Monday, May 03, 2010

AKHIR CINTA ABADI 4


"AKAN KUPERTAHANKAN"

Permintaan Putra untuk mengakhiri hubungan mereka adalah di luar jangkaan Raisya. Dia tidak menyangka Putra sanggup meluahkan hasrat tersebut. Apa yang Putra fikirkan hingga sanggup merobohkan tugu kasih yang mereka bina selama ini? Takkan hubungan yang telah berlanjutan ini tiada membawa apa-apa makna dalam kamus hidup Putra?

“Saya buat ini untuk kebaikan awak, Raisya. Fikirkanlah. Saya tak mahu awak terus-terusan dalam keadaan sedih dan bimbang. Saya nak awak jalani kehidupan normal.” Jelas Putra ikhlas. Dia menatap wajah Raisya yang merenung jauh. Dia tahu Raisya marah dengan kenyataannya. Putra sendiri sukar untuk melepaskan gadis pujaannya namun dia tidak mahu mementingkan diri sendiri. Baginya, kebahagiaan Raisya lebih utama.

“Tidak awak. Saya tak setuju.” Raisya bersuara. Dia sendiri ada agenda. Telah lama dia memikirkan hal ini. Ini bukti kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi pada Putra. Asalkan Putra setuju.

“Kita kahwin.”spontan ayat itu meluncur dari bibir Raisya. Tajam mata Raisya tepat memanah anak mata Putra.

“Kahwin? “ujar Putra. Tak terlintas langsung yang Raisya akan mengemukakan cadangan sebegitu.

“Dengan cara ni sahaja, saya berpeluang untuk jaga awak. Berbakti kepada awak sebagai seorang isteri. Saya ikhlas menyayangi awak,Putra. Susah senang kita kongsi bersama.” Raisya menundukkan wajahnya. Terharu dengan kenyataan Raisya, Putra melutut. Raisya yang sedang berdiri terkejut dengan tindakan Putra.

“Eh, awak kenapa ni?”

“Awak…pengorbanan awak ni terlalu besar. Saya tak boleh terima. Hayat saya tak panjang,wak. Kalau boleh saya nak awak jumpa orang lain yang boleh jaga awak. Saya tak mampu nak pikul tanggungjawab saya sebagai suami dengan sempurna kalau kita kahwin walaupun itu impian saya sejak dulu.” Raisya memegang bahu Putra dan turut melutut. Pasti orang yang lalu lalang di Taman Tasik Titiwangsa ini berprasangka yang bukan-bukan melihat aksi ala-ala filem Hindustan. Ah, biarkan mereka. Mereka tidak tahu apa yang sedang kami alami sekarang, getus hati kecil Raisya.

“Saya tahu dan saya faham. Jangan pertikaikan tanggungjawab awak. Bila saya dah buat keputusan ni, maknanya saya dah menimbang baik buruknya,Putra. Beri saya peluang untuk jaga awak,please?” Putra menghela nafas panjang.

“Takkan ada ibu bapa yang sanggup bermenantukan orang yang dah nak mati macam saya. Terimalah hakikat ni,Raisya.”

“Tidak! Saya, Qistina Raisya akan berjuang mempertahankan cinta ini. Kalau awak, Putra Afandi tak sanggup untuk masuk meminang saya, biar saya je yang hantar rombongan masuk meminang awak.Assalammualaikum!” Raisya melangkah meninggalkan Putra dalam keadaan terpinga-pinga.


No comments: