Monday, September 26, 2011

Rupanya...

Bila dah balik rumah...baru teringat...

OT tak claim lagi !!!

Mana boleh tak claim.Terseksa jiwa raga stayback 2-3 minggu ni.Tapi part nak isi borang & minta signature tu la lemah.Ah, kena jugak.Nak duit ke tak nak?Jangan malas ! Baik, esok kena ingatkan diri sendiri.Settlekan OT anda sebelum anda pindah.Pindah? Huhuhu. Apasal la diorang tak circulate lagi penempatan kitorang ni.Penat tau nak berdebar-debar dan tertanya-tanya.Hari ni dah 26 Sep dah.Fail pun tak update lagi.Bila nak buat semua niiii arghhhh!!

Pertama kali jugak aku hantar bos ke stesen komuter.Ikutkan aku memang tak lalu pun situ.Tapi kesian pulak kat bos aku.So dengan machonya aku offer nak anto.Hahaha.Entah bila lagi ada peluang kan.Lepas ni tak tau hala tujunya.Sedih pulak lepas anta bos.Rupanya aku sayang jugak bos aku.Yela normal la kadang-kadang ada la selisih faham tapi apa pun aku tetap hormat bos aku sebab dia ni jenis yang boleh dibawa ke tepi, ke tengah ke depan dan ke belakang.Lepas ni aku dah tak boleh nak tunggang terbalik masa pendaftaran dengan bos aku.Serabut bila system down.Student bising tak boleh nak add course.

Apa pun sekurang-kurangnya aku bertuah dapat bos sporting berbanding unit lain.Tu belum suara mak tiri dia menjerit.Sampaikan aku rasa aku pun dah terikut sikit jejak langkah dia.Hahaha!!Al-maklumlah persekitaran kerja yang stress ni buatkan semua orang dah jadi singa.Entah berapa banyak binatang yang boleh diternak kalau masa pendaftaran.Binatang kena samak tu apatah lagi.Agak-agak kalau setiap kali binatang tu disebut,dia akan muncul..aku rasa boleh buat satu ladang ternakan.EEEEIIII !!!

Sebak la pulak tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Pasti ada hikmah di sebalik semua ni.Jadi, berfikirlah secara positif dan terimalah seadanya.

Babai !!


No comments: