Tuesday, March 30, 2010

AKU YANG TERHEBAT

Merupakan tajuk ceramah yang dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Shaikh Omar. Pada aku pengisiannya sangat bermanfaat dan sesiapa yang tidak menghadirinya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang yang rugi. Sejak bergelar pekerja, jarang sekali rasanya dapat menghadiri majlis-majlis ilmu. Lama sungguh tidak dipayungi malaikat. Tidak dinafikan pada awalnya ikutkan hati tidak mahu turun. Syukurlah terbuka hatiku pada hari ini.

"LIFE IS A SERIES OF CHOICES, DECISIONS AND CONSEQUENCES"
Itulah yang disebut oleh tuan penceramah dan ayat ini membuat aku tertarik. Ditambah pula dengan gaya penyampaiannya yang bersahaja, ada masa serius , ada masa disulami gelak ketawa. Maklumlah, 36 tahun sudah beliau bekerja dengan ‘bercakap di hadapan umum’. Beliau menyentuh peribadi sebagai seorang pekerja yang sepatutnya menyumbangkan tenaganya 100 %. Kerana nanti apabila kita dipanggil menghadap Pencipta, perkara yang utama akan disoal adalah TANGGUNGJAWAB.

"ENGKAU BUAT APA YANG TIDAK SEPATUTNYA ENGKAU BUAT.KENAPA?"

"ENGKAU TIDAK BUAT APA YANG SEPATUTNYA ENGKAU BUAT. KENAPA?"

"ENGKAU BUAT APA YANG SEPATUTNYA ENGKAU BUAT. ENGKAU TIDAK BUAT APA YANG SEPATUTNYA ENGKAU TIDAK BUAT. TAPI ENGKAU TIDAK MENGABDIKAN APA YANG ENGKAU BUAT.SAMBIL LEWA, BERGEMBIRA DENGAN RASA ITU SEDANGKAN ENGKAU TAHU ENGKAU BOLEH BUAT LEBIH DARIPADA ITU. KENAPA?"

Seram juga aku pada masa ini sebab suara dibuat ala-ala menggerunkan seolah-olah dialah Malaikat Munkar dan Nakir. Tersentak juga dibuatnya. Ya, kita sebagai manusia adakala memang tidak lepas daripada rasa berkira, malas dan tidak mengambil berat. Sekurang-kurangnya beliau telah menerapkan sesuatu yang mungkin boleh mengubah persepsi dan sifat negative seseorang. Bagi aku sendiri sebenarnya, jiwa ini telah lama kering dan sebentar tadi telah dibasahi titis-titis embun untuk mengingatkan aku bahawa dugaan yang aku alami adalah ujian yang Allah beri untuk menilai sama ada kita berhak atau tidak menerima kurniaan-Nya. Jika diuji dengan kesusahan, redhalah, sabarlah dan usahalah untuk melepaskan diri dari belenggu kesusahan itu. Sebaliknya jika kita diuji dengan kesenangan, redhalah, syukurlah dan manfaatkanlah kesenangan itu ke jalan yang diberkati.
Aku harap aku tidak akan lupa semua ini bila aku ‘dibambu’ esok. Ya Allah, selamatkan aku!

"A small bird fly in the sky. A man look at the bird. Suddenly the bird shit on the eyes.The man said 'Thank you Allah , alhamdulillah luckily it is not a COW'

PENGAJARAN: Berfikiran positif dan janganlah terlalu memikirkan hal yang remeh.LIFE GOES ON.


Thursday, March 25, 2010

Janganlah Dengki...Kita Serupa

Assalammualaikum….

Sedih…terkejut…pilu…

Kenapa?

Aku sedih sebab masih ada bangsa Melayu kita yang mengamalkan Phd (Prinsip Hasad Dengki). Aku terkejut kerana yang menjadi mangsanya adalah mereka yang rapat dengan aku. Aku pilu kerana mereka dirundung malang hanya kerana syaitan berjaya menghasut golongan tersebut.

Memang sukar untuk kita memuaskan hati semua pihak. Walaupun tiada sekelumit salah pun dengan orang lain, kita boleh dijebak dengan hasutan-hasutan insan yang busuk hati. Orang yang tidak percaya boleh percaya hanya kerana fitnah. Orang yang berusaha boleh jadi patah semangat dengan kata-kata manusia berperasaan dengki sebegini. Kurang senang jika ada orang lain lebih sedikit. Walhal setiap orang di muka bumi ini telah ditentukan rezeki masing-masing. Bumi Allah luas, bertebaranlah kamu mencari rezeki yang halal.

Bila hati sudah dirasuk, rasional mula diselaputi kelam. Fikiran tidak mampu menilai mana yang positif, mana yang negatif. Muncullah anasir-anasir buruk untuk menjatuhkan seseorang. Contoh yang paling mudah……

SANTAU

Selama ini aku pun kurang percaya dengan perkara-perkara ghaib seperti ini. Namun bila sahabat aku sendiri mengalaminya, aku jadi percaya. Mereka jadi lemah, hilang selera makan. Sudahlah tidak berselera, ditambah pula dengan muntah-muntah. Muntah bercampur darah dan bahan-bahan yang kita sendiri tidak tersangka. Kerja terbengkalai. Silap-silap boleh dibuang kerja. Punca pendapatan akan hilang. Mereka akan diseksa dengan menggunakan cara tersirat. Dalam kes lain pula, seorang temanku diugut seseorang untuk menghantar santau kepadanya. Aku jadi bimbang dan aku hairan juga. Kenapa manusia memilih jalan singkat dalam mencari kesenangan? Tidak bolehkah kita bekerjasama dalam semua hal? Bangsa lain berlumba-lumba membentuk komuniti bagi menjayakan bangsanya. Kita? Berlumba-lumba menghancurkan orang lain. Pernahkah terfikir, hidup ini ibarat roda. Tak selamanya kita di atas, dan tak selamanya kita di bawah. Allah Maha Adil. Setiap perbuatan pasti ada balasannya dan balasan Allah adalah sangat pedih.

Dengan hati tidak keruan semalam, aku cuba mencari cara-cara bagi mengelakkan terkena sihir. Mungkin aku boleh berkongsi dengan kalian semua dengan memaparkannya di sini:

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa
dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)


3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

Artikel ini aku jumpa d sebuah laman web.Ku ucapkan terima kasih kerana sudi memaparkannya untuk tatapan pembaca. Bagi aku wajar kita kongsikan bersama. Aku juga memohon pada Allah agar kita dijauhi dari rasa hasad dan sentiasa merendah diri.Dunia hanyalah pentas sandiwara. Kita adalah pelakon yang memainkan peranan yang diberikan Allah sebelum kita kembali mengadapNya.

Aku,hamba Allah yang sentiasa khilaf

Sunday, March 21, 2010

Nurhana Hanani....Comel!









Amacam? Comel kan ? Ini pengarang jantung kawanku. Masa buat gambar Nurhana, memang kadang-kadang aku ketawa sendiri. Senyum sendiri. Ya, sebab aksinya itu buat aku geli hati. Buat masa ni tengok gambar anak kawan-kawan je la. Anak sendiri belum ada lagi. Teman pun tiada.Hehehe.Bertuah betul kalau punya anak comel kan?

Sunday, March 14, 2010

Photo book dah siap!



Suka sangat bila album aku ni dah siap. Puas hati.Thanks U Print!

Letih Amat

SANGAT PENAT!

Itulah yang aku boleh gambarkan dalam perkataan tentang situasi aku sekarang. Kalau ada sesiapa yang boleh usulkan cara-cara nak menambah tenaga tu, bolehlah diwar-warkan. Mengalahkan career woman pun ada. Apa nak buat, nak tak nak terpaksalah pikul semua tanggungjawab yang amat berat tu sampai masa untuk diri sendiri pun dah hilang buat sementara.

Insya allah beban tu akan berkurangan dari hari ke hari. Bolehlah plan nak pergi bercuti pulak lepas ni (kononnya). Itupun kalau ada masa. Kalau ada event, punah lagilah harapanku untuk mensantaikan diri. Rasa dah ‘sezen’ sangat badan ni. Yelah, umur pun makin banyak walaupun tetap maintain cute. Auw!

Wednesday, March 03, 2010

Dah mula dah

Seperti biasa setiap trimester , apa yang kami panggil minggu stress telah bermula. Tapi kali ni aku rasa tidak membebankan walaupun masalah yang sama tetap ada (which I have plan to overcome it next trimester…perhaps). Paling baik aku berjaya mengawal perasaan marah aku depan pelajar dan bila menjawab panggilan. Applause!!! Alhamdulillah… harap-harap perubahan ini akan kekal. Aku akan sedaya upaya mencuba menjaga emosi dan tingkahlaku agar nampak lebih professional dan mesra. Well, maybe not all I can change especially when I am in serious mode. People will ‘die’ when I give that ‘evil’ look. Hahahahahah!!!

Terlalu banyak perkara yang harus diambil kira sejak aku berada di sini. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Orang lain mimpi indah-indah, aku mimpi suasana kerja aku. Malam semalam pun aku tak lena tidur. Sangat penat. Jadi hari ini aku tak larat nak balik lewat macam 2 hari lepas. Aku akan ganti balik hari Khamis dan Jumaat. Dalam unit aku ni, memang banyak pengorbanan harus dilakukan. Walaupun asyik kena hentam. Aku tekad untuk telan saja semua. Walaupun aku rasa sangat letih…

Bestnya kalau dapat pergi jalan-jalan di tempat yang penuh dengan bunga-bunga,pokok-pokok renek,pemandangan hijau,suasana sejuk….