Friday, August 12, 2011

Ramadhan 12 : The Power of Heart


Assalammualaikum…
Hai , teman yang aku sayang…J
Hari ni memang hari yang bertuah bagi aku sebab dapat turut serta dalam program KLINIK HATI SIRI 6.Maklumlah selama ni memang sibuk sangat dengan kerja. Dah lama tak ada peluang keluar sekejap dari kepompong kerja.

Program ni mendedahkan tentang “The Power of Heart”. Bila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan heart? Ada kekeliruan sama ada menentukan heart itu jantung atau hati. Tapi dalam konteks ini, heart adalah jantung dan jantung ini dikatakan mempunyai ‘otak’nya sendiri atau heart brain. Orang Barat dah buat kajian mengenai benda ni yang sebenarnya ada disebut tersirat dalam ayat Al-Quran (tak sempat nak salin ayat apa). Kajian daripada University of Hawaii, jantung berfikir dan memahami. Ada banyak lagi keajaiban tentang organ ciptaan Tuhan ni. Kajian yang menarik daripada Paul Pearsall pulak,katanya:Ketika anda tiba-tiba sedih atau gembira,anda akan meletakkan tangan anda di dada tanpa disedari. Betul jugak kan. Tak pernah pulak bila excited pegang kepala. Kalau lupa ye tepuk dahi hahahah!!

Pernah tak kita berbicara dengan Allah dalam nada lembut atau kata lain romantic? Macam kalau cakap dengan awek  atau balak dulu-dulu masa bercinta? Teettt!! Kita selalu berdoa dalam bentuk formal kan? Tak pun tanpa sedar kita macam kurang ajar dengan Pencipta kita. Aku pun tak pernah. Cuma merayu pernahlah itu pun kalau dalam keadaan sedih. Nampak sangat macam kalau sedih je baru ingat nak doa kan? Bila Dr Azhar (penceramah) tu minta semua cuba cakap “Ya Allah, saya sayang Allah….saya rindu Allah…saya cinta Allah” dalam nada yang paling lembut…memang terasa sangat sebak (masa taip ni pun masih terasa sayu). Kalau selalu kita ada masalah, bila luahkan pada pasangan, kita akan lega kan? Tapi kenapa kita tak meluahkan pada pasangan yang benar-benar menjaga kita 24 jam, yakni Allah Azzawajalla?Allah lebih dekat dengan kita daripada nyawa kita sendiri. Lebih tahu apa yang tersimpan di dalam hati kita. Berlaku jujurlah pada Allah ketika berdoa. Luahkan apa yang tak terluahkan. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

Dr. Azhar ada bagi satu amalan:
DAdi awal (izin) | DAdi akhir (thank you)

Setiap yang kita lakukan hendaklah meminta izin dan diakhiri dengan terima kasih. Pendek kata, setiap masa kita berbicara dengan Allah. Contohnya:
Sebelum kita makan,cakaplah “Ya Allah, izinkan aku makan kuih ni Ya Allah. Semoga apa yang aku makan ini akan memberikan aku tenaga. Akan menjadi ubat untukku” walaupun kalau kita tengok logic akal makan kuih tu boleh ke jadi ubat? Tapi kita berdoalah. Jangan fikir macam mana ia akan jadi. Tawakal saja. Lepas habis ucapkanlah terima kasih kepada AllahItulah sedikit sebanyak yang akak boleh kongsi. Ada praktikal sebenarnya tapi tak dapatlah aku nak share kat sini. Ingat tau, masalah didatangkan untuk menghancurkan kekerasan hati. Supaya kita kembali semula menyedari bahawa tiada tempat mengadu selain DIA. Kalau  ada masalah, stress…jangan segan mengadu pada Pencipta kita. Kalau rasa sedih, adukanlah,”Ya Allah, aku sedih sangat Ya Allah…” kalau rasa tertekan, adukanlah “Ya Allah, jiwa aku tertekan dengan masalah….” Adukanlah apa sahaja kepadaNYA secara jujur. Insya Allah akan tenang jiwamu.

Sekian, salam sayang…

No comments: