




I have been tagged by these 2 special girls, Ila (my beloved and naughty pet sist) and Razzian (my beloved long lost friend...redha ke yan kalau kn madu?aku redha ins allah...:P).


Ehem...hari ini kita akan belajar cara-cara memasak sambal sotong. Hahahah!! Bukan korang, aku yang sebenarnya baru nak mencuba. Dulu masa cuti semester bukan aku tak pernah dipertanggungjawabkan memasak untuk tengah hari. Cuma sekarang ni dah lama sangat aku tak masuk dapur. Banyak yang dah lupa. Bila dah kerja ni lagilah masanya tak menentu. Di pejabat memang tiada masa senggang langsung tapi sempat jugak aku curi-curi YM. Kadang-kadang weekend pun kena bekerja ataupun kena balik lambat pada hari-hari biasa.
Okaylah. Kita mula.
a) Panaskan minyak masak dulu. Lepas tu bila dah panas, masukkan cili yang telah dikisar. Aku suka cili banyak tapi sebab bulan puasa takut sakit perut cilinya dkurangkan sikit.
b) Lebih kurang 3 minit lepas tu, masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Mak aku selalu bebel cara aku potong bawanglah.”kalau nak masak ni potong bulat”. Tapi aku kata sama je masuk dalam kuali bercerai jugak dia. Ekekek.Dalam hati je la aku jawab pun. Sah anak degil.
c) Kemudian mak aku curahkan air asam jawa kat sambal yang aku tengah kacau tu. Masukkan asam keping pun tak salah kan? Masukkan garam dan gula secukup rasa juga.
d) Bila dah naik minyak (bab nila aku ‘konpius’),baru masukkan sotong kegemaran aku tu. Kacau sikit-sikit.”Ini bukan masak lemak nak kacau-kacau”. Kena lagi.
e) Aku pun berdiri tegak sambil menggaulkan sotong tu supaya sebati dengan cili tu. Dalam hati tertanya bila yang dikata dah masak ni? Lama jugak ni tunggu hampir 15 minit. Tunggu cili masak betul dan sotong kecut. Betul ke teori aku?
f) Akhirnya sambal sotong kegemaran aku pun siap setelah aku memasaknya sambil dipantau ‘chef’ rumah aku. Siapa lagi kalau bukan mak aku. Kalau tak siapa nak jawab soalan aku “Mak ni dah ke belum?” ahahhaahh!!
Betapa anehnya orang-orang yang meragukan adanya Allah, padahal sehari-hari ia melihat hasil ciptaanNya.
Betapa anehnya orang-orang yang mengetahui adanya kejadian yang pertama tapi mengingkari kejadian yang kemudian.
Betapa anehnya orang-orang yang mengingkari kehidupan sesudah mati, padahal ia setiap hari melihat orang yang tidur dan bangun.
Betapa anehnya orang yang beriman akan adanya syurga dan segala kenikmatan di dalamnya, akan tetapi ia berpoya-poya di alam tipu daya dan kemaksiatan.
Betapa anehnya orang yang menyombongkan diri dalam angkara murka, padahal ia tahu dirinya berasal dari setitik air mani yang jijik dan berakhir menjadi bangkai yang najis.
Dan bukanlah sesuatu yang aneh jika aku sendiri tergolong di dalam golongan mereka yang aneh.
(Tafsir Ayat Hukum Al-Quran-ms 41)
Akhirnya trip untuk ke Pulau Kapas berjalan dengan lancar. Alhamdulillah...pertama kali aku menjejakkan kaki ke pulau yang pada aku sangat indah. Bukti kekuasaan Ilahi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam dari Kuala Lumpur. Naik bas 2 tingkat tapi aku duduk bahagian bawah. Punyalah sejuk penghawa dingin sampai berlaga gigi aku. Tinggal tak keluar ‘asap’ je lagi bila bercakap. Pinjam sweater member pun x cukup nak menahan kesejukan yang melampau.
Kami berhenti di masjid untuk menunaikan solat subuh dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke jeti. Setelah bersarapan, barulah kami bertolak ke Pulau Kapas menaiki bot laju yang memang sakan lajunya. Tapi seronok! Walaupun melambung-lambung. Risau gak aku yang ringan ni kot-kot tercampak dalam laut. Hahah!! 20 minit kemudian,rombongan kami pun tiba di pulau. Makcik Gemuk Beach Resort sedia menanti kehadiran kami. Tergelak aku masa mula-mula mendengar nama resort ni.
Setelah check in, masing-masing mengambil peluang merehatkan diri sebelum aktiviti snorkeling bermula pada pukul 3.30 petang. Snorkeling? Tak nak pergi boleh tak? Hati aku dah cuak semacam. Tap bila fikir-fikir balik rugi pulak datang jauh-jauh tak cuba. Ah,belasahlah. Dalam nak tak nak tu aku cuba jugak walaupun ntah apa-apa. Akulah peserta paling lawak hari tu. Panik habis sampai tak boleh nak balance kan badan sendiri. Dapatlah tengok sikit-sikit ikan-ikan berenang. Entah berapa banyak air masin yang aku telan. Urgh! Memang rasa tak puas hati je. Tapi yang paling penting, i have overcome my fear towards that.
Oklah.. kat sini aku nak share gambar-gambar masa aku kat sana.
Menunjukkan kepakarannya menyediakan sarapan pagi buat teman barunya.Takut pulak aku kalau benda ni berlaku di alam realiti.Hahahah!!Hahaha.....aku senyum sorang-sorang sewaktu membaca karya Hlovate berjudul aA + bB. Tajuknya unik kan? Sebenarnya 2 huruf tersebut mewakili pangkal nama hero dan heroin dalam novel tu. Mula-mula aku pun pelik sebab setahu akulah, yang ada cantuman macam tu kan kromosom XX + XY? Heheh.
Bahasa yang digarap penulis simple dan santai buat aku tak boleh nak berhenti membaca. Sentiasa nak tahu what will happen next. Bila Addin kahwin dengan Benz, aku rasa frust. Sebabnya aku rasa dia cocok dengan Aie. Tapi di akhir cerita ini barulah terjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya. Nak tahu lebih lanjut belilah novel ni. Aku yakin korang tak rugi dan puas hati.
Dan hari ini aku mula tak sabar nak baca karya Hlovate lagi. Kat sini aku nak share antara part yang buat aku minat sangat nak tau ending cerita ni.
<>eheh...besarnya mandat aku. Amacam ? dah 2 minggu housemanship?
<>huh! Penat petala kelapan
<>ala, kesiannya. Nak aku tolong cure?
<>kau tu reti cure drawings aje. Serius Aie...aku rasa boleh mati berdiri macam ni.
<>apasalnya? Tu la...kau jaga orang sakit nanti kau pulak yang sakit. Lepas tu aku pulak sakit sekali.
<>apa yang kait-mengait dengan kau pulak ni...
<>betulla..bila kau sakit kau tak boleh nak emel aku. Bila kau tak boleh emel aku, aku pun berjanggut tunggu depan komputer ni. Sakit rindu la aku kat kau macam tu.
Addin ketawa. Putus fius betul Aie ni.
Lebih lanjut, sila dapatkan buku terbitan Jemari Seni.Chow!

