Thursday, January 18, 2007

Semuanya baru

Aku sedang ralit membalas mesej teman di yahoo messenger bila tiba-tiba sahaja teman sepejabatku meletakkan sehelai kertas bercetak di hadapanku.Ku sangkakan memo,rupanya:

"Kursus Pra Perkahwinan-3 dan 4 Februari"

Aku sedikit terkejut.Cepat-cepat aku menoleh pada teman yang mengukir senyum simpul.Apa maksudnya?
"Nak pergi tak?"

Aku membaca lagi penerangan yang diperolehi dari email itu.Hmmm...kalau ada kawan yang pergi,boleh juga,aku membalas.Ya,apa salahnya kan?Tak semestinya mereka yang dah nak kahwin je pergi,hatiku berdetik. temanku yang seorang lagi terus menghubungi Pusat Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus.Tiba-tiba aku teringat kata-kata seorang sahabat di universiti bahawa sijil kursus perkahwinan ini ada tarikh luput.Ye ke?Baik bertanya.Lantas kami menyuruh teman yang sedang menelefon untuk bertanyakan kemusykilan yang melanda.Alhamdulillah,ianya sah untuk seumur hidup.Bayangkanlah,kalau hanya sah untuk setahun,mana pulak aku nak cari calon.Tak ke kes naya?Dan berapa kali pula harus aku sertai kursus?Nanti sijilnya saja yang banyak,tapi diri masih sendiri.Ain,akak pun samalah macam awak.Tak sangka pulak kita akan pergi kursus yang sama di tempat yang berbeza kan?Dalam pada itu,sempat kami bergurau untuk bertaruh siapa yang akan kahwin dahulu.Sudah pasti bukan aku.Aku tak mungkin memikirkan hal yang tidak pasti begini.

Oh,ya...aku punyai teman baru.Diperkenalkan oleh salah seorang adik angkatku yang nakal. Namanya?Tak perlu barangkali.Cuma aku boleh gambarkan dia seorang yang sangat pandai menyusun kata (buat puisi pasti hebat).Kata-katanya sungguh memberi ilham pada aku yang sememangnya gemar menulis.Kerdil ku rasa seketika.Dia menghargai kenalan melalui bahasanya dan lenggok bicara yang boleh membuai perasaan.Bahaya kan?Tapi aku yakin,dia seorang yang tulus.Insan yang tulus..nasibnya ku kirakan sama seprti aku.Ya,aku tidak percaya lelaki yang pandai menguntai madah ini acapkali dikecewakan.Melalui gambarnya,aku pasti dia tidak menghadapi masalah untuk mencari calon isteri.Heheh...

Aku semakin tenang menghadapi hidup ini.Yakin yang aku kini tidak akan bersedih lagi.Aku harus kuat,perjalanan hidup masih jauh.Jadi kenapa harus aku persiakan dengan persoalan yang mencalar jiwa?Akan tiba masanya janji Allah sampai kepadaku.Jodoh,ajal maut,pertemuan di tanganNya.Ya Allah,aku mohon kau jauhkanlah aku dari kekecewaan dan kemusnahan.Temukan aku dengan takdirku bila sampai waktu.

Afandy-salam perkenalan saya hulurkan,titian persahabatan ini kita bajai dengan kejujuran dan keikhlasan.

Mofaz120-thanks for the jokes.kelakarlah!Ahaks!

Ojai-agaknyalah blog awak banyak viewer sampai xleh nak bukak.Hahahah...doakan saya cukup duit nak sambar laptop.

ija & Ct-cam tak caya jek wei kita nak join kursus tu?hahah!

2 comments:

.ain. said...

Akak~ mahu jadi peserta kursus pra perkahwinan juga??

Owh..salah, soalan sepatutnya berbunyi begini: Akak nak sertai kursus pra perkahwinan? [sebab saya belum putuskan nak ikut atau tak..belum sempat minta pendapat emak lagi=)] Anyway, kursus baik2!ada masa 2minggu ni, study dlu sket2..=)

p/s: owh..bestnya dapat kawan baru..tee hee~

Arlina said...

tak jadi la beb.Penuh!sambutan hangat tul.ni mesti student ni gatal2 semua.ahaks.gurau jek.so,rancangan will be adjourned pada bulan 5.heheheh...