Saturday, August 27, 2011

Ramadhan 24: Andai aku mampu lafazkan


Kena ingat tarikh ni sebabnya pada waktu itulah aku kena kerja sampai 6.30 pm. Tarikh ni jugak keje menimbun dan rasa letih double. Tapi tarikh ni jugak tarikh paling manis. Macam gula. Thanks to him. Yang sudi temankan aku berbuka puasa.  Walaupun kena buli je memanjang. Apasal akak kena buli ni? Hahahah!! Tapi aku tak kisah pun sebab dia memang buat aku ketawa dan gembira. Release tension.

Oreo Milkshake + Spaghetti Meatball (dipesan oleh En.LF utk saya)

Dah selesai aktiviti makan-makan, kitorang proceed ke aktiviti shopping-shoping. Tiba-tiba aku jadi blur tak tahu nak beli apa. Temankan dia je la beli baju. Amboi sekali angkut berapa budak ni. Nak pakai size M ye tapi nampak fit sangat pulak. Sila turunkan sedikit berat badan anda ye. Hahhahaha!!  Abang F.O.S pun dah suruh pakai saiz L tau. Nasib laa. Hihihi. Sementara dia masih nak buat pilihan terakhir, aku keluar kejap. Tertarik dengan cardigans yang dijual tu. Last-last aku rembat satu. Memang dah lama usha. Tak payah nak fikir-fikir lagi.

Dalam 9.30 kitorang gerak balik. Tapi lepas hantar aku balik, dia nak ke downtown pulak. Untung la boleh pergi ek. Hahah…eh, hikhik (kang sensitive lak an). Dalam borak-borak tetiba tersentuh kisah salah seorang ahli keluarganya yang memang selama ni menjadi tanda tanya. Aku memang tak akan tanya kalau dia tak cerita. Akhirnya barulah aku tahu satu hakikat. Aku diam je masa dia cerita. Cuba cernakan maklumat satu persatu. Faham apa yang dilalui. Kita memang tak boleh nak salahkan sesiapa. Aku memang sangat faham berada dalam situasi di mana seolah tak seorang pun yang cuba nak memahami,tak cuba nak memujuk saat kita hampa dan memerlukan seseorang. Tapi yang kami dapat hanyalah satu tindakan yang sangat-sangat tidak adil.

Bila dah sampai depan rumah,aku tengok adik aku. Bila dah tahu cerita ni, aku rasa adik aku ni memang harapan keluarga dan sangat berhati waja. Aku doakan dia takkan berubah supaya dia boleh menjadi pelindung keluarga dan sekaligus harapan kedua ibu bapa. Hati aku tiba-tiba rasa sebak dan berat nak tinggalkan dia. Rasa sayang sangat. Usia semuda itu telah diuji dengan ujian yang hebat. Dan bagi aku dia berjaya. Sedangkan aku yang lebih dewasa juga tewas dalam dugaan yang biasa-biasa.

Mulut aku terkunci nak menyatakan….aku nak sekali cakap masa tu tapi…tak mampu.

Aku nak sangat cakap…
Man, akak bangga sangat dengan awak. Akak harap awak tabah dan kuat demi keluarga awak. Sekarang, awaklah tulang belakang keluarga sebenarnya. Apa pun yang terjadi, jangan putus asa. Dalam lubuk hati ni, akak berterima kasih pada Allah sebab kita dipertemukan. Mungkin DIA mahu akak melihat sesuatu dan belajar sesuatu dari awak. Sebagai seseorang yang lebih gemar memendam rasa, ada banyak kekeliruan dan ketidakpuasan dalam diri ini.

Terima kasih kerana sudi menjadi teman. Walaupun akak tahu ia bersifat sementara. I know one day you will leave me and I will understand.Akak akan redha dengan segala ketentuan.Hope u will succeed in whatever you do.
If u need someone…and someone that u need never be when u in need…do not hesitate to find your sister here.

p/s: padahal hari tu aku dh bawak kain baju kurung nak beli tudung.camne boleh lupa???(ketuk kepala sendiri)

2 comments:

LuqmanFikri said...

andai itu takdir nya...biar kn aku seorg merasai nya..jgn di timpakan musibah ini ke atas insan yg lain...

itu doa man selalu...=)

jgn putus asa...verthing has it solution to be searched for...greatto have u sista..=)

Hanya Aku said...

Erk...jap2 bila pulak ada komen ni?????