Monday, May 03, 2010

AKHIR CINTA ABADI 3


"DUHAI MAK,ABAH....FAHAMILAH"

“Kamu ke mana Raisya? Dah malam-malam macam ni baru ingat nak balik rumah?” tinggi suara mak mengejutkannya yang baru saja menjejakkan kaki ke rumah. Dia melirik ke arah jam dinding. Padanla, sudah pukul 11 malam. Tidak hairanlah mak melenting.

“Selalu kamu akan maklumkan pada abah atau mak kalau balik lambat,” abah pula mencelah. Perlahan Raisya menghampiri kedua ibu bapanya. Raisya betul-betul lupa untuk memaklumkan kepada ibu bapanya tentang hal Putra.Dia cuba menerangkan, namun badannya terasa letih dan mulutnya terasa berat. Tiada rasa mahu menceritakan apa-apa dengan fikiran yang kusut.

“Mak tanya ni Raisya.” Keras suara mak menegjutkan Raisya. Hampir menitis air matanya dijerkah begitu. Mak, maafkan Raisya mak. Abah, maafkan Raisya. Dia merintih sendiri.

“Sudahlah Raisya pergi mandi, solat dan tidur. Jangan buat hal macam ni lagi. Kalau Raisya kena kerja sekalipun, sekurang-kurangnya maklumkan pada kami. Jangan buat mak kamu risau memikirkan hal yang bukan-bukan,” Raisya hanya mengangguk lemah dan menyusun langkah menuju ke kamarnya yang berada di tingkat atas.

“Abang,” mak memandang wajah abah dengan pandangan tidak puas hati.

“Rosma, sudahlah. Raisya nampak penat sangat. Pasti dia ada alasan yang kukuh.” Pujuk abah. Suaminya selalu berlembut dengan Raisya. Maklumlah itulah satu-satunya racun dan penawar keluarga ini. Dia pula lebih tegas dalam mendidik puterinya. Sebagai ibu, dia tidak mahu amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah itu tersalah langkah dalam membuat perhitungan. Kata orang, menjaga sekandang lembu lebih mudah dari menjaga anak gadis seorang.

Raisya baru saja ingin melelapkan mata bila telefon bimbitnya berlagu.

“Assalammualaikum Raisya,” Raisya terbangun dari pembaringan. Panggilan yang dirindui.

“Wa’alaikumussalam awak.” Seakan tidak terkeluar suaranya tika mendengar suara Putra. Air matanya merembes keluar .

“Mama beritahu saya awak datang masa saya tidur. Lama awak tunggu saya kan? Tiba-tiba je badan saya rasa melayang masa balik kerja tadi. Tahu-tahu dah terbaring kat IJN” kedengaran tawa kecil Putra di sebelah sana. Awak masih boleh ketawa lagi kan,Putra.

“Raisya,are you still there?”

“Yup. I’m still here,”

“Raisya tidurlah dulu. Saya Cuma nak beritahu yang esok saya dah boleh keluar. Jadi awak tak perlu bimbang lagi.” Penjelasan Putra melegakan perasaan Raisya yang bergejolak. Raisya bertahmid.

“Raisya, esok boleh tak saya jumpa awak?”

“Boleh. Esok saya ambil awak di rumah. Awak masih cuti kan?”

“Ya,saya MC. Awak nak pick up saya? Tak apalah saya boleh drive .”

“Awak jangan nak mengada, Putra. Saya ambil awak esok. Lepas kerja. Muktamad !”

“Ok,ok. Amboi garangnya puteri ni. Kita jumpa esok. Tidurlah ya.”

“Putra, saya…” terkedu sebentar Raisya untuk menyambung perbualan.

“Ada apa Raisya?” soal Putra kehairanan.

“Saya sayang awak. Assalammualaikum .” suara sayu Raisya mencetuskan rasa hiba di hati Putra. Aku juga sayangkan kau, Raisya. Kerana terlalu cinta, aku harus membuat keputusan ini. Demi cinta…air mata lelakinya gugur jua.


No comments: