Tuesday, September 20, 2011

Berpisah Jua

Akhir-akhir ni blog aku ni memang dah jadi teman hidup aku. Apa je yang aku rasa akan kuluahkan dalam rumah keduaku ini.Tiada siapa yang melarang.Tiada siapa yang membantah.Yang tak suka dengan luahan aku boleh berkunjung ke tempat lain.Tidak sesekali aku memaksa dan meminta kalian mengadili apa-apa pun di sini.
Hari ini hari terakhir seorang kawan di pejabat. Syukur alhamdulillah, dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Kelantan.Perpisahan pertama yang aku lalui.Selepas ini pasti ada perpisahan yang seterusnya. Walaupun adakala berlaku perselisihan sewaktu bekerja, tapi semua tu tidak menjejaskan apa-apa.Sedih...namun inilah hakikat.
Saat ini aku rasa sangat sakit, letih dan sepi.Aku kecewa dengan diri sendiri sebab tak mencapai matlamat yang aku dah tetapkan.Aku kecewa sebab gagal merubah diri menjadi seperti mana yang aku harapkan. Kalau ikut prosedur ISO, banyak NCR ni.Hehe.Rasa nak je lelapkan mata lepas tu bila bangun semuanya berubah.Aku yakin semua yang berlaku ada hikmah tetapi kenapa tindakan aku tak menepati fkiranku?Hati aku tak begitu ampuh.
Sahabat, entah berapa lama lagi kita akan bersama kan? Jika kita berpisah, korang akan lupa aku tak? Mesti aku rindukan semua kenangan kita. Korang je yang faham & masih sudi menganggap aku sbg kawan walau macam manapun keadaan aku.Aku sedih sangat. Kalau aku kecewa, korang akan sentiasa menyokong aku. Sama-sama saling mendukung.Adakah teman di tempat baru sehebat kalian??
Apa pun, aku doakan yang terbaik di kalangan kita.Moga ikatan ukhuwwah kita tak terputus.Aku sayang korang semua dan aku minta maaf atas semua salah silap aku.

p/s: menangis teresak-esak waktu taip posting ni.sayu giler!

No comments: