Saturday, January 20, 2007

Plan kensel!

Alamak,rancangan nak menghadiri kursus pra perkahwinan tu terpaksa dibatalkan atas alasan tiada vacancy lagi.Huh, sambutan di luar jangkaan.Tak apa,bulan 5 akan datang kami akan pastikan ada tempat untuk kitorang.Hahah!Aku ada mengusulkan rancangan aku dan kawan2 aku ni kat mak aku.Dia kata bukan nak kawin lagi.Ala,tu yang aku malas nak cerita apa-apa pun.Tak ada feedback positif,semua negatif.Baik aku simpan sorang-sorang.Bukan kalau nak kahwin tahun ni,tahun ni baru nak terhegeh-hegeh.Sekadar nak belajar,apa salahnya kan?Bukannya budak hingusan lagi.Lepas ni aku nak buat apa yang aku tak boleh buat selagi aku sendiri tahu buruk baiknya.

Soal jodoh ni...malaslah aku nak fikir sangat.Kata kawan aku,cinta tu macam rama-rama.Makin dikejar,makin jauh dia meninggalkan kita.Cuba kita duduk diam,sabar.Mesti dia yang akan datang sendiri,kan?Mungkin ada yang tak setuju.Tapi aku setuju sebab selama ini aku dah penat mengejarnya.Dan sekarang,aku nak duduk diam-diam.Ceriakan hidup,belajar apa yang patut.Kumpul duit banyak-banyak.Dan cuba sedaya upaya merealisasikan impian.Aku tak nak harapan hanya tinggal impian.Lagipun...ek eleh...aku ni tak layak ah nak dapat semua tu lagi.Tak sedar diri tul lah aku ni.

Jadi,sempena Awal Muharam,ada baiknya kita muhasabah diri,menilai apa yang masih kurang.Aku kurang hubungan dengan Allah.Aku harap aku akan berjaya menjadi hambanya yang bertakwa dan beriman.Amiinnn...

1 comment:

Acaii Jawe said...

kat area manala sampai penuh kursus kahwinnye...:) tak semestinya amik kursus tu dah nak kawinkan wak...sy dah amik masa balaja dulu...:)

papepun moga awk bertemu dgn org yg betul2 syg awk dan dpt bersama awk hingga akhir hayat..:)alaaa,jgn fikir sgt benda tu...