Saturday, May 12, 2007

Bagaikan Puteri


Salam buat semua,
Pesta Buku KLIBF yang penuh gilang-gemilang telah pun berakhir, yang tinggal dalam diriku hanyalah kenangan yang akan aku semadikan dalam sanubariku hingga akhir hayat. Semoga tahun berikutnya aku masih berpeluang menghadirkan diri dan melihat-lihat karya terbaru yang dihasilkan penulis tanah air.
Buat pertama kalinya aku mula memberanikan diri beralih ke karya Ramlee Awang Murshid yang kerap kali aku pinggirkan dari koleksiku. Mungkin kerana title novelis thriller yang disandangnya membuat aku seakan tidak berminat. Mungkin juga kerana aku rasa kurang sesuai dengan citarasa. Namun, aku ada terbaca di salah sebuah blog yang mengatakan novel ‘Bagaikan Puteri’ sangat istimewa. Lalu aku mengambil keputusan untuk memilikinya dan merasai sendiri pengalaman yang digambarkan blogger yang aku sendiri tidak ingat namanya. Ternyata telahanku meleset. Sememangnya aku dibawa meredah ke dalam 2 alam yang berbeza keadaan, terjerat di antara realiti dan fantasi. Cukup mempesonakan. Aku mengambil masa beberapa jam dari pagi hingga tengahari untuk menamatkan cerita yang cukup lain daripada novel yang pernah membuai perasaan. Masih menyelitkan soal kasih dan sayang dan lenggggok bahasa yang dikarang ringkas dan tidak meleret dan masih manis untuk dibaca. Tidak rugi aku membelanjakan wangku untuk novel ini. Sudah tiba masa untuk aku keluar dari kepompong dunia air mata duka kehilangan cinta dan kasih dan membuka minda untuk bahan bacaan yang lebih mencabar akal fikiran.
‘Bagaikan Puteri’ mengisahkan seorang gadis bernama Haryani yang melangkah ke dimensi di luar jangkaan manusia setelah disahkan koma akibat diragut manusia berhati haiwan. Beridentitikan puteri Majapahit lantaran hilang ingatan akan status diri. Dipertemukan dengan seorang jejaka berpersonaliti menawan dan berhati waja,Laksamana Sunan yang tidak gentar berjihad melawan kebatilan yang dicetuskan mereka yang bersekongkol dengan iblis. Dicintai Laksamana Sunan serta Dani yang menanti di alam nyata,Haryani harus membuat pilihan.Walaupun cintanya pada Laksamana Sunan cukup tebal hingga dia rela untuk terus berada di kurun ke-15,namun keadaan tidak menyebelahi cinta suci ini apabila Laksamana Sunan terpaksa ‘mematikan’ Haryani supaya dia boleh pulang menemui keluarganya dan menjalani kehidupan sebenarnya di abad ke-21.
Novel ini membuatkan aku teruja untuk memiliki novel ‘Cinta Sang Ratu’.Bulan depanlah,bulan ni dah kayap belanja kat book fair.Heheheh...


2 comments:

faisal said...

impressive..!! hebatla awk ni..dari pagi sampai tengahri baca novel tu...siap bleh komen lagi tu..:)

emm, sy teringat dedulu masa baca buku cite tenggelamnye kapal van der wich karya hamka tu...bukan edisi yg baru tapi yg tulisan indonesia dulu2...(jumpe buku tu kat umh atuk)..tulah last rase nak nangis bila baca novel..hihiiii

Arlina said...

Hahah!Saya menganggap dengan mebaca novel tu satu terapi bagi saya untuk meredakan kekusutan fikiran.Dan untuk melihat bagaimana penulis ternama menggarap idea dan mengadun bahasa sehingga terhasilnya sebuah karya terindah.