Thursday, August 21, 2008

Semalam...20 Ogos 2008

Semalam…
Entah kenapa ada satu perasaan sedih mengasak di dada.
Entah kenapa terasa saat kehilangan itu terasa semakin dekat.
Entah kenapa aku rasakan harapan hanya tinggal harapan.
Entah kenapa aku mengerti sudah tiba masanya aku lepaskan dia pergi dari hatiku.

Pedih…
Hanya Dia yang Maha Mengetahui
Hanya Dia yang memahami apa yang aku alami
Aku memohon agar diberi kesudahan yang terbaik
Walaupun…
Aku kehilangan dirinya
Mungkin itu terbaik buat diriku dan dirinya

Doaku
Dalam pekat malam
Aku memohon agar diberi keampunan akibat kekhilafanku
Dalam mengenal erti cinta
Dalam menidakkan hakikat
Dia bukan untukku

Hati terkunci rapat
Enggan menerima siapa jua
Kerana dia istimewa
Kekal abadi di lubuk hati

Tuhan…
Restui aku mencari cintaMu
Agar aku tidak tersasar dari jalanMu
Agar diri ini suci menghadapMu
Tatkala ajal datang menjemputku

nukilan rasa:nashrin arlina

No comments: