari


Orang dah jauh berlari,kita heboh nak selfie.Ada kita kisah hahaha!

Bersama ex-officemate yang persis Ayda Jebat.Dulu kita macam look alike tapi skg macam jauhhhh je hihi

Inilah hasil dapatan : Medal Belahan Jiwa.

Thursday, March 23, 2017

BANGKIT


Bila aku semak balik blog ni...hmmm...daripada dulu sampai sekarang masih kisah yang sama.KECEWA.

Allahu...kenapa aku tak share lebih pasal bersyukur dan menerima? Betullah,sepanjang hidup ni aku cuma fokus pada ajnabi dalam hati.Makin lama makin bertambah umur.Aku masih tidak belajar daripada hikmah kekecewaan.

Insya Allah, aku akan cuba mengubah segalanya.Step by step.Cuba gembira walau berduka.Cuba untuk tersenyum walau kecewa.

Sunday, November 27, 2016

Kita "bersahabat" sampai syurga

Di dalam kubur, tiada siapa yang menemani
Kecuali amal yang soleh
Oleh itu
Sudikah kamu menjadi penemanku di sana
Wahai kalam Allah yang mulia
Izinkan aku menjadi sahabatmu
Di kala terang dan gelap

Please…make me understand the Quran
Show us Your Mercy and Love
Ayat-ayat Cinta itu
Benarkan aku menghayatinya

Friday, November 25, 2016

I'M BACK !!

Assalammualaikummmm!!

I am here again after a few years!! Ya Allah,banyak sangat kenangan yang pernah tercipta di blog ini.Dan ada di antara mereka yang pernah berkongsi rasa di sini telah pun terputus jalinannya.Entahkan sementara,entahkan selamanya.Namun begitulah resam kehidupan,orang yang pernah menjadi kesayangan atau pun pernah menjadi yang paling penting dalam hidup kini bukan siapa-siapa lagi dalam hidup ini.

Dan kini bangkit dalam mencipta memori indah yang baru.

Insya Allah.

Kita meriahkan semula laman yang telah terbiar tandus sekian lama ini,okay?

Salam sayang.

Thursday, May 22, 2014

I am a normal person

Berat...
Bukan mudah membuat keputusan bila melibatkan hati dan perasaan.

Persoalannya...
Dalam berkasih sayang, apa yang perlu diutamakan?Mengasihi atau dikasihi?

Jika ada seseorang yang meminatimu sekian lama,tetapi kamu tidak mempunyai sebarang perasaan.Si dia juga langsung tidak berani memulakan langkah pertama.Yang kamu dengar hanyalah melalui 'wartawan bergerak' atau 'orang tengah' yang menyampaikan hasrat hati.Sedangkan kamu sendiri sebenarnya merasakan seorang lelaki itu sepatutnya berani melangkah ke hadapan dan berani juga mengambil risiko berhadapan dengan kekecewaan.

Seperti mana kamu yang pernah memulakan langkah pertama dan berhadapan dengan kegagalan.Ya,sangat menyeksakan hati dan perasaan malah mencalar maruah wanita saja lagaknya,tapi itu sahaja tindakan yang mampu kamu lakukan demi mencari sebuah kepastian.

Dan kamu dikecam seolah-olah tidak tahu menghargai orang yang ikhlas dengan kamu.Terlalu memilih, itu ayat cliche.Sekiranya perkongsian dua insan itu tidak perlu didasari dengan perasaan,hanya kerana dia sahaja yang suka dan kamu menerima kerana keadaan sekeliling,pasti sudah lama kamu punya teman,bukan begitu?Lantas sudahnya apa?

Ya, aku memang sendiri tapi salahkah jika aku juga menyimpan impian aku sendiri seperti mana kalian?Aku juga punya hasrat yang hanya Allah saja yang tahu dan hanya pada dia aku bersandar.Dan Allah pastinya punya perancangan juga dan mungkin rancangan kami tidak sama.Dan dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Sampai bila?
Ya..sampai bila juga aku tidak tahu...
Bagiku, adalah lebih baik berusaha memperbaiki diri sendiri dan berusaha mengejar impianku kerana aku tidak tahu adakah maut yang datang menjemputku dahulu sebelum datangnya jodoh.Adalah lebih bermakna jika kita menyiapkan diri menghadapi sesuatu yang pasti daripada mengharapkan sesuatu yang entahkan ada entahkan tidak.

Maaf jika coretan ini menyentuh hati sesiapa....tiada yang salah dan tiada yang benar...sekadar luahan dari sekeping hati seorang wanita...
https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif