Saturday, August 29, 2009

Pesakit-pesakit wad 4A

Akhir-akhir ni memang tak sempat nak mengemaskini apa-apa yang patut di sini. Dengan beban kerja tak habis-habis,dengan isu stafnya lagi. Tambahan pula dengan kesihatan abah yang tak memuaskan memaksa beliau ditahan di wad. Aku cuba untuk tidak mempamerkan kerisauan dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Walaupun dalam tidak sedar atau tiba-tiba aku akan berada dalam mood sendu. Yang aku boleh harapkan agar Allah mengurniakan kesihatan untuk abah tersayang.

Tadi pertama kali memandu ke Hospital Putrajaya. Kawasan rumah aku ni memang banyak simpang. Kereta pulak laju-laju. Nyaris juga kena langgar (salah aku ni careless). Kena marah dengan mak tapi aku buat muka ketat. Biasalah aku. Sebab kepala aku tengah fikir sama ada aku boleh ke tidak memandu sampai Putrajaya. Gabra macam tu la dia.Kelemahan aku yang utama.

Sampai di hospital berkenalan dengan pesakit-pesakit yang sama wad dengan abah. Sorang ni nama Shah, panggil abang Shah. Kerja kat Karangkraf bahagian percetakan. Friendly. Dah hampir 2 minggu dia ditahan di wad sampai dah naik rimas. Hahaha.Apa taknya makanan kat hospital mana ada rasa. Dahlah kena diabetes, tak ada gula,ada darah tinggi, tak ada garam. Sudahnya suruh bini datang bawa Burger McD.Hahahha.Abah pula bukak cerita pasal aku suka mengarang (adus,sapa suh buka citer ni). Abang tu pun menawarkan diri kalau nak hantar karya-karya bolehlah dia tolong pass kan. Masalahnya cerita aku tak tahu bila nak siap.

Yang sorang lagi Abang Fariz. Kena denggi berdarah. Tapi Doc kata dah boleh balik hari ni. Lega member. Abah kata dia ni ada ilmu tafsir mimpi. Abah kata dia ada mimpi ular nak makan dia tapi sempat mengelak. Abang tu kata ada orang nak sihir. Minta dijauhkanlah semua ni.Amiiinnnn....

Sorang lagi Pak Awang. Pakcik ni dah 2 minggu demam tak baik-baik. Kesian dia. Nasib ada anak lelaki dia yang hari-hari datang temankan dia. Asal makan je muntah.Semoga pakcik ni cepat sembuhlah hendaknya.

Setakat ini dulu posting aku.

Thursday, August 13, 2009

Foto-Foto Kenangan sekitar Konvokesyen ke-33 UPM

~Comel tak anak lembu ni? Mendapatkannya bukan senang, jenuh bargain dengan abang penjual tau~

~Bestnya caterpillar ni kan? Cepat-cepat amik gambar~

~Pose comel~

~Layan lawak Nabil dekat Booth. Dah bosan sangat~

~Suka gambar ni :P~

~Size doesn't matter~

~Hero GSM yang on duty~

~Contohi langkah berjaga-jaga seperti gambar di atas.Bukan takat pakai mask,mata pun harus meliar.Ahaks~

Selebihnya ada dekat Facebook.

Meeting

Tadi ada meeting staff. Gerun juga sebenarnya. Dalam hati terdetik juga kenapa dan untuk apa? Maklumlah aku pun bukan staf yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Bila dengar banyak sangat khabar angin yang entah betul entah tidak (nama pun khabar angin) sedikit sebanyak tergugat juga kan.

Biasalah, siapalah yang sempurna di dunia ni. Pasti ada salah dan silap di mana-mana. Ada kalanya kita cuai dan leka, jadi sebagai sebuah ‘keluarga’ salinglah kita mengingatkan sesama kita. Berpesan-pesan dan ambillah segala teguran sebagai langkah pertama untuk kita berubah ke arah lebih baik. Cuma kalau asyik kena hentam je yang tenang pun jadi berkocak, secarik kain lama-lama terkoyak juga. Apa pun aku setuju dengan cakap bos besar aku ‘LU PIKIRLAH SENDIRI’ (pinjam tagline Nabil).

Susah nak puaskan hati semua orang ni.

Wednesday, August 12, 2009

I'm back!

Uhuk!Uhuk!Ops batuk bukan sebab H1N1 tapi 'sawang' yang penuh menyelubungi blog aku yang sudah lama aku tinggalkan sepi.Komitmen dengan kerja makin bertambah.Makin menyesakkan ruang emosi dan fikiran. Hal peribadi?Haks.Tolak tepi buat masa ini.Apa guna bersedih kan?Tsunade ~ lamanya x layan Naruto

Aku kembali semula bila geng2 opis aku dah start balik aktiviti blog2 ni.Haha.Tak nak ketinggalan juga (rasanya aku dah jauh terkebelakang ni).Dulu masa jaga kaunter rajinla melayari blog-blog kalau takde customer (ada customer pun kdg2 layan jugak...kihkih).Bila dah 'terserap' masuk kat Unit MBA ni dah tak merasa sangatlah nak buat 'leisure' ni.Muka pun sengal je hati pun panas.Ikhlaskan hati bekerja,tolonglah!Ikhlasnya hati seringkali disalah erti, tulusnya budi....eh, ni lagu Exist ni.Sorry salah channel,gian dah lama tak karaoke.Kahkahkah!!!Hampeh!