Sunday, June 10, 2007

Cinta Platonik?

Cinta Platonik- aku sebenarnya tertarik dengan artikel yang dipaparkan dalam majalah In Trend yang aku baca di rumah. Pada mulanya aku sekadar ingin tahu,tapi apabila aku mambacanya ternyata terkena batang hidung sendiri! Macam tahu-tahu saja majalah ini,munculnya secara tiba-tiba sahaja di rumah.
Ia merupakan definisi bagi melambangkan hubungan akrab lelaki dan perempuan yang terjalin atas dasar sahabat karib. Perhubungan tanpa cinta ini dapat dirasa apabila keduanya begitu selesa untuk berkongsi rahsia, meluahkan perasaan, bercerita apa sahaja dan sentiasa bersama sahaja. Dinyatakan juga di sini, sukar untuk melawan perasaan yang berputik seandainya salah seorang daripadanya tidak mustahil akan berputik cinta dalam hatinya.

5 cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka yang mempunyai sahabat karib yang berlainan jantina:
*DEFINISI PERHUBUNGAN- kenal pasti apakah bentuk serta niat hubungan kamu berdua. Sekiranya hanya sekadar teman rapat,bertindak sebagai teman rapat dan jangan melebihi batasan kerana salah seorang daripada kamu mungkin akan merasakan kelainan dalam perhubungan itu.
*ATASI TARIKAN-pandai-pandai mengawal emosi atau perasaan dalam menjalinkan hubungan,jauhi daripada melakukan sesuatu yang dapat menarik daya seksual dalam perhubungan. Sekiranya kamu hanya berkawan baik sahaja,elakkan memegang tangan atau membelai rambut dan wajah pasangan agar tidak tercetus sebarang perasaan di antara kamu.
*KRITIKAN-sudah menjadi lumrah alam,manusia akan mengeluarkan kritikan sekiranya melihat pasangan karib yang berlainan jantina bermesra-mesra. Nak atau tak,terpaksalah pekakkan telinga.
*TEKANAN PERASAAN-berteka-teki tentang perhubungan. Adakah suatu persahabatan jujur atau cinta sudah berputik. Namun tidak mampu menyuarakannya kerana takut hanya bertepuk sebelah tangan.
*BERTUKAR CINTA-hati dan perasaan tidak dapat disekat dengan jendela besi untuk tidak menerima cinta. Ia lahir dari dalam. Kemungkinan cinta seorang kawan mampu berubah menjadi cinta sejati. Itulah kuasa cinta.
Artikel ini membuatkan aku berfikir...apa yang sedang aku alami sebenarnya?Apa yang aku cari dalam hidup ini?Ya Allah,kenapa harus terjadi lagi perkara yang membuat jiwa menjadi keliru...

No comments: