Tuesday, April 08, 2008

SERIBU PENIPUANMU

Tarikh 7 April 2008 merupakan tarikh yang tidak mungkin dapat aku lupuskan dari ingatan. Pada hari itulah, aku mendapat kepastian tentang apa yang berlaku dalam hidupku selama ini. Tidak kusangka aku mendapat berita insane yang pernah menggantungkan harapan rupanya sedang menyulam bahagia dengan insan lain. Sekali lagi aku tertipu dengan raut wajah yang mulus, tutur kata yang sopan rupanya terselit seribu penipuan yang tidak dapat aku kesan. Sudah tak tertanggung beban hati dan hanya air mata penyesalan sahaja yang mampu aku alirkan membasahi pipi.

Namun untuk membenci spesies ini adalah suatu yang sia-sia kerana mengikut temanku, aku melanggar fitrah. Ya, aku tahu semua itu tetapi acapkali hanya yang aku dapati hanyalah kelukaan demi kelukaan yang tak pernah sempat sembuh. Ikutkan hati memang dendam kesumat membara di jiwaku. Ingin sahaja aku mendoakan agar mereka yang terlibat merasai juga apa yang aku rasa. Tapi aku sedar, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.

Berpegang dengan iltizam dan keyakinan, akan ku hapuskan air mata ini daripada berladung lagi di pengkalan mataku. Buat kaum Adam yang dijadikan Allah untuk membimbing kaum Hawa, aku berharap aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian perosak jiwa dan penghancur kepercayaan wanita.

No comments: