Sunday, August 28, 2011

Ramadhan 28

Aduh, konon nak tidur sekejap. Dah niat nak bangun untuk solat dhuha. Terlajak jugak. Rasa letih kalau terlebih tidur bulan2 puasa ni.

Sebenarnya masa tidur aku bermimpi. Allahu Akbar. Tak sangka aku termimpi itu pulak. Tak terlintas di minda. Tak tercapai dek akal. Tak bolehlah nak dikongsikan kerana aku anggap ia sesuatu yang mahal dan peribadi. Tersenyum sorang-sorang aku. Macam real namun akhirnya aku tersedar dari lena. Kalaulah terjadi di alam realiti, apalah agaknya yang akan berlaku kan?

Ada yang kata mimpi itu adalah keadaan minda separa sedar kita. Tapi bagi aku itu sekadar entertainment dalam tidur. Macam genre filem. Ada filem animasi, komedi romantik, seram dan sebagainya. Tidak membawa sebarang maksud. Walaupun jauh di sudut hati kadang-kadang kita mengimpikan ianya menjadi kenyataan.

Namun…mimpi tetap mimpi.

Bukan realiti.

Hanya fantasi dan lintasan hati yang penuh dengan harapan.

Ya Rabb..tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redhai...

No comments: