Sunday, August 07, 2011

Ramadhan 6

Sewaktu dikhabarkan berita yang salah seorang pakcik aku dimasukkan ke wad ICU, kami sekeluarga tidak mempunyai kesempatan untuk menziarahi beliau. Lalu pada hari Sabtu, 6 Ogos 2011 mak bercadang untuk pergi melawat.
Rancangan tersebut hampir gagal sebab adik aku yang sepatutnya membawa kami ke sana hanyut dalam lenanya. Puas sudah dikejutkan, namun dia endah tak endah. Aku pula bukanlah mahir nak memandu ke sana. Aku sendiri pun tak tahu kenapa susah sangat kalau nak ingat bab jalan. Bab lain Insya Allah. Dalam kekalutan itu, aku hampa sendiri atas kekurangan diri.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi tanda ada mesej masuk. Ah, seseorang yang sekarang memang istimewa dalam hatiku tapi bukan kekasih. Dia teman rapatku. Entah kenapa aku rasa dia penyelamat aku. Adakah Allah telah menggerakkan hatinya untuk membantu? Kerana dia selalu mengerti dan memahami kakaknya yang selalu sangat ‘blur’ kalau ada masalah. Hahahah. Kepadanya aku meluahkan masalah ini dan bagai pucuk dicita ulam mendatang dia menawarkan diri untuk membawa kami ke sana. Syukur Alhamdulillah, kepada mak aku khabarkan niat murni adik angkatku. Pada awalnya mak menolak sebab tidak mahu menyusahkan. Namun akhirnya mak setuju.
Sampai sahaja di Tingkat 12 Katil 22, Tuhan saja yang tahu betapa simpati aku melihat keadaan pakcik. Menurut cerita anak sulungnya, beliau telah disahkan menghidap kanser tahap 4. Ada ketumbuhan sebesar bola golf di peparunya sebab itu pakcik sakit dada. Buah pinggangnya juga sudah rosak 70%. Walaupun anaknya bercerita dalam keadaan tenang, namun aku mengerti dalam hatinya tidak tertanggung kedukaan dan kebimbangan melihat keadaan ayah setenat itu. Semua anak perempuannya berada di sisi. Anak lelakinya yang seorang itu tidak pula aku nampak. Mungkin esok gilirannya pula.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun,
Ringankanlah penderitaan pakcik…

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Penyayang,
Rahmati kehidupan  Luqman Fikri yang selalu tiba di saat aku memerlukan seseorang di sisi. Semoga dia bahagia di dunia dan akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Ampunkan dosa-dosaku…berkatilah rezeki yang telah ku perolehi. Aku berlindung d bawah rahmatMU. Jadikanlah aku insan yang redha dan tidak gentar akan kegagalan dan kepahitan.
Amin…amin ya rabbal alamin

No comments: