Monday, September 05, 2011

Back to work

Hari pertama bekerja setelah cuti raya…
Memang sibuk sungguh keadaannya. Sampai nak photostate pun kena ambik nombor. Sudahnya tak kuasa aku nak menunggu.

Hari ini sedikit sebanyak berjaya mengawal emosi. Berusaha menjadi tenang walaupun sedikit berkocak dengan tindakan seorang manusia. Namun tak apalah. Anggap je itu kifarah dosa yang pernah aku lakukan sebelum ni. Aku pun bukan sempurna dan selalu berharap agar orang memahami aku. Jadi aku sendiri harus memahami dan memaafkan apa jua keterlanjuran dari segi tutur kata dan perbuatan.

Hari ni juga semua orang perasan aku mengenakan cermin mata baru. Adoi seganlah pulak kan. Obvious sungguh kan? Ada yang kata macam budak sekolah, nerd,designer…hahahah…aku gelak dan senyum je. Entah kenapa hari ni aku rasa tenang. Harap-harap esok pun semuanya berjalan lancar.

Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…
Terima kasih kerana memberi aku ketenangan.
Aku bersyukur.
Moga esok aku mampu menangani tekanan dan masalah dengan cara paling berhikmah.
Iringi dan tunjukkan aku jalan penyelesaian terbaik dalam segala kesulitan.

Nota: Jadual kuliah ada yang belum update dalam system.

No comments: