Saturday, November 26, 2011

Someone Like You?

Ada 2 orang sahabat suruh aku dengar lagu ni. Katanya memang kena sangat dengan kisah aku. Amboi, ada je lagu untuk aku kan? Hahahaha !! Mungkin untuk tahun lepas kena sangat la lagu ni.

Tapi...

Now I am MOVING ON.

Hoping the best from Allah.

Someone like you?
Mmm.... not very sure about that.

Urgh !

Dinginnya pagi di kampung!
Memang sedapla kalau berbungkus dengan comforter.Rasa macam tak nak bangun.Tapi mana boleh.Tanggungjawab kepada Tuhan jangan terabai.Huish...air pun sejuk macam ais.Bila tengok kat luar suasana diselubungi kabus. Damainya...
Itu masa pagi je la.Bila menjengah ke pukul 10 pagi, dah mula terasa panas.Rumah papan la katakan.Cuma nasib baik rumah arwah wan aku ni adalah kombinasi rumah batu dan rumah papan.Kalau panas boleh turun level bawah.Hehehehe.
Kejap lagi nak pergi kenduri pulak.Kalau drive sendiri bolehlah lepas makan tu terus chow.Malas betul nak tunggu lama-lama.Bukan ada geng pun.Melangut tak tentu hala je kat rumah orang. Jadi patung.Urgh, I hate it ! Aku pun tak faham la kenapa aku tak dibenarkan drive.Umur aku dah nak masuk 30 kot.Bukan 13 ! Sakit jiwa betul.

Friday, November 25, 2011

Purf !

2 hari ni tak masuk office sebab ada kursus. Intermediate english course spoken and written.Quite fun even nervous jugak sbb kena bercakap (well i am not that type ngeee...).yang best peserta semua sporting sampai gegak gempita kelas.Makan pun lebih dr cukup.Fuh,kenyang giler.hai,agak-agak hari ni kena buat apa la agaknya ye.janganla dia sambung sesi introduction tu.seram.esok nak kena balik kampung.yang tak best kena naik komuter.sangat hangen tapi apa boleh buat.nak tak nak kenalah balik wLaupun mcm tak ikhlas je nak balik.tak suka pun simpan dalam hati je la.blog ni mmg selalu jadi saksi semua hal.hehe.mencabar jugak bila nak berlagak biasa padahal tak suka.ergh! sangat tak suka pergi wedding + naik komuter.




p/s: Dalam kursus tu setiap orang kena pilih mana-mana karekter yang diminati.Tulis nama karekter tu dan letak atas meja.Nama akan dipanggil mengikut apa yang dipilih.Tak tau nak tulis nama apa, last2 belasah je NORA DANISH.Yang penting kita enjoy!

Monday, November 21, 2011

Percaya Pada Luka



Benarkah pencarian mimpi ini
Hanyalah dongengan cinta dalam pertaruhan
Haruskah pertemuan jiwa ini
Berakhir bersama air mata
(pre-korus)
Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka
Bisakah aku mengenal cinta
(korus)
Aku percaya pada takdir cinta kita
Yang telah terukir di dasar jiwaku
Yang merindu dirimu
Namun ku bertanya padanya
Haruskah ku percaya pada luka
Sebagai tanda kesetiaan cinta
Kasih kita
Sempurnakah lukisan cinta ini
Tanpa corak warna kasih lakaran suciku
Apakah coretan rintihan malam
Hanyalah mainan cintamu

N.A.S.H.R.I.N

Kita Enjoy !


Isnin permulaan hari.
Hari ni tak ada bos.Lapang dada.Hahahah! Tak baik tau.
Kerja dah siap.Tak tahu nak buat apa.Sekadar semak balik mana-mana senarai yang telah dikemaskini oleh Pej Pendaftar.Rasanya aku dah semakin biasa dengan tugas baru.Hurmm...not bad kan?
Tadi ternampak pulak sesuatu yang mengguris hati. Argh! Takpe Nash.Anggap je semua tu dugaan kecil.Yang penting kuatkan semangat ok.Pujuk diri sendiri.Dah janji kan tak mahu lagi terjebak dalam kes yang sama?
Sekarang yang penting fokus dengan kerja.
Jangan mengharap sesuatu yang tak pasti.
Yang penting kita enjoy dan bersyukur sentiasa ya!

Saturday, November 19, 2011

Can I fix it?


Ada masanya kita memerlukan ruang untuk diri sendiri. Untuk meneliti dan memperbaiki kelemahan. Untuk mengubati hati yang terhiris. Demi untuk memulihkan kembali semangat yang hilang.Itulah yang ingin aku lakukan sekarang. Siapa yang tak mahu menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Aku tekad untuk tidak menyusahkan mereka yang selalu mendengar rintihan aku. Aku malu juga seolah hal kecil pun harus diperbesarkan. Seperti aku ni lemah sangat. Aku akan cuba menjadi lebih tenang dan matang dalam menghadapi segala permasalahan.
Teguran? Ya aku akui kadang-kadang hati ini terkilan. Cepat kecil hati. Sensitif. Jadi mulai saat ini akan aku usahakan supaya - upaya untuk bersikap lebih terbuka. Mungkin aku akan menghadapi kesukaran untuk berubah. Tapi untuk berputus asa tidak sama sekali. Belajar untuk merendam rasa tersinggung. Menjadi insan yang lebih berhemah dan anak yang tidak menyusahkan. Sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini aku berjaya berubah sedikit demi sedikit.
Hubungan dengan Allah...inilah yang utama. Aku akan berjuang untuk memperbaiki setiap sudut yang mampu. Restui  aku Tuhan. Aku faham semua dugaan yang Kau turunkan kepadaku ada hikmah di sebaliknya. Aku mohon agar dirahmatiMu setiap masa. Permudahkanlah segala urusanku. Jangan kau hadirkan perasaan benci, hasad dengki dan cemburu yang tidak bertempat. Semoga orang lain senang berurusan denganku dan aku dapat menjadi insan yang menyenangkan.

Hanya kepadaMu aku berserah....
Hidup dan matiku...
Amin....

Monday, November 07, 2011

Semuanya Baru


Diam tak diam dah seminggu aku di fakulti baru. Sekejap sahaja masa berlalu. Perbezaan sangat ketara. Dulu bertugas di bahagian akademik, sekarang ditugaskan di bahagian HR. Telan air liur bila kena incharge bahagian yang bagi aku payah. Banyak benda nak kena pantau,nak kena ingat. But in the other hand, aku anggap ini satu cabaran. Best jugak belajar benda baru.
Dalam masa yang sama aku masih sayangkan tempat lama. Tapi tempat lama tak sayang aku hahah. Aku terima takdir ini dengan redha walaupun pada awalnya susah juga. Mungkin inilah tempat terbaik aku. Siapa tahu di sini akan berlaku satu titik perubahan yang besar dalam sejarah hidup kan? Cuma harapkan yang terbaik dalam setiap yang aku lalui.
2011 pun bakal berakhir. 2012? Harap sangat nasib aku berubah menjadi lebih baik. Jumpa someone yang bisa menemaniku hingga ke nafas terakhir hihihi (mengada). Asyik frust je kan. Air mata asyik tumpah pada yg tak patut. Tapi…ada ke? Hai entahla sendiri pun tak tahu. Rasanya tiap-tiap tahun mengharapkan hal yang sama. Every year pun meratapi benda yang sama. Sekarang ni pun sama jugak tapi aku cuba untuk kentalkan hati dan perasaan. Lebih-lebih lagi bila tengok ekspresi muka orang bila aku cakap aku single. Rasa macam nak menyorok bawah meja. Boleh jatuh semangat !
Tak mau jadi lemah macam dulu walaupun pahitnya Tuhan je yang tau. Takpe, jangan sesekali berputus asa, CIK NASH ! 

p/s : walaupun pernah melalui banyak kali, tapi hati ni perit juga.air mata jatuh juga.