Wednesday, February 28, 2007

Sejambak Mawar

KUNTUM 1-Ketahuilah bahawa Allah akan mengampunkan orang yang memohon ampun,akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat

KUNTUM 2-Prihatinlah dengan orang yang lemah,anda akan bahagia penuhi hajat yang memerlukan,anda akan disembuhkan. jangan bawa kebencian,anda akan dihargai.

KUNTUM 3-Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon ampun untukmu dan syurga telah menanti anda.

KUNTUM 4-Bersikap optimislah dalam hidup dengan bersangka baik kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingati semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.

KUNTUM 5- Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.

KUNTUM 6- Contohilah pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya.

KUNTUM 7-Adakah kesediha dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan?Lantas apa gunanya kita bersedih?

KUNTUM 8- Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan

KUNTUM 9-Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.

KUNTUM 10- Mandi,berwudhuk,memakai wangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.



petikan dari buku "MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA"
hasil karya "DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI"
Bunga? Heheh...captured by me at Rose Garden,Cameron Highland.Indah kan ciptaan Allah?

Friday, February 23, 2007

Tak ada kerja


Malam tadi terasa nak melukis.
Inilah jadinya,main hentam kromo.
Suka lukisan Jakall, aku refer karya dia.Nak create sdr tak pandai.
Lain-lain,refer majalah...mostly Blues Selamanya.
Hehehh..

Wednesday, February 14, 2007

Rahsia Bulan Lahir

**BERDASARKAN KAJIAN SELAMA 25 TAHUN OLEH DATO FADZILLAH KAMSAH .....

JANUARI>>>>bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI>>> berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC>>>>> berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL>>>>> sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI>>>>> > kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

JUN >>>>> >berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI>>>>> > Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

OGOS >>>>> suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan

SEPTEMBER>>>>> > sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik

OKTOBER >>>>> suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

NOVEMBER >>>> banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER >>>>> Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

**aku petik daraipada paparan di www.ebaazar2u.com untuk dikongsi bersama.Ada yang tepat dengan personaliti anda?

Sunday, February 11, 2007

Badai di Hati

Mata aku terasa perit. Penangan novel karya Fazie Hanna berjudul ‘Badai di Hati’. Hatiku disayat pilu sejak bab permulaan hinggalah ke akhirnya. Tambahan pula aku membaca dalam suasana hening dan sunyi bersulamkan bunyi putaran bilah kipas di kamar. Saat itu semua penghuni di baiti ku telah lena dibuai mimpi.
Setiap kali membaca novel, akan terdetik satu persoalan di benakku. Macam mana mereka mampu menggarap idea kemudian tampil mempersembahkan karya mereka dengan baik sekali? Mengusik emosi para pembaca seperti aku? Ya, ku akui aku memang sensitif. Hehhe… aku dalam usaha memperbaiki kelemahanku yang satu ini. Sensitif, biar berpada.
Ingin aku sampaikan ucapan terima kasih buat seorang teman yang sudi menghubungiku semalam. Lama juga kami berbicara. Seperti biasa, aku akan kehabisan kata atau mati akal setiap kali dia melemparkan pendapatnya. Adakala tak mampu aku menangkis. Katanya aku panas baran. Ah, manusia berhak memberi pandangan melalui apa yang dilihat. Ada benarnya,aku hot tempered…ya..namun sekurang-kurangnya aku berusaha mengawalnya walaupun ada ketika hati ini terbakar dek amarah yang tercetus akibat sesuatu. Aku bukanlah tidak boleh ditegur,malah aku mudah dilentur. Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai personaliti. Ada lebih, ada kurang.
Ada katanya yang sedikit sebanyak mencuit naluriku sebagai seorang perempuan…
“Lelaki dalam lingkungan usia 21-26 tahun lebih mementingkan kerjaya dan mungkin keluarga. Tak salah kalau lelaki berusaha mencari gadis yang terbaik”
Ya,memang tak salah. Cuma yang silap,jangan memberi harapan,kemudian bertindak menghancurkan dengan alasan mencari yang terbaik. Andai diri sendiri tidak sehebat Saidina Ali,janganlah berangan memiliki pasangan seperti puteri Rasulullah,Fatimah Az-Zahara. Sebagai seorang perempuan, kita hanya ibarat mentimun…menggelek pun terluka,digelek apatah lagi. Keputusan di tangan mereka. Mengenangkan ini semua, aku bertindak tidak mahu memikirkan semua ini. Perjalanan hidup masih panjang,dan aku telah dikejutkan dari lamunan.
Dalam usia mencecah 25 ini,persoalan hatilah yang sering mendapat tempat dalam perbualan,kan?Naik lemas dibuatnya. Hahahah…ada seorang teman berkata,aku akan kahwin umur 30. Ye ke? Aku harap masa tu aku sudah berjaya dengan kerjaya aku. Itu matlamat yang harus dituju. Lain-lain tu…x naklah fikir.kan?
Kelopak mata pun semakin memberat. Konon nak stay up nak menyambung cerita. Aku sendiri teruja nak tahu apa ending cerita aku ni ye? Eheh..:p

Thursday, February 08, 2007

Dipermainkan teman...Inikah Ertinya Cinta

Azlan yang sedang membuat dressing Big Mac mencuri pandang telatah teman barunya. Dia turut kesal dengan sikap Kak Ogy yang selalu terlepas kata. Lydia juga turut perasan akan insiden tadi tapi dia sendiri tak mahu ambil pusing akan perkara itu. Sudahnya, dia dan Azlan saling berpandangan dan mengangkat bahu tanda tidak tahu apa yang harus dibuat. Haruskah mereka memujuk Arina? Sekali lagi Azlan melirik pada Arina yang kelihatan sibuk di sinki. Muka Arina berkerut. Menahan perasaan barangkali. Ingin dia memujuk sebagai kawan, namun keadaan tidak mengizinkan. Dia sendiri terlalu sibuk menyediakan permintaan pelanggan. Sekejap lagilah aku slow talk dengan dia, Azlan membuat keputusan.
Semua burger Big Mac yang telah sedia dihantar ke kaunter PC, tempat di mana Kak Ogy bertugas. Seterusnya menjadi rutin Kak Ogy sebagai PC memasukkan burger-burger tersebut ke dalam kotak bungkusan khas. Setelah itu, semua burger yang siap dibungkus akan diletakkan ke dalam bin bagi membolehkan krew di kaunter mengambilnya untuk diberikan kepada pelanggan.
Arina menyimpan kembali botol-botol sos yang telah diisi semula ke tempat asal. Apabila dia menoleh, Azlan menggamitnya agar datang kepadanya.
“Kenapa?”soal Arina tatkala dia menghampiri Azlan.
“Kecil hati dengan Kak Ogy?” Azlan membuat tekaan.
“Tak adalah.” Jawab Arina malas. Dia tidak mahu memanjangkan insiden tersebut. Sakit hatinya biarlah dia yang menanggung. Orang lain tak perlu ambil tahu. Azlan tersenyum sinis kerana dia tahu Arina berbohong.
“Sabarlah. Dia memang macam tu. Lama-lama kau akan biasa. Aku dulu pun macam kau juga masa baru-baru masuk. Jom, tolong aku stock up patties.” Arina mengekori Azlan menuju ke freezer. Sebaik pintu freezer dibuka, wap dingin ais beku menerpa wajah mereka berdua.
“Sejuknya!”Arina berkata sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam.
“Sejuk? Nama pun freezer. Memang saja aku ajak kau ke sini. Nak padamkan api kemarahan yang marak dalam hati kau tu. Kalau nak tahu, muka kau tu masam mengalahkan pickles yang aku letak dalam Big Mac tadi tau.”usik Azlan. Arina cuma tersengih menahan malu. Sampai macam tu sekali wajahnya diibaratkan. Mesti hodoh benar. Azlan membuka penutup peti sejuk beku dan mengambil 2 beg plastik beef patties manakala Arina sendiri mengambil 2 beg plastik Mc Chicken Patties.
“Eh,kenapa pintu ni tak boleh bukak Lan?” Arina berteriak cemas apabila pintu tidak mahu terbuka bila dia menolaknya.
“Ha,tak boleh bukak? Kau tolak tak kuat kot.” Azlan menolak pintu freezer menggunakan badannya. Cubaan pertama tidak berjaya. Dia mengumpul kudrat dan menghempas badannya ke pintu dengan sekuat tenaga. Cubaan kedua turut gagal. Hairan. Selalunya sekali tolak sahaja pintu sudah terbuka meskipun diakui pintu ini agak berat binaannya. Pasti ada orang yang menahan pintu ini dari luar,fikir Azlan.
“Tak boleh juga,Lan?” Azlan menggeleng. Arina mula merasakan kedinginan menjalar hingga ke tulang. Habislah, aku tak nak mati beku kat sini! Tak pasal-pasal jadi frozen meat Mc Donald,sungut Arina namun hanya bergema di dalam hatinya saja.
“Rileks,aku cuba lagi,” baru sahaja Azlan ingin melakukan cubaan ketiga, tiba-tiba pintu terbuka luas. Arina menarik nafas lega. Nasib baik ada insan yang tergerak hati untuk membuka pintu freezer ini.
“Ya Allah. Azlan? Arina? Apa yang korang buat berdua-duaan kat sini?” Muazam tersembul di muka pintu. Azlan menapak keluar dari bilik freezer dengan wajah selamba diikuti oleh Arina di belakangnya. Wajah Arina merah padam kesan ekoran terperangkap dalam freezer yang suhunya mencecah takat beku.
“Kot ye pun nak dating, carilah tempat yang bersesuaian sikit. Dalam peti ais pun jadi. Haha!” meledak tawa Kak Ogy dan Muazam. Azlan cuma menggelengkan kepala. Tahu sangat dengan hobi lazim mereka yang gemar menyakat. Dia cukup pasti ini angkara Muazam dan Ogy.
“Habis merah muka Ina, macam udang kena bakar. Kau ni tak patutlah,Lan.” Ujar Kak Ogy menguatkan lagi agenda usik-mengusik.
“Mesti gempak kalau jadi headline suratkhabar kan? Sepasang remaja belasan tahun ditangkap khalwat...di dalam peti ais!” kata-kata Muazam disambut dengan kekekan kuat Kak Ogy.Lydia yang sedari tadi menahan tawa tidak betah lagi mengawalnya dari meledak. Arina mengetap bibir dengan kuat. Ikutkan hati yang menggelegak, ringan saja tangannya ini ingin hinggap di pipi Muazam yang montel itu. Biar melekat ‘cop mohor’ 5 jarinya di situ sebagai peringatan agar tidak memperlekehkan dirinya. Tapi mana mungkin dia seberani itu menampar anak orang. Uh!

Tuesday, February 06, 2007

Pengalaman...Inikah Ertinya Cinta

Letihnya Ya Allah, desis Arina sambil merebahkan tubuh kecilnya ke atas tilam. Matanya menerawang ke atas siling. Hari pertama dilatih Shamsul cukup membuatkan dia terasa betapa sukarnya pekerjaan ini. Semuanya harus bergerak pantas. 6 jam dia berdiri tanpa sempat untuk duduk walau sekejap. Pelanggan pula tidak putus-putus datang ke premis mereka.
Matanya dipejamkan sambil mengingati apa yang telah dilaluinya hari ini. Shamsul mengajarnya cara untuk mengendalikan bahagian vat. Selama ini dia hanya tahu makan sahaja segala menu yang terdapat di Mc Donald. Kali ini, dia berpeluang untuk menyediakannya sendiri. Pertama sekali dia diajar cara-cara untuk menyediakan burger Mc Chicken. Mula-mula dia memerhati setiap langkah yang ditunjukkan Shamsul kepadanya. Kemudian, Shamsul mengarahkannya untuk melakukannya sendiri di bawah pengawasannya. Serba kekok ditambah pula dia merasa tidak senang kerana Shamsul serius memerhatikan cara dia bekerja. Hendak dihalang, manakan boleh kerana memang itu tugasnya sebagai instructor kepada dirinya. Hendak tak hendak,dia meneruskan sahaja walaupun keadaan menjadi serba tidak kena. Adakala dia perasan mata Shamsul seakan merenung tajam padanya.
Ketawa Arina tiba-tiba mengenangkan kekalutannya di tempat kerja.Sos untuk burger Filet O Fish diletakkan di dalam burger Mc Chicken. Mujurlah dia tidak dimarahi. Warna untuk kedua jenis sos ini agak serupa cuma sos untuk burger Filet mengandungi cebisan-cebisan sayuran yang sepatutnya jelas perbezaanya. Entah apalah pandangan Shamsul terhadap dirinya. Sejenak wajah Shamsul yang dipanggilnya abang seakan terpapar di depan mata. Dia memanggil dengan panggilan abang sebagai tanda hormat memandangkan Shamsul lebih tua daripadanya. Tidak lebih daripada itu. Memang dia sendiri akui Shamsul memiliki raut wajah yang bisa menggetarkan hati insan yang bergelar perempuan. Melihat dia tersenyum sahaja sudah cukup membuat hati yang suram berubah ceria. Namun untuk jatuh cinta..ah, sama sekali dia tidak terfikirkan hal itu.
“Tak nak makan ke Along?”suara ibunya mematikan terus lamunan dan mengembalikannya semula ke alam nyata. Tersembul wajah ibunya di balik pintu kamarnya yang separuh terbuka.
“Kenyang makan kat tempat kerja tadi.”Malas sahaja Arina menjawab. Dia betul-betul keletihan. Terasa bagaikan hendak patah tulang-temulangnya.
“Tak apalah kalau macam tu. Kalau lapar nanti, mak ada simpankan lauk kat bawah tu. Jangan lupa solat dulu sebelum tidur.”
“Baik,mak.”ujar Arina. Sebaik sahaja ibunya beredar dia terus bangkit untuk menunaikan solat Isyak pula. Nanti kalau dilengahkan bimbang pula tertidur hingga ke keesokan pagi. Matanya pula seolah-olah tidak mampu untuk dibuka. Longlai dia melangkah ke bilik air. Segar semula setelah wajah dibasahi air wuduk.
Selesai solat, dia merebahkan diri untuk melelapkan mata. Tak termampu lagi diri ini untuk bertahan. Selang beberapa minit dia meletakkan kepala di atas bantal, Arina terus hanyut dibuai mimpi.
**************************************************************

Hari ini masuk hari kedua sesi latihan. Arina dan Mazni tiba lebih awal dari semalam. Sementara menanti waktu shif mereka bermula, mereka mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pengalaman mengenai peranan masing-masing.
“Susah juga kan kerja sini. Panik je aku. Tu baru menolong Azlina sediakan kentang goreng untuk customer. Belum ambil alih sepenuhnya tugas kaunter. Tengok Azlina cekap betul. Menu kat sini semua dia hafalRupanya ada masa yang ditetapkan untuk kita serve customer. Kalau kita ambil masa melebihi daripada had masa yang ditentukan,maknanya kita tak menepati standard melayan pelanggan.” Terlopong mulut Arina mendengar ulasan Mazni mengenai tugas yang dipikulnya di kaunter. Agaknya penyediaan makanan juga diambil kira dari segi masa penyediaan, fikir Arina. Jadi dia sendiri harus tangkas dan pantas.
“Kau pula macam mana?Okey kerja kat dapur?Belajar masaklah kau ye. Lepas ni handallah kau memasak kat rumah. Dapat trainer hensem lagi. Memang berbaloi duduk panas-panas kat dapur ni.” Sekali lagi Arina menjadi mangsa gurauan Mazni.
“Biasa je. Kau tahu je la kan selama ni aku pandai makan je. Semalam pertama kali dalam hidup aku pula kena prepare untuk orang. Sos untuk Filet aku bubuh kat Mc Chicken. Nasib tak kena bambu dengan abang Shamsul.”
“Uhuk, patutlah terbatuk je dari tadi rupanya ada orang mengumpat saya” Kehadiran Shamsul mengejutkan mereka berdua. Alahai, bila masa pula dia ni muncul? Tahu-tahu terjengul je kat belakang. Saja mau bikin malu la mamat ni, sempat Arina mengomel dalam hati.
“Mengumpat belakang-belakang bang. Ni depan-depan bukan mengumpat.”
Sampuk Mazni. Shamsul yang selesai meletakkan beg dan topi keledarnya menghampiri mereka berdua.
“Kalau bukan mengumpat,apa pula namanya?”soal Shamsul pula.
“Tu namanya mengata,” balas Mazni sambil ketawa. Arina turut menurut jejak Mazni. Shamsul hanya menggeleng sambil tersengih. Terkena pula dia hari ini. Dalam diam dia membuat perbandingan. Mazni lebih peramah berbanding Arina yang pemalu tetapi sentiasa tersenyum.
“Ooo,kenakan orang. Tak apa,ada lori ada bas,”sahut Shamsul enggan mengalah.
“Rilekslah Abang Shamsul. Saya bergurau je. Tapi kalau abang merajuk, saya suruh Ina pujuk,” balas Mazni selamba. Arina menggelengkan kepalanya. Mazni ni kan..ish geram sungguh aku, rungut Arina sendirian. Balik-balik aku juga!
“Ina nak pujuk?Kalau macam tu abang nak merajuklah hari-hari” balas Shamsul lagi lantas melirik ke arah Arina. Arina sudah mula tidak senang duduk menjadi bahan usikan mereka berdua. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah tersenyum. Tak tahu apa yang patut dibalasnya.
“Wah,riuhnya kat sini. Ada apa-apa yang menarik ke?”tiba-tiba muncul satu lagi suara yang cukup Mazni kenali. Azlina menjengukkan diri dari balik pintu. Dia juga baru tiba seperti Shamsul.
“Tak ada apa. Si Mazni ni ha,suka sangat menyakat orang”Shamsul menjawab. Mazni tersengih ibarat kerang busuk.
“Betullah bang. Itu skill dia yang paling utama. Dengan customer pun dia boleh main-main. Bahaya betul,tapi bagus juga. Mesti kita ada ramai regular customer lepas ni.”Jelas Azlina sambil menepuk bahu rakan didiknya. Mazni tersengih nakal.
“Mestilah,itulah salah satu cara perkhidmatan pelanggan yang baik. Kita mesti peramah,jadi pelanggan akan rasa dihargai.. kemungkinan untuk mereka datang lagi amat besar. Siapa yang untung?”
“Kitalah untung!”serentak jawapan terpacul keluar dari bibir Azlina,Arina dan Shamsul.
“Pandai anak-anak muridku sekalian. So,hari ini aku nak buat apa pula Azlina?” soal Mazni.
“Jom tolong aku stock up beverage. Hari ni kalau sempat aku akan ajar kau buat Sundae. Amacam?”
“Set!” setelah meminta diri, mereka berdua beredar untuk memulakan tugas. Tinggal Arina dan Shamsul sahaja di ruang rehat. Suasana menjadi sepi seketika.
“Macam mana training semalam?Boleh ikut?”Shamsul memecahkan kesepian dengan memulakan kata.
“Boleh kut,”Balas Arina ringkas.
“Kenapa ada ‘kut’ pula kat belakang tu?Ina rasa susah ke?Atau tak yakin?”Soal Shamsul lagi. Dia inginkan kepastian supaya segala kelemahan dapat diatasi.
“Susah juga. Maklumlah,pertama kali. Saya risau juga kalau saya menyusahkan abang Shamsul nanti. Saya ni lambat sikit bang,”Perlahan saja suara Arina di pendengaran Shamsul. Oh, itu yang mengganggu fikiran gadis kecil molek ini. Takut menyusahkan aku rupanya,bisik hati kecil Shamsul.
“Ina,tu la suka fikir yang bukan-bukan. Semua tu boleh diatasi Ina. Yang penting,Ina sendiri ada usaha untuk memperbaiki prestasi. Tak apalah,bak kata orang alah bisa tegal biasa. Jangan risau sangat,okey?Ina ingat semua krew kat sini datang-datang je terus boleh buat kerja?Mereka pun sama je dengan Ina. Jadi,jangan rendah diri lagi,okey?” nasihat Shamsul sedikit sebanyak memberi kesan positif pada diri Arina. Hatinya beransur lega. Senyuman dilemparkan pada Shamsul atas dasar berterima kasih atas kata-kata dorongan yang dititipkan buatnya.
“Macam tu la. Manis Ina bila senyum,kan?Okeylah,kita mulakan latihan sekarang. Abang nak tengok Ina handle kitchen macam mana. Semalam Ina dah belajar cara buat Mc Chicken kan?Hari ni abang akan ajar Ina cara untuk menyediakan Filet-O-Fish,pai epal dan nanas juga nugget. Jom.” Mereka berdua mengatur langkah menuju ke ruang dapur.
“PC! One Mc Chicken!” suara lantang Azlina mengejutkan Arina yang baru tiba di ruang dapur. Jam baru pukul 10.30 pagi dah ada pelanggan? Tepat pada waktunya mereka berdua di sini. Arina menjengukkan sedikit wajahnya ke ruang lobi. Ada 2 orang pelajar lengkap berpakaian sukan sedang membuat pesanan. Hmm..budak-budak sekarang sudah mampu melaburkan duit mereka di restoran makanan segera. Teringat sewaktu dia masih di alam persekolahan. Wang sakunya hanya bernilai RM 1 dan dibahagi dua. Separuh untuk sekolah pagi,separuh lagi buat belanja sekolah agama di waktu petang. Jauh sekali bedanya dengan masa kini.
“Thank you!”Shamsul menyahut. Dia membongkokkan badannya sedikit untuk mencapai bakul tempat simpanan apron yang letaknya di bawah meja. Satu dihulurkan untuk Arina. Dia sendiri mengenakannya kerana ini merupakan polisi yang perlu dipatuhi oleh krew yang bertugas di dapur.
“PC!One Mc Chicken,total two!”pesanan kedua pula diterima. Shamsul memberi isyarat kepadanya supaya memberi respon.
“Thank you!” Arina membalas. 4 keping ban roti dikeluarkan dari plastik. Kesemuanya diatur di atas tray khas lantas dimasukkan ke dalam bun toaster. Sementara menantikan ban siap dibakar, Arina mencapai daging ayam atau istilahnya chicken patties dari dalam freezer. Terpaksa dia menjengketkan kakinya memandangkan kedudukan freezer yang agak tinggi dia ats kepalanya. Dingin ais seta-merta menyerkup jari-jemarinya.2 keping patties tersebut dimasukkan ke dalam bekas khas lalu direndamkan di dalam vat yang berisi minyak yang telah dipanaskan pada suhu tertentu. Tidak lama kemudian, terdengar isyarat bunyi dari bun toaster menandakan ianya telah siap dibakar. Dengan penuh hati-hati dia mengeluarkan tray lalu diletakkan di atas meja. Arina mula melakukan dressing untuk burgernya. Lapisan pertama dia meletakkan salad dalam anggaran segenggam tangannya diikuti dengan sedikit sos krim berwarna putih untuk lapisan kedua. Sekali lagi bunyi bingit memecahkan suasana menandakan patties telah sedia untuk diangkat. Dalam keadaan ia masih panas Arina melatakkan kedua-duanya di atas sekali untuk melengkapkan lapisan ketiga. Selesai,Arina meletakkan ban terakhir untuk menamatkan dressing. Kemudian tray tersebut dihulurkan pada Shamsul yang sudah bersedia dengan kertas pembalut burger. Tanpa membuang masa Shamsul membalut kedua-dua burger tersebut lalu diletakkan di dalam ruangan khas. Sebagai product controller,dia bertanggungjawb menguruskan makanan yang disediakan oleh krewnya dan memastikan kuantiti yang septutnya disediakan untuk mengelakkan pembaziran.
“Jadi macam mana?Senangkan?”soal Shamsul. Arina mengangguk. Memang agak mudah,namun untuk melakukannya dengan kadar segera itulah yang menjadi persoalan.
“Abang nak Arina buat 5 Mc Chisken dan 5 Filet O Fish. Kejap lagi mesti ramai customer. Cara buat filet sama je dengan mc chicken,Cuma ban rotinya kita steam,bukan letak dalam toaster. Tekstur rotinya pun lain sikit,lebih lembut. semalam abang ada bagi manual penyediaan kan?”Arina mengangguk lagi. Memang semalam dia diberi manual penyediaan menu yang terdapat di restoran tersebut dan dia sudah membacanya. Arahan Shamsul dituruti dengan penuh rasa tanggungjawab.
“Kita terlupa sesuatu,”ujar Shamsul sambil menayangkan tangannya. Alamak,macam mana kami boleh terlupa nak pakai sarung tangan plastik ni? Cepat-cepat Arina mengambil dua pasang sarung tangan. Shamsul menyambutnya dari tangan arina. Mujurlah pengurus belum datang lagi. Kalau tidak...
“PC!Customer in,check product!” suara Kak Meera pula berkumandang
“Thank you!”Tanpa dirancang,Shamsul dan Arina menjawab serentak. Mereka berdua berpandangan. Tidak lama selepas itu,meledak tawa di antara mereka.





Monday, February 05, 2007

Jumpa siapa di PWTC?

Assalammualaikum

Burp! Ops,alhamdulillah…baru lepas lunch. Makan mihun hailam dan fresh orange. Terlalu kenyang dan penuh rasanya perut aku. Dah la pagi tadi melantak nasi lemak. Fuh,banyak tul makan hari ni. Buruk lantak.

Hari ni aku berkenalan dengan seorang student medic from Moscow, but actually he is originally from Malaysia. Kelantanese tak silap. Bila dengar student ambil medic ni, rasa cam…wow, how do they manage to lead that serious life everyday? Dulu aku pun nyaris jugak nak melibatkan diri dalam bidang perubatan…masa tu fikir tak dapat jadi doctor pun tak apa,jadi ahli farmasi pun ok. Tapi tak kesampaian. Last2 involve dalam IT.Hahahha…but till now I couldn’t get the suitable job which suits with my qualification. Rezeki tu ada di mana-mana. Agaknya aku yang tak yakin sebab dah lama tinggal dunia IT ni. Dah setahun,nak masuk 2 tahun.

Semalam aku terpaksa bertugas di PWTC sempena program MACPU-LAN Higher Education Exhibition 2007.Sambutan boleh tahan jugaklah. Ada sesetengah IPTS yang aku tak pernah dengar pun namanya. Kerja kitrg dok mengutip cenderamata atau informasi berkaitan kolej. Lim Kok Wing punya booth…serba hitam,dipagari koleksi computer jenama Apple. Fuh,cun la pc ni. Kalau aku dapat,memang syok! Memandangkan aku bekerja di UPM,jadi serba sedikit pameran ini memang membantu dalam mempromosikan universiti. Buat adik-adik yang masih mencari peluang,buatlah pilihan yang tepat. Pilih kursus yang menjanjikan peluang pekerjaan. Jangan jadi cam akak. Hahahha!! Tengah syok-syok explain kat seorang lady ni, aku tak perasan pun yang sebenarnya lady tu ialah Elly. Kalau korang masih ingat lagi rancangan reality tv3 Mencari Cinta. She’s seeking a place to pursue in masters. Aku tahu pun bila dia dah blah and my colleague yang inform. Sungguh tak perasan. Mula2 ingatkan kawan lama ke sebab memang muka familiar. Ahaks! Ntah apa-apa je aku.

Balik je rumah kira-kira pukul 6 lebih,rasa nak tidur je sebab letih berdiri. Agaknya kalau ada Anugerah Berdiri Paling Lama,memang leh menang. Tapi tak boleh tidur. Lagipun tak elok tidur waktu senja2 ni. Kebetulan malam tu ka nada Anugerah Bintang Popular,layan je la. Hos pun kelakar,tak kering gusi aku dibuatnya. Cuma aku tak gemar tgk pakaian artis wanita kita. Terdedah sana sini,depan belakang. Itukah yang dinamakan kemodenan? Itukah yang dilaungkan sebagai pakaian rasmi? Itukah ciri-ciri penduduk Negara Islam?

Apa pun,tepuk dada,fikirlah sendiri. Renung-renungkan,dan selamat beramal.