Friday, August 26, 2011

Ramadhan 26


Hari ini layan cerita NIKITA kat TV9. Tiba-tiba air mata menitis laju je bila Dr. April meluahkan isi hatinya pada orang yang memang dia sayang tapi ego tak nak mengaku. Bila semuanya dah terlambat, masing-masing menanggung seksa dan derita. Malang kan bila kita terpaksa menikahi orang yang tidak kita cintai dan orang itu pun tidak mencintai kita. Kita membunuh perasaan sendiri demi kebahagiaan orang lain. Malu je dah la tengok tv dengan abah sekali. Adoi nasib la dia tak perasan anak dia dah kebanjiran atas sofa. Harap-harap aku tak perlu lalui keperitan sebegitu.

Watak April & Vano dalam Sinetron Nikita

Hari ni juga memang mendebarkan. Kesilapan yang agak berat telah aku lakukan dan aku terpaksa memikul beban. Namun syukur tak terhingga pada Allah kerana memudahkan segalanya. Ya Allah, terima kasih banyak! Kalau tidak kusut fikiran aku mengenangkannya.

Tengah hari pula menjejakkan kaki ke Mines. Parking banyak kosong. Mungkin dah ramai yang pulang ke kampung halaman. Aku tak ada apa yang nak dibeli. Tergerak hati nak pergi kedai buku. Teringat pada adik-adik kesayangan aku tu. Nak bagi kad raya la. Lepas ni entah bila agaknya dapat jumpa korang semua kan …Luqman…Apiq…Amal…Ayie …(Ayie tak bagi sebab dah berlepas ke Kelantan). Gonna miss u guys. Especially YOU. Lepas ni mesti masing-masing dah sibuk kan? Sibuk dengan kerja, assignment, awek…kan?kan? Aku pula pagi petang siang malam weekend ‘bercinta’ dengan opis. Tapi tak apalah. Aku bersyukur aku masih ada kerja. Walaupun sendirian. Dah jangan sedey2 kan dah janji nak redha? Allah ada kan jadi marilah bercinta dengan Allah. Oh ya! Aku terjumpa buku yang aku cari-cari selama ni. Aku tak ingat langsung yang aku memang mencari sebenarnya sehinggalah masa nak bayar kerlingan mata aku menangkap sebuah buku merah di para. Ya, itulah dia! Travelog Cinta Abadi…Masa Yang Berlalu (pernah dikongsi pada catatan Ramadhan 1). Malam ni nak layan la. Buku Contengan Jalanan Hlovate pun belum habis lagi. Haish.
Erm…mata mengantuklah. Mungkin sebab stress memikirkan bagaimana nak mengadap BIG BOSS petang tadi. Susahnya nak deal dengan orang berpangkat. Semuanya kena jaga.
Otak letih…
Badan letih…
Hati ? Sedikit tenang. Belajar untuk meredhai.

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 25

Hari ini mendung...semendung hatiku yang tiba-tiba dihujani duka.Entah kenapa ya?


Hakikat itu memang pedih jika tak sealiran dengan apa yang difikirkan dan diharapkan.Ya, pasti ada hikmahnya kan?Walaupun aku mengetahuinya secara tidak sengaja.Ya, Allah yang menggerakkan hatiku bukan?Tapi Allah...aku terasa pedih di hati.Sepatutnya aku tak merasa sedih kan Allah?Sebab semua yang terjadi Allah yang tentukan.Tapi...aku tak mampu nak menahan rasa pilu membaca kenyataan tu.Jadi aku hanya mahu mengadu dan merintih padaMU wahai Pencipta-KU.


Allahu Akbar...Subhanallah..
Ya Allah....aku tahu kau selalu sayang padaku.Aku juga tahu setiap lelaki yang hadir dan pergi meninggalkan aku terluka juga telah kau rencanakan hikmahnya padaku.Ya Allah, jika hidup sendiri itu telah kau tentukan baik untukku di dunia ini...aku mohon jangan Kau tinggalkan aku...aku pingin sekali cintaMU Ya Rabb.Kerana dengan cintaMU,aku mampu mendapat cinta lainnya.Tapi jika kau telah menentukan aku pasti punya teman, aku mohon sekali Tuhan jangan bebankan diriku untuk memilih.Biar hanya dia dan hanya satu untuk ku setia hanya kerna MU.


Ya Allah...aku tahu aku ni jahat.Ada sahaja kelalaian yang aku lakukan.Terbit rasa bersalah tapi aku abaikan.Adakah kerna ini Tuhan?Ampunkan aku Ya Allah.Aku lemah Ya Allah.Aku lemah dengan insan yang baik padaku...kerana aku akan teramat sayang padanya dan akan terluka jika ditinggalkan.Aku juga lemah dengan insan yang aku benci....kerana aku akan bertindak tidak sealiran dengan apa yang sepatutnya aku lakukan.Dengan orang yang menghindariku,tidak senang denganku...aku juga lemah Ya Allah...kerana aku rasa akulah manusia paling malang walhal KAU telah menjadikan semuanya dengan kurniaan yang berbeza.Walaupun sesungguhnya aku tahu dan faham,tiada apa pun yang dimiliki di dunia ini melainkan semuanya kepunyaanMU.


Ya Allah...aku selalu inginkan yang terbaik dalam setiap apa jua ku lakukan.Namun aku sering tewas dengan dugaan.Kadang-kadang aku fikir aku seolah tak boleh sukakan orang kerana pasti tak lama kemudian aku mendapat tahu berita yang memedihkan seolah menusuk jiwaku dalam-dalam.Tapi terima kasih Tuhan...kerana aku bisa melaluinya sebelum ini.Dan aku mohon aku bisa melaluinya lagi walaupun hingga akhir nanti.Cuma Tuhan,aku cuma mahukan secebis kebahagiaan di dunia...menjadi bekal buat kehidupan di alam abadi.Di mana kedudukan aku nanti Allah?Aku tak layak masuk syurgaMU.Aku juga tak sanggup ke nerakaMU.




Ya Allah aku ingin sekali bertanya....mampukah aku Ya Allah melalui semua kepedihan ini lagi?
Engkau takkan bagi dugaan yang aku tak mampu tanggung kan?
Engkau pasti tahu aku , hambaMU akan berjaya di hujungnya kan?


Mohon Ya Allah...berilah aku sekeping hati yang paling KUAT!



Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan 22

Isnin, 22 Ogos 2011.


Hidup macam biasa.Terima kasih Tuhan kerana mengembalikan kurnia kesihatan yang telah 'ditarik' buat sementara waktu untuk sehari dua ini. Mujurlah demam tak lama.Walau serpihannya masih ada.


Surat lantikan semuanya telah aku cetak dan dihantar ke bilik BIG BOSS untuk ditandatangani. Selesai tugas pertama, tugas kedua menyusul.Kenapalah diorang ni tak menunaikan janji. Kata nak balas e-mail. Dah berjanggut tunggu.Nasib tak tumbuh betul-betul. Malas betul bila kena call orang ni. Nak tak nak, esok aku kena jugaklah 'confirm' kan status tempahan bilik kuliah tu.


Hari ni dapat cookies hasil air tangan Dr. Dahlia.Thanks a lot Dr! Masa berbuka nanti bolehlah rasa. Mesti sedap ni.*wink wink*

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan 21

Alhamdulilah…kesihatan dah bertambah baik. Cuma flu tu adalah sikit lagi. Suara ala-ala serak Ella ni. Hahahaha. Serak + sengau. Korang ada? Hahahah! Tak payah susah-susah nak pergi klinik kan ?

Hari ni hari Ahad. Ramadhan yang ke-21. Sekejap je masa berlalu. Tak lama lagi nak menyambut Syawal. Sayu pula bila mengenangkan Ramadhan makin tiba ke penghujung. Entah ada lagikah kesempatan untuk menyambut Ramadhan tahun depan? Wallahu a’lam. Macam biasalah kalau hari Ahad ni rutin pagi mestilah ke pasar borong. Kadang-kadang tu malas jugak nak pergi. Ikutkan je la. Insya Allah lepas ni nak membeli-belah pulak. Niat di hati nak menggantikan cermin mata lama ni kepada yang baru. Dah teruk sangat rasanya keadaan cermin mata ni. Asyik terjatuh je. Walaupun jarang mengenakan cermin mata di pejabat, tetapi ada masa bila tak sempat khidmatnya masih diperlukan.

Agak-agak apa plan hari ni selain shopping? Ah, apa kata melayan novel yang aku pinjam daripada Amrina? Menarik gak tu. Manalah tau kalau boleh dapat idea baru. Dapat jadi macam Cucur Atap tu. Kagum betul dengan dia tu. Macam mana dia boleh buat karya sempoi macam tu? Tergelak bila baca cerita dia tu. Memang best.

Okaylah, dah masuk Subuh. Jom solat!

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan 18

Konon awal-awal dulu berazam nak update blog setiap hari. Sudahnya tak mampu nak menunaikan.Hari ini baru nak sambung balik menulis. Nak menulis tentang apa ya?

Kerja-kerja aku di pejabat hampir selesai walaupun taklah 100%.Semangat nak bekerja makin luntur macam disimbah dengan Clorox.Kenapa ye?Mungkin jugak sebab asyik kena push diri sendiri dan di push orang lain.Di sinilah kesabaran itu sangat diperlukan.Dahlah kantoi dengan bos pulak on FB.Time aku baru nak bukak tu la dia sampai.Time aku sibuk tadi tak datang pulak.Apa-apa hal pun maaf ye bos.Staf yang sorang ni dah stress. Tambah pula dengan kesihatan yang tidak mengizinkan.Sakit tekak + badan seram sejuk.Kepala pun rasa dah berpusing sekejap tadi.Mujurlah tak berpanjangan keadaan tu.

Esok dah Jumaat.Harap-harap surat-surat aku tu tak ada salah dan ditandatangan supaya senang aku nak proceed ke fasa yang seterusnya.Mood raya ?? Sikit pun tak rasa nak raya sekarang.Kepala makin hari makin serabut dengan tugas yang masih tertangguh.Dah tiba masa untuk aku PUSH orang lain pulak esok.

Mood: Tekak makin pahit...selsema dah datang sikit-sikit...


Friday, August 12, 2011

Ramadhan 12 : The Power of Heart


Assalammualaikum…
Hai , teman yang aku sayang…J
Hari ni memang hari yang bertuah bagi aku sebab dapat turut serta dalam program KLINIK HATI SIRI 6.Maklumlah selama ni memang sibuk sangat dengan kerja. Dah lama tak ada peluang keluar sekejap dari kepompong kerja.

Program ni mendedahkan tentang “The Power of Heart”. Bila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan heart? Ada kekeliruan sama ada menentukan heart itu jantung atau hati. Tapi dalam konteks ini, heart adalah jantung dan jantung ini dikatakan mempunyai ‘otak’nya sendiri atau heart brain. Orang Barat dah buat kajian mengenai benda ni yang sebenarnya ada disebut tersirat dalam ayat Al-Quran (tak sempat nak salin ayat apa). Kajian daripada University of Hawaii, jantung berfikir dan memahami. Ada banyak lagi keajaiban tentang organ ciptaan Tuhan ni. Kajian yang menarik daripada Paul Pearsall pulak,katanya:Ketika anda tiba-tiba sedih atau gembira,anda akan meletakkan tangan anda di dada tanpa disedari. Betul jugak kan. Tak pernah pulak bila excited pegang kepala. Kalau lupa ye tepuk dahi hahahah!!

Pernah tak kita berbicara dengan Allah dalam nada lembut atau kata lain romantic? Macam kalau cakap dengan awek  atau balak dulu-dulu masa bercinta? Teettt!! Kita selalu berdoa dalam bentuk formal kan? Tak pun tanpa sedar kita macam kurang ajar dengan Pencipta kita. Aku pun tak pernah. Cuma merayu pernahlah itu pun kalau dalam keadaan sedih. Nampak sangat macam kalau sedih je baru ingat nak doa kan? Bila Dr Azhar (penceramah) tu minta semua cuba cakap “Ya Allah, saya sayang Allah….saya rindu Allah…saya cinta Allah” dalam nada yang paling lembut…memang terasa sangat sebak (masa taip ni pun masih terasa sayu). Kalau selalu kita ada masalah, bila luahkan pada pasangan, kita akan lega kan? Tapi kenapa kita tak meluahkan pada pasangan yang benar-benar menjaga kita 24 jam, yakni Allah Azzawajalla?Allah lebih dekat dengan kita daripada nyawa kita sendiri. Lebih tahu apa yang tersimpan di dalam hati kita. Berlaku jujurlah pada Allah ketika berdoa. Luahkan apa yang tak terluahkan. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

Dr. Azhar ada bagi satu amalan:
DAdi awal (izin) | DAdi akhir (thank you)

Setiap yang kita lakukan hendaklah meminta izin dan diakhiri dengan terima kasih. Pendek kata, setiap masa kita berbicara dengan Allah. Contohnya:
Sebelum kita makan,cakaplah “Ya Allah, izinkan aku makan kuih ni Ya Allah. Semoga apa yang aku makan ini akan memberikan aku tenaga. Akan menjadi ubat untukku” walaupun kalau kita tengok logic akal makan kuih tu boleh ke jadi ubat? Tapi kita berdoalah. Jangan fikir macam mana ia akan jadi. Tawakal saja. Lepas habis ucapkanlah terima kasih kepada AllahItulah sedikit sebanyak yang akak boleh kongsi. Ada praktikal sebenarnya tapi tak dapatlah aku nak share kat sini. Ingat tau, masalah didatangkan untuk menghancurkan kekerasan hati. Supaya kita kembali semula menyedari bahawa tiada tempat mengadu selain DIA. Kalau  ada masalah, stress…jangan segan mengadu pada Pencipta kita. Kalau rasa sedih, adukanlah,”Ya Allah, aku sedih sangat Ya Allah…” kalau rasa tertekan, adukanlah “Ya Allah, jiwa aku tertekan dengan masalah….” Adukanlah apa sahaja kepadaNYA secara jujur. Insya Allah akan tenang jiwamu.

Sekian, salam sayang…

Tuesday, August 09, 2011

Ramadhan 9

Ramadhan telah memasuki hari ke-9 dan alhamdulillah aku masih berpuasa. Ramai juga kawan-kawan yang sedang 'bercuti'. Ah, tak selesa betul mata ini. Dari tadi terasa pedih dan kering. Dah titis 'eye drop' pun tak jalan. Takkan nak tinggalkan pulak? Mahu meraba-raba pulak bergerak kat pejabat ni. Kita ni dahla rabun tahap MEGA.

Ermmm...aku masih menanti feedback dari Bhgn Akademik dan FEP tentang permohonan tempahan bilik kuliah bagi sesi Trimester I 2011/2012.Dah email tadi, jadi kita tunggu dan lihat. Kalau tak ada apa-apa maklumbalas jugak, esok aku call. Mungkin diorang sedang mengemaskini jadual kuliah kan, siapa tau? Bersangka baiklah sesama manusia. Walaupun kerja sedikit terganggu, harap-harap ia akan selesai jugak minggu ni. Ya Allah permudahkanlah urusanku.

Dah waktu rehat. Adoi, kenapa ada bau gulai tempoyak ni?Bukan main lagi mentang-mentang ada 'team merah'.Berkampung kalian kat pantry ye?Kontroversi betul!

Sunday, August 07, 2011

Shida Risha: Petua Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer

Shida Risha: Petua Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer: "Penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelay..."

Ramadhan 6

Sewaktu dikhabarkan berita yang salah seorang pakcik aku dimasukkan ke wad ICU, kami sekeluarga tidak mempunyai kesempatan untuk menziarahi beliau. Lalu pada hari Sabtu, 6 Ogos 2011 mak bercadang untuk pergi melawat.
Rancangan tersebut hampir gagal sebab adik aku yang sepatutnya membawa kami ke sana hanyut dalam lenanya. Puas sudah dikejutkan, namun dia endah tak endah. Aku pula bukanlah mahir nak memandu ke sana. Aku sendiri pun tak tahu kenapa susah sangat kalau nak ingat bab jalan. Bab lain Insya Allah. Dalam kekalutan itu, aku hampa sendiri atas kekurangan diri.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi tanda ada mesej masuk. Ah, seseorang yang sekarang memang istimewa dalam hatiku tapi bukan kekasih. Dia teman rapatku. Entah kenapa aku rasa dia penyelamat aku. Adakah Allah telah menggerakkan hatinya untuk membantu? Kerana dia selalu mengerti dan memahami kakaknya yang selalu sangat ‘blur’ kalau ada masalah. Hahahah. Kepadanya aku meluahkan masalah ini dan bagai pucuk dicita ulam mendatang dia menawarkan diri untuk membawa kami ke sana. Syukur Alhamdulillah, kepada mak aku khabarkan niat murni adik angkatku. Pada awalnya mak menolak sebab tidak mahu menyusahkan. Namun akhirnya mak setuju.
Sampai sahaja di Tingkat 12 Katil 22, Tuhan saja yang tahu betapa simpati aku melihat keadaan pakcik. Menurut cerita anak sulungnya, beliau telah disahkan menghidap kanser tahap 4. Ada ketumbuhan sebesar bola golf di peparunya sebab itu pakcik sakit dada. Buah pinggangnya juga sudah rosak 70%. Walaupun anaknya bercerita dalam keadaan tenang, namun aku mengerti dalam hatinya tidak tertanggung kedukaan dan kebimbangan melihat keadaan ayah setenat itu. Semua anak perempuannya berada di sisi. Anak lelakinya yang seorang itu tidak pula aku nampak. Mungkin esok gilirannya pula.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun,
Ringankanlah penderitaan pakcik…

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Penyayang,
Rahmati kehidupan  Luqman Fikri yang selalu tiba di saat aku memerlukan seseorang di sisi. Semoga dia bahagia di dunia dan akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Ampunkan dosa-dosaku…berkatilah rezeki yang telah ku perolehi. Aku berlindung d bawah rahmatMU. Jadikanlah aku insan yang redha dan tidak gentar akan kegagalan dan kepahitan.
Amin…amin ya rabbal alamin

Thursday, August 04, 2011

Ramadhan 4

Ramadhan 4
Tak tahu kenapa hari ni mengantuk giler. Selesai upload cadangan jadual kuliah sem depan, kelopak mata makin berat. Dah melayan FB dan YM pun masih layu jugak. Betul-betul tak cukup tidur ni.

Semalam menu berbuka puasa memang menyelerakan. Masak lemak kacang buncis dan udang, ikan cencaru bakar dan mee hailam. Kalau mak yang masak, ikan goreng pun sedap. Air tangan mak kan berkat. Anak dia ni jadi penolong saja di dapur. Tak pun membantu menguruskan kain baju. Angkat kain + lipat kain + pikul bawak naik tingkat atas.

Aku memang dah habis idea macam mana nak buat tak mengantuk sebelum Isya’. Haish. Tapi kadang-kadang bagus juga. Kurang sikit tengok TV. Terbangun pukul 10 @ 12 malam, solat  + mengaji / terawih ketika semua orang dah pun masuk tidur. Sunyi je. Hening. Syahdu dan sayu sangat. Rasa keseorangan.

Hurm…rasa bosan pulak. Nak mesej bro…semalam pun dia tak balas. Tak nak lah kacau. Mungkin tengah sibuk agaknya. Maklumlah orang bergiat aktif kan. Haish…apa nak buat ni? Kepala makin berat ni. Kang ada yang memecah keheningan tersungkur atas keyboard. Hahahah!!

Wednesday, August 03, 2011

Ramadhan 3

Hari ketiga…suasana dingin seperti biasa ketika sampai di pejabat. Hari ini aku tiba awal. Bergegas ke bilik Kak Rosez, pegawai IT kami (tumpang bilik ye kak!) untuk menyiapkan diri yang separuh siap ni. Aku telah berlengah sewaktu di rumah. Sudahnya selendang yang dipakai memberikan rasa kurang selesa. Inilah masalah perempuan kan? Semuanya serba tak kena kalau penampilan tidak dijaga.

Seperti kebiasaan juga, sebaik sahaja melabuhkan punggung di tempat duduk, perkara pertama…mestilah on PC aku. Hurm…macam biasa lagi… on FB. Hehehe…mengikuti perkembangan teman-teman sama ada dalam keadaan baik, susah atau duka. Alhamdulillah, rata-rata berada dalam keadaan baik.

Dari semalam aku akan mencuri peluang untuk melayari  blog rozarozlan.blogspot.com.Pada aku ada banyak nukilan yang boleh aku jadikan iktibar kerana semua yang dikongsi di sini adalah pengalaman dan luahan yang lahir dari hatinya. Aku memerhatinya sebagai seorang ibu, pensyarah dan wanita yang cekal dalam menempuh segala ujian yang mendatang. Peribadinya sangat ku kagumi dan berharap aku juga bisa tabah sepertinya.

12.45 tengah hari. Itulah waktu ketika mata ini menoleh pada jam dinding. Oh, hari ini tidaklah terlalu mengantuk berbanding 2 hari sebelumnya. Parcel aku pun dah selamat sampai. Gembiranya!

“Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesihatan untuk beribadah kepada-MU. Hanya engkau yang mampu mengubah segalanya dengan kekuasaan-MU. Ampunkan dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, kaum keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam di muka bumi ini”

Ramadhan 2

Ramadhan 2
Alhamdulillah syukur kepada Allah Azzawajalla yang masih memberi peluang untukku menunaikan ibadah puasa pada hari kedua. Keadaan pada pagi hari lebih baik daripada yang sebelumnya. Cuma sekarang di pejabat agak berat juga aku nak membuka mulut. Lebih selesa berdiam diri dan hanya berbicara menggunakan teks (apa lagi…YM atau SMS). Bercakap pun jika perlu.
Aku agak bingung bila memikirkan jadual kuliah untuk trimester depan. Kalau dicongak, kelas akan jadi lebih banyak dari trimester sebelumnya. Sedangkan kemudahan bilik kuliah dan bilik tutorial yang sedia ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Lazimnya memang aku akan merujuk pada fakulti jiran, tapi mereka juga punya pelajar mereka sendiri. Dan aku juga telah memeriksa jadual kuliah mereka. Fully booked! Semalam ada aku menghantar permohonan ke Bahagian Akademik namun masih belum menerima respon apa-apa. Ya Allah , permudahkanlah segala urusanku.
Ah, menjelang tengah hari mata semakin layu. Apatah lagi bila ditugaskan mencari jurnal satu persatu di talian. Besar kecil anak mata ini meneliti setiap baris. Kalau jumpa , syukur. Kalau tak jumpa….hurm…tanya diri sendirilah. Sampailah satu tahap aku menolak tepi tugas tersebut buat seketika. Menenangkan fikiran dengan membaca blog milik Puan Roza, isteri kepada Prof Kamil (seperti yang diberitahu pada catatan Ramadhan 1). Asyik aku meneroka pengalamannya sebagai pelajar, pensyarah dan juga isteri yang berpeluang menjelajah pelbagai negara. Aku memang tekad akan mencari buku yang dikarangnya ini secepat mungkin, Insya Allah.

Entah kenapa lesu benar rasanya selepas berbuka. Tanpa sedar aku terlena di kerusi. Mujurlah kali ini aku berjaya juga gagahkan diri untuk bangun dan menunaikan kewajipan juga melakukan solat sunat tarawih walaupun hanya di rumah. Terima kasih , Tuhan.

Monday, August 01, 2011

Ramadhan 1

Ramadhan 1
Sahur pagi tadi dikejutkan oleh mak. Tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Kerana terkejut, aku terus bangun dan menuju ke bilik air. Ah, pasti aku lupa untuk set ‘alarm’ di telefon bimbit. Selalu aku bangun sendiri. Mungkin disebabkan gangguan emosi malam itu membuatkan aku tidak terjaga.
Alhamdulillah semua ahli keluarga ada untuk meraikan sahur yang pertama. Hari pertama sahur kurang membangkitkan selera. Aku makan ala kadar dan meneguk 2 cawan air kosong sahaja. Cukup hanya itu.
Tiba di pejabat, suasana seperti biasa. Ada yang berlawak mengajak untuk pergi bersarapan. Hari pertama kan pasti sedikit sebanyak mengundang kelainan. Jika selama ini berkumpul di pantry, sekarang lorong menuju ke pantry pun telah berubah menjadi ‘lorong gelap’ (tiada cahaya lampu). Rutin seperti biasa tidak pernah berubah. Membaca email dan tak lupa juga mengemaskini Facebook. Tabiat yang agak sukar dikikis sementelahan lagi keadaan kini belum sibuk. Sekadar membaca status teman-teman yang rata-rata mohon dimaafkan atas semua kesalahan sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia. Ya, memaafkan itu adakalanya sulit tapi itulah dendam paling indah.
Aku menerima email rasmi pejabat bahawa ada tazkirah pada pukul 11.30 pagi ini. Penceramah merupakan penulis buku Travellog Haji, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Merupakan seorang pensyarah perakaunan di UiTM Segamat, Johor. Entah bila kali terakhir aku menghadiri majlis ilmu. Peluang ini tidak patut aku lepaskan walaupun aku agak prejudis membuat percaturan bahawa aku akan dibuai rasa mengantuk di bilik kuliah. Tazkirah dimulakan dengan bacaan doa. Oh, orangnya bersahaja rupanya. Sederhana dari segi perwatakannya. Sekilas memandang tidak pernah terfikir bahawa dia adalah seorang insan yang telah pun melakukan transformasi dari zaman jahilnya. Kejahilan yang tidak terjangkau dek akal dan kaca mata manusia  kerana dia seorang yang tinggi status sosialnya.  Namun yang menarik hatiku adalah usahanya untuk memperbaiki kejahilannya yakni dengan DOA.  Ingin aku berkongsi kisahnya di sini bahawa beliau dahulunya adalah orang yang tidak pernah mengenal Al-Quran. Namun beliau dikurniakan pelbagai kelebihan yang membolehkannya berjaya sehingga ke tahap ini.Walaupun beliau lalai dalam melaksanakan solat, namun nikmat Allah masih dia rasai dengan sepenuhnya. Sehinggalah di suatu tahap beliau menginsafi keadaannya dan berubah menjadi insan yang lebih dekat di sisi Allah. Aku sedikit terkesima kerana aku melihat diriku sebagai orang yag terlalu mudah berputus asa dalam berdoa sedangkan doa itu adalah ibadat. Minta kerana kita mengingati Allah, bukan kerana permintaan kita semata-semata kerana yang berhak mengabulkan doa ini hanyalah Allah Yang Maha Berkuasa. Bagaimana Allah itu sangat kasihkan hamba-Nya.  Permintaan kita sentiasa didengari Allah. Hanya masa yang menentukan dan hanya DIA berhak menentukan kepada siapa akan diberi nikmat dan dalam bentuk apa jua. Hambanya sama sekali tidak layak mempersoalkan apa-apa. Sekiranya hingga ke hujung nyawa permintaan kita tidak dimakbulkan, maka ingatlah bahawa Allah mahu memuliakan kita ketika Hari Pengadilan nanti yang lebih abadi.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat aku paparkan di sini. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah dan dijemput pulang dalam keadaan paling mulia Insya Allah.


Link: http://muhdkamil.org

Friday, June 10, 2011

Sepetang di Pullman

Rushing plan nak tengok Nur Kasih last week tak kesampaian bila tiket habis.Hampa jugakla sebab cerita lain dah tengok.No other options for us on that day.Sudahnya kami menyusun langkah merayap ke seluruh pelusuk Alamanda.Tidaklah segenap pelusuk rasanya.Lepas makan kat Johnnys kami decide untuk ke Kajang.Tapi sebelum tu lebur la jugak duit aku membeli sandal sebab kaki dah melecet menyarung kasut.
Sampai Kajang pun cuba nasib kot la ada citer tu tapi nasib memang tak menyebelahi kami langsung kali ni.Hampa sekali lagi.Nak round pun tak ada apa yang menarik kat Plaza Metro tu.Kemudian kami decide untuk melakukan aktiviti kesukaan aku-Karok.Heheheh.Sejam je karok.Tak puas!
Tengok jam pukul 5.Awal lagi nak balik.Nak lepak tak tau kat mana.Tetiba datang idea nak shoot.Saja-saja nak bersantai di hujung minggu kan kena pulak aku dah kena penyakit gila lensa akhir-akhir ni.Gamble ikut Sara balik rumah dan tak sangka pulak ada geng nak follow.Best jugak boleh jadik photographer kami.Heheh
Tapi rasa-rasanya bila sampai sana gambar diorang kot lagi banyak.Erk...siapa photographer sebenarnya ni hahaha.Apa pun enjoy sangat hari tu dan tak sangka I met THEM, the FABULOUS FOUR.Or should I say THE SENGALZ FOUR?

Hahahahah jangan marah nanti kena jual

Wednesday, June 01, 2011

INGATLAH

Suka sangat baca artikel yang dipaparkan dalam web iluvislam.com.Bagi aku ia sangat membantu insan macam aku yang selalu sangat tersadung dalam meniti titian kehidupan.Harus selalu diperingatkan.Harus selalu dipesankan.Hati yang keras perlu dilembutkan dengan untaian kata peringatan bahawa kita sebagai hamba tidak boleh tidak akan sentiasa diuji.
Siapa yang tak ingin berubah ke arah kebaikan.Begitu jugalah diri ini.Benarlah mujahadah itu pahit.Kadang-kadang kita cuba nak mengubah kebiasaan dan sifat buruk kita menjadi lebih mulia.Tapi tak semudah disangka.Lemah.Terlalu lemah untuk mengubah sesuatu yang telah bermukim di jiwa.Itulah lemahnya aku juga.
Adakala memang aku rasa sangat berputus asa.Tapi kita haruslah sentiasa beringat hidup ini cuma sementara.Berusahalah untuk menggembirakan orang di sekeliling walaupun selalunya kepahitan sebagai balasan.Kehilangan sebagai natijah.Perpisahan sebagai hadiah.Kelukaan sebagai tinggalan.
Senyumlah....jangan biarkan ia pudar dari wajahmu
Meskipun hati menangis ditinggal pergi dan dikhianati
Senyumlah...meskipun hati dicalari janji dan kata manis yang telah dimungkiri
Kerna aku,kau dan dia......hanyalah manusia biasa yang akan kembali kepada pencipta-NYA.

Sunday, May 15, 2011

Hadiah Dari Hati 2: Happy Birthday Black

Heeeee....kad ni memang lama pembikinannya dan barang-barangnya pun diimport dari Bangsar.Hahaha poyo gile.Asal nak buat theme black and white but it ended with mixture of colours.Yang aku share di blog ni adalah page yang aku paling suka.Best kan bila someone you love appreciate you in a way you always wanted.When is my turn?Ahahahahaha! Anyway for both of you, I wish u guys happy becoming pengantin baru dan mungkin kad ni boleh dijadiakan idea untuk pre-wedding photoshoot jika ada? :)

Sunday, May 08, 2011

Yours Sincerely


Bunga yang sudah lama kubeli akhirnya menjadi penghias kad.Siapa penerima bertuah tu yee??Tungguuuuu! :P