Friday, July 28, 2006

Hello Malaysia..eh,Assalammualaikum semua,muslimin muslimat,mukminin mukminat.Harap dirahmati Azzawajalla sentiasa,insya allah.Pagi ni aku macam malas nak bangun pagi sebab malam tadi balik keje lambat giler.Mengenangkan aku nak amik cuti nanti,gagahkan juga diri ni bangun g opis.Huhuh..

Semalam aku tolong sikit2 je kemas booth sebab diorang dah set up booth tu awal2 lagi.'Tinggal serpihan' je la masa aku sampai ngan kawan aku.Keadaan kat bukit ekspo pun masih lengang lagi.Gerai pun masih kurang (melalui pemerhatian).Sebab semalam aku ngan member ambil kesempatan merayau-rayau sekitar bukit xpo,menengok2 booth fakulti yang pelbagai bentuk dan rupa.Booth kitorg;just simple and nice.heheh..maklumlah kami ni sekolah jek..tapi sekolah international.Yeah!Memandangkan xde orang,kitorang just lepak2 and berborak2 sambil makan-makan (Arin,terima kasih belanja aku McD semalam!).Pukul 10 malam barula masing-masing angkat kaki.Tinggallah seorg member yang berjaga malam tu.(Ali, ko dah mandi ke belum?)

Sesiapa yang ada masa terluang hujung minggu ni jemput-jemputlah datang ke UPM,Bukit Ekspo untuk memeriahkan majlis.Dan pakat mai datang booth kami bagi sesapa yang berminat nak sambung master dalam pengurusan.Dijamin layanan kelas satu.Ahaks!(Weekend pun kena keje,plan rosak minggu nih!)

Tuesday, July 25, 2006

Duty di waktu cuti

Assalammualaikum,bertemu kembali di blog yang x seberapanya ini.Akhir-akhir ini agak sibuk,maklumlah dalam beberapa hari ini majlis konvokesyen akan bermula.Seperti biasa aku dan office mate yang lain ditugaskan menjaga booth kami.Jadual tugas aku bermula dari hari khamis malam,sabtu malam seterusnya ke ahad pagi.

Buat Encik Fauzi yang telah meng'kensel'kan appointment hari nih, tiada peluang kedua.Marah ni.Hahahahah...xdela gurau jek.Den pun segan sebenarnya tapi setakat jumpa tu xde masalah.Just muka aku nanti tukar2 kaler ah cam sesumpah.Blushing.Dahla memang sedia pink pasal ada jerawat.Hiiii...itu effect biasa kalu aku malu.

Well...cam bosan lak OT sesorang ni.Apa nak wat ye?Baca buku la.Buku Motivasi Wanita Paling Bahagia.Tak abis lagi membacanya.Sekarang aku try la untuk bersabar ngan kerenah2 manusia.Senyum selalu.

"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"

Monday, July 24, 2006

Alamanda..So Sweet

Hari Sabtu lepas aku berpeluang untuk keluar jalan-jalan dengan seseorang yang sangat istimewa.Mulanya aku ingat tak jadi walaupun malam sebelumnya dia dah bgtau yang dia akan sampai rumah aku dalam 10 pagi.Yelah,mana tau kot2 x jadi tiba-tiba kan.Aku macam nak rak tunggu dia msg..tapi senyap.Aku msg pun x berjawab.Aku try la wat2 keje umah dulu untuk meredakan amarah yang dah nak membakar hati aku tu.Sabar,sabar mungkin dia tgh drive,aku pujuk diri aku sendiri.Dalam aku tertanya-tanya plan ni jadi ke tak, aku wat keputusan tuk siap2 dulu.Tapi slow motion la aku bersiap.Suddenly my mom appeared and said he has arrived.Pe lagi,kelam kabut la aku.Rupanya handphone dia rosak,padanlah aku msg dia x balas.

Kitorang decide tuk pegi alamanda je,lagipun dekat.Takyah susah2.Lama jugak tak jumpa,memandangkan sekarang dia sibuk dengan kerja.Macam tu juga dengan aku walaupun berbeza lapangan. Jumpa,borak-borak macam biasa.Dia kata dia bersyukur sebab apa yang dia nak dia telah dapat tahun ni.Aku lak kata kat dia 'ni yg jeles ni'.But he said to me..yang penting kena sabar sebelum tu.Ye,betul.Dia kena tunggu 2 tahun baru dapat keje baru.Aku lum lagi setahun.Pengalaman pun apalah sangat.

Sempat juga aku singgah tempat kegemaran aku..apa lagi kalau bukan MPH book store.Aku pun mencari-cari buku kegemaran aku.kali ini aku tak beli novel,tapi aku sambar satu buku yang bertajuk "MOTIVASI UNTUK MENJADI WANITA PALING BAHAGIA".Aku minat juga baca buku genre camni.Sebelum ni pinjam member punya,so sekarang aku pulak yang beli.Memang kalau gi Alamanda,tempat ni aku wajib singgah.

Tengah round2,kitorg nampak satu pentas kat bahagian centre.Ada majlis pelancaran cover baru majalah In Trend.Ada byk booth,and then ada offer beli majalah In Trend dapat goodies bag.Banyak juga barang yang dia bagi.Kira puas hati lah jugak.Ada artis yang datang wat persembahan cam Felix,Amelia and dia nye emcee Sazzy Falak ngan guy ni..aku x tau nama dia tapi sapa tgk kuiz Siapa Boleh mesti kenal.Entertaining jugak ah especially bila ada aktiviti yang melibatkan orang ramai.Ingat nak tunggu Mawi tapi kitorang balik awal.Tak solat lagi time tu.Heheh...

Hmm..kira rindu terubat jugak la kan.Hahah...entah bertahan entah tak.Kalau ditakdirkan tuk dikecewakan lagi...aku redha..cuma satu aku harap,bukan aku yang mengecewakan dia.

Thursday, July 13, 2006

IKLAN JAP

Assalammualaikum..salam sejahtera tuk semua.Hurmm..pe nak citer ni.Hidup pun bosan je.Takde pape yang menarik.Sabtu ni pun aku rasa x jadi keluar.Konon nak jumpa la cikgu aku tu,katanya ada hadiah.Hehehh...tapi den sogan sebenarnya nak jumpa.Wat2 je berani.Alih2 aku suh je dia turun serdang,tapi tak taulah bila.Ari tu minta dia jadi tutor aku.Katanya kena bayar, tapi kalo anak murid kesayangan tak payah bayar.Iyolah tu.
Oh ye..sapa2 ase nak beli prepaid tu leh aa beli ngan aku.kedai bukak 24 jam.Heheh..dengan bayaran ye,bukan free.Msg je aku dan sepantas kilat aku akan membalasnya.Tapi kalo nak join aku lagi bagus,jadi team.Just klik je kat link 'Jom tambah Duit poket' kat blog aku nih.Aku pun saja2 je try ni.Lagipun family aku sume pakai hp.Tuk kegunaan sendiri je tapi kalo sapa2 nak beli dari aku apa salahnya.Modal pun bukannya banyak.Bayar je online kan sekarang ni zaman internet.Kemudahan dah ada kita mesti gunakan.
OK la,apa2 hal msg je aku kat msgbox tu.Jumpa lagi!!

Thursday, July 06, 2006

Blues

Aduii..sakitnya pinggang aku..belakang..ntah bila nak wat check up.Aku sebenarnya takut nak g klinik.Hahahha..takut ah kalo ada sst yg serius lak berlaku kat aku.Kalau aku suffer penyakit kronik camne ah?Ya Allah,mintak dijauhkanlah hendaknya.Tolonglah Ya Allah..
Pic kat atas tu aku lukis masa aku tgh gian sangat nak menunjukkan bakat.Mood melukis kejap onn, kejap off.Dan hasilnya juga bergantung pada mood.Sometimes smooth je kau lukis,sometimes...paham2 la ek.Aku memang suka sangat melukis dan memang dari kecik aku gian sangat.Bagi aku,melukis dapat memberi aku ketenangan..kalo jadila..kalo tak disaster gak..heheh
Pernah gak bercita-cita nak publish komik sendiri tapi lum cukup ilmu lagi.Banyak yang perlu dipertimbangkan.Antara yang penting sekali kemahiran.Tu yang aku kurang sikit.Tapi insya allah kalau ada peluang,asahla sikit2 skill.Gambar ni pun tak sempat lagi nak warna.Tangan yang aku lukis tu pun x seimbang.Kena banyak belajar lagi bab proportion badan ni.

Wednesday, July 05, 2006

Penatnya Minggu Nih!!!

Selamat pagi..kembali menatapi blog setelah sibuk pada hari sebelumnya.The previous days..so hectic in my life.Biasalah minggu pendaftaran keadaan huru - hara la sikit.Kaunter pun jadi cam tongkang pecah.Sana sini kertas.Naik serabut pandangan mata aku.Aktiviti YM pun jadi kurang sikitla.Buat member2 ku, nash akan kembali nanti.Heh..aiseh..ada orang nak daftar.Stop jap......................................
Ok,sambung balik citer.Aku sebenarnya sedih tapi wat2 happy jek.Pasal apa?Rasa ada orang yang tahu apasal aku sedih.Sebab aku kehilangan seorg member kamcing aku.Isk..isk..tapi xdela jauhnye pun.Tukar lokasi je.Hihi..mesti korang kata 'hampeh'.Okla aku terima jek.
Macam mana rapat sekali kita dengan seseorang,satu hari nanti pasti akan terpisah juga.Perpisahan yang pasti..KEMATIAN..DEATH..REST IN PEACE (i hope!)..lucu kan,kita semua ni berangan nak masuk syurga (sapa nak masuk neraka kan??) tapi perangai dan tingkah laku kita menjurus ke nak masuk kat neraka jahannam.Hahahhaahh..
Fuh..penatnya aku . Lepas sorang2 yang datang.Pening kepala aku ngan student ni.Nama je amik master tapi sama je cam budak degree.Ada je masalah..dengan foreigner nye banyak hal.Tobat aku nak jadik officer wehh!!!Kena master english dulu nih.Pening aku.Kena rerajin baca paper english la nampaknya.Learn by Heart.Jangan wat malu org melayu x reti cakap BI.Ish..challenge is life..