Friday, September 16, 2011

Sampai Syurga [2]

Khai mencari kelibat temannya dalam kelompok ramai hadirin di masjid. Namun Minn tidak kelihatan di celah ramai wanita yang mula mengambil tempat. Mana awak Minn? Awak betul-betul maksudkan yang awak takkan datang rupanya.
“Kau cari siapa Khai? Dari tadi tertinjau-tinjau. Kan bakal isteri kau dah sedia kat depan tu. Takkanlah tak nampak Lisa , si bidadari cantik tu?” usik Mazli, teman sekerjanya merangkap teman rapatnya juga. Khai menghantar pandangan ke arah Lisa. Lisa melemparkan senyum bahagia. Khai membalas senyum. Namun hatinya tetap rasa kosong. Seperti separuh jiwanya pergi. Sejak akhir-akhir ni jiwanya sering berbelah bahagi. Minn sahabatnya namun bukan sekadar sahabat biasa. Sepanjang mereka berkawan, sedikit pun mereka tidak pernah menyebut soal perasaan.  Walaupun tidak dinafikan timbul rasa kasihnya pada Minn. Namun mengenangkan perhubungannya telah dimeterai dengan Lisa, rasa yang kadang-kadang timbul disingkir jauh.
“Tak, aku cari kawan aku.”Lemah sahaja  Khai menjawab pertanyaan Mazli.
“Kau cari…Minn?”Mazli cuba meneka. Khai mengangguk. Mazli menggelengkan kepala.


Kenapalah Khai ni bodoh sangat. Aku yang selalu tengok Minn pun tahu yang Minn memang ada hati dengan Khai. Takkanlah dia sanggup nak tengok lelaki pujaan hatinya kahwin dengan orang lain. Kau memang bodoh Khai. Kata-kata itu hanya bergema dalam hati Mazli.
“Sudahlah Khai. Minn mungkin ada hal so dia tak dapat datang. Selama ni pun she has not let you down. Maafkanlah dia.” Mazli mengusap bahu rakannya untuk mengembalikan semangat Khai. Simpati Mazli pada Minn cukup menggunung. Harap-harap gadis itu tabah menerima dugaan ini.

No comments: