Wednesday, June 28, 2006

SediH..Suspen..FuN!

Dugaankah semua ni?Aku yang terlalu sensitif atau dia yang tak ambil peduli?Namun berkat nasihat dan pandangan kalian,aku rasa bersemangat nak mengharunginya.Terima kasih banyak2.Susah juga kan,bila kita dah terlalu sayangkan seseorang..perasaan akan jadi terlalu mudah terguris..kita akan menjadi terlalu perasa,walhal kadang2 hal yang berlaku tu kecik aje.Sabarlah hati..

Erm..but dalam sedih2 tu ada sesuatu yang happy jugak.Sapa ek semalam yang suspen nak jawab call??Punyalah aku tunggu dia jawab.Dia tak angkat2.Bila aku send msg:"Orang call x nak jawab.Sombong", barulah dia nak angkat.Katanya suspen nak angkat.Hahah..cikgu ni wat lawak lah semalam.First time borak kat phone.Selama ni asyik menaip je kan?At last dapat gak dengar suara..live..heheh..selama ni dengar voice sms jek.Cam gabra je suara cikgu semalam.Hahhahhah!! Jangan lupa tau lagu demi waktu ek.Anyway,suara cam comei jek.hahhaha..muka cikgu dah merah..ahahah!!!

Tuesday, June 27, 2006

Kenangan di Tanjung Biru

Heheh...akhirnya berakhirlah satu hari yang menggembirakan aku dan kawan-kawanku.Kami berjumpa semula setelah bertahun lamanya terpisah mencari arah hidup masing-masing.Meskipun tak lah semua yang hadir,namun tetap meriah.Walaupun ada terselit rasa cemburu melihat kejayaan rakan sekalian,sebenarnya itulah yang menjadi pembakar semangatku.Ramai juga yang aku tak jumpa sejak Tingkatan 4 memunculkan diri.Pastinya figura sudah berubah..makin matang,ada juga yang masih sama.Macam aku lah kan,maintain kecik sokmo! tapi dalam kegembiraan aku hampa jugak dengan seseorang.Terkilan..sebab?Tak dapat nak melalui saat manis di sini dengannya..walaupun sangat dekat tetapi terpaksa seolah tidak mengenali antara satu sama lain.Aku akur dia sibuk..tapi xkanlah 10 minit pun x boleh?entahla..mungkin tak patut rasanya aku menyalahkan dia je kan?Aku sendiri patut faham..lagipun hubungan kami taklah seserius mana.aku sendiri masih tidak pasti sama ada mendapat tempat di hatinya atau tidak.Heheh..sekali jiwang karat pulak!
Disebabkan member2 belum mengirimkan gambar,x dapatlah aku publish untuk tatapan korang semua.Insyaallah,bila dah ada nanti aku buh kat sini neh.

Friday, June 23, 2006

Can't Wait For Tomorrow


Well..today is the laziest day in my life.Because???Today is FRIDAY, and tomorrow will be a holiday.And i will be going to attend a gathering organized by my lovely friends.I MISS THEM A LOT! Can't wait to see how they've been doing lately.
Hmmm..esok kul 10 kena kumpul kat summit.Apasal la x kumpul kat serdang je kan senang.Bila aku tanya abang aku,dia kata "abang nak ikut cakap semua orang,cam mana?"betul gak,sian abang aku kena pulak ngan aku ek.Minta maaf la sayang,mana tau you have to deal with them first.So as a result, follow je la.Jangan banyak soal,lagipun bukan aku drive.Lama gak aku tak turun PD.Agaknya ada apa2 perubahan tak?I need to stay away from this office environment for a while..in the other words, i wanna runaway from stress!!! Soothing,warming beach..with a sound of the wind..tranquility surrounding...is waving at me right now..Hahahhahh..and can't wait to see him..hik!

Wednesday, June 21, 2006

Demi waktu

Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku
Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih
Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua tak kan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran

Thursday, June 01, 2006

Reunion AYSK:24&25 Jun 06

Perhatian kepada bekas pelajar Asrama Yayasan Selangor Klang batch 95-99! Heheh..insya allah kita bakal bertemu semula di Port Dickson setelah bertahun-tahun tak jumpa.Macam manalah agaknya keadaan ye kalo ditakdirkan program ni berjalan lancar?Dalam hati terdetik juga rasa segan mengenangkan pencapaian aku yang taklah sehebat mana berbanding kawan-kawan aku yang lain.Namun aku akur,yakin dan pasti yang rezeki Tuhan ada di mana-mana.Mungkin dalam bentuk yang tak pernah kita impikan atau bayangkan selama ini.Bila aku terasa kerdil atau tak sehebat orang lain,aku akan sematkan ayat ni dalam hati:"Jika Allah mengabulkan permintaanmu, maka Dia menyayangimu,jika tidak Dia sebenarnya mengujimu.Pastinya Dia menyediakan sesuatu yang lebih baik untukmu tanpa kamu sedari"
Dan aku?Insya allah jika diizinkan aku akan pergi..bertemu kembali rakan-rakan yang pernah menemani aku di kala tawa dan duka.Memang banyak sangat pengalaman,5 tahun bernaung di bawah bumbung AYSK mengajar erti persahabatan,mana kawan mana lawan, belajar erti kecewa dan putus asa dan juga bekerjasama dalam apa jua keadaan.Buat ex-aysk batch 95-99,kalian sentiasa dalam ingatanku..SEMOGA BERJAYA DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA...