Wednesday, September 28, 2011

Maafkan aku

Kadang-kadang apa yang kita katakan pada orang lain boleh disalah ertikan maksudnya.
Pada setengah orang, ia membawa maksud biasa.Ada pula yang mentafsirkan secara negatif hingga membawa sakit hati. Tak kurang juga yang tercalar perasaan. Ada juga yang menimbulkan kelucuan.
Kita semua mesti pernah merasai semua tu kan?

Maafkan aku kerna membuat kamu rasa seperti itu.
Tak pernah terlintas.
Tiada hutang budi kerana kamu berbudi lebih daripada aku.
Kamu teman terbaikku.


"Maafkan aku sekiranya tak termampu untuk mencurahkan semua isi hatiku"

Sayang selalu. Kini. Selamanya.
T_T

Hazama - Cinta Teragung (lirik) | HQ Audio



Cinta teragung hanyalah cinta Ilahi
Moga aku tidak lepas daripada pandanganMU Tuhan
Setelah apa yang telah hambamu ini lakukan

p/s : mata pedih, selsema tetiba.apakah ini...

Tuesday, September 27, 2011

Counting days (3)

Apasal mata cam pedih-pedih ni? Macam kena sakit mata.Adoi janganlah ditimpa penyakit time kritikal macam ni.Banyak jugak kerja nak kena settle.Please God, I wanna stay healthy. Mata belah kanan ni asyik terkedip-kedip je.
Tengok meja sendiri pun tak selera sebab terlalu banyak kertas.Belum sempat nak kemas apa pun.Nak tak nak aku kena habiskan perihal mengemaskini maklumat pengajaran ni minggu ni jugak2!Wah, stress betul ! Macam tak terkejar je tapi buat-buat ok.Tu pun dah dapat task baru untuk audit. Wargh, lagi rasa nak hempas kepala atas keyboard.Tu belum lagi dengan email-email yang nak kena jawab.Sabar Nash sabar.
Tak lama lagi konvokesyen.Erk...kami-kami ni kena duty jaga jubah lagi ke?Wujud lagikah kami time itu?Minggu depan je pulak tu.Sangatlah dalam persoalan status.

p/s: Bila dah sah pindah nanti agaknya kena buat pengumuman kat lecturer.Saya tak incharge kelas dah.Eh?

Monday, September 26, 2011

Rupanya...

Bila dah balik rumah...baru teringat...

OT tak claim lagi !!!

Mana boleh tak claim.Terseksa jiwa raga stayback 2-3 minggu ni.Tapi part nak isi borang & minta signature tu la lemah.Ah, kena jugak.Nak duit ke tak nak?Jangan malas ! Baik, esok kena ingatkan diri sendiri.Settlekan OT anda sebelum anda pindah.Pindah? Huhuhu. Apasal la diorang tak circulate lagi penempatan kitorang ni.Penat tau nak berdebar-debar dan tertanya-tanya.Hari ni dah 26 Sep dah.Fail pun tak update lagi.Bila nak buat semua niiii arghhhh!!

Pertama kali jugak aku hantar bos ke stesen komuter.Ikutkan aku memang tak lalu pun situ.Tapi kesian pulak kat bos aku.So dengan machonya aku offer nak anto.Hahaha.Entah bila lagi ada peluang kan.Lepas ni tak tau hala tujunya.Sedih pulak lepas anta bos.Rupanya aku sayang jugak bos aku.Yela normal la kadang-kadang ada la selisih faham tapi apa pun aku tetap hormat bos aku sebab dia ni jenis yang boleh dibawa ke tepi, ke tengah ke depan dan ke belakang.Lepas ni aku dah tak boleh nak tunggang terbalik masa pendaftaran dengan bos aku.Serabut bila system down.Student bising tak boleh nak add course.

Apa pun sekurang-kurangnya aku bertuah dapat bos sporting berbanding unit lain.Tu belum suara mak tiri dia menjerit.Sampaikan aku rasa aku pun dah terikut sikit jejak langkah dia.Hahaha!!Al-maklumlah persekitaran kerja yang stress ni buatkan semua orang dah jadi singa.Entah berapa banyak binatang yang boleh diternak kalau masa pendaftaran.Binatang kena samak tu apatah lagi.Agak-agak kalau setiap kali binatang tu disebut,dia akan muncul..aku rasa boleh buat satu ladang ternakan.EEEEIIII !!!

Sebak la pulak tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Pasti ada hikmah di sebalik semua ni.Jadi, berfikirlah secara positif dan terimalah seadanya.

Babai !!


Counting days (2)


Assalammualaikum ! Morning ! Ohaiyou !
Wah, pagi-pagi lagi dah memecah kesunyian di blog. Kejap lagi nak pergi keja dah. Apa nak buat ek? Oh,kemaskini senarai pelajar dulu lepas tu baru boleh mula kemaskini fail pulak. Settle semua tu baru la boleh kemas meja aku ni. Buang mana yang patut, ambik mana yang patut dan tinggalkan apa yang patut-patut jugak. Agak-agak sapa la yang dok tempat aku ni.

Dah sampai opis. Rasa lesu la pulak. Kepala tetiba pening. Tak sukanya rasa. Dia senyap je malam tadi. Dia tengah sedih kot. Harap-harap bukan akulah punca. Aku mesej tapi biasalah tak sampai. Huhu. Sedey je tunggu. Asal terbangun je tengok hp. Hahaah! Tak senonoh. Tu la kalau dah biasa jadi rutin.

Hari ni nak happykan diri.

Service with a smile !

Sunday, September 25, 2011

Counting days (1)

Esok Isnin.

Permulaan hari.

Sejak dah tau kena pindah ni, buat kerja pun macam nak tak nak je.At one side aku suka jugak nak pindah.Mungkin aku boleh timba pengalaman baru.But in the other hand I'm afraid.Ye la kan, dah 6 tahun kot aku kat pejabat tu.Tak pernah keluar pun.Asyik kerja je.Adakah ini jawapan lewat doa-doaku sebelum ini?Nak meninggalkan kawan-kawan yang dah close macam isi dengan kuku apatah lagi.Nak cari kawan yang sama-sama susah,sama-sama senang bukanlah satu perkara yang mudah.Tapi tak mustahil kan?
Nak dekat pukul 10 malam dah.Cave of the Golden Roses is awaiting !

Sunday


Hari Ahad memang hari berada di rumah.
Biasalah rutin ke pasar borong. Hari ni hujan pulak. Nasib renyai-renyai je. Bolehlah main aci redah je. Aku suka memandu sambil layan lagu. Tu kekadang tak perasan bawak slow. Hahaha! Lagi-lagi kalau drive sorang2. Heaven je rasa. Tapi tengok hala tuju dan keadaanlah. Kalau nak pergi opis dan dah lambat, takkanla nak melayan jiwang lagi dalam kereta. Silap-silap kena layan memo pulak sebab lambat. Dah settle pergi pasar, tibalah masa mencuci kereta yang dah tak ada rupa dah. Pakai sekali-sekala je tapi kotor gila. Yang pakai orang lain. Biasalah kalau bukan harta benda sendiri mana nak jaga. Main lanyak je. Aku yang sakit hati tengok kereta dah macam stor. Dahla warna putih. Makan hati betul tengok kereta macam ni. Penat tak penat aku sental jugak. Walaupun tak bersih seratus peratus tapi sekurang-kurangnya cerahlah sikit mata ni memandang. Eh, apasal no plat kereta aku tak cukup satu ni??? Bila masa pulaklah tercicir ni oiiii!!!


Saturday, September 24, 2011

Buat Aku Tersenyum versi Shila Amzah

Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walau untuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan ku katakan semua

Bila ku lelah tetaplah di sini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buatlah ku tersenyum
Dengan canda tawamu walau untuk sekejap
Kerna hanya engkaulah yang sanggup redakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Hanya engkaulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah atau pun senang

Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku

p/s : Nak tersenyum

Percaya Pada Luka

Nama penyanyi ni sama dengan aku.Hihi.Tapi tak serupa.Not bad lagu.Teringat masa tengah on the way nak pergi lunch, radio pasang lagu ni tapi yang kelakarnya bila DJ sebut je nama penyanyi ni satu kete jerit ! Terpinga-pinga kejap. Perlu ke jerit eh geng?Hahahahha!!
Ntah lepas ni dapat ke kita jerit macam tu lagi....hmmm....

Beribu Sesalan

Suka sangat lagu ni. Rasa nak nyanyi ! Jom ! Ketiga-tiga suara mantap. But I adore Shila Amzah.

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Thursday, September 22, 2011

Friends Forever

Tak sangka...kita sekarang menghitung detik...

Eja: Harap-harap dapat stay di PBS.Kalau tidak pun, harap-harap dapat rezeki yang lebih baik.Terima kasih sebab jadi adik akak.Adik yang sangat bersabar dengan kerenah.Sayang sangat  (T_T) !

Aryn: Lepas ni kita tercampak kat mana pun tak tau. Selama ni kita selalu berkongsi rasa pasal kerja.Kau faham aku, aku faham kau.Kau tolong aku,aku tolong kau.Nanti ada ke yang boleh buat benda yang sama macam kita buat?(T_T)

Syida:Teman pertama yang melangkah pergi antara kami.Kami juga akan menyusul jejak kau dot.

Ecah: Harap dapat jugak stay di PBS.Mesti rindu sangat kat ko ecah ! (T_T)

Mag: I hope you can be one of PBS team.All the best Mag ! (T_T)

Wednesday, September 21, 2011

Cepatnya?


Pertengahan bulan Oktober?

Aku terkedu. Serta-merta rasa sebak menyelubungi hati. Nampaknya khidmatku di sini akan berakhir dalam masa beberapa minggu. Bilik mesyuarat 1 yang hening ini menjadi saksi. Apa lagi yang boleh dilakukan selain menerima ketentuan ini dengan lapang dada.

Sewaktu menerima email memaklumkan ada perjumpaan staf, aku sebenarnya telah memikirkan bahawa ada senarai penempatan untuk kami. Malangnya kami diberitahu yang senarai tersebut akan dikemukakan akhir bulan ini. Ah, cepat atau lambat sama saja.
Apa pun terima kasih kerana memberi aku peluang berkhidmat selama 6 tahun di sini. Banyak yang telah aku pelajari dan pengalaman menjalankan tugas di tempat ini amat mahal harganya. Baik manis atau pahit,semuanya akan ku satukan menjadi satu lipatan memori yang segar dalam sanubari.

Teman-teman,kuatkan semangat ya.

Tuesday, September 20, 2011

Berpisah Jua

Akhir-akhir ni blog aku ni memang dah jadi teman hidup aku. Apa je yang aku rasa akan kuluahkan dalam rumah keduaku ini.Tiada siapa yang melarang.Tiada siapa yang membantah.Yang tak suka dengan luahan aku boleh berkunjung ke tempat lain.Tidak sesekali aku memaksa dan meminta kalian mengadili apa-apa pun di sini.
Hari ini hari terakhir seorang kawan di pejabat. Syukur alhamdulillah, dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Kelantan.Perpisahan pertama yang aku lalui.Selepas ini pasti ada perpisahan yang seterusnya. Walaupun adakala berlaku perselisihan sewaktu bekerja, tapi semua tu tidak menjejaskan apa-apa.Sedih...namun inilah hakikat.
Saat ini aku rasa sangat sakit, letih dan sepi.Aku kecewa dengan diri sendiri sebab tak mencapai matlamat yang aku dah tetapkan.Aku kecewa sebab gagal merubah diri menjadi seperti mana yang aku harapkan. Kalau ikut prosedur ISO, banyak NCR ni.Hehe.Rasa nak je lelapkan mata lepas tu bila bangun semuanya berubah.Aku yakin semua yang berlaku ada hikmah tetapi kenapa tindakan aku tak menepati fkiranku?Hati aku tak begitu ampuh.
Sahabat, entah berapa lama lagi kita akan bersama kan? Jika kita berpisah, korang akan lupa aku tak? Mesti aku rindukan semua kenangan kita. Korang je yang faham & masih sudi menganggap aku sbg kawan walau macam manapun keadaan aku.Aku sedih sangat. Kalau aku kecewa, korang akan sentiasa menyokong aku. Sama-sama saling mendukung.Adakah teman di tempat baru sehebat kalian??
Apa pun, aku doakan yang terbaik di kalangan kita.Moga ikatan ukhuwwah kita tak terputus.Aku sayang korang semua dan aku minta maaf atas semua salah silap aku.

p/s: menangis teresak-esak waktu taip posting ni.sayu giler!

Seringkali


Aku tak faham apa yang aku rasa.
Kadang-kadang ada,kadang-kadang hilang.
Ada rasa bahagia, ada rasa sayang.
Perasaan anugerah Ilahi.
Tapi rasanya itu cuma khayalan.
Tak sanggup lagi menanggung beban.
Tak mahu kisah silam berulang.
Hindarilah perasaan yang tidak ada matlamat wahai Tuhan.
Moga nanti ada yang sudi melakar indahnya warna pelangi
Bersamaku
Dalam rahmat dan redhaMU.

Seringkali, aku hanyut dalam bayangan
Berterbangan perasaan ini... walau
Kau ku gambarkan dalam lamunan

Diri ini selalu ingin bersamamu
Bila ku terkenang kemesraan bersamamu sayang
Masihkah aku di hatimu

Masih jauh rasanya perjalanan ini
Bilakah masanya harus jua aku kecapi
Walau ranjau penuh berduri

Akan ku bawa cintamu bersama selalu
Tak akan kubiarkan ia tersisih dari perasaan ini
Dan ingin ku luahkan dalam lagu ini
Sebagai bukti cintaku, agar kau terus menanti diriku

Hanya kau yang ku cinta
Hanya kau yang ku harapkan
Ke puncak asmara
Ingin kita kecapi bersama

Walau gambaran yang ku gambarkan
Yang seringkali, ku renungkan
Menjadi lukisan di jiwaku
(Teacher’s Pet : Seringkali)

p/s: moga kepahitan ini akan berganti kemanisan...insya allah

Sunday, September 18, 2011

Tolonglah faham


Adoi cemuih la ngan soalan-soalan seperti ini:

“Bila nak kawen?”

“Aku nak kenalkan ko dengan kawan aku. Nak tak?”

“Nak tunggu apa lagi umur dah berapa.”

“Memilih sangat kau ni.”

Wah,senang-senang je menuduh aku tanpa usul periksa. Korang tau ke apa yang aku dah lalui selama ni sampai nak menghukum dengan kenyataan macam tu? Aku pun bukannya patung walaupun selama ni memang aku diam je macam patung. Sebab? Malas nak ambil pusing.

Salah aku ke kalau aku dah bagi peluang kat orang lepas tu orang tu berubah hati? Siapa aku pulak nak paksa orang sukakan aku seperti mana aku tak boleh nak paksa diri aku suka kat orang? Memang dah banyak aku jumpa orang yang aku suka dan sayang. Tapi jodoh di tangan Allah. Bukan tangan aku. Dah tertulis diorang semua tu bukan jodoh aku. Kalau aku buat senarai agaknya korang pun tak sangka. So jangan tuduh aku tak berusaha. Just beberapa tahun yang lepas aku baru je pulih dari kekecewaan dan belajar menerima hakikat yang dia dah jadi hak orang. Bukan senang nak capai tahap redha ni. Dan maaf jika selama tempoh tu aku tolak mana-mana yang nak padankan aku sebab masa tu aku masih terluka lagi. Adatla macam orang baru lepas eksiden teruk. Mula-mula masuk ICU. Lepas tu dah ok, masuk wad biasa. Bila dah balik, rehat dulu kat rumah sampai stabil baru masuk kerja. Teman-teman rapat je yang tau kisah ni sebab aku bukan suka nak beritahu family pasal hal ni. Silap-silap makin teruk dipersalahkan pulak.

Cuma bila selalu sangat diasak aku jadi rimas. Siapa yang tak nak ada teman hidup? Manusia yang tak ada naluri atau mati hati je. Tak pun bangkai bernyawa. Nak buat macam mana kalau flow hidup aku rumit lebih berbanding orang lain. Orang lain senang. Masa belajar pun ada pakwe. Aku? Entah tak tau nak describe. Semuanya anggap aku teman baik. Agaknya memang tak layak nak jadi teman hidup sesiapa pun. Bila dah sayang, barulah tau itu tunang orang. Bila dah confess, barulah tau yang dia anggap kita kawan baik je tapi layan macam awek. Bila dah nak bagi peluang, barulah tau tu laki orang. Bila dah declare, tak sampai beberapa bulan tinggal aku macam sampah. Padahal masa nak tu bukan main lagi. Aku nak bernafas pun tak menyempat.

Bagi korang-korang yang dah selamat tempuh fasa tu, janganlah ingat kami yang masih tak jumpa pasangan di lewat usia ni saja-saja nak jual mahal. Perancangan Allah adalah yang terbaik dan kita sebagai hamba wajib percaya. Lebih baik lewat dan jumpa orang yang tepat daripada awal tapi berantakan di kemudian hari.