Wednesday, August 03, 2011

Ramadhan 3

Hari ketiga…suasana dingin seperti biasa ketika sampai di pejabat. Hari ini aku tiba awal. Bergegas ke bilik Kak Rosez, pegawai IT kami (tumpang bilik ye kak!) untuk menyiapkan diri yang separuh siap ni. Aku telah berlengah sewaktu di rumah. Sudahnya selendang yang dipakai memberikan rasa kurang selesa. Inilah masalah perempuan kan? Semuanya serba tak kena kalau penampilan tidak dijaga.

Seperti kebiasaan juga, sebaik sahaja melabuhkan punggung di tempat duduk, perkara pertama…mestilah on PC aku. Hurm…macam biasa lagi… on FB. Hehehe…mengikuti perkembangan teman-teman sama ada dalam keadaan baik, susah atau duka. Alhamdulillah, rata-rata berada dalam keadaan baik.

Dari semalam aku akan mencuri peluang untuk melayari  blog rozarozlan.blogspot.com.Pada aku ada banyak nukilan yang boleh aku jadikan iktibar kerana semua yang dikongsi di sini adalah pengalaman dan luahan yang lahir dari hatinya. Aku memerhatinya sebagai seorang ibu, pensyarah dan wanita yang cekal dalam menempuh segala ujian yang mendatang. Peribadinya sangat ku kagumi dan berharap aku juga bisa tabah sepertinya.

12.45 tengah hari. Itulah waktu ketika mata ini menoleh pada jam dinding. Oh, hari ini tidaklah terlalu mengantuk berbanding 2 hari sebelumnya. Parcel aku pun dah selamat sampai. Gembiranya!

“Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesihatan untuk beribadah kepada-MU. Hanya engkau yang mampu mengubah segalanya dengan kekuasaan-MU. Ampunkan dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, kaum keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam di muka bumi ini”

No comments: