Tuesday, December 11, 2012

Ya Rabb, aku mohon

Ya Rabb, kau hadirkan dia dalam mimpi.Adakah kerana aku rindu atau syaitan mahu menenggelamkan aku dalam kesesatan?

Rinduku padanya selalu menjadi rahsia.Kerana jauh dlm hati ini tak mungkin dia akan merasa hal yang sama jika Kau tidak mengizinkan.

Jauhkanlah rasa jika dia bukan takdirku.Kerana diri ini tidak mahu terjebak dalam rasa yg sia-sia di waktu aku sedang berusaha menjadi insan dan hamba yg lebih baik.

Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, December 09, 2012

Kenapa Kamu,Bukan Dia (2)


"Assalammualaikum warahmatullah...."
Luqman Hakim meraup wajah setelah usai mengucapkan salam di akhir solat Isyak. Baru saja kedua tangannya ditadahkan untuk menitipkan doa buat Yang Maha Esa, kedengaran bunyi pintu biliknya ditolak perlahan. Luqman Hakim menoleh seketika. Puan Asma, ibunya berdiri di muka pintu. Terasa bersalah kerana mengganggu, ibunya memberi isyarat agar beliau meneruskan. Memandangkan ibunya telah pun melabuhkan punggung di birai katil, Luqman Hakim cuma membaca wirid pendek. Pasti ada hal penting yang cuba disampaikan oleh ibunya. Kalau tidak masakan sampai sanggup menunggunya hingga usai solat.
“Man doa apa?” soal Puan Asma. Luqman Hakim menanggalkan kopiah lalu mengesot menghampiri ibunya. Kedua belah lutut ibunya dipegang. Merenung wajah sederhana itu dengan senyuman tergaris di bibir. Tanda kasih dan hormat seorang anak.
"Doa supaya mak Man ni panjang umur, murah rezeki dan awet muda selalu.Supaya ayah sentiasa sayang dan tak terfikir nak buka cawangan!" sebaik sahaja Luqman Hakim menghabiskan ayat, satu cubitan singgah di lengannya. Dia mengaduh kesakitan sambil ketawa besar. Cepat-cepat dia menjauhkan diri dari ibunya. Takut kena satu das lagi. Perit!
“Kalau bab merepek tu bagi je la kat Man.”
Ala, Man gurau je mak. Takkan ‘touching’ kot.”
“Mau tak ‘touching’. Isu sensitif tu. Tak ada perempuan yang dah kahwin yang tak melenting bila bab tambah cawangan ni.” Alamak, salah tempat mau gurau daa…dah jadi isu berat pulak mak ni.
“Iyolah mak. Ampun beribu ampun. Takkan berani de abah tu cari lain mak. Mak lah ibu yang terhebat di duniaaa!!” jerit Luqman Hakim sambil memeluk erat Puan Asma. Inilah nasib dapat anak ‘loyar buruk’. Hilang rasa geram dengan gelagat anaknya yang suka mengusik. Jujur, jauh di hatinya rumah itu memang sunyi jika Luqman Hakim tiada. Anak-anaknya yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Maklumlah kebanyakannya sudah berkeluarga. Namun begitu Puan Asma tetap memanjatkan syukur kerana mereka masih rajin mengunjungi dia dan suami paling kurang sebulan sekali jika ada kelapangan. Hanya anak bongsunya ini sahaja yang masih menetap di sini. Itu pun setelah setahun menetap di Australia kerana menyambung pelajaran peringkat Master.
Puan Asma serba salah mahu menyampaikan hasrat hatinya. Tapi sebagai ibu, hanya satu harapannya; mahu melihat anak kesayangannya bahagia. Agaknya macam mana reaksi dia bila aku cakap pasal hal ni?

“Man, dalam doa tadi Man tak doa ke supaya dipertemukan jodoh?” Luqman Hakim tersentak dengan pertanyaan spontan yang keluar dari bibir Puan Asma. Perlahan dia meleraikan pelukan. Erk, aku rasa mak aku ada agenda lain ni. Apasal aku rasa macam tak best je ni? I smell smomething fishy around here.

"Lain macam je soalan mak ni?"
" Sebenarnya Mak Ngah nak kenalkan Man dengan anak kawan dia," satu keluhan dilepaskan. Again! Aku ingat dah habis dah isu ni.
"Ala mak...malaslah..."
"Jumpa la dulu. Sampai bila Man nak membujang. Dah nak masuk 33 dah," Puan Asma cuba memujuk anak bujangnya. Sejak anaknya itu putus tunang 2 tahun lalu, Luqman Hakim seolah-olah serik untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita. Masa lapangnya dihabiskan dengan aktiviti lasak bersama teman-temannya. Minat yang paling digemarinya adalah sukan bermotor. Puas Puan Asma cuba memperkenalkan anaknya itu dengan anak-anak rakannya tapi hampa. Luqman Hakim menolak mentah-mentah.

"Dengan siapa pulak kali ni mak?" Luqman Hakim berdiri. Badannya disandarkan ke dinding. Air mukanya berubah menjadi serius.
"Ingat tak Mak Ngah ada tunjuk gambar budak tu dalam Facebook? Man ada add dia kan?" Facebook? Luqman Hakim cuba mengingat kembali. Seingat dia memang ada seorang. Mereka pernah juga berbicara tapi hanya setakat di atas talian. Itu pun cuma sekali dua dan beberapa bulan yang lepas. Setelah itu mereka tidak berhubung. Sama ada dia atau gadis itu tidak memulakan apa-apa.

"Hurm...." Luqman Hakim mengiyakan. Gadis yang....namanya pun tidak tercatat dalam ruang memorinya!

"Lusa Man ikut mak dan Mak Ngah melawat kawan dia tu. I don't want to hear any excuse." Aku kena bertegas kali ini, bisik hati kecil Puan Asma.
"Tapi mak                "
"Kalau Man sayangkan mak, ikut cakap mak. Selepas Man jumpa dia, terpulang pada Man untuk putuskan ikut kehendak Man. Hanya ini satu permintaan mak." Puan Asma beredar meninggalkan anaknya sendirian. Luqman Hakim terdiam. Kata-kata mak membuatkan hatinya pedih. Bersungguh benar mak untuk melihat dia berumah tangga. Tidak sampai hati pula dia untuk mengecewakan permintaan ibunya kali ini.

Well, siapalah gadis yang akan dipertemukan dengan aku agaknya...

Saturday, December 08, 2012

Kenapa Kamu,Bukan Dia (1)


Sejak pulang dari kerja sehinggalah Maghrib, masa Irdina banyak dihabiskan di depan laptop. Tak cukup dengan itu sibuk pula melayan Whatsapp melalui Galaxy Tab.Kiri kanan teknologi komunikasi menghimpit. Inilah dia wanita moden. Mana mak aku tak membebel. Aku pula jenis keras kepala buat tidak peduli tetapi tidak melawan kata. Hanya mendiamkan diri. Bila kata-kata lebih pedih, baik bisukan saja mulut.
Tapi hari ni hati Irdina tergerak untuk menjengah ke dapur. Ingin mencemar duli ! Ruangan yang jarang-jarang sekali Irdina hampiri hingga membuatkan ibunya hilang daya mengomel. Memasak itu kebolehan yang perlu dimiliki setiap wanita kerana setinggi mana pun pangkat dan pendidikan, ke ceruk dapur ini juga hinggapnya. Irdina tidak menafikan akan kebenaran kata-kata ibunya. Belum sampai seru, itulah alasannya.
"Masak apa tu mak?" Irdina menjenguk ke dalam kuali. Ikan bilis digoreng dengan hirisan bawang besar dan cili kering. Bau harum tumisan menusuk hidung.
"Masak lauk simple je. " mak menjawab. Irdina mencapai sudip yang tersandar di dalam kuali. Mengambil alih tugas ibunya yang sedang memotong sayur.
"Ucu tak balik ke? Kereta tak ada pun?" Ucu, panggilan manja bagi adik bongsunya Syafiq. Sejak memiliki kereta sendiri ada saja agenda. Tak pernah lekat di rumah. Ibarat hotel tempat persinggahan je rumah ni.
"Ucu ada discussion. Tidur rumah kawan katanya sebab esok nak kena hantar assignment. Agak-agak dah garing ikan bilis tu bolehlah angkat." Mak menjeling kuali di sebelah. Risaulah tu takut rentung pulak ikan bilis dikerjakan anak daranya yang sorang ni. Tak pasal-pasal nanti makan malam berlaukkan bilis rentung resepi istimewa Irdina Aisya.
"Esok mak usu nak datang," Irdina mengangguk. Mak Usu ada memaklumkan padanya semalam. Ingin menumpang di rumahnya untuk satu malam sebelum bertolak ke Seremban pada esok harinya untuk berkursus.
"Esok Makcik Hanum pun nak datang. Bawa anak saudaranya sekali," perlahan suara mak ibarat halilintar pada pendengarannya.Nyaris tertumpah ikan bilis yang sedang dialih ke pinggan. Nasib ada brek ABS! What? Kenapalah suka kacau ketenangan hidup aku. Aku ingat dah tutup kes bila mamat tu senyap. Aku pun tak ambil pusing akan hal ni. Baru cadang nak makan banyak. Makcik Hanum ni memang cantas selera makan aku.

Nampaknya Irdina hanya mampu meneguk air liur. Maaflah 'saka makan' aku off duty malam ni. Arghh!!

Irdina memanjat anak tangga dengan langkah tergesa-gesa. Sebaik sahaja tiba di kamarnya, dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil sederhana besar itu. Pandangannya ditalakan ke siling. Jiwanya masih bercelaru dengan pernyataan mak sewaktu di dapur tadi. Mujur ibunya tidak mendesak. Mungkin mak tahu aku tak berapa setuju dengan kunjungan 'tak-berapa-nak-hormat' kawan dia tu. Bukan maksud Irdina untuk merendahkan niat Makcik Hanum cuma dia kurang selesa dengan tindakan drastik sebegini.Ini melibatkan masa depan hidupnya dan dia tidak mahu diatur oleh orang yang tiada kena mengena.

Irdina mencapai Galaxy Tab bersarung merah menyala yang terletak di sudut katil. Sesak sungguh memikirkan berita tadi. Irdina membuka aplikasi Whatsapp dan menyertai 'group : Ini Barang Baek;. Nama yang diberi oleh sahabatnya bagi kumpulan rakan sekerja. Ahli-ahli dalam 'group' hanya yang dijemput oleh moderator.

Irdina :  Guys, aku ada berita nak share.
Azleen is typing......
Azleen: Berita apa?
Esha is typing....
Esha: A'ah, news apa yang nak dikongsi tu? Macam gempak je? :P
Irdina: My mum's friend is bringing someone tomorrow.
Azleen: Wow!!!
Esha: Apa lagi beb!
Ezza is joining the group
Azleen: Ezza dah masuk!
Ezza: What do i miss?
Esha: Esok ada orang nak jumpa bakal la (:P)
Irdina: Banyaklah bakal. Sakit otak aku dibuatnya.
Azleen: Chill beb. Mana tahu ini orangnya.Jodoh kan di tangan Tuhan...siap datang rumah jumpa mak abah lagi. Lebih afdal dan berkat katanya.
Ezza: Setuju dengan pendapat Azleen. Bagilah peluang kat diri sendiri. Kau pun single kan? Atau kau ada syok kat orang lain yang aku tak tahu?

Irdina: Mana ada. Not in a relationship.Entahlah. Aku seriklah. Asyik terkena je. Korang kan tahu kisah silam aku.
Esha is typing...
Esha: Jangan putus asa. Yang penting kita usaha, kemudian tawakal.Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada, maknanya Allah dah aturkan yang lebih baik. Kan?

Irdina merenung skrin Galaxy Tab sambil menongkat dagu. Dalam diam, dia mengiyakan kata-kata Esha. Betul juga, apa yang nak disusahkan. Yang aku serabut fikir kenapa? Orang tu cuma datang nak melawat saja. Bukan suruh kahwin. Haih, Irdina. You are thinking too much and expecting too high. Irdina memarahi dirinya sendiri.

Ezza is typing...
Ezza: Aku setuju dengan Esha.
Azleen is typing....
Azleen: Kalau ada button 'Like' memang aku dah like ni.
Esha is typing...
Esha: Mari kita doakan yang terbaik untuk kawan kita ni.
Irdina: Terima kasih semua sebab bagi nasihat dan pandangan. Taklah aku rasa keseorangan nak tanggung semua ni. Iyalah, mana pernah ada orang datang nak tengok aku. Sebijik macam novel kot. Dah ala-ala merisik je aku rasa.Haha!

'Persidangan' singkat itu diakhiri dengan perjanjian bahawa Irdina dikehendaki melaporkan apa yang terjadi nanti kepada ahli. Amboi, aku ingat buat kerja saja kena melapor dengan bos, pasal kena risik pun kena 'report' dengan budak-budak ni? Nasiblah dapat kawan baik macam ni kan. Redha saja.

Well, siapalah gerangan lelaki malang itu?



Wednesday, November 14, 2012

Langkawi in memory


1 Nov 2012

Perasaan berkobar-kobar nak pergi bercuti dengan teman-teman fakulti. Jasad di pejabat, jiwa di Langkawi. Buat kerja pun separuh jiwa. Kawan-kawan lain pun dah tak ada mood. Ada yang sibuk mengambil tempahan, berkongsi kegembiraan dan pengalaman. Pendek kata memang aura Langkawi sudah melingkari kami semua.

Buat pertama kali, aku dan teman-teman akan menempuh perjalanan menggunakan perkhidmatan KTMB. Hajat di hati nak merasalah keselesaan katil, namun ditakdirkan Allah tiada rezeki. 3 kali berulang-alik di kaunter tiket, sudahnya hanya tinggal tiket kelas kedua. Mahu tak mahu ambil saja. Daripada tidak ada langsung.


KL Sentral, 9.00 malam.Penuh dengan manusia, itulah yang boleh digambarkan. Aku dan seorang teman menaiki komuter dari Serdang. Mujurlah tiba sebelum waktu berlepas. Risau bukan kepalang bila komuter yang dinanti lambat muncul. Nyaris nak pecut naik teksi je. Fikiran dah berserabut bila jadual berlepas bagi tren seterusnya memaparkan jam 2117 sedangkan tren akan berlepas dari KL Sentral menghala ke Arau pada jam 2120! Cuma sempat tapau McD buat bekalan bagi perut yang dah berkeroncong akibat kepenatan mengejar masa dan menggalas beg! Urgh!

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam keretapi, hati aku berdetik 'oh, tak banyak beza pun dengan bas'. Cuma mungkin ruang agak sempit sedikit namun sama sekali tidak mematahkan semangat kami yang berkobar-kobar nak pergi bercuti. Kelihatan daif juga bagi aku. Rasa macam kat Indonesia pun ada, India pun ada. Teringat pula satu scene filem Hindustan (Dil Se) yang menari dan menyanyi atas bumbung keretapi. Sempat pula aku bayangkan kalau kami berlapan yang beraksi macam dalam filem tu (dah datang mood sengal). Namun timbul rasa keinsafan juga dalam keadaan macam ni. Kenapa? Entahlah. Hati aku memang cepat terusik.

Sepanjang perjalanan kami berbual bersulam tawa tak kurang juga merungut sebab sempit! Kurang selesa pastinya tapi bagi aku inilah cabaran. Adventure katanya. Nak comfort balik rumah. Tertanya-tanya kat mana tandas dan kafe seperti yang dihebohkan masa di pejabat tadi. Akhirnya bila rasa dah bosan, kami pun meredah beberapa koc hingga sampai ke kafeteria. Sangat dingin dirasakan hingga mencengkam ke tulang hitam. Dapat secawan Milo panas adalah satu perasaan yang amat bahagia dalam keadaan sebegitu. dah minum, terasa nak ke tandas. Parah. Setiap tandas yang dijenguk membuat aku menelan air liur. Tak ubah macam tandas penjara je. Nasiblah dalam banyak-banyak tandas ada juga yang keadaannya mampu digunakan. Kalau tak, alamat kena batu karanglah jawabnya nak menahan sampai ke Arau!

2 Nov 2012
Setelah 11 jam mengiring, menegak, mengerekot dalam keretapi...tibalah kami di Arau. Banyak teksi yang sedia memberikan khidmat. Sepertinya ada ketua yang mengatur urusan pembahagian penumpang teksi di sini. Mahu bagi sama rata mungkin. Kami dibahagikan kepada 2 teksi.Destinasi seterusnya...jeti Kuala Perlis. Mak aih...ramainya! Sekali lagi kena beratur untuk mendapatkan tiket feri pula. Cuaca pula makin panas. Kami mengambil keputusan untuk bersarapan di kedai berhampiran sementara menunggu kedatangan feri yang akan membawa kami ke destinasi yang paling ditunggu-tunggu. Berasak-asak kami meloloskan diri untuk tiba di jeti.Kalau ikutkan hati yang panas, mahu juga aku 'sound' makcik yang main langgar je aku.Tahulah besar, aku ni kecik.Dah macam Bulldozer melanyak Kancil je gayanya.
Tiba di Kuah. Kami diberikan kenderaan untuk memudahkan pergerakan.Innova baru, yahoo! Yelah, kalau kat Serdang merasa naik ViVa WRX je kan. Teruja dapat naik kereta besar. Terus isi full tank minyak tanpa berfikir panjang. Lebih kurang setengah jam juga nak sampai di Pantai Cenang.Terteleng kepala masing-masing nak cari motel Sugary Sand. Bila kami sampai, persoalan yang timbul adalah mana satu bilik kami? Setelah melalui lorong yang sempit,akhirnya itu dia....wow, luar setinggan dalam kondo! Siap ada laut.What? Menghadap laut?? Yippiee!!!Hempasan ombak di pantai menguatkan lagi perasaan kagum dan pastinya 'excited'. Mat Saleh dan Minah Saleh pun ada.Ops, hensemnya! Okay, cover your eyes fella.So sexy.Hilang surah akuu!!
Aktiviti Island Hopping yang dijadualkan pada pukul 2 petang terpaksa ditunda pada keesokan pagi memandangkan kami baru saja tiba dan semuanya keletihan.Mata pun makin layu ditambah pula dengan bayu laut dan irama ombak yang aku rasa sangat mendamaikan.Let's take a nap.
Setelah puas berehat, kami mengambil angin di sekitar kawasan pantai. Berdasarkan pengamatan aku, kemudahan di sini memang lengkap. Baik dari segi tempat penginapan sehinggalah ke makanan.Tak ada yang kurang pun tapi dengan syarat hendaklah berduit ye kawan-kawan.Maksud aku, kalau nak pergi bercuti ni ada baiknya kita punya simpanan lebih kalau tak melopong.Tapi tidaklah sampai membazir.Hari ni aktiviti bebas, bergambar sana sini dan melepak di pantai menanti matahari terbenam.

3 Nov 2012
"Embun pagi yang lembut, menyentuh pipi yang gebu" - intro lagu Amir Jahari (Tanpamu).Kalau tak pernah dengar boleh cari kat You Tube (:)

Pagi-pagi di tepi laut. Satu ketenangan yang sukar dinikmati. Rasa nak bekukan masa. Tak nak balik KL.Tak boleh lama-lama sebab nak bersedia untuk aktiviti yang tertangguh semalam; Island Hopping.

Kami bersama sebuah keluarga ditempatkan dalam sebuah bot. Sebaik bot mula bergerak, masing-masing dah excited. Sebaik sahaja bot semakin laju, terdengar jeritan sahut-menyahut. Entahkan takut, entahkan teruja semuanya bercampur menjadi satu. Tapi kalau aku memang syok habis sebab aku memang suka naik bot laju macam ni. Famili yang satu bot dengan kami hanya ketawa melihat gelagat kami yang tak ubah macam budak-budak. Hanya gelak tawa sahaja yang menguasai suasana ketika itu sehinggalah kami sampai ke Tasik Dayang Bunting. Para pengunjung dinasihatkan tidak membawa sebarang plastik yang berisi makanan kerana akan dirampas oleh penguasa tasik ini yakni kera.Kami perlu mendaki bukit dan menaiki tangga sebelum sampai ke tasik.Mengah dibuatnya maklumlah tak pernah bersenam. Aktiviti yang dilakukan adalah bermain paddle boat meredah tasik yang tenang. Setelah satu jam menghabiskan masa sampai lenguh kaki, kami meninggalkan tasik dan bergerak ke destinasi berikutnya. Tekong bot @ gelarannya Anak Mat Abu mencadangkan satu tempat untuk dilawati sebagai tambahan.Tak termasuk pun dalam pakej. Kami dibawa menghampiri sebuah gua. Tatkala menjengukkan kepala keluar, kami nampak struktur gua stalaktit dan stalagmit.Dah macam subjek Geografi pulak. Ada titisan air menitis terkena kepala dari atas.Kata Anak Mat Abu, tu bukan air kencing kelawar tapi air gua.Kalau kencing kelawar, mau muntah kat situ jugak. Sayup juga nak tengok kelawar tengah tidur tu.Selang beberapa minit, kami tiba di satu tempat yang memuatkan sangkar ikan pelbagai spesies. Siapa yang ambil Biologi bolehlah buat research kan. Takjub jugak tengok ada seekor ikan yang sangat besar dalam sangkar. Semua diberi makanan ikan dan kami dibenarkan untuk memberi makanan tersebut kepada semua ikan-ikan di situ.

Abang yang menjaga sangkar ikan tu menunjukkan kami spesies mentimun laut. Aku tak sanggup nak pegang, geli geleman tengok benda berlendir dan lembik macam agar-agar tu. Berani pegang ikan buntal je haha.Padahal bukan hidup pun. Menurut abang tu lagi, tempat tersebut dijangka akan menjadi tumpuan aktiviti 'snorkeling' pada masa akan datang.
Pulau Beras Basah menjadi singgahan seterusnya. Pasirnya halus, airnya hijau kebiru-biruan. Sungguh indah ciptaan Allah. Tapi mungkin menjadi kenangan pahit bagi seorang teman bila mana secara tak sengaja beliau terjatuh ke dalam air semasa menuruni bot. Basah beg, rosak kamera dan telefon bimbit. Sedikit ralat juga kerana banyak gambar kami di dalamnya. Namun itulah takdir yang tertulis.Huhu...Di sini pun kami harus berjaga-jaga sebab terdapat banyak kera yang sukar dijangka kelakuannya. Aktiviti terakhir dalam island hopping adalah eagle feeding. Mungkin hari itu dah banyak sangat orang melawat dan bagi makan, jadi helang-helang yang berlegar seolah tidak menghiraukan makanan yang dilemparkan berupa lemak ayam.

Penat dan lapar! Itulah yang dirasai bila kami tiba di daratan.Lepas ni kena bersiap untuk ke Gunung Machincang pulak.Cable Car Time!! Ada juga di antara teman-teman yang tak nak naik sebab gayat tetapi setelah dipujuk, mereka mengikut saja. Kami berlapan terpisah kerana satu gondola maksimum 6 orang.Tetapi sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam gondola, cuaca bertukar mendung. Lebih tak disangka hujan lebat turun mencurah-curah sewaktu gondola kami tiba di stesen paling atas.Memandangkan cuaca tidak mengizinkan, kami tidak turun dan hanya meneruskan perjalanan untuk turun sahaja.Di sinilah tragedi yang menginsafkan berlaku.Kami berenam tergantung selama kurang lebih setengah jam! Dengan kilat memancar, dengan guruh berdentum, hati manusia mana yang tidak gentar dengan kemarahan dari langit.Aku hanya memandang sayup ke bawah.Tak mampu untuk berkata apa-apa kerana tidak pernah terbayang akan melalui pengalaman seperti ini.Seperti nyawa di hujung tanduk dan sepenuhnya bergantung kepada limpah dan rahmat kasih sayang dari Allah. Ada juga yang telah menitiskan air mata. Ada juga yang tak henti-henti bercakap untuk menghilangkan rasa gemuruh.Mata hanya mampu melihat gondola kosong beransur naik untuk menurunkan penumpang yang terkandas. Setelah beberapa lama bertarung dengan rasa takut dan bimbang, akhirnya gondola kami meluncur turun.Betapa leganya kami bila dapat turun dengan selamat. Namun berdebar-debar pula bila lagi 2 orang masih belum turun hingga maghrib menjelma.Aku dan seorang teman menunaikan solat Maghrib dahulu sementara rakan lain menanti. Alhamdulillah, mereka juga selamat turun. Di dalam kereta masing-masing berkongsi rasa dan pengalaman panik.Riuh satu Innova!Kami menuju ke Pekan Kuah pula yang dikenali sebagai 'syurga coklat dan pinggan mangkuk'.

Letih sekali.
Insaf.
Terasa dikasihi dan dikasihani Allah hari ini.


4 Nov 2012
Hari terakhir kami di Langkawi. Masa yang ada kami habiskan dengan membeli-belah.Sambung balik aktiviti malam sebelumnya.Macam sedih pulak nak tinggalkan Sugary Sand ni. Selalu aku tidur tak lena kalau di tempat baru tapi kat sini memang best.
Aku sangkakan pengalaman mencabar telah berakhir rupanya tidak. Tiket feri yang ada hanyalah pada pukul 5 petang sedangkan tiket keretapi pukul 7.06 petang. Kurang-kurang satu jam baru sampai jeti Kuala Perlis.Itu pun kalau feri bertolak tepat pukul 5 which is agak mustahil. Selalu delay.Dan memang betul pun.Hampir 5.30 baru bertolak. Tiba di jeti pukul 6.30 petang. Kelam kabut dibuatnya sebab menunggu bagasi. Hampir pukul 7 baru kami menaiki teksi.Kami redah hujan yang makin lebat. Basah kuyup menggalas beg yang bertambah berat.Bukan takat berat je bertambah, kuantiti beg pun dah bertambah.Gara-gara beli barang la ni.
Dalam hati kuat mengatakan kami akan terlepas tren.Aduh, kalau terlepas bas mana pulak nak kena naik kan. Pakcik teksi pula sedaya-upaya memecut untuk memastikan kami tiba sebelum tren berlepas.Masa tu aku dah pasrah.

Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil....

Walaupun kami tiba lewat, jam 7.20 tapi syukurlah tren masih belum tiba. Ya Allah, betapa leganya kami.Disebabkan mengejar masa, beg yang berat tiba-tiba terasa ringan.Badan yang lemah jadi kuat.Apalagi bila terdengar deruan enjin tren, sekali lagi kami menghela nafas lega.Syukur sangat-sangat.
Mungkin disebabkan terlalu letih, semuanya terlelap sebaik sahaja tren mula bergerak. Sedar-sedar sahaja sudah sampai di Rawang.Bila tiba di KL Sentral, solat Subuh kami tunaikan.Usai solat, kami menaiki komuter hingga ke Serdang. Dan pulang ke rumah masing-masing membawa seribu memori yang akan selamanya terpahat di ingatan.

Buat sahabatku....

Ana, Shida, Fatin, Ili dan Ajim....

Semoga ukhuwah ini tidak akan terlerai walau di mana jua kita berada.




Tuesday, November 13, 2012

Janji Allah itu pasti.Al-fatihah


Air mata aku menitis sebaik sahaja mendapat perkhabaran duka itu. Seperti baru terjaga dari mimpi. Hati aku luluh bila mendapat tahu Luqman telah kehilangan ayahnya. Kehilangan ayah pada usia yang begitu muda.
Tidak keruan rasanya aku ketika ini.Segala yang aku buat serba tak kena.Nak pergi ziarah, aku segan nak pergi seorang.Sarah pula di Rawang.Betul-betul buat kepala aku sakit.Apa yang mampu aku harapkan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Uncle Hanif Jusi.
Dalam keserabutan aku surf FB. Aku cuba cari FB mak Luqman. Terpampang cover photo ayah dan ibunya.Manis sekali pada pandangan mata aku.Air mata aku tumpah lagi.Aku tak dapat menahan perasaan membaca coretan ibunya di situ.Aku terlalu ingin mencoretkan kata-kata aku buat ibunya tapi....aku tidak pasti sama ada tindakan aku itu patut atau tidak.Aku tahu, ibunya mempunyai sekeping hati yang kuat dan jiwa yang kental. Kerana anaknya yang aku kenali mempunyai ciri-ciri seperti itu.Yang menumbuhkan kekaguman dalam hati manusia biasa seperti aku. Walaupun Luqman masih muda, tapi banyak yang aku belajar daripada dirinya tanpa dia sendiri sedar.

Buat Luqman,
Andai dapat diputarkan masa sekalipun, takdir tetap takdir. Walau sebanyak mana kata semangat dan perangsang diucapkan, hanya yang menanggung beban tahu rasanya.Daripada aku insan yang tidak punya apa-apa, hanya mampu berdoa agar kau dikurniakan ketabahan luar biasa. Tidak salah jika kau menitiskan air mata kerana lelaki juga manusia biasa ciptaan Ilahi. Punya perasaan. Setiap orang akan melalui saat perit ini.Entah meninggalkan dahulu, atau ditinggalkan.Janji Allah itu pasti. Jika aku di tempatmu, pasti keadaanku juga tidak kurang malah mungkin lebih lagi.
Semoga Allah meringankan bebanmu. Semoga ada jalan keluar dari setiap dugaan.Kuatkanlah dirimu wahai adikku sayang.

Al-Fatihah...

Saturday, October 27, 2012

I Love You, Stupid!


Aidiladha 2012 aku menempa sejarah dalam hidup...

Pertama kali menunaikan solat sunat aidiladha.Aku pun tidak tahu dari mana hadirnya perasaan itu tapi aku bersyukur kerana dapat merasa kemanisannya. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Bila takbir dan tahmid bergema, wujud satu getaran dalam hati yang menumbuhkan perasaan sayu.Melihat manusia daripada pelbagai kaum aku terfikir beginikah keadaannya di Mekah? Manusia pelbagai lapisan masyarakat, latar belakang, budaya dan negara menjejakkan kaki ke tanah suci dengan satu tujuan ; menunaikan rukun Islam yang kelima dengan penuh rasa rendah diri. Dengan keadaan berasak-asak begitu pasti akan timbul juga rasa kurang senang.Namun cuba kusabarkan diri ini.

Selesai, pulang ke rumah.Membantu serba sedikit urusan kemudian aku hanyut dengan alam khayalan dalam novel I Love You, Stupid! Pada mulanya sesak juga nak menghabiskan novel yang tebalnya mengalahkan Kamus Dewan. Seorang teman mencadangkan novel ini. Sebagai seorang kaki novel macam aku, pasti sukar menolak.



Novel ini tidak lari dari tema kasih sayang dan cinta. Namun disembunyikan dahulu dengan latarbelakang kepahitan dan kesengsaraan masyarakat Kemboja. Kesan daripada kekejaman Pol Pot. Dan Iris, watak remaja yang dibesarkan dengan penuh kemewahan dan tidak pernah memikirkan perasaan orang lain akhirnya berjaya dilentur dengan satu harga yang mahal.....kematian Ahmad, kanak-kanak Kemboja yang cekal,bijak dan berjaya membuka mata hati Iris yang dikaburi harta dan kemewahan. Buta tentang hukum hakam Islam. Firman, pengawal peribadi yang sangat sinis tetapi terlalu menjaga kepentingan Iris hingga hampir tergadai nyawa membuatkan Iris sedar betapa pentingnya Firman yang pernah dianggap sebagai Eye Mo atau boneka sahaja.

"I pembunuh senyap"-Iris

Yang pasti, novel ini mengingatkan aku jua pada seseorang.Entah kebetulan apa yang menimpa, ada saja hal yang berkaitan dengan dirinya dalam cerita ini.Buat aku senyum sendiri. Biarlah dia hanya kekal menjadi 'sesuatu yang istimewa' dalam hati ini. Biarlah dia tidak pernah tahu.Aku hanya mahu Allah saja tahu rahsia hatiku. Harapanku.Rasa nak jerit jugak "I Love You, Stupid!" kat dia tapi nanti dia ingat aku yang Stupido.And he is not Firman yang memendam perasaan.I think he does not like me either.T_T

 Dan kerana aku sendiri tidak pasti perasaan ini dan tidak mahu meletakkan pengharapan yang tinggi tanpa kebergantungan dengan Allah SWT.Lalu aku tinggalkan 'dia' dengan berat dan mengharapkan agar dia bahagia dan sentiasa mendapat petunjuk dan rahmatNYA.Kerana doa yang makbul adalah mendoakan seseorang tanpa pengetahuannya.

p/s - ada banyak inspiring sentences dalam novel ILUS.Insya Allah akan share nanti.

Sunday, October 21, 2012

Jangan mengeluh,berdoalah


Tak dapat dinafikan Facebook memang sangat memainkan peranan dalam menentukan perasaan dan melalui medium sosial ini juga adakalanya kita mengetahui kebenaran.
Itu yang berlaku terhadap diri ini.Aku cuma mampu tersenyum sewaktu 'terlihat' kebenaran itu.Air mata tidak mampu menitis lagi.Aku cuba mencari kekuatan dalam diri dan memujuk hati supaya percaya dan bersangka baik pada Allah.Ya Allah,aku pasti ini jalan terbaik. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terhijab dari pandangan mataku.
Sekilas aku tertarik pada satu tajuk dalam You Tube "Jangan Mengeluh,Berdoalah" daripada Ustaz Kazim.Alhamdulillah, banyak pengajaran dan kata-kata yang mampu mengubati hati dan menyedarkan kembali diri ini yang selalu alpa.
Di sini saya nak share sikit apa yang saya dapat :
  • Berdoa dengan niat yang baik
  • Allah akan memberi yang lebih baik
  • Bersangka baik jika Allah tidak memakbulkan doa dengan segera,kerana Allah sangat suka pada suara dan rintihan hambanya yang memohon.Yang dimakbulkan cepat tu tak semestinya Allah suka,yang lambat dimakbulkan tak semestinya Allah tak suka.

Thursday, October 11, 2012

Tuhan tolong jaga dia

Dia itu kisah silamku

Dia juga pernah mengajarku erti cinta tanpa dia tahu

Dia juga memberi aku erti kecewa

Tapi dia juga mengajarku apa itu kehidupan

Pertemuan sesingkat semalam telah mengheretku ke lembah kenangan.Terlalu banyak sebenarnya yang kita harungi bersama.Dan rasa sayang itu tidak pernah luntur hingga ke saat ini meskipun kita berada di dunia berbeza.Walau dahulunya sangat pahit untuk aku terima bila takdir memisahkan,takdir juga menemukan kita kembali dalam satu ikatan suci yakni PERSAHABATAN.

Aku cuma mampu berdoa agar dia dirahmati Allah bersama keluarganya.Kamu tetap sahabat aku dunia akhirat , my only pakcik.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, October 01, 2012

Suami Yang Kubenci

Sebenarnya bolehlah dikatakan berkurun lama buku ni kat tangan aku."Berkurun lama ku rahsiakan, cintaku padamu...." eh...sorry....iklan tak berbayar muncul secara tiba-tiba.Hahaha! Kawan aku cadangkan aku baca novel ni sebab dia tahu aku ni hantu novel.Masa zaman remaja memanglah tapi bila dah melangkah alam tak berapa nak remaja dari segi angka tapi masih sangat remaja dari segi perwatakan dan jiwa (okeh semua jangan muntah kat sini.sila pergi tempat lain) minat tu semakin luntur.Mungkin disebabkan kekangan masa dan tanggungjawab lain yang lebih memerlukan perhatian.
Minggu lepas aku memang tak ke mana-mana.Jadi aku pun gapailah buku ni untuk menghabiskan masa lapang dan mengelakkan aku dari tertidur (tapi kalau buku ni boring,memang sumber paling baik untuk lelap).Mula-mula baca memanglah aksi cliche laki-bini yang dipaksa kahwin bergaduh.Tapi lama-lama makin best.Lawak pun ye bila mak si Uwais (watak utama) masuk campur dalam perhubungan suami isteri ni.Masuk campur bukan apa, nak mengajar menantunya yang tak reti masak.Kena kuarantin dekat rumah mak mertua sampai anaknya dilarang jumpa buah hatinya sampai selesai kelas memasak.Memang banyak scene2 lawak tapi scene tambahan antara Fawaz dengan Batrisya sangat menarik hati.
Jadi kepada sesiapa yang belum baca buku ni, ambillah peluang.Insya Allah tak rugi.Aku nak share antara part menarik dalam buku ni.Nak tau lebih, beli sendiri ye.

BAB 51
"Kau buat apa tu Fawaz?"
Sarimah menepuk bahu Fawaz yang sedang tekun menaip menggunakan komputer riba.
Cepat-cepat Fawaz menutup komputer itu.
"Tak de apa, makcik..." Dia menggeleng dan berpura-pura menonton televisyen yang dibuka Uwais beberapa minit yang lalu, tetapi Uwais sendiri sudah tertidur di sofa.
"Tak payahlah kau nak tipu makcik...kau tengah menaip surat tadi tu, kan?" Sarimah duduk di sebelah Fawaz.Matanya terpandangkan Uwais yang terbaring di sofa. Bukan main lagi anaknya itu tidur. Asal balik sekolah je, tak de kerja lain...membuta aje! Aku sumbat sekilo garam baru tahu!
"Ni...Fawaz, makcik nak beritahu kau sikit. Orang kalau nak tulis surat cinta, pakai tulisan tangan, baru nampak telusnya perasaan kau tu...Ini tak, pakai komputer...takde feel, tahu tak?"
"Isy...bila pulak saya taip surat cinta...Tadi tu saya nak hantar email pada kawan..." Fawaz menafikan.Makcik Sari ni...tahu aje semua benda, tak boleh nak berahsia langsung!
"Kau nak bagi pada Sya ya?" Sarimah cuba mengorek rahsia. Nak rahsia konon...!
"Makcik ni....buat saya segan ajelah.Malulah saya macam ni!"
"Malu konon...!Bagilah makcik tengok surat kau tu."
"Sebenarnya dari tadi saya cuba nak tulis, tapi dari tadi jugak saya taip lepas tu saya padam balik...Jadi, inilah hasilnya makcik..."Fawaz membuka laptop.Sarimah memandang skrin komputer yang kosong.
"Apa benda yang kau taip?Makcik tak nampak apa-apa pun?"
"Tu la pasal, memang saya tak taip apa-apa pun makcik..."
"Ya Allah kau ni betullah takde jiwa seni.nak tulis surat cinta pun tak reti?Kau ni tak pernah bercinta ke?"
"Err...sebenarnya, saya ni tak ramai kawan perempuan makcik.Sepanjang hidup saya ni,Hanny tu ajelah perempuan yang rapat dengan saya...selebihnya tu, saya habiskan masa dengan belajar dan kerja..."
"Apa punya boringlah hidup kau ni ya?Patutlah umur kau dah tiga puluh pun tak kahwin lagi...Kalau orang  lain, muka lawa dan kaya macam kau ni...dah lama jadi playboy."
Fawaz ketawa kecil.Sekali kena perli da...

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan 4

Alhamdulillah masih berpeluang melalui Ramadhan yang penuh barakah di hari yang ke-4. Hari kedua bekerja dalam bulan ini.Mencabar sebab diarahkan menghadiri kursus Bahasa Inggeris selama 2 MINGGU.Diulangi 2 MINGGU bukan 2 hari ya.Harap-harap lepas ni bolehlah mengubah sedikit sebanyak cara aku berkomunikasi dalam bahasa kedua terpenting di Malaysia ni. Aku pun peliklah. Daripada dulu balik-balik muka aku je kena pergi kursus ni. Baik yang basic, intermediate dan macam-macam lagi.Ikutkan dah bosan dah tapi tak terer jugak.Hahahha!!
Hari ni kami akan melalui hari kedua kelas di Makmal Komputer FBMK.Satu hal pulak nak pergi sana.Tambahan pula aku je peserta yang remaja kan, lain-lain dah senior.Sungguh tak adil tak ada geng.Ops, adalah sorang tapi geng gila-gila remaja tak ada.Rasa tak syok pulak asyik skema je.
Okaylah, hari ni pendek je ye sebab nak bersiap nak g keje.Thinking of commute early today.Hahaha macam betul sangat je penggunaan perkataan tu.Baru belajar kan.

Mood : Be Inspired

Saturday, June 30, 2012

Corat-coret

Setelah sekian lama terjerat dengan rutin kerja yang memenatkan,akhirnya hari ini dapat
juga 1 day off.Jadilah kan,syukur dan hargai.Tak ada siaran menarik di tv, terus naik ke
bilik.Hurm...electone yang terletak di sudut kanan bilik ni dah lama tak berbunyi.Mari
memeriahkan bilik dengan skil amatur.Dapatla main lagu Sendiri,Layu Di Hujung Mekar
dan Anggapanmu separuh.Pilih lagu chord senang je kan.Ngelat.
Dah boring,nak iron baju malas.Layan drama korea.Kelakar jugak cerita 3 daddies and 1
mommy ni.Tergelak sorang-sorang depan pc.Memang aku syorkan korang untuk tengok
drama ni.Btw,aku pun baru tgk sampai part 4.Esok kerja jadi tak bolehlah nak layan
sampai habis 16 episod.
Projek seni aku pun delay sebab layan drama ni.Haha!Harap dapat siap secepat mungkin.

Sunday, March 04, 2012

Dialah Di Hati 1-2

1
Pondok menunggu bas Taman Megah. Berbumbungkan separuh atap dan langit. Sebahagiannya telah terkopak namun tiada apa-apa tindakan dari pihak berwajib. Ruang yang terhad hanya mampu memuatkan sepuluh orang dalam satu masa.Daif benar.
Hafeeza berdiri di sebalik tiang. Berpeluk tubuh. Matanya memerhati setiap kenderaan yang lalu-lalang di atas jalanraya di hadapannya. Seorang demi seorang menyusul. Kebanyakan yang menunggu adalah pelajar sepertinya juga. Yang berbeza adalah sekolah mereka. Ada 2 sekolah menengah di kawasan ini.
Semakin lama pondok menunggu ini semakin padat. Sebentar lagi harus bersaing pula untuk menaiki bas. Kalau tak berebut, alamat kena menunggu lagi. Pagi-pagi begini konsep survival of the fittest terpaksa diamalkan. Bilalah seksa ni nak habis,rungut Hafeeza dalam hati. Tahun ini dia berada dalam Tingkatan Empat. Tahun depan Tingkatan Lima. Tahun penentu. Masih ada kurang 2 tahun untuk melalui zaman persekolahan.
“Kenapa kau ni?” Azza, teman sekelasnya menegur. Hafeeza merenung temannya dengan pandangan keliru.
“Muka tu dah masam macam asam kecut. Pagi-pagi dah berkerut.  Tak elok tau. Orang kata nanti payah rezeki nak masuk.”
“Tak ada apalah. Cuma bosan tunggu bas macam ni hari-hari. Tak sabar nak habis sekolah!” balas Hafeeza.
“Hai, nak tak nak kita kena hadap la juga sampai tahun depan,Feeza. Kalau tak naik bas, kau nak naik apa pula? Takkan nak suruh abah kau hantarkan pulak? Mengamuk orang tua tu kang.” Giliran Azza pula membalas.
“Ish, aku pun tak nak la menyusahkan abah aku. Best kan kalau ada driver. Boleh bawak mana je kita suka. Kita arah je.Driver, saya nak ke sekolah. Petang nanti saya ada hockey training. Hantar dan ambil saya di sekolah ya.” Azza ketawa kecil mendengar luahan Hafeeza. Betul juga,fikirnya. Dia sendiri pun sebenarnya sudah bosan melalui rutin sebegini.
“Ye tak ye kan. Seronok betul kalau ada driver. Apa lagi belajarlah rajin-rajin. Dapat kelulusan cemerlang, kerja bagus, gaji besar boleh la kau ‘hire’ driver. Tak gitu?”
“Berangan bolehla Azza. Ujian baru ni pun markah cukup makan.  Boleh semua subjek sains aku dapat 7 je.Siapalah yang cakap Form Four ni honeymoon year. Aku rasa setengah mati nak mencerap ilmu ‘pure science’ ni.”
“Samalah dengan aku. Tak apa, kita ada banyak masa lagi nak catch up. Jangan putus asa. Lagi 2 minggu nak peperiksaan pertengahan ni. Kena buat yang terbaik. Pulun habis-habis!” ujar Azza dengan penuh semangat. Siap kepal penumbuk lagi.
“Amboi, teruja betul. Baguih dok ada. Semangat,semangat jugak. Bas dah sampai tu. Jom gerak, kang terlepas semangat ke mana, hati hangat yang dapat.” Hafeeza menarik tangan Azza sambil berlari-lari anak menuju ke arah bas yang telah pun berhenti di tepi jalan.
Semua pelajar telah mula memasuki perkarangan perhimpunan sewaktu Hafeeza dan Azza tiba di sekolah. Tak sempat nak letak beg dalam kelas. Bas yang mereka naiki mengalami kerosakan kecil sewaktu mereka hampir tiba ke destinasi. Terpaksalah mereka berjalan kaki. Mujurlah jarak antara tempat bas berhenti dan sekolah mereka tidaklah berapa jauh. Tapi berpeluh jugak kena menapak. Awal-awal dah rasa macam join kelas Pendidikan Jasmani walhal subjek tu pada waktu ketiga nanti. Mereka berdua terus memasuki barisan kelas. Dah lambat berdiri kat belakanglah jawabnya.  Perhimpunan pagi ini singkat sahaja. Tidak banyak pengumuman yang disampaikan para guru. Hafeeza menarik nafas lega. Tak larat rasanya nak berdiri tegak lama-lama. Sudahlah menunggu bas berdiri, dalam bas pun kena berdiri. Ditambah pula kena jalan kaki. Nak pitam rasanya akibat keletihan.
“Kenapa lambat?” satu suara menegur sebaik sahaja Hafeeza melabuhkan punggung di kerusi. Hafeeza mengangkat muka. Terjengul wajah Asri di hadapannya. Menantikan jawapan.
“Bas rosak pagi tadi. Kena jalan kaki.” Jawab Hafeeza malas. Kepenatan tadi mematikan mood.
“La,kenapa tak beritahu? Boleh aku tumpangkan tadi.” Balas Asri.
“Nak tumpangkan? Naik motor kau? Munasabahlah sikit Ayie. Takkan nak suruh aku dengan Azza naik pulak. Nak letak aku dalam bakul ke?” Asri atau nama panggilannya Ayie tergelak. Pasti dia sedang membayangkan keadaan yang digambarkan Hafeeza.
“Aku ajak kau je. Azza boleh jalan kaki. Kasi senaman sikit bagi mengurangkan berat badan.”
“Oo kau kalau pasal Feeza on je kan. Kurang asam keping betul! Hentak dengan kayu hoki baru tau.” Azza membaling kertas yang telah dikeronyok ke arah Asri yang masih belum habis tawanya.
“Ala gurau sikit pun tak boleh. Yela, sorry ye Cik Azza. Aku saja je nak menceriakan keadaan sebelum kelas Sejarah ni. Bagi warm up sikit sebelum aku terlelap.” Asri memberi alasan.
“Alamak, sejarah dulu ye pagi ni? Adoi,nampaknya sama-samalah kita terlelap Ayie oi. Stok gula-gula kau ada lagi tak? Minta sikit.” Azza mencelah. Sejarah? Hafeeza mengeluh. Aku ni dahla letih. Pagi-pagi lagi dah subjek membunuh keupayaan mata aku untuk terus buntang. Kepala ni pulak time-time ni nak berdenyut.
“Ada lagi. Nah,ambikla Hallz ni. Share dengan Feeza.” Asri menghulurkan gula-gula pudina ke tangan Azza. Azza menerima dengan ucapan terima kasih. Sebiji dihulurkan kepada Hafeeza. Hafeeza menyambut pemberian Azza. Kertas pembalut gula-gula dibuang serta-merta. Cepat-cepat dia memasukkan gula-gula ke dalam mulut.Kemudian kepalanya direbahkan atas meja. Asri dan Azza memandang dengan curiga. Kenapa pula dengan Feeza ni?
“Feeza, kau ok tak?” soal Azza. Tangannya memegang bahu Hafeeza.
“Ok…”jawab Hafeeza perlahan.”Nanti cikgu dah masuk kau beritahu ye. Aku penatlah jalan kaki tadi.”
“Minta perhatian semua. Pagi ni Cikgu Nafisa tak masuk kelas sebab ada hal penting. Cuma dia ada tinggalkan kerja untuk kita bentangkan pada hari esok. Rujuk buku teks mukasurat 21 dan 22. Setiap kumpulan pilih topic berdasarkan nombor kumpulan yang telah dipilih minggu lepas. Itu sahaja.” Selesai sahaja ketua kelas menyampaikan amanat, kelas bertukar menjadi riuh-rendah. Sama ada sedang bergembira sebab tiada guru atau merungut  dengan kerja yang diberikan.
Hafeeza mengangkat muka. Alhamdulillah, macam tau-tau je aku tak berapa sihat,bisik Hafeeza. Kepalanya makin kuat berdenyut. Dia melirik ke sebelah. Azza tiada di sisi. Oh, berjumpa dengan Shakir,ketua kelas. Barangkali nak tau lebih lanjut mengenai homework yang ditinggalkan Cikgu Nafisa.
“Feeza, are you okay? Kau nampak pucat.” Asri memandang wajahnya. Pucat?
“Mana ada kau ni Ayie merepeklah.” Hafeeza cuba menafikan walaupun sedang berada dalam kesakitan. Ya Allah,kuatkan semangat aku. Namun begitu tangannya sudah memicit dahi.
“No you are not okay. Nak pergi bilik sakit tak?”
“Tak apalah Ayie. Sakit kepala biasa je ni. Lama-lama nanti hilanglah. Aku nak ke tandas sekejap.” Asri ni selalu concern lebih. Sejak dari kecil  kenal dan berjiran memang Asri akan lebihkan dia dalam banyak hal. Sampai terbawa-bawa ke alam persekolahan. Kalau orang yang tak tahu mesti menyangka dia dan Asri ada hubungan istimewa. Yang dia tahu, dia memang rapat dengan Asri dan semasa kecil dia selalu menganggap Asri itu abang walaupun pada dasarnya mereka sebaya. Hubungan orang tua mereka juga sangat rapat. Maklumlah berjiranlah katakan.
Hafeeza mula melangkah namun tiba-tiba dia terasa pandangannya kabur. Dia cuba berpaut pada meja namun gagal mengimbangkan tubuhnya. Yang terlintas di fikiran tubuhnya ini akan terhempas ke lantai. Allah!
Hafeeza tidak ingat apa-apa lagi.















2.
Tidur Hafeeza terganggu bila terdengar suara orang berbual-bual di luar biliknya. Kepalanya masih sakit tapi sudah mula berkurangan. Dia tak tahu apa yang terjadi sehinggalah dia dibawa ke klinik. Setelah mendapat rawatan doktor memberikan cuti sakit bagi membolehkannya berehat. Cikgu Shafiq selaku guru bertugas minggu ini yang menghantarnya pulang.
“Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam,” Hafeeza menjawab salam. Asri tersengih di muka pintu.
“Aku datang nak buat kunjungan sosial ni. Boleh?” ada-ada je si Ayie ni.
“Masuklah Ayie. Kalau aku tak bagi masuk pun kau akan tetap masuk kan.” Balas Hafeeza. Masak benar dengan perangai temannya itu. Rumahnya ibarat rumah kedua Asri. Segala selok-belok dan ceruk rumah ini Asri sudah biasa. Hafeeza cuba bangun.
“Eh, kau tu sakit tak payahla bangun. Rehat. Aku nak tengok kau tu okay ke tak. Tu je.” Asri menghalang Hafeeza daripada bangkit. Pantas dia membetulkan bantal Hafeeza di kepala katil. Hafeeza menyandarkan kepalanya.
“Kau ni aku bukan sakit kronik tau. Hidup lagilah. Layan aku macamlah aku ni dah nak mati.” Serentak dengan itu satu cubitan singgah di lengannya. Menjerit kesakitan Hafeeza dibuatnya. Dia menggosok tempat cubitan sambil memuncungkan mulutnya. Pedih!
“Mulut tu tak reti nak berlapik ke bila bercakap. Tu baru kena cubit tau. Kalau cakap bukan-bukan lagi aku cium kau terus.” Asri memberi amaran. Hafeeza mengetap bibir. Gila ke apa budak Ayie ni. Ingat aku ni siapa boleh cium sesuka hati?
“Apa bising-bising ni Feeza?Ayie? Sampai ke dapur dengar suara kamu.” Sudah, mak dah masuk campur.
“Feeza ni makcik. Dia degil. Nak bangun dari katil. Kan doktor dah pesan suruh berehat.”Hafeeza mengecilkan matanya tanda geram dengan penjelasan Asri. Mak tersenyum kecil tatkala mendengar penjelasan Asri. Dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air diletakkan di atas meja belajar Hafeeza.
“Kamu berdua ni kalau sehari tak bertegang urat tak sah. Feeza, sakit lagi kepala tu?” tanya mak.
“Dah kurang sikit mak. Mak jangan risau. Feeza okay.”
“Kalau macam tu baguslah. Makan bubur tu. Mak nak ke dapur. Ayie tolong tengokkan Feeza ye.”
“Baik makcik. Perintah makcik akan saya patuhi.” Mak memukul bahu Asri sambil ketawa. Rasanya mak pun dah mati akal nak melayan kerenah Asri.
“Doktor cakap kau sakit apa?” Asri menarik kerusi lalu duduk di sisi Hafeeza.
“Doktor cakap aku kurang rehat. Stress. So, dia suruh aku rehat hari ni. Tak ada apa-apa yang serius pun.” Jawab Hafeeza.
“Nasib baik tak jadi apa-apa.”
“Itulah. Alhamdulillah. Panik jugak aku. Ye la mana pernah pengsan. Tau-tau aku dah sampai klinik. Eh, siapa angkat aku ye? Takkan Cikgu Shafiq kot?” tanya Hafeeza. Kalau Cikgu Shafiq alahai malunya. Sudahlah wajah boleh tahan kacak. Macam manalah kau boleh pengsan,Feeza oi ! sempat Hafeeza menggerutu di dalam hati.
“Tak ada maknanya Cikgu Shafiq. Aku yang angkat kau pergi bilik sakit. Berat jugak kau ni kan. Kampit beras Cap Rambutan tu pun lagi ringan. Lenguh tangan aku dibuatnya.” Ujar Asri sambil menggosok lengannya yang konon terasa lenguh. Serentak dengan itu bertubi-tubi cubitan singgah di peha Asri. Fair and square. Tidak cukup dengan itu kepala Asri diluku.Terjerit-jerit Asri mengaduh kesakitan.Hafeeza pengsan betul-betul di hadapan mejanya pagi tadi. Disebabkan terkejut bukan kepalang, dia terus mencempung tubuh Hafeeza dan bergegas ke bilik sakit yang terletak selang dua kelas dari kelas mereka. Waktu itu fikirannya memang tertumpu pada keadaan Hafeeza. Wajah pucat Hafeeza menyuntik kebimbangan yang bukan sedikit dalam hatinya.
“Oi!Beras sekampit baru 10 kg memangla ringan bagi kau. Aku ni manusia,apa kejadahnya berat aku sama dengan sekampit beras. Agak-agakla nak buat perbandingan pun. Cuba bijak sikit. Kata ambik Add Math.” Sekali lagi Asri ketawa. Wajah Hafeeza masam mencuka. Bengang betul aku dengan mamat ni. Aku yang baru 42 kg ni dia kata berat?
“Alolo. Dah tak boleh gurau dah sekarang. Okay, aku minta maaf ya Cik Hafeeza sayang.” ujar Asri sambil menahan ketawa. Apa kaitan ambil subjek Add Math dengan berat badan ni? Budak ni kalau dah marah suka hati je nak cakap apa. Entah apa-apa ayat meluncur dari mulut tu.
“Apa senyum-senyum? Kutuk aku dalam hatilah tu.” Hafeeza merenung muka Asri. Tajam. Kalaulah mata Hafeeza tu macam mata pisau, alamat dah calar-balar wajahnya.
“Dah,jangan nak marah-marah. Macam mana tak stress asyik nak mengamuk je. Meh sini, aku suapkan bubur yang mak kau masak ni. Hurmm…sedapnya bau,” Asri mendekatkan mangkuk bubur ke hidungnya. Menusuk kalbu,apatah lagi perut. Asri mengacau bubur sebelum disuakan ke mulut Hafeeza.
“Bak sini. Aku boleh makan sendiri. Yang sakit kepala, bukan tangan.” Hafeeza mahu mengambil mangkuk bubur dari pegangan Asri namun dihalang.
“Tak apalah. Aku bagi layanan kelas pertama ni kat kau. Tak kena caj. Cepat nganga, aaaaaa…..”
“Weh, kau tak payahlah nak suruh aku nganga sampai macam tu sekali. Ingat aku budak kecik ke.”
“Jangan membantah boleh? Makan cepat!” terpaksa Hafeeza membuka mulut kerana tidak sanggup mendengar temannya itu membebel. Kenapalah aku selalu sangat dengar cakap mamat ni? Pelik betul.
“Hurm, sedap.” Pendek penjelasan Hafeeza tatkala bubur yang ditelan melepasi kerongkong. Mata terpejam  menikmati air tangan mak yang baginya tiada tolok banding. Asri hanya memandang aksi Hafeeza dengan wajah keliru. Seketika kemudian Hafeeza membuka mata. Pandangan mereka bertembung.
“Kenapa?” soal Hafeeza.
“Sampai macam tu sekali ekspresi. Sedap eh mak kau masak? Tu kira ekspresi tak terkatalah ya?” Hafeeza ketawa kecil.
“Okay, beta mahu lagi. Sila suapkan beta.” Ujar Hafeeza sambil mengangakan mulutnya. Asri menyuakan sudu tetapi….
“Mmmmmm….lazatnya tidak terperi..”
“Ayie!” tanpa mempedulikan jeritan Hafeeza, Asri menyuap bubur untuk kali kedua…ketiga…keempat untuk dirinya.
“Ni siapa yang sakit ni?” sindir Hafeeza sambil berpeluk tubuh. Geram sungguh dengan tingkah Asri.
“Aku pun nak juga merasa kenikmatan bubur ni. Mana aci kan.”
“Aci tak aci. Bagila aku makan sendiri. Harapkan pagar,pagar makan bubur.”
“Okay,okay. Ala mucuk,meh abang suapkan ye.” Asri ketawa besar melihatkan Hafeeza yang sudah menarik muka masam.
“Apa kecoh-kecoh ni Ayie? Sampai luar mak dengar.” Tidak semena-mena wajah Makcik Rakina, ibu Asri tersembul di muka pintu. Apa saja yang dibuat budak-budak berdua ni.
“Tak ada apa-apa mak. Feeza ni degil tak nak makan. Mengada-ngada.” Asri memberi penjelasan yang pastinya adalah sangat tidak jujur pada pendengaran Hafeeza. Ingin sekali dia membela diri namun mengenangkan Asri yang semestinya tidak akan mengalah,dia hanya melemparkan senyuman pada Makcik Rakina.
“Iyelah tu. Tu tak lain tak bukan Ayie menyakat Feeza lah tu. Dah, balik rumah. Jangan ganggu Feeza nak berehat.”
“Tapi mak…”
“Ayie,sekarang.” Hafeeza menjelirkan lidah tanda kemenangan berpihak padanya. Makcik Rakina memang penyelamat. Kalau tak bukan makin sembuh, mahu makin sakit aku dibuatnya selagi Asri tidak beredar. Perlahan Asri menghulurkan mangkuk bubur kepada Hafeeza dengan wajah kelat. Kalau ibunya sudah berkeras,baik dia menurut.
Asri mengikuti langkah ibunya keluar dari bilik. Sempat dia menoleh pada Hafeeza. Hafeeza melambai-lambai tangannya mengucapkan selamat tinggal. Asri mendecit geram.

Dah lama aku tak mengarang dan yang pastinya semua half way.Sangat tak best.I wish dpt pergi vacation sambil menulis.

Wednesday, February 29, 2012

Argh!

Patah seribu...patah riuk rasanya dah satu badan. I really need a healthy body and mind.Craving for one ! Melihat lambakan fail yang harus disemak membuatkan aku tergamam kejap.Nak mula daripada mana ni?Audit is just around the corner.Arghhh!!! Memang kena pulun jugak la sampai weekend. Sekarang balik pun hari-hari lewat. Katil tu memang tempat utama la kalau balik kerja.Belum apa-apa dah pengsan.Apa pun tak boleh kan ! FB? huh, jangan harap la nak bukak sekarang nih. Ingat nak tutup terus je la akaun aku tu.Habis citer.Habis ke? Ahaks!

Dapat satu task  design wedding album. I feel that I have lost my magical touch la.Tak tengok apa pun lagi.Argh lagi !

Sunday, February 26, 2012

Saturday, February 25, 2012

Aku Masih Setia


Air mata bercucuran pulak bila layan Dingin Lavenda ni. Sebuah ikatan persahabatan yang suci. Untung ada sahabat macam ni kan. Hatiku teringat seseorang yang menyepi. Dia sahabat kesayanganku. Mungkin aku yang gagal menjadi sahabat setia. Tidak dapat tidak hati ini sepi dan sunyi. Sama sekali aku tidak menyalahkan dia. Dia berhak menentukan apa yang terbaik dalam hidupnya. Jika dia hanya hadir sebagai ujian, itulah ujian yang manis. Mungkin Allah ingin menguji sejauh mana aku bersabar dengan qada’ dan qadar yang ditentukan olehNYA.
Kehilangan adalah sesuatu yang berat untuk dihadapi. Sama ada terpisah di dunia ataupun jauh di alam barzakh. Namun apalah yang ada dalam dunia yang fana ini jika dibandingkan dengan kehidupan abadi di alam akhirat. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk berubah. Menjadi insan yang lebih baik,lebih memahami,lebih sabar….
Ya Allah
Ampunkan segala salah silapnya
Ampunkan juga salah silapku
Tunjukkan dia ke jalan yang benar
Tunjukkan aku jalan yang benar
Permudahkan segala urusan dia dunia akhirat
Permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat
Aku tetap setia sebagai sahabat
Dulu,kini dan selamanya