Wednesday, September 21, 2011

Cepatnya?


Pertengahan bulan Oktober?

Aku terkedu. Serta-merta rasa sebak menyelubungi hati. Nampaknya khidmatku di sini akan berakhir dalam masa beberapa minggu. Bilik mesyuarat 1 yang hening ini menjadi saksi. Apa lagi yang boleh dilakukan selain menerima ketentuan ini dengan lapang dada.

Sewaktu menerima email memaklumkan ada perjumpaan staf, aku sebenarnya telah memikirkan bahawa ada senarai penempatan untuk kami. Malangnya kami diberitahu yang senarai tersebut akan dikemukakan akhir bulan ini. Ah, cepat atau lambat sama saja.
Apa pun terima kasih kerana memberi aku peluang berkhidmat selama 6 tahun di sini. Banyak yang telah aku pelajari dan pengalaman menjalankan tugas di tempat ini amat mahal harganya. Baik manis atau pahit,semuanya akan ku satukan menjadi satu lipatan memori yang segar dalam sanubari.

Teman-teman,kuatkan semangat ya.

No comments: