Wednesday, September 07, 2011

Huru Hara

Apa yang boleh digambarkan hari ini adalah huru-hara yang masih terkawal.

Setiap kali pelajar mula mendaftar, pasti masalah yang sama akan berulang.Kadang-kadang naik fed up pun ada.Mujurlah aku masih boleh mengawal tutur kata dan masih mampu menahan emosi.Bukan nak susahkan pelajar.Tak ada niat langsung.Tapi masalah yang terjadi di luar kawalan kami.Itu belum lagi kena berdepan dengan sesetengah orang yang mintak dilayan macam raja.Macam dia sorang je yang bayar yuran.Tak dapat nak marah, semua dihamburkan dalam blog aku yang setia ni.Hehehe.

Aku dapat news yang kurang baik tapi bagi aku ada hikmahnya.Semua yang terjadi telah ditakdirkan.Tak semua perkahwinan itu membahagiakan.Namun pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan diri dalam menghadapi masalah.Semoga Allah memberikan ketabahan, kekuatan dan dipermudahkan urusan buat seorang temanku.Sabar ye beb.Nasihat kau akan aku jadikan panduan. : )

Aku tidak berada di tempatnya tapi aku tahu rasanya bila terluka. Luka itu pula disebabkan oleh orang yang kita percaya,orang yang kita damba boleh menjadi pemimpin dan teman.Akhirnya harapan dan janji terlebur begitu sahaja.Sudahnya kita kembali meniti hari-hari sendiri.Bergantung pada manusia memang takkan kekal.Kerana kita hanyalah ciptaan yang fana.

No comments: