Monday, May 03, 2010

AKHIR CINTA ABADI 2



"KU MOHON KETABAHAN"

Mesyuarat yang dijangkakan akan tamat pada pukul 5 petang terpaksa dilanjutkan. Raisya mengeluh. Baru terfikir hendak pulang awal. Sudah 2 minggu dia kerap pulang lewat kerana hambatan tugas yang tidak pernah berakhir. Selama itu juga dia tidak berkesempatan bertemu Putra. Masing-masing juga punya urusan.

“Raisya, jomlah minum dulu. Bos kata lagi 15 minit kita sambung mesyuarat,” teman sekerjanya Lara menepuk bahunya dari belakang.

“Boleh jugak. Mana lokasi?” Raisya berpaling.

“Mana lagi. Bilik pantrilah. 15 minit je mana sempat nak lepak ‘mamak’,” Raisya mendengus. Lara ketawa melihatkan wajah kelat Raisya.

“Cakap macam nak pergi mana je. Ni tak lain nak suruh aku buatkan air kau la ni?” Lara tersengih lantas memaut mesra bahu teman rapatnya. Teman yang dikenalinya sejak di universiti. Rapat seperti adik-beradik. Sementelah lagi Raisya adalah anak tunggal. Kerap juga Lara membawa Raisya ke rumahnya sewaktu masih bergelar pelajar. Adik-adiknya memang suka kalau Raisya pulang bersama sebab pasti ada saja ole-ole yang Raisya hadiahkan. Sahabatnya itu memang sukakan kanak-kanak. Keluarga mereka berdua pun sudah saling mengenali dan kerap juga berbalas kunjungan.

Alunan lagu ‘Cinta Sempurna’ dari telefon bimbit milik Raisya memecah perbualan mereka berdua. Raisya memberi isyarat agar Lara pergi dahulu dan dia akan menyusul kemudian setelah menjawab panggilan. Lara yang faham menganggukkan kepala lalu beredar dari bilik mesyuarat.

“Hello,assalammualaikum Kak Raisya.” Ada sendu dalam suara pemanggil.

“Wa’alaikumussalam, Ecah. Kenapa ni?” Raisya mula kaget. Ecah adalah nama manja Aishah, adik kepada Putra. Kenapa Ecah menangis. Ada apa-apa perkara tak baik berlaku pada Putra? Raisya meneka dalam hati.

“Kak Raisya, abang Putra kat IJN sekarang. Dia pengsan masa balik kerja tadi. Kalau akak ada masa, akak datanglah ya,” lemah lututnya mendengar tutur kata Ecah. Dia cuba mengawal perasaannya dengan mengucapkan istighfar.

“Baiklah. Akak datang sekarang. Terima kasih sebab telefon akak. Apa-apa hal nanti call akak ok.” Talian diputuskan. Cepat-cepat dia melangkah ke bilik pantri. Kepada Lara dia menitipkan pesanan buat ketuanya yang dia tidak dapat hadir untuk sesi kedua mesyuarat kerana ada hal kecemasan. Lara berjanji akan menyampaikan pesan dan sempat mengingatkannya agar berhati-hati.

Setelah memarkirkan kereta, Raisya bergegas ke kaunter pertanyaan. Sedang petugas memeriksa daftar nama Putra Afendi melalui sistem, terdengar suara memanggilnya dari sisi.

“Kak Raisya,” lembut panggilan itu di telinga Raisya.

“Ecah,” mereka saling berpelukan. Ecah memegang tangan Raisya dan memimpin wanita itu ke wad abangnya.

Pintu dikuak perlahan. Papa dan mama Putra masih setia di sisi Putra. Raisya bersalaman sambil mencium tangan mereka berdua. Mereka sudah biasa dengan kehadiran Raisya sejak Putra memperkenalkan gadis sitimewanya pada keluarga 2 tahun yang lepas.

“Pakcik dan makcik dah lama ke di sini?” soal Raisya. Jelas terpancar kerisauan di wajah kedua orang tua ini.

“Sejam lebih. Raisya dari tempat kerja ya?”soal mama Putra. Raisya mengangguk.

“Kak, Ecah nak bawa mama dengan papa makan dulu. Minta tolong tengokkan abang sekejap,” Raisya mengangguk. Mereka bertiga meminta diri buat seketika. Raisya merenung Putra yang masih belum sedarkan diri. Putra,lelaki yang bisa mencairkan hati wanitanya sejak dahulu kini terlantar lemah. Remuk hatinya melihat keadaan ini. Awak, kuatkan semangat ya. Saya tahu awak memang takkan mengalah. Saya tetap akan tunggu awak. Awak, saya sayang sangat dengan awak, lirih Raisya sendiri.

“Raisya, makcik rasa elok Raisya balik dulu. Bukan makcik tak suka Raisya ada di sini, tapi nanti apa pula kata mak abah Raisya. Dah lewat ni. Tak manis anak dara balik lewat malam,”mama Putra berkata dengan teratur. Raisya cuma diam. Berat hatinya mahu meninggalkan Putra tapi ada betulnya kata-kata mama Putra.

“Betul kata makcik tu, Raisya. Lagipun esok kan Raisya kerja. Kalau Putra dah sedar, kami akan hubungi Raisya.” Balas papa Putra pula. Kedua-duanya sudah menganggap Raisya sebagai ahli keluarga mereka sendiri. Raisya mengangguk lemah. Dia meminta diri untuk beredar. Sempat dia melayangkan pandangan buat kekasih hatinya. Awak, saya balik dulu,bergema kata-kata itu dalam hati kecilnya. Ecah mengiringinya ke tempat letak kereta.

“Baiklah Ecah. Akak balik dulu. Kalau Ecah perlukan apa-apa,call akak.”Raisya memeluk gadis yang telah dianggap seperti adik sendiri. Esakan kecil tiba-tiba menerjah pendengaran Raisya.

“Ecah?”

“Ecah takut kak. Ecah takut abang Putra mati. Dia satu-satunya abang Ecah,kak.” Luluh hati Raisya mendengar luahan Ecah. Kakak pun berfikiran yang sama juga, Ecah.

“Ecah, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Mulai saat ini, Ecah kena tabahkan hati demi abang,mama dan papa Ecah. Akak yakin, Ecah boleh lakukan. Minta pada Allah agar dipanjangkan umur abang Putra. Ya?” Raisya menyapu pipi Ecah yang basah. Sekali lagi Ecah dirangkul dalam pelukannya. Putra memang memanjakan adiknya walaupun Ecah telah pun berada di tahun akhir pengajiannya. Tidak hairanlah adiknya ini terlalu sayangkan abangnya. Mereka hanya dua beradik.

Masuk sahaja dalam kereta, Raisya menangis semahu-mahunya. Tangisan yang lama ditahan sejak berada di dalam wad. Kenapa berat dugaan-Mu Tuhan? Mampukah aku harungi semua ini? Ya Allah,berikan aku ketabahan. Aku tak tega melihat dia derita.

No comments: